Malaysia To Be Christianity State?


Versi Bahasa Malaysia

Bagi sesetenagh muslim di Malaysia, Malasia belum lagi sebuah negara Islam. Walaupun telah diperakui oleh banyak negara, terutama negara Islam yang lain, ada rakyat Malaysia memilih untuk menidakkannya. Saya telah menunjukkan perbezaan antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sebuah negara Islam yang SEMPURNA.

Lebih parah kini, terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang dilaporkan mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Pembaca boleh membacanya di sini dan sini.

Blog ini telah mendapat banyak komen daripada seorang muslim yang tampak begitu Islamik dan ada ketika menggunakan Bible ketika berhujah, “arah” namanya, terutama pada isu-isu berkaitan Islam dan kalimah Allah. Dia adalah seorang muslim yang berbeza dan unik. Amat menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada Bible versi Bahasa Malaysia, namun menyalahkan kerajaan apabila berlaku sesuatu yang buruk tika sesetengah Kristian membuat tuntutan lebih daripada yang sepatutnya.

Kini, memandangkan terdapat mereka yang bergelar orang Islam tidak mahu mengaku Malaysia sebuah negara Islam, apa kata mereka mengenai isu ini? Memandangkan ada yang menggunakan hujah Islam sebagai agama rasmi tidak cukup, bagaimana pula jika Kristian diisytihar sebagai agama rasmi? Bagaimana pula pandangan negara Islam yang lain terhadap Malaysia jika perkara itu berlaku (nauzubillah)? Negara Islam atau negara Kristian?

Tolonglah, demi Islam, jangan dibutakan oleh ideologi politik dalam mempertahankan Islam di Malaysia.

Kepada mereka yang masih membaca penuh dengan fikiran politik, dengar sini. Ya, UMNO tidak sempurn. Masih ada cacat celanya. Akan tetapi, PAS, sebagaimana namanya menyatakan ia adalah parti Islam (dan mengaku lebih Islamik dalam segala hal), tolonglah tunjukkan jalan dan pimpin bagaimana cara yang betul dikala UMNO tidak mampu.

 

Persoalan dijalanan: Pada pendapat kamu, apakah yang bakal terjadi jika Kristian agama rasmi Malaysia dikala majoriti rakyat beragama Islam, rajanya Islam dan terdapat golongan umat Islam yang menyokong kebebasan tanpa batas yang ada menunjukkan niat merosakkan umat Islam yang lain?

 

English Version

For some muslims in Malaysia, Malaysia is not an Islamic country yet. Even though it has been acknowledged by many countries, especially the muslims countries, some in Malaysia choosing ridiculing it. I’ve pointed out the difference of Malaysia being between an Islamic state and a PERFECT islamic state.

Worse now, some Malaysians reported wishes that Christian to be official religion of the country. Readers can read those here and here.

This blog also have been receiving comments from an avid Islamic yet using Bible in his arguments, namely “arah” on matters that touches on Islamic and “Allah” issues. He is a muslim with different and unique views. Strongly supporting Christians in Malaysia using “Allah” as a translation for Bible in Bahasa Malaysia, but blaming the government for allowing bad things to occur when some Christians demanded more than the original issue.

Now… since there are a group of muslims not acknowledging Malaysia an Islamic state, what do this group say about this issue? Since some have used that declaring Islam as Malaysia’s official religion is not enough, what if a group of christians managed to force Malaysia’s official religion to be Christian? What do you think the other Islamic countries consider Malaysia to be? Islamic state or Christian country?

Please, do not be blinded by political ideologies in defending Islam in Malaysia.

To those still putting political cap on, here me this. Yes, UMNO is not a perfect. They have shortcomings. However PAS as the name suggested to be Islamic (and claiming to be more Islamic), please lead by example in the event UMNO failed to do so.

 

Question on the street: What do you think will happen when Christian is Malaysia’s official religion, but having majority of Malaysians to be muslims, with the kings happen to be muslims, and having some muslims that supporting non-muslims that clearly having intents to jeopardize other muslims’ status?

 

 

19 thoughts on “Malaysia To Be Christianity State?

  1. Sekali lagi saya nasihatkan fikir masak masak sebelum menulis tanpa bukti yang nyata anda melakukan Fitnah.

    Isu Allah dan isu dakyah orang Kristian adalah dua isu yang berbeda. Kegagalan orang Islam melakukan dakwah menyebabkan dakyah Kristian berluasa.

