Skandal Video Seks Anwar Ibrahim: Siapa Bakal Lagi “Buncit”?


Hanya kerana video yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang, tumpuan lebih terarah kepada mencari siapa yang dimaksudkan dalam video tersebut, siapa yang menyimpan rakaman, siapakah dalang disebalik pendedahan video tersebut. Ketulenan dan kebenaran video tersebut menjadi antara topik hangat, malahan ada antara kita terlupa, Bible kini boleh dibaca dalam Bahasa Malaysia.

Dalam sehari ini sahaja, boleh dibilang artikel yang keluar didada-dada akhbar. Di blog-blog tidak perlulah dihuraikan lagi.

OnDaStreet mengambil jalan tengah dalam isu ini. Ini kerana situasi masih kabur. Ya, mungkin ianya satu konspirasi, tetapi konspirasi siapa terhadap siapa? Mengapa saya menimbulkan “siapa terhadap siapa”?

Pertamanya, kita lihat keletah DS Anwar Ibrahim sendiri.

DS Anwar Ibrahim terlalu pantas “melompat” biarpun tidak melihat rakaman video itu lagi. Beliau juga pantas menyatakan ianya konspirasi terhadapnya. Bukan menidakkan ianya satu lagi konspirasi terhadapnya, tetapi terlalu banyak konspirasi yang didakwa untuk menjatuhkannya. Begitu hebