DS Anwar Ibrahim = Lelaki Y??? Konspirasi Anwar Ibrahim Berterusan…


 

 Ini adalah antara reaksi berdasarkan laporan akhbar Berita Harian.

Pastinya ramai yang sudah membaca laporan-laporan akhbar hari ini (mutakhir setakat semalam) dan juga blog-blog yang pasti akan mengulas berita sensasi ini.

Tidak dinafikan, dengan pengumuman DNA Lelaki Y itu sama dengan DNA DS Anwar Ibrahim, ianya menjadi topik hangat,  dengan ada yang mengiakan, ada yang tidak percaya, ada yang percaya, ada yang terus dalam keadaan membuta tidak percaya, ada yang membuta percaya. Masing-masing punya teori dan telahan sendiri.

Namun, sebagaimana yang PALING dijangka adalah reaksi mereka yang menolak hakikat pengumuman berita DNA lelaki Y itu sama dengan DNA DS Anwar Ibrahim.

Persoalannya kini, apakah pula jawapan balas peguambela DS Anwar? Apakah akan bertangguh lagi keadilan untuk mereka yang tidak bersalah (memandangkan mahkamah belum lagi memutuskan siapa yang bersalah)?

Setakat hari ini, yang paling jelas adalah peguambela DS Anwar tidak dapat menidakkan kejadian tersebut. Bermula daripada bertangguh atas sebab-sebab yang saya (dan pastinya ramai rakyat) yang tidak faham, sehinggalah mengatakan kejadian tersebut berlaku adalah suka sama suka.

Memandangkan ada yang berhujah daripada sudut agama, marilah kita renungkan hujah-hujah peguambela DS Anwar yang mengatakan ianya berlaku atas suka sama suka. Jika suka sama suka, kejadian itu berlaku. Dari sudut hukum Islam, perlakuan itu sendiri sudah salah dan berdosa.

Persoalan kini.. suka sama suka, rela paksa, atau mana-mana alasan pun kini, tidak dapat tidak peguambela DS Anwar sendiri secara tidak sengaja mengaku DS Anwar ada melakukan perkara itu.

Mungkin benarlah kini, dengan segala solat hajat, doa semoga Allah menunjukkan kebenaran (terutama sekali yang dipimpin dan diusahakan oleh rakan baik PAS), perkara ini ditunjukkan.

Ini bukan soal geli atau membuka aib. Ini bertitik tolak daripada salah satu cara mencari kebenaran. Ingin juga ditanyakan kepada yang mengatakan ini membuka aib DS Anwar.. apakah yang ditakrifkan dengan membuka aib dengan mencari bukti? Bagaimana pula dengan cara-cara untuk menangkap pesalah jika tidak diusahakan bukti?

Mungkin juga ini masih konspirasi dan bukannya kebenaran yang Allah tunjukkan. Jika ini konspirasi (dengan meragui segala perkara yang telah dilakukan mengikut prosedur dan tatacara), pastinya akan ada tersilap dimana-mana kerana Allah lebih mengetahui dan menentukan sesuatu. Jika konspirasi ini dirancang, Allah yang akan menentukan konspirasi ini berjaya atau tidak.

 

Persoalan dijalanan: Lelaki Y dah diumum, pelakon video biru itu?

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kebenaran demi penyelesaian kekusutan ini dan hamba-hamba Mu ini dapat menumpukan perhatian yang lebih dalam membangunkan ummah dan Malaysia.

Amin…

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s