    1. Allah, Tuhan semesta Allah bukan hanya Tuhan untuk orang Melayu sahaja.

    Maka katakanlah: Tuhanku adalah Allah yang telah memelihara diriku dan memelihara semesta alam ini dengan segala ni’mat yang dikaruniakan-Nya. Dan Dialah Sembahanku, tiada bagiku sesembahan yang haq selain Dia. Allah Ta’ala berfirman yang artinya: “Segala puji hanya milik Allah Tuhan Pemelihara semesta alam.” (Surah Al-Fatihah: 2).

    Sekiranya anda masih mengatakan Allah tuhan untuk orang Islam aje bukan Tuhan setiap makluk maka Akidah anda masih belum mantap.

    Sekali lagi saya nyatakan terdapat kisah para para Nabi termasuk Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud, Sulaiman dan Nabi Isa di dalam Bible, semua mereka menyembah Allah, Tuhan yang Esa.

    2 I am the Lord your God, who brought you up out of the land of Egypt, out of the house of slavery; 6 I am the Lord your God, who brought you up out of the land of Egypt, out of the house of slavery;

    3 Do not have any other gods before me.

    4 You shall not make for yourself an idol, whether in the form of anything that is in heaven above, or that is on the earth beneath, or that is in the water under the earth.

    5 You shall not bow down to them or worship them; for I the Lord your God am a jealous God, punishing children for the iniquity of parents, to the third and the fourth generation of those who reject me,

    Exodus 20:2–5.

    Apakah anda menafikan ayat ayat Akidah dan Tauhid di atas?

    2. Kegagalan Sistem Pelajaran mengajar Akidah dan Akhlak dengan mantap walaupun setelah berbelas tahun belajar di Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan dan gagal menjalankan hukum Islam yang sepenuhnya ( Tanggung jawab Pemerintah) telah menyebabkan ramai orang Melayu berzina, membunuh anak kecil ( buang bayi) dan murtad. Mereka percaya kepada kurafat, Ayah Pin, Kahar Rasul Melayu, Mariam Rasul Wanita Melayu dan Nabi Isa sebagai penyelamat.

    “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2)

    3. Kegagalan pemimpin Melayu terutama UMNO memimpin negara hampir 54 tahun mengamalkan ajaran dari Al Quran dan Hadith sepenuhnya. Lebih malang mereka isyarat yang salah kerana menghalang ajaran Islam di sebarkan ( Halang Hukum Hudud ) tetapi membiarkan dan mengalakan pengaruh Kristian berkembang dengan pesat di Malaysia.

    Salah satu bukti jelas, apa yang belaku saya lampirkan di bawah.

    A PM’s tears
    4 August 2004

    An emotional Datuk Seri Abdullah after his speech at the World Council
    of Churches meeting yesterday. — AFP

    KUALA LUMPUR – Prime Minister Abdullah Badawi delivered an emotional
    speech at the conference of the World Council of Churches after a
    Christian prayer had been said for his cancer-stricken wife. Near the
    end of his address, the Premier stopped to wipe away tears from his
    eyes as he said: ‘We cannot stand before a compassionate God while
    there is so much we have left undone because we are disunited.’

    The council’s president, Tan Sri Dr Lim Cheng Ean, had led a prayer
    for the Premier and his wife, who is being treated for breast cancer.
    — Reuters, The Star/Asia News Network

    http://straitstimes.asia1.com.sg/

    From Singapore Straits Times
    4 August 2004

    Abdullah’s appeal at Christian gathering:
    Preach moderation to counter extremists
    By Reme Ahmad

    KUALA LUMPUR – Malaysian Prime Minister Abdullah Badawi scored another
    first yesterday in his efforts to bridge religious differences, by
    appearing at an international Christian gathering to appeal for
    religious moderation and inter-faith dialogue.

    In remarks delivered to the World Council of Churches (WCC), which is
    holding its conference in a Muslim majority country for the first
    time, he urged religious leaders to preach moderation to counter the
    threat posed by extremists.

    He reminded Muslims and Christians that his call for moderation was
    much needed at a time when perceptions abounded of a clash of
    civilisations.

    Promoting moderation was not easy as many people practised their faith
    in ‘absolutist terms’, he said.

