Laporan Harakahdaily Antara Yang Paling Lawak


Saya gemar juga membaca Harakah, supaya dapat mengibangi bacaan daripada media yang dikatakan pro Barisan Nasional.

Akan tetapi, baru hari ini terjumpa sesuatu yang menarik. Cuba para pembaca baca artikel berikut:

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.

Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

“Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.

Tambahnya, tindakan tersebut juga membuktikan bahawa pihak Umno BN takut kepada kebangkitan rakyat yang menolak fitnah yang dilemparkan.

“AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno BN.

“Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” katanya lagi.

Dalam kejadian malam tadi, hadirin tidak puashati dengan arahan polis supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh.

Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Akibat kekecohan itu, beberapa hadirin tercedera termasuk wartawan dan pimpinan AMK sendiri.

Tiga anggota AMK turut ditahan polis.

Dalam pada laporan ini cuba menunjukkan polis tidak bertindak professional, kekecohan sebenarnya disebabkan oleh Pakatan Rakyat sendiri. Beri perhatian anda kepada ayat yang dipekatkan dan digariskan.

Pertamanya, polis mengarahkan ceramah dihentikan. Mereka yang tidak berpuas hati, barulah keadaan menjadi kecoh.

Keduanya, mereka yang memulakan tindakan membaling barang-barang ke arah polis anti rusuhan. Ini nyata tindakan yang menggunakan kekerasan dan dimulakan oleh mereka.

Ketiganya, mereka yang menimbulkan kekecohan, mereka yang membaling barang-barang, DAN wartawan dan pimpinan AMK sendiri yang tercedera.

Dimanakah keadaan yang menunjukkan polis tidak professional? Pada mulanya, mereka kata polis mengheret. Akan tetapi keadaan mula kecoh selepas polis mengarahkan ceramah dihentikan. Bukankah seharusnya keadaan menjadi kecoh ketika polis mahu mengheret DS Anwar Ibrahim?

Begitu “prihatin” pendengar ceramah. Kecoh hanya apabila polis mengarahkan ceremah dihentikan, tetapi duduk diam ketika polis mengheret DS Anwar Ibrahim.

Begitu juga kecederaan yang dialami. Bukan disebabkan oleh polis, tetapi teknik balingan mereka sendiri yang mengenai rakan-rakan mereka sendiri…

Atau…

Mereka membaling terhadap pimpinan AMK? Hehehe

 

Soalan Dijalanan: Laporan ini di”spin” atau tidak?

 

 

14 thoughts on “Laporan Harakahdaily Antara Yang Paling Lawak

  1. i guess anwar’s speech masa mula2 tuh dah clarify about “permit” issue mcm yg u persoalkan..

    as he said, “permit kepala hotak depa”..

    fiery bukan?

    why lah umno ppl like u sgt takut sama ini anwar..

    stupid!

    1. I am not UMNO people.

      If “permit kepala hotak depa”.. what will be his policy on others doing gatherings against him? So far, Pakatan Rakyat do not really practice freedom of speech for others that against them.

  2. his policy? on other’s right to demo against him? ..or should i say what’s the police stance on those umno goons yg dok demo mintak dna tuh? what’s our government stand pula?

    tok sah nak menafi la sheikh…hang mmg umno..apa nak malu..

    imagine bapak u kena tuduh bukan2 dlm tv u tak de ruang dlm media keparat malaysia nie…u nak tunggu permit lg ka?

    n dun f tell me our country punye MSM adil saksama pulak ya cos that popular line “kepala hotak depa” pun confirm sesuai utk hang ok?

    1. Obviously bro, you are confused between the police and the ruling government. Both are different entities and the police (and other uniform bodies) are not the same as Barisan Nasional government.

      If they do they stand WITH Barisan Nasional, obviously the head of states of each Pakatan Rakyat will not be protected, and the service by uniform bodies in those states will be very poor. Crime rate etc will be high.

      Nak tanya jugak ni.. yang ceramah Ummi Hafilda kat Kedah tu kenapa tidak dibenarkan?

      Secondly, if DS Anwar tidak diberi peluang untuk bersuara, macam mana kita tahu kita boleh tengok press conference dia? Macam mana dia boleh buat penjelasan?

      About your perception, it is up to you. I am not UMNO blogger. If I do, I would certainly not criticising any UMNO and Barisan faulties. Kindly read back all the articles written and tell me that I have never ever criticise Barisan Nasional and I have never ever praise some of Pakatan Rakyat’s qualities.

      You are a smartguy, and was one of good debators during your school days (as per your comments before). I am certain you can analyse well after extensive reading on both sides and on wider matters.

      Thank you.

      1. ummi hafilda talian hayat umno ka kawan?

        if yes, pls say so.. and i believe rakyat terbanyak pun muak dgn adegan pelacor politik ummi hafilda yang duk bersumpah sumpih duk menjaja cerita dlm kain etc…
        pemimpin kah dia nak bercakap byk soal membela “nasib org melayu dr di ditipu anwar ibrahim?”(by the way hang suruh la dia pakai tudung elok2 dulu sebelum nak membebel2 dgn sumpahan dia tuh) jgn ckp umno tak terlibat nak membawak dia menjual ceritera nya pulak..(sometime in 98/99 atas terdesak nya umno tv3 di gunakan utk “buat ceramah” live dlm tv melibatkan ummi nie nak memburukkan si anwar..kepala hotak depa!)
        sekadar perbandingan relatif dr segi jumlah ceramah dia ummi hafilda di halang dgn ceramah anwar berapa byk bai???? jgn duk nafi hakikat ketidakadilan yg berlaku..

        hang ckp ye kalau anwar di halang dr membuat penjelasan kenapa kita boleh tgk press conference dia…kat tv keluar ke??? yang keluar apa??? kalau yang ada astro awani buleh la jugak tgk skit2 penjelasan penafian dia…tv3?haram!
        media kita tak cukup bebas utk bagi coverage yang sepatutnya…tak kan org seintelek hang nak nafi perkara nie…tlg jgn bandingkan harakah dgn newspaper mainstream yang lain…berapa sgt circulation dia…berapa sgt kekerapan keluar penerbitan..or hang mesti ckp PR ada online media…berapa sgt keluasan capaian internet malaysia nie nk banding dgn accessibility tv di ceruk2 kampung nun..

        maybe mereka yang mengamuk dlm ceramah tuh dah cukup fed up dgn segala bentuk “cengkaman”rejim BN dlm setiap peluang yg ada..as aku sendiri dah fed up dgn BN yang ibarat bapok bila bercakap soal kebebasan!

        1. Ummi Hafilda bukan talian hayat UMNO. Pada pandangan saya, dia bergerak sendiri.

          Setahu saya, kekuatan media pro Pakatan juga tidak kurang hebat. Jika kekuatan media Barisan Nasional terletak kepada TV3, masakan Barisan boleh hilang beberapa negeri pada PRU12 lalu. Malah, pada ketika itu, kempen yang Pak Lah buat amatlah besar-besaran.

          Media baru masih dikuasai Pakatan Rakyat. Rakyat masih mencari sumber-sumber daripada media pro Pakatan untuk menilai berita yang mereka terima. Sebagaimana anda, masih ramai yang membaca media pro Pakatan. Malah ada yang tanpa membaca langsung media-media yang pro Barisan. Ada juga yang baca, tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak menerima.

          Dan oh ya, dalam media-media pro Pakatan, berita kebaikan Barisan juga tiada. Jangan jadi kuali mengumpat bontot belanga hitam.🙂

          Tentang saya orang UMNO, seperti yang saya katakan. Baca kesemua artikel saya. Hari ini pun saya ada mencadangkan turut sama solat hajat anjuaran Pakatan Rakyat untuk Allah menunjukkan kebenaran. Jika saya orang UMNO, mungkinkah saya mencadangkannya?

  3. dude, as i said even if u cenderung umno pun kenape malu nak mengaku??
    that’s ur choice kan..

    Aku masih juga bace MSM tapi bukan bahagian muka depan dan isi politik nye,
    bahagian sukan.. tolak tepi utusan, the rest masih boleh di terima akal kalau pun nak beli…

    tv..as i said, peranan tv masih berpengaruh..trust me, if our media lebih aksesibel kepada oppositiion do u still think umno bn masih boleh bertahan??? answer me with honesty…

    apa perlu harakah,keadilan,suara roket nak bercerita soal “kebaikan” BN sekalipun kalau peranan media seperti ini adalah media organ parti2 terbabit,dah la limited circulation and printings, and i think malaysianinsider malaysiakini ya pro oposisi tapi bukan asing depa juga buat coverage pada bahlul bahlul like zul nordin,heheheh and bn themselves…

    if la the umno government cukup jantan just luluskan satu lesen tv utk pro oposisi, hang boleh tgk macam na and apa akan jadi…tapi berani kah bapuk2 dlm umno nie???

    orang2 di arab sudah lama di oppress, di tekan dgn sebijik2 apa yang macam umno bn lakukan..we’ll see what happen then..

