“Mitos” Skandal Video Seks Anwar Ibrahim v “Skandal” Bible Bahasa Malaysia


Sebagaimana dinturtle berbicara, “Pada pukul 8:30 pagi ni, dari 60 senarai blog pro kerajaan dalam list saya yang merupakan antara yang paling top diMalaysia, yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu DAN ugama Islam – tidak ada satu pun yang membicarakan hal tuntutan orang Kristian. SEMUAnya berkisar tentang video seks Anwar? !! “.

Benar. Perhatian lebih banyak terarah kepada skandal seks DS Anwar Ibrahim, lebih daripada isu terjemahan Bible ke Bahasa Malaysia. Ya, saya tahu tiada larangan dalam Al-Quran. Agama lain bebas jika mahu menggunakan kalimah “Allah”, tetapi terjemahan “God” kepada Bahasa Malaysia bukan “Allah”. Maka, nyatalah paderi-paderi Kristian yang mahu menggunakan terjemahan itu gagal Bahasa Malaysia dengan teruk sekali. Boleh juga kiranya kita mengganggapkan paderi-paderi Kristian yang meyokong terjemahan dalam COMC juga gagal menterjemah dengan baik Bible ke Bahasa Malaysia. Jika terjemahan “God” yang seharusnya “Tuhan” dan bukannya “Allah”, entah berapa banyak terjemahan Bible yang bakal terpesong dan salah tafsir…

Ini juga ditujukan kepada umat Islam Melayu Malaysia yang menyokong kerana mereka juga boleh dikatakan gagal Bahasa Malaysia. Anda yang menyokong patut lebih tahu bahasa sendiri. Guru bahasa mana yang mengajar terjemahan “God” itu “Allah”? Cuba cari kamus mana yang tulis begitu dan adakah ianya betul?

Peliknya, pertubuhan Kristian boleh bersatu hati (sebagaimana yang ditulis satD), tetapi umat Islam berpecah belah dek ideologi politik. Khalid Samad dalam Harakahdaily dilaporkan menyebut:

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan bahawa bukan isu kalimah Allah yang sepatutnya menjadi perebutan antara orang Islam dan bukan Islam, sebaliknya semua pihak diseru mendalami pengertian sebenar Allah itu sendiri.

“Bukan isunya kalimah (Allah), tapi maksud (sebenar) pada (kalimah) ‘Allah’ itu sendiri yang berbeza-beza,” jelas beliau dalam Forum ‘Allah: Siapa Yang Punya?’ semalam.

Jelas beliau, Rasulullah s.a.w  menggunakan nama Allah dalam surat-suratnya kepada pemerintah bukan Islam di sekitar kerajaan Madinah al-Munawwarah.

“Kalau Nabi melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah, mengapa Nabi menulis nama Allah di setiap surat Baginda s.a.w (yang diutuskan) kepada raja-raja bukan Islam,” jelasnya.

Mengambil pengajaran dari dakwah Islamiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, beliau yang juga Ahli Lajnah Politik PAS Pusat mengajak hadirin yang hadir supaya melihat isu menggunakan nama Allah di kalangan bukan Islam secara mudah.

“Isu ini hanya mudah, kita sembah Tuhan yang sama, Tuhan hanya satu, mana Tuhan ada banyak…(dan)  orang Islam wajar menjelaskan bagaimana Allah yang Esa patut disembah,” jelasnya.

Beliau turut menyalahkan kepemimpinan Umno kerana dilihat seolah-olah menggunakan media arus perdana untuk memanipulasi isu tersebut, demi meraih sokongan politik di kalangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mendakwa tindakan Umno tersebut tidak sejajar dengan tuntutan dakwah sebagaimana dalam ayat 64 dan 65 dari Surah al-Imran.

Ekoran pandangan tersebut, seorang hadirin mendakwa bahawa Khalid tidak memahami realiti kedudukan kaum Melayu di Malaysia.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, “Saya tak faham Islam ala Melayu.”