    ‘This is why I believe it is important to call for moderation in our
    respective religions. If we fail to do so, we risk having our
    religions hijacked by those who promote hatred and violence.

    ‘We risk ceding ground to those who do not see the need to live in
    peace with other religions,’ Datuk Seri Abdullah, current chairman of
    the 57-nation Organisation of Islamic Conference, said in an emotional
    speech punctuated by applause from the 300 church elders present.

    ‘We cannot allow our religions to be torn apart by extremist impulses.
    We must be committed in promoting the values of peace, tolerance and
    plurality.’

    It is rare for the premier of a majority-Muslim nation to address a
    meeting of Christian elders, but reaching out to other races and
    religions is becoming a hallmark of Datuk Seri Abdullah, a devout
    Muslim.

    He sent 1,500 greeting cards to Malaysian churches and their leaders
    before Christmas last year, in a first for a Malaysian premier.

    Datuk Seri Abdullah also addressed a gathering of Christians and ate
    with them in a church compound on Christmas Day.

    http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/message/70594

    Maka para ulama berpendapat, bahwa orang-orang muslim tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir. Sebab tindakan itu sama dengan mengakui dan meridhai agama mereka yang bathil, disamping hal itu merupakan tindakan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran.

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.
    (Riwayat Ibn Majah)

    1. arah,
      Telah beberapa kali sudah saya katakan, saya tahu tiada larangan didalam Al-Quran untuk agama lain untuk menggunakannya. Saya berbicara atas memikirkan sahabat-sahabat seagama kita yang tidak mempunyai akidah seteguh saudara.

      seterusnya, saya masih tidak faham dengan pendekatan saudara. Masih mahu menggunakan Bible dalam hujah. Apakah kamu umat Nabi Muhammad s.a.w. atau umat nabi Isa? Apakah kamu yakin ayat Bible yang kamu ambil itu kalam Allah?

      Dahulu anda pernah mengambil contoh Ahmad Deedat, tetapi kamu diam pula apabila saya menyatakan Allahyarham Ahmad Deedat pernah berdebat tentang yang mana satu kalam Allah, Bible atau Al-Quran. Adakah kamu yakin Bible yang kamu sebut, yang kamu pegang itu adalah Injil yang sebenar?

      Anda pernah gunakan hujah Dr Asri, tetapi anda lupa ada bahagian yang disebut olehnya mempersoalkan niat dan nawaitu orang-orang Kristian itu mahu menggunkan kalimah Allah sebagai terjemahan Tuhan dalam Bahasa Malaysia.

      Sebenarnya, siapa yang tidak berfikir sebelum menulis?

      Tidakkah anda perasan, bermula daripada tuntutan kalimah Allah, ianya pergi kepada tuntutuan-tuntutan yang lain? Apakah benar agama lain tidak diberi kebebasan untuk dianuti sampaikan tuntutan sedemikian dilakukan? Apakah anda tidak perasan satu persatu dituntut?

      Anda yakin kerana anda yakin keteguhan dan iman saudara. Maaf, saya takut untuk seyakin anda. Anda terlalu yakin sehinggakan menggunakan Bible (yang belum pasti benar ayat Allah yang asli, yang tidak dipesongkan) untuk menegakkan hujah saudara.

      Beginilah, teruskanlah menuduh saya yang bukan-bukan. Artikel dan komen saya terpulang kepada yang membaca untuk menilai.

      Anda berilmu tinggi dan sungguh pasti iman anda kuat.

      Setidaknya, saya tiak seperti anda mudah menyalahkan orang lain atas akibat perkara yang disokong. Dalam erti kata lain, saya tidak hipokrit seperti anda.

      1. “..Setidaknya, saya tiak seperti anda mudah menyalahkan orang lain atas akibat perkara yang disokong. Dalam erti kata lain, saya tidak hipokrit seperti anda…”

        Lagi, bergitu mudah jatuhkan hukum!!!! Hipokrit sama ertinya dengan munafiq. Anda tahu dimana tempat orang Munafiq di akhirat nanti? Ianya di Neraka yg lebih teruk dari orang orang kafir.

