Tazkirah Jumaat: Solat.. Salah Satu Rahmat Allah Yang Tidak Ternilai


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin dikongsikan nukilan menarik daripada laman ini. Baca, renung, fikir akan apa yang ternukil…

Bulan puasa yang baru sahaja meninggalkan kita mulai semalam Jumaat, 10/10/10, memberikan saya satu pengertian yang sangat berguna, yang tidak patut saya lupakan begitu sahaja. Pengertian yang saya anggap sebagai pengertian hidup, tercetus, sejak saya mendengar tazkirah di surau tempat saya berterawih yang menyebut lebihkurang, ‘Walaupun kita sembahyang lebih dari cukup, belum dapat menjamin kita akan masuk syurga kecuali kita mendapat rahmatNya’.

Begitulah ayat yang terbaik yang dapat saya catatkan dari apa yang saya dengar dalam tazkirah itu lebihkurang dua minggu yang lalu. Sehingga hari ini ucapan itu seperti masih terdengar-dengar lagi.
Saya sedikit terkejut dengan kenyataan itu, tetapi menerimanya dengan penuh yakin bahawa ustaz yang mengucapkan itu tidak silap sebut, diucapkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Cuma saya sahaja merasakan seperti suatu yang baru kerana inilah pertama kali saya mendengarnya. Sejak saat itu saya memikir-mikirkan tentang Rahmat Allah yang berkait dengan sembahyang.

Apakahdia Rahmat Allah yang berkait dengan sembahyang itu? Bagaimana cara untuk mendapatkan Rahmat Allah dari sembahyang kita?

Apabila saya balik kampung ke rumah bapa mertua, saya sengaja mencari masa untuk bertanyakannya kerana saya menganggap beliau lebih banyak tahu tentang sembahyang, hukum-hakam sembahyang dan lain-lain tentang sembahyang. Saya masih ingat lagi, bila saya tanyakan kenyataan dari tazkirah tersebut, beliau mengesahkan memang betul.

Tetapi bila saya tanya soalah kedua, bagaimana hendak mendapat Rahmat Allah? Jawapan beliau, “Selepas sembahyang, maka berdoalah memohonlah agar diberikan rahmatNya.” Maka diucapkanlah satu contoh doa yang berkaitan. Sampai di sini saya agak kurang puas hati kerana setahu saya, sebelum doa, kita harus usahakan dahulu. Bila saya utarakan konteks ini, beliau berhenti sebentar seakan-akan mencari jawapan.

Agak lama juga respond beliau tidak juga timbul. Sebenarnya kami sambil makan ketupat yang baru masak untuk sambutan hari raya esok pagi. Apabila lama jawapan yang diharapkan tidak juga timbul, maka saya meminta sahkan sama ada pendapat saya betul atau tidak. (Sebenarnya saya ada menyediakan satu dua contoh yang berkaitan dengan cara mendapatkan Rahmat Allah mengikut pendapat saya sendiri. Cuma saya belum pasti. Lantas saya utarakan kepada beliau).

Saya katakan, sembahyang kita selain untuk menunaikan hutang kita kepada Allah, sepatutnya, mentarbiah diri kita. Selagi sembahyang kita tidak dapat mentarbiah diri kita maka Allah tidak akan memberikan RahmatNya.

Saya ambil satu contoh, hukum ‘Sunat memandang ke tempat sujud sepanjang kita melakukan sembahyang’. Kalau hukum ini dapat mentarbiah diri kita dan kita jadikan panduan dalam menjalani hidup seharian, maka barulah Allah memberikan RahmatNya. Misalnya, kalau kita sedang bermesyuarat, maka berikan tumpuan sepenuhnya kepada mesyuarat. Dalam kata lain, kita seharusnya memutuskan hubungan dengan dunia luar, dengan rakan-rakan di luar sana, dengan cara mematikan telefon bimbit umpamanya. Dalam mesyuarat jangan kita bercakap tentang perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan agenda mesyuarat.

Sampai di sini beliau belum respond lagi. Lalu saya memberikan satu contoh lain. Saya merujuk kepada percakapan beliau beberapa tahun yang lalu, beliau pernah menyebut, ‘Makruh sembahyang di laluan’. Beliau masih ingat itu. Maka saya berikan pendapat saya, iktibar darinya. Saya katakan bahawa dalam hidup seharian kita, kita jangan membuat sebarang halangan di laluan. Cara kita meletak kereta atau motosikal, meletakkan selipar dan kasuh di muka pintu, berdiri di kaki lima atau di muka pintu lif jangan sampai menjadi halangan, menyukarkan orang lalu lalang.

Dalam ibadah haji, ketika wukuf di Arafah, kita dilarang mematahkan dahan atau membunuh sebarang hidupan seperti semut dan sebagainya. Iktibar darinya ialah agar kita terdidik supaya menjaga alam sekitar. Jika ini dapat dipatuhi maka haji kita sudah mentarbiah diri kita untuk menjaga alam sekitar.

Lantas saya membuat satu kesimpulan, sembahyang dan haji kita kalau dapat mentarbiah diri kita seperti contoh di atas alangkah baiknya.

Dengan dua tiga contoh di atas tadi beliau akur, dengan sedikit komen katanya, “Kalau semua orang Islam buat macam tu, tambah cantiklah syiar Islam kita.” Sambungnya, “Ayah setuju kalau kata itu adalah cara kita mendapat RahmatNya dari sembahyang kita, haji kita.”

Katanya lagi, pendapat dan fikiran-fikiran yang macam tu adalah termasuk dalam bidang tasawuf. Bukan semua orang terfikir sejauh itu walaupun sembahyang sudah sampai ke tua.”

Saya berterus terang tidak faham apadia tasawuf, tetapi cuma itu adalah antara buah-buah fikiran yang terbit dari tazkirah tadi.

Dipendekkan cerita, begitulah serba sedikit perbincangan kami. Saya memang sering bertanya tentang hukum-hakam kepada beliau lantaran beliau sudah 40 tahun mengaji dan mengikuti ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama terutama dalam bab-bab sembahyang. Dari beliaulah saya memahami banyak perkara yang berkaitan sembahyang. Wallahu-a’lam.

 

Nukilan OnDaStreet: Untuk apa yang ternukil, saya terdiam seketika selepas membacanya. Terdiam kerana selama mana ramai yang telah bersolat, bersembahyang, tidak terlintas untuk mengganggapnya sebagai rahmat Allah, hanya lebih kepada ianya satu perintah Allah yang diwajibkan ke atas hambaNya.

Solat, sembahyang… ianya perintah Allah.. juga tersembunyi 1001 rahmat dan faedah…

Wallahualam…

 

2 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Solat.. Salah Satu Rahmat Allah Yang Tidak Ternilai

  1. Artikel ini macam sama dengan aritkel saya. Contoh-contohnya juga tepat seperti saya punya. Saya pun sudah menyiapkan sebuah buku tentang mencari rahmat dari sembahyang. InsyaAllah sebelum akhir April 2012 nanti siaplah. Kalau berhajat, hubungi saya.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s