Forum yang dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) tersebut turut membariskan seorang budayawan Eddin Khoo, Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Mohd Farid Mohd Shaharan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Azwira A. Aziz, Filosof ISTAC Dr. Khalif Muammar, Pakar Dakwah Perbandingan Agama Shah Kirit Kakulal Govinji serta wartawan bebas Hasmi Hashim selaku panelis.

Forum yang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tersebut dihadiri lebih 1000 hadirin dari pelbagai bangsa dan ideologi.

Er.. apa Khalid? “Isu ini hanya mudah, kita sembah Tuhan yang sama, Tuhan hanya satu, mana Tuhan ada banyak…(dan)  orang Islam wajar menjelaskan bagaimana Allah yang Esa patut disembah,” jelasnya.” Kita sembah TUHAN YANG SAMA DENGAN AGAMA YANG LAIN???? Jadi apakah agama lain menyembah Allah yang sama umat Islam sembah????

Saya tidak tahu samada Khalid Samad tersalah cakap atau tidak faham Bahasa Malaysia. Dimana beliau belajar terjemahan Bahasa Malaysia “God” itu “Allah”, saya pun tidak pasti. Semoga guru Bahasa Malaysia dulu tidak turut menanggung dosa menterjemah “God” kepada “Allah”.

Wahai umat Islam yang menyokong penggunaan terjemahan yang nyata salah daripada sudut bahasa,

Amatlah berbeza jikia kita percaya “God” itu “Allah” dan terjemahan “God” itu “Allah” dalam Bahasa Malaysia, melainkan anda menterjemah “God” kepada “Allah” dalam Bahasa Arab. Berbeza konteks, berbeza maksud.

Berbalik kepada skandal video seks DS Anwar Ibrahim, saya amat kecewa dengan DS Anwar Ibrahim dan PAS. DAP tu bukan Islam, maka terpulanglah cara mereka.

Dalam kenyataan DS Anwar ketika mula-mula timbul isu ini, dilaporkan dalam Harakah:

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau serta keluarga.

Beliau berkata, visual yang ditayangkan tengah hari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tayangan tengah hari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.

“Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB),” katanya.

Menurutnya, fitnah terbaru itu muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas.

Beliau menyifatkan kerana terdesak musuh politiknya, terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi beliau.

Ini juga, katanya bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihan raya negeri Sarawak.

Menurutnya, musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud.

Maka, katanya tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

Akan tetapi, pabila Tan Sri Rahim Thamby Chik diketahui salah seorang dalang rakaman, peribadi kes lamanya diungkit. Bagaikan tiada belas, diri Tan Sri diaibkan. Apakah kamu lebih mulia maka kamu berhak mengaibkan Tan Sri Rahim? Beliau telah terima balasannya dan bakal menerima jika tidak cukup lagi di akhirat kelak.

Yang lebih memelikkan, sebelum pengakuan Datuk T tiga orang itu, DS Anwar boleh menduuh DS Najib tahu mengenai video itu dan PKR turut sama menuduh DS Najib dan Tun Dr Mahathir turut sama terlibat. Jika tiga itu mengaku, tidakkah PKR turut sama menyebarkan fitnah terhadap DS Najib dan Tun Dr Mahathir? Dan apa pula tindakan PAS? Membisu? Menghalalkan rakan seIslam membuat fitnah?

Malah, Soi Lek dibidas oleh DAP. Bersatu hati sungguh Pakatan Rakyat mempertahankan DS Anwar dengan memalingkan isu sebenar. Tidak mengapa jika salah seorang daripada mereka berzina (kes Elizabeth Wong jangan dilupa). Dalam hal ini, PAS turut sama berdiam diri.