    -peace!

    1. dawai koko+,
      Andai Pakatan Rakyat mempunyai TV, saya fikir isi kandungannya tidak jauh daripada apa yang terkandung dalam media cetak atau media elektronik pembangkang. Ini kerana, rata-rata isi lebih kepada mencari salah, lebih daripada berusaha ke arah kebaikan.

      Dan, jika silap percaturan, rakyat akan menjadi lebih benci kerana terlalu banyak unsur kebencian didalamnya. Jika pun menang di mana-mana PRU, Pakatan Rakyat akan menghadapi masalah kerana majoriti sifat politik Pakatan Rakyat lebih kepada politik kebencian. Anda bijak, anda patut juga akuinya.

  4. politics of hate.

    both sides/political divides are playing the same cards.
    mungkin ada kebenaran nya.

    aku benci kau.
    kau benci aku.

    but ask urself back dun u want a more balance tv?
    and atas undang2 apa bn tak ada political will utk bagi lesen tv pada oposisi?
    kita kata negara kita bebas.merdeka.kenapa di sekat hak org utk attend ceramah.n so much examples.

    aku tak lah sebijak hang kot, tapi utk aku menyokong the same goons yang dah corrupt dlm umno nie susah la ya amat.
    menteri kabinet kena tipu ngan itu mca rep.macam2 lah..

    -peace!

    1. dawai koko+,
      cuba bandingkan berapa banyak artikel penuh kebencian antara media-media pro Barisan dan pro Pakatan.🙂

      Dan satu lagi,
      saya tak sokong semua goons dalam UMNO. Jika tidak, masakan penyokong KJ saya anti-KJ. (Nasib sahaja tiada penyokong Nazri Aziz memberi komen)😀

  5. kawan,meh kita buang sat macam hang ckp kepentingan dokongan politik then kita jwp soalan hang tentang “artikel penuh kebencian media PR Terhadap BN n vice versa.”

    -1st kita tgk jenis media.

    a) tv/television – keluasan capaian (seluruh negara), aksesibiliti (boleh di unjurkan setiap isi rumah ada sekeping/sebuah tv),channels yang major (yang melapor berita/rekayasa/propaganda) kesemuanya percuma tolak astro. pemilikan (swasta n kerajaan), yang swasta sgt cenderung pemerintah,kerajaan tok sah la kata).
    -nilai berita yang seimbang apa definisi nya? tidak kelihatan terlalu memihak. tlg bgtau kat aku tarikh mana tv3 pernah buat laporan yang positif pasal kerajaan di negeri yang di perintah bukan dr kalangan BN???? kat celah bedah mana kawan …hari2 hentam selangor, penang, kelantan, kedah??? jgn la nak ckp tadak langsung berita positif tentang kerajaan2 negeri nie selama sejak jatuh dr pegangan BN..sejauh mana kebertanggungjawaban laporan negatif terhadap negeri2 ini.. isu tentang kampung baru yang baru2.. perhimpunan penduduk kampung tersebut ada di laporkan..???yang konfirm di laporkan raja nong chik…yang owners nie buat pakatan mereka utk menolak undang2 kampung baru ada di lapor???? harus ambil perhatian isu nye isu org melayu.. n tlg jgn nak cakap PR amik kesempatan isu nie utk political mileage..hakikatnya tak dak pun gampangan2 pejuang melayu bertopeng umno membela org2 kampung baru ini…maaf..rasional aku dah menolak retorika pejuang melayu bahagian etnik umno..

    pokok isu perenggan ini, aku harap hang bersetuju lah jika aku cakap yang menanam kebencian ialah media tv barisan nasional sendiri yang TERANG2 secara relatif nye menjadi agen penanam kebencian terhadap masyarakat. ni baru aspek tv. harus di ingat none of the tv is alligned with PR agenda!zero.ilekk!!

    so hujah satu hang boleh di anggap patah!