        Saya telah sampaikan hadith ini dulu dan sekalilagi saya ingatkan anda elakan menuduh dan menfitnah tanpa bukti yg jelas. Buruk padahnya di akhirat nanti

        Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”. Sahabat menjawab: “Orang yang muflis dikalangan kami ialah seorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia)ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan pernah memukul si fulan. Maka kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadidan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaan itu belum lagi dijelaskan(belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka”. (Hadith Riwayat Muslim)

        Sekiranya anda mengaku pengikut Nabi Muhammad,penutup segala Nabi mengapa Sunnah Nabi dan Al Quran di tinggalkan?

        Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

        Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
        Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
        Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
        Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

        Berikan satu bukti Nabi Muhammad mengharamkan orang Nasrani dan Yahudi mengunakan perkataan Allah seperti yg anda, BN,UMNO dan mereka yg sewaktu lakukan.

        1. Saudara,
          Saya sudah akui tiada larangan dalam Al-Quran. Mahu saya ulangi berapa banyak kali?

          Yang saya tegaskan disini adalah terdapat niat dan nawaitu lain. Benar ia sekadar kalimah, tetapi terjemahannya salah. Allah itu perkataan arab, bukan Bahasa Malaysia. Anda gunakan hujah Dr Asri sebagai sokongan, tetapi lupa Dr Asri pun mempersoalkan nawaitu golongan Kristian tersebut mahu menggunakan kalimah Allah sebagi terjemahan.

          Anda mungkin tidak sedar, terdapat usaha mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Ianya ada sahabatku. Bukankah didalam AlQuran telah dinyatakan orang Nasrani dan Yahudi tidak akan senang kepada umat Islam sehingga umat Islam mengikuti agama mereka (Sila rujuk surah Al-Baqarah, ayat 120).

          Jelas banyak komen anda menyokong bukan. Namun apabila sesuatu buruk berlaku, anda salahkan kerajaan dengan alasan mereka itu pemimpin.

          Baiklah, mereka tanggung dosa sebagai pemimpin jika salah memimpin. Namun, apa pula hukum kita menyokong sesuatu yang boleh membawa mudarat kepada masyarakat kita? Jika saya mengambil pendekatan anda, makanya kita yang dipimpin ini langsung terlepas daripada dosa kerana pemimpin kita tanggung semua.

          Pada pandangan saya anda hipokrit berdasarkan komen-komen anda. Jika anda terasa anda munafik, itu anda sendiri yang cakap.. bukan saya.

          Jangan dilupa, anda telah menghantar komen seolah-olah yang menentang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan ke Bahasa Malaysia seolah-olah menyimpang daripada ajaran Islam.

          Anda bijak, anda punya pengetahuan, anda punya ilmu.. anda seorang muslim yang berhujah menggunakan Bible terhadap orang Islam sendiri… maaf.. saya tidak faham…

          Anda rujuk Allahyarham Ahmad Deedat, tetapi anda lupa Allahyarham Ahmad Deedat banyak menunjukkan kepada dunia dalam siri ceramah dan debatnya yang Bible yang ada pada hari ini menyimpang dan telah diolah.

          Beginilah.. sila rujuk ayat 120 Surah Al-Baqarah itu, renungkan apa yang berlaku sejak kes Lina Joy, kalimah Allah sebagai terjemahan dalam Bahasa Malaysia dan insiden-insiden kecil yang berlaku. Jelas ada usaha.. namun anda yakin tiada apa-apa berlaku kerana daripada cara saudara, mustahil saudara boleh dipalingkan.

          Sepanjang kita berbalas komen dan pendapat, hanya satu sahaja hujah saudara yang saya setuju, iaitu tiada larangan dalam Al-Quran untuk orang lain gunakan kalimah Allah.

          Namun, banyak hujah dan komen anda sendiri telah dipatahkan, malah oleh hujah anda sendiri antara saudara sedar, atau tidak. Samada saudara berfikir sebelum menulis, saya tidak tahu.

          Jika anda masih menyokong mereka menggunakannya, jangan salahkan orang lain jika terdapat lagi perkara buruk yang berkaitan dengan isu akidah dan agama Islam.

          Itu sahaja permintaan saya.

          Terima kasih.