Pada pandangan saya, video itu dalam siasatan. Benar atau tidak, biarlah yang bersalah dihukum. Jika Datuk T yang bertiga itu menfitnah, biarlah mereka dihukum seadilnya. Namun, sedih apabila ada orang terus menyanggah dan mendakwa ini konspirasi terhadap UMNO. Berikut adalah mitos bagi mereka yang menolak terus video itu DS Anwar:

  1. DS Anwar sedang dalam perbicaraan kes liwat, takkanlah beliau mahu lakukan hubungan seks? (ODS: Apakah DS Anwar terus hilang nafsu seksnya ketika perbicaraan yang ditangguhkan oleh pihaknya sendiri?)
  2. DS Anwar kan dituduh gay dan homoseksual, takkanlah dia mahu melakukannya dengan perempuan? (ODS: Apakah tidak pernah dengar ada manusia layan dua-dua?)
  3. Jika benar DS ANwar itu gay, takkanlah dia nak layan perempuan? (ODS: YB Nurul Izzah itu berbintikan siapa?)
  4. Ikut suka DS Anwarlah nak buat dengan siapa (sebagaimana komen ini).. (ODS: DS Anwar itu umat Islam. Jika dia melakukannya dengan selain isterinya, bukankah zina namanya itu? Tidak berdosakah dia? Tidak bermoralkah dia sebagai umat Islam?)

Kesimpulannya, biarlah polis melakukan siasatan. Pihak-pihak yang terlibat, berilah kerjasama.

Jika perlu, tubuhkanlah juga Suruhanjaya DiRaja. Siasat kes ini sebagaimana kes-kes lain yang melibatkan kepentingan Pakatan Rakyat.

Dari sudut agama Islam pula, marilah kita menyertai solat hajat anjuran Pakatan Rakyat , sebagaimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily:

SHAH ALAM, 25 Mac: Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi BN.

Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.

Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.

Ustaz Idris menambah, rakyat Selangor khususnya dan juga dari negeri lain  perlu hadir untuk sama-sama memohon ke Hadrat Ilahi bagi menangkis fitnah besar ini bagi mengelakkan kemusnahan negara.

“Meskipun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang semua bobrok itu berlaku tetapi harus ingat kita ada Allah SWT. Yang  Maha kuasa untuk membantu kita.

“Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai Doa adalah senjata orang Mukmin kerana itu umat Islam wajar kembali kepada-Nya dalam semua hal kehidupan,” tegasnya.

Selain itu, beliau berkata, mereka yang belum mempunyai pendirian politik juga boleh hadir kerana implikasi runtuhnya negara bakal menimpa sesiapa sahaja sama ada berparti atau tidak.

Begitu juga dengan rakyat bukan Islam perlu hadir menyatakan sokongan dan mendapat penjelasan terus dari pimpinan PR.

Dalam hal fitnah dan mengaibkan peribadi musuh termasuk politik ini adalah ditolak dan dibenci oleh semua agama, jelasnya.

Bagi mereka yang ingin melakukan islah dan pembaikan terhadap semua sistem yang telah rosak di negara ini, tegasnya, ia mesti dilakukan dengan perubahan kuasa politik berdasarkan kebenaran.

Harapnya solat hajat ini boleh memberi implikasi kepada mereka yang bersalah.

Semoga Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa menunjukkan jalan kebenaran, jalan yang lurus dan kita tidak dipalingkan daripada rahmat dan petunjukNya.

 

Persoalan dijalanan: Tidak “double standard”kah Pakatan Rakyat? Buka aib orang boleh, aibnya tidak boleh dibuka?

 

3 thoughts on ““Mitos” Skandal Video Seks Anwar Ibrahim v “Skandal” Bible Bahasa Malaysia

  1. kata-kata Khalid Samad jelas menunjukkan beliau mendukung fahaman pluralisme.

    Para cerdik pandai seperti Dr. Khalif Muammar hanya menghadiri majlis tersebut atas sebab jemputan, bukan sebab menyokong mana2 parti politik.

    Dr. Azwira pula merupakan seorang yang pro-wahabi.