    b) media cetak-akhbar2 perdana/tabloid atau organ parti!
    -hang sendiri tau kekerapan circulations, terhad nya cetakan akhbar2 organ parti2 pakatan…jika nak dibandingkan dengan utusan meloya,berita hairan,dan sewaktu dgn nya..terutama sekali berbahasa melayu lah kan…tak pelik kah saudara yang intelek kenapa paper2 major melayu nie ruangan iklan dia pun sgt ciput????? tak banyak organisasi nak mengiklankan apa2 dlm ruangan classified..artikel memuji/melapor kelantan di atas pun sekali sekala la nak ada…yang selebihnya????
    penang kena hentam tok sah nak kata lah..bai.. beza peranan akhbar organ parti dgn mainstream parti bai…tak kan la hang expect harakah suara keadilan nak melapor agenda barisan nasional sedangkan nak terbit 2 minggu sekali pun dah kecoh..jika sekalipun di benarkan wujud akhbar baru kalau laporan nya bersifat menolak umno dah kena sekat bawah akta media cetak ( akta penjajah yang masih di pegang teguh oleh pejuang “merdeka” mamak melayu umno).
    sekali lagi aku tanya hang yang bijak pandai… kat celah bedah mana yang di katakan laporan “berita” media milik PR/pro PR jumlah kebenciannya lebih banyak drpd BN media kalau jumlah circulation,jumlah cetakan dan treatment undang2 lebih memihak kepada akhbar milik saham umno nie????

    c) online media-news portal
    -malaysianinsider,malaysiakini,agendadaily bla bla..
    -blogs….

    kita anggap je lah kedua2 nye seri..baik pihak paksi Barisan ataupun Pakatan.
    blogwise, ampuh what media umno skrg..siap kaki toddy arak pun boleh berjuang utk melayu dan islam bertakbir mcm anjing yang melalak nama tuhan n takbir (depa kata parpu kari kawan hang????aiseh man).. to say the truth..hang bleh spend satu jam bahagikan 30 minit 30 minit …pick blogs paling hardcore n extreme antara dua dua side..hang bleh tengok meter kebencian tuh berada paling extreme di blah mana..and hang sendiri boleh conclude..mana jauh lebih sial,melucahkan,menjijikkan..membencikan..

    politics of hate..

    harapnya aku dah menjawap apa yang hang tanya.

    -peace!

    1. 🙂

      a) Sedarkah dan tahukah anda bahawa penggunaan “kempen” yang berlebihan di TVlah antara penyebab Barisan Nasional menerima pukulan berat pada PRU12. Ramai yang jelak, termasuklah saya.

      Makanya, jika dengan sikap media Pakatan Rakyat sekarang, tidak mustahil Pakatan Rakyat akan menerima nasib yang sama.

      Dan, untuk pengetahuan saudara, setahu saya ada. Akan tetapi tidak sebanyak mana. Malah Datuk Rais Yatim telah menyatakan sebelum ini, akan ada penyebaran media di rangkaian kerajaan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.

      Selain itu juga, rancangan-rancangan info masih lagi melibatkan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

      Tentang hentaman, saudara boleh melihatnya begitu. Akan tetapi, saya melihatnya sebagai kata-kata janji manis yang indah tidak berjaya dikotakan. Jika Pakatan bebas mengkritik Barisan, apalah salahnya sebaliknya? Kerana itulah saya katakan, Pakatan tidak begitu bebas. Mengutuk orang boleh, dikutuk tidak.

      Saudara pasti pernah tengok rancangan Bersamamu. Tahukah saudara yang ramai juga pemimpin picisan Barisan tidak gemar rancangan tersebut. Tahu mengapa? Bagi mereka, ianya seolah memburukkan mereka. Walhal, program TV itu demi kebajikan rakyat. Saya sendiri pernah melihat senario ini.

      Buruk Pakatan sahaja? Sila semak semula.

      b) Ini lagi menarik. Jika saudara mengatakan terhad kepada ahli, bagaimana saya boleh membeli Harakah, Suara Keadilan walhal saya bukan ahli. Tidak perlu pun menunjukkan kad ahli atau pengenalan. Boleh sahaja dibeli begitu sahaja.

      Terhad? Sila semak semula.

      Oh ya, dari muka pertama sampai hujung, majoriti kutuk UMNO dan Barisan. Bagaimana saya tahu? Saya juga membeli Harakah dan Suara Keadilan.🙂

      c) Seri? Masih jauh. Rakyat masih mencari media Pakatan Rakyat kerana ramai yang tidak percaya kepada media pro Barisan. Salah satu penyumbang kepada kekuatan media Pakatan Rakyat adalah penggunaan secara berlebihan oleh kerajaan dibawah pentadbiran Pak Lah ketika PRU 12.

      Dan saudara.. cuba cari dalam media rasmi yang pro Barisan, mengutuk Pakatan Rakyat sahaja kerjanya, dari pagi bawa ke malam bawa ke keesokan harinya? Saudara masih tidak menjawab perbandingan kandungan media pro Barisan dan pro Pakatan.

      Tiga berjawab.. satu yang saya bagi pun tidak berjawab.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s