          1. Saudara,
            >Saya sudah akui tiada larangan dalam Al-Quran. Mahu saya ulangi berapa banyak kali?

            Nak ikut Al Quran dan Sunnah ke nak ikut Pelembagaan Msia? Kalo ikut Quran dan Sunnah insyaallah akan bahagia dunia dan akhirat tapi kalo nak ikut Pelembagaan Msia aje itu yg jadi kelam kabut. Lagi lama memerintah Msia lagi ramai orang benci dan x suka kerana orang dah x percaya kat pemimpin Melayu yg rasuah, x adil, dll

            >Yang saya tegaskan disini adalah terdapat niat dan nawaitu lain. Benar ia sekadar >kalimah, tetapi terjemahannya salah. Allah itu perkataan arab, bukan Bahasa >Malaysia. Anda gunakan hujah Dr Asri sebagai sokongan, tetapi lupa Dr Asri pun >mempersoalkan nawaitu golongan Kristian tersebut mahu menggunakan kalimah >Allah sebagi terjemahan.

            Apakah anda dan Kerajaan Msia lebih hebat dari Allah dan Rasullullah?Jadi nak di HARAMkan sesuatu yg Allah dan Rasulullah dan semua para ambia’ lakukan?

            [mujadalah:22] Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

            Apa tugasan para Nabi dan Rasul?

            Menerangkan siapa itu Allah dan mengajak semua manusia mentaati Allah, Tuhan pencipta Alam.

            2:256 Let there be no compulsion in religion: Truth stands out clear from Error: whoever rejects evil and believes in Allah hath grasped the most trustworthy hand-hold, that never breaks. And Allah heareth and knoweth all things.

            >Anda mungkin tidak sedar, terdapat usaha mengkristiankan umat Islam di Malaysia. >Ianya ada sahabatku. Bukankah didalam AlQuran telah dinyatakan orang Nasrani >dan Yahudi tidak akan senang kepada umat Islam sehingga umat Islam mengikuti >agama mereka (Sila rujuk surah Al-Baqarah, ayat 120).

            Ya,tepat sekali ayat tersebut, orang Kristian akan terus melakukan dakyah mereka tetapi adakah kita melakukan Dakwah kita?

            Lupakah anda sumpah yang di lakukan oleh Syaitan apabila Allah melatnatnya kerana engkar apabila Allah arahkan sujud kepada Adam?

            [fatir:6] Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

            >Jelas banyak komen anda menyokong bukan. Namun apabila sesuatu buruk >berlaku, anda salahkan kerajaan dengan alasan mereka itu pemimpin.

            Anda ingat jadi pemimpin tu untuk enjoy ke? Untuk pergi melancung luar negara aje dan merasmikan program, merasmikan perhimpunan UMNO aje?

            Saya telah kemukakan Hadith tentang tanggung jawab pemimpin,mungkin anda belum faham apa itu tanggungjawab pemimpin?

            Maaf waktu solat dah masuk – bersambung insyaallah

          2. saudara arah,
            Sejak bilakah blog ini dan orang yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia untuk terjemahan ke Bahasa Malaysia sebagai “HARAM”? Sila jangan buat tuduhan melulu.

            Saya faham tanggungjawab, dosa yang bakal ditanggung oleh pemimpin. Akan tetapi, kita juga memainkan peranan sebagai orang yang dipimpin. Jika berlaku sesuatu musibah dek keingkaran yang dipimpin, adakah salah pemimpin lagi? Dalam hal ini, anda tidak bersetuju dengan pemimpin yang tidak membenarkan atas sebab-sebab yang difikirkan bakal mendatangkan mudarat kepada komuniti Islam. Jika berlaku sesuatu yang buruk, anda yang kuat menyokong merupakan antara penyebab pemimpin sukar menjalankan tanggungjawab. Anda merupakan salah seorang Islam yang amat kuat menyokong.

            Tiada siapa dan apa yang lebih hebat daripada Allah. Ya, apa yang Allah perintahkan wajib dijalankan.

            “Tidak boleh” bukan sentiasa bermaksud “haram”. Apakah “Tidak boleh merokok disini” bermaksud “Haram merokok disini”? “Tidak boleh buat bising disini” bermaksud “haram buat bising disini” ?Tidakkah bunyinya kelakar jika mengambil definasi saudara dengan “tidak boleh” = “Haram”?

            Soalan saya kepada awak, arah… bagi orang yang hipokrit, apakah perintah Allah terhadap orang itu? Apakah hukumnya kepada kamu yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya dengan mengatakan “HARAM” bagi mereka menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada Bahasa Malaysia?

  2. Persoalan dijalanan: Pada pendapat kamu, apakah yang bakal terjadi jika Kristian agama rasmi Malaysia dikala majoriti rakyat beragama Islam, rajanya Islam dan terdapat golongan umat Islam yang menyokong kebebasan tanpa batas yang ada menunjukkan niat merosakkan umat Islam yang lain?

    1. tidak dapat tidak di sebab kan isu ini di laporkan oleh bigdog dan disebarluaskan oleh utusan malaysia, tidak dpt tidak isu ni dilihat/cenderung dilihat sebagai another umno propaganda to confuse the majority muslim malays and malaysian! wlaubagaimanapun utk berlaku adil pada artikel ini aku cuba utk melihat perkara “islam tak islam malaysia nie” seboleh mungkin di luar konteks kecenderungan sokongan and dokongan politik.

    2. melayu bersyukur di lahirkan sebagai islam dari keturunan. status quo islam sebagai agama majoriti penduduk wilayah melayu di semenanjung menjadikan penggubal undang2 perlembagaan akhirnya meletakkan konotasi “islam sbagai agama rasmi persekutuan”. dekad2 berlalu pasca merdeka, usaha islamisasi berlaku dengan pesat..jika tidak sehingga hari nie kita boleh lihat iklan2 calrsberg ka tiger beer ka di tv2 malaysia sperti sekitar 70an 80an dulu.byk usaha dilakukan pemerintah yakni umno dr segi islamisasi institusi2 kehidupan masyarakat islam dan kredit harus di berikan pada tempat nya!

    3. namun, dlm amalgamasi budaya dan hukum nilai tamadun manusia hari nie, secara khususnya di malaysia, polemik hubungan agama dan sekiannya adalah bersifat bipolar dan lebih… infact di kalangan muslim melayu sendiri terdapat sekian byk polar2 kecenderungan penilaian berkait sekian byk isu..and seriously, benda2 ini sgt2 menyesakkan bila di campur dgn kedangkalan melayu menilai dan memahami konteks isu…

    4. namun, aku harap raja2 melayu yang mengaku muslim nie sejak sekian lama memerintah dan di lihat sbg pemegang simbol kekuasaan islam moleklah berfungsi sebagai imam yang baik pada bini2 mereka…dah beratus tahun dah kesultanan melayu nie..dah beratus tahun jugak umat melayu islam mendoakan kesejahteraan raja2 mereka…tegurlah bini mereka pakai tudung dan cover their aurat..

    5. aku jugak berharap sekian byk pendakwah islam melayu, kurang2kan lah meng’arab kan sebutan bahasa melayu dlm dakwah mereka..kita tidak perlu jadi arab utk jadi muslim..

    6. ttg polemik negara islam nie, aku cenderung utk melihat pemerintahan yang adil dan saksama, be it umno or pas..depa2 yang memimpin rakyat pegang lah amanah sebaiknya…keluarlah dari kempompong “melayu” dan jadik lah pemimpin unggul rakyat tak kira bangsa..we malaysian deserves better…

    kepada ondastreet dan arah, selamat berpolemik! kah kah kah kah!

    1. Ya, saya juga mengharapkan pemerintahan yang adil dan saksama.

      Oh ya, terima kasih atas teguran anda tentang isi kandungan salah satu Tazkirah Jumaat yang lepas.🙂

      1. tarak hal kwn!

        jangan amik hati, infact aku terkasima jugak sampai hang tarik artikel tazkirah jumaat hang tuh, eventhough in ur reply comment u mcm suspect aku tak bersolat jumaat heheh.
        yes i wasnt since aku di perairan,bukan di daratan!

        anyway berkenaan artikel hang nie dan byk artikel hang yang menyentuh polemik islam-kristian di malaysia, aku perasan hang selalu meng’utara kan nya se’adil mungkin dr konteks seorang penulis walaupun aku selalu chap kan hang sbg penyokong tegar umno, aku agak skeptikal bila hang selalu cakap kegusaran hang mewakili kawan2 melayu kita yang “lemah akidah” bila hang hubungkaitkan dgn isu “niat dan tuntutan” pihak bukan islam/kristian!

        cuba kita senaraikan secara objektif “tuntutan2” yang hang selalu debatkan dlm ruangan ilmu hang nie.