  2. Semuga suarajagat lebih berhikmah dalam hidup ini.

    Harap dapat hentikan menuduh and menfitnah. Orang ni pluralisme, orang tu wahabi. Apakah cara yg di pelajari dari Baginda Rasulullah?

    (102). O you who believe! Have Taqwa of Allah as is His due, and die not except as (true) Muslims.) (103). And hold fast, all of you together, to the Rope of Allah, and be not divided among yourselves, and remember Allah’s favor on you, for you were enemies of one another but He joined your hearts together, so that, by His grace, you became brethren, and you were on the brink of a pit of Fire, and He saved you from it. Thus Allah makes His Ayat clear to you, that you may be guided.)
    Al-Imran (102 -103).

    It is transmitted by at-Tabarani and al-Hakim that in one incident some people spoke very lowly about Salman al-Farsi. They spoke of the inferiority of the Persian in relation to the Arabs, and upon hearing this the Messenger of Allah (saaw) declared,
    “Salman is from us, the ahl al-bayt (the Prophet’s family).”

    This statement of the Messenger of Allah (saaw) disassociates all links based on lineage and tribal considerations.

    It was also transmitted, in two different versions, by Ibn al-Mubarak in his two books, Al-Birr and As-Salah, that some disagreement occurred between Abu Dharr and Bilal and Abu Dharr said to Bilal, “You son of a black woman.” The Messenger of Allah (saaw) was extremely upset by Abu Dharr’s comment, so he (saaw) rebuked him by saying,
    “That is too much, Abu Dharr. He who has a white mother has no advantage which makes him better than the son of a black mother.”
    This rebuke had a profound effect on Abu Dharr, who then put his head on the ground swearing that he would not raise it until Bilal had put his foot over it.

    The Messenger of Allah (saaw) also said,
    “The believers, in their love, mutual kindness, and close ties, are like one body; when any part complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever.” [Muslim],

    “The faithful are like one man: if his eyes suffers, his whole body suffers.” [Muslim],

    “An Arab is no better than a non-Arab. In return, a non-Arab is no better than an Arab. A red raced man was not better than a black one except in piety. Mankind are all Adam’s children and Adam was created out of clay.” [Al-Bukhari and Muslim, on the authority of Abu Musa]

    Meaning that the Muslims, whether they are of Chinese, African, European or Asian origin, are one Ummah and they cannot be separated from each other. No tribalistic ties should ever break their unity.

    Furthermore, Allah (swt), says,

    The Faithful are but brothers…” [Surah Al-Hujurat (49): ayah 10]
    And the Messenger of Allah (saaw) said,

    “The Faithful are to one another like [parts of] a building – each part strengthening the others”
    and

    “Every Muslim is a brother to a Muslim, neither wronging him nor allowing him to be wronged. And if anyone helps his brother in need, Allah will help him in his own need; and if anyone removes a calamity from [another] Muslim, Allah will remove from him some of the calamities of the Day of Resurrection; and if anyone shields [another] Muslim from disgrace, Allah will shield him from the disgrace on the Day of Resurrection.” [Al-Bukhari and Muslim, on the authority of `Abd Allah ibn `Umar]

    Marilah kita kembali mengamalkan Al Quran dan Sunnah sepenuhya.

    AMEEN

    1. saudara arah…
      saya bukan menuduh atau memfitnah…tetapi kata-katanya itu menampakkan secara jelas apa pegangan beliau..
      seorang yang benar-benar memahami serta berpegang teguh dengan akidah ahli sunnah wal jamaah tak mungkin sanggup melepaskan kata-kata seperti itu.

      Akidah meliputi soal niat, perkataan dan perbuatan. Mana-mana di antara 3 perkara itu dilanggari biarpun seinci cuma, maka boleh berlaku pembatalan iman secara sengaja mahupun tidak sengaja. Atau seperti yang biasa kita pelajari disebut sebagai syirik jali (terang) dan syirik khafi.

      Untuk pengetahuan anda juga, saya ‘sejalan’ dengan Dr. Khalif Muammar.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s