        1) tuntutan kalimah Allah utk kegunaan dlm kitab mereka.
        -aku melihat isu nie sbg isu perundangan antara puak penganut khatolik dan kerajaan malaysia. x lebih dari tu. namun akibat potensi isu ni di politikkan utk menarik sokongan melayu/sokongan bukan melayu isu nie jadi tak kurang lebih sbg acara tarik tali satu malaysia…maaf ckp aku nampak pemimpin pakatan lebih rasional dlm isu nie..walhasil pemimpin umno pulak kelihatan hilang punca dan kadang2 dangkal ilmu mereka.. secara ringkas tarik tali nie hanya kecoh pada mereka2 yang extreme (segolongan melayu songkok tinggi yang dokongan islam nye tah mcm na nak ckp)

        2)tuntutan2 “kristian agama rasmi negara dan pm satu malaysia dr penganut kristian”.
        -jelas ini satu propaganda dr utusan, di sambung geng2 brahim ali…kdg2 aku pelik dgn melayu yang ngaku islam nie, bila kezaliman polis melayu islam bertindak pada unjuk-unjuk rasa rakyat pada hari buruh tak pula bising… aku boleh paham utusan dgn propaganda nya tapi kadang2 aku rasa dah cukup cemuih dgn hipokrit nya pembela2 melayu nie… jadi soalan aku utk hang, setuju kah hang bahwa dlm kesekian byk isu polemik keagamaan n hak2 kaum melayu dan bukan melayu, utusan sebenarnya telah byk kali melampau etika yang terkandung dlm akta mesin cetak yang di gubal umno sendiri??? setuju atau tidak???

        anyway aku nak share dgn hang satu kata2 nyanyian dr pemuzik penganut kristian.

        “the sea’s evaporated,though it comes as no suprise,these clouds we’re seeing,there’s explosion in the sky,it seems it’s written,but we can’t read between the line,this one world vision,turns us in to compromise,what good’s religion?when each other we despise,damn the government,damn their killings,damn their lies”.

        tq

        1. dawai koko+,
          Saya berterima kasih kerana anda menegur sesuatu yang betul. Saya tiada rasa malu untuk mengakui salah saya jika ianya salah. Dan saya tarik balik artikel tersebut kerana benar terdapat unsur yang tidak betul disebalik kisah itu. Pada mulanya saya tidak perasan kerana anda asyik sebut “hadis”, padahal ianya bukan hadis.

          Namun, terima kasih untuk teguran yang dibuat. Setidaknya teguran anda menyelamatkan pembaca laman ini daripada mendapat butiran kisah yang salah.

          Mengenai komen anda,
          1) Ia tidak seharusnya menjadi kes perundangan pun. Kerana itulah tindakan golongan Kristian ini diragui dan dipersoalkan niat mereka.

          Menyedari ada pemimpin dan orang UMNO yang kekurangan itulah, saya mengharapkan PAS dapat menunjukkan contoh dengan cara memimpin. Anda mungkin tidak sedar, Nik Aziz sendiri pun tidak setuju. Cuma ayatnya lain sedikit. Sumber yang saya ambil adalah daripada Harakah sendiri.

          2) Prpaganda atau tidak, memang terdapat usaha untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia.

          Seseorang yang saya kenali telah membuat laporan polis beberapa minggu lepas kerana pengedaran risalah dakwah Kristian ke semua rumah ditamannya, tidak mengira rumah itu siapa penghuninya.

          Terdapat juga gereja yang diwujudkan di kawasan yang lebih 80% penduduk taman itu orang Islam. Ini benar-benar terjadi. Bukan momokan atau propaganda.

          Jika benar tiada usaha, masakan dahulu berlakunya kes seperti Lina Joy. Terdapat banyak lagi kisah orang-orang Islam yang dikristianisasikan.

          Kerana itulah, memandangkan insiden-insiden ini tidak boleh diselesaikan dalam bentuk perbicaraan mahkamah, tindakan yang diambil oleh sesetengah golongan Kristian untuk membawanya ke mahkamah itu dipersoalkan. Malah, dalam pada ramai yang mengatakan tiada larangan dalam Al-Quran, tindakan yang diambil oleh golongan Kristian itu dipersoalkan niatnya.

          Terima kasih.🙂

          1. 🙂

            begini lah, jika niat/intention golongan penganut khatolik malaysia kita muslim cuba fahamkan maka ianya tidak akan ada kesudahan, pasti pemegang kuasa pemerintahan ada di tangan kerajaan persekutuan, and siapa pun yang memegang kuasa ini pasti di beban kan dengan keputusan yang di buat berkait isu islam-kristian ini!

            dlm konteks isu kalimah Allah, molek benar jika isu perundangannya di selesaikan secara objektif dan kolektif. dan once and for all, isu nye tidak di politikkan berbagai2 pihak baik gerombolan mahupun pakatan-yg-tak-berapa sepakat, cara nya dengan perundingan intelektual, bukan adu domba dan propaganda,
            kerana apa lah guna nya agama jika saling kita menjahanam-kan antara satu dengan lain..kelihatan n harus di akui, tindakan puak songkok tinggi kelihatan dan memberi persepsi yang lebih salah dlm menangani isu nie..dan tak perlulah utusan memain peranan pembakar semangat yang tak kena pada tempat nya!
            umat islam di malaysia dan seluruh dunia di lihat bebal,
            tak perlu-lah kita menambah nya lagi.

            aku cuba bawak hang utk bersetuju bhw peranan bull-shit media seperti utusan dlm isu2 ni langsung tak mem-bantu menyelesaikan persoalan “niat katolik” yang hang bicarakan.. tapi since hang dah kata propaganda or not isu ni tetap perlu di perdebatkan, aku pilih utk tunggu dan lihat apa yang akan di mainkan..

            kepada encik arah, yeah, hang mmg best dlm meletak-kan hukum, tapi pls jgn jadik “melayu kulit ponggong sawo matang tapi teringin nak jadik arab”..if u understand what i mean..kah kah kah kah

          2. dawai koko+,
            Ya, ia tidak akan ada kesudahan. Ianya telahpun dinyatakan dalam al-quran. Kekecohan ini timbul kerana mereka (golongan kristian tersebut) memilih mengambil tindakan mahkamah.

            Ya, saya setuju ada laporan yang tidak disampaikan dengan sepenuh kebenaran. Baik media pro Barisan mahupun pro Pakatan. Kerana itulah, saya amat mencadangkan kepada pembaca dan rakyat Malaysia supaya sentiasa membaca dan mendengar semua pihak berkaitan. Akan ada sentiasa setidaknya cerita daripada dua pihak.

            Tentang isu Kristian mahu menjadikan Kristian menjadi agama rasmi ini, diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

            Artikel ini ditulis sebagai renungan, memandangkan umat Islam di Malaysia masih tidak sependapat yang membawa kepada perpecahan. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi jangan sampai berpecah belah.

  3. “.Apakah anda dan Kerajaan Msia lebih hebat dari Allah dan Rasullullah?Jadi nak di HARAMkan sesuatu yg Allah dan Rasulullah dan semua para ambia’ lakukan?

    Mesyuarat telah meneliti kertas kerja yang dibentangkan dan mengambil keputusan bahawa :

    i. Lafaz Allah [Lafz Al-Jalalah] merupakan kalimah suci yang khusus untuk agama dan umat Islam sahaja, dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.

    ii. Wajib bagi umat Islam menjaga lafaz ini dengan cara yang terbaik.

    iii. Bahawa sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    iv. Bahawa empat [4] perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan pengunaan oleh orang bukan Islam.

    v. Bersetuju supaya diadakan dan dikuatkuasakan Akta Kawalan dan Sekatan Penggabungan Agama Bukan Islam kepada orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepertimana di negeri-negeri lain.

    Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
    Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

    Lebih malang lagi point berikut

    Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi,??????

    Bila kedatangan Islam tu? Bukankan Islam itu datang dari Allah dan Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa tu orang Islam??????

    Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
    Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Keterangan/Hujah:

    Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

    Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

    Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

    Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

    Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

    Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

    Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

    Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

    Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

    Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

    Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

  4. Saya tidak pandai bermain dengan bahasa samada Haram atau di larang?

    Tapi apakah anda tidak beriman atau kufur dengan surah Al-‘Imraan ayat 64 ini?

    Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

    1. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”

      Berdasarkan ayat yang kamu kongsikan…Apakah agama lain yang ingin menggunakan kalimah Allah itu percaya akan keEsaan Allah?

      1. ODS menulis
        “…..Apakah agama lain yang ingin menggunakan kalimah Allah itu percaya akan keEsaan Allah?”

        Apakah anda ingin mempertikaikan ayat ayat Allah?

        “Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

        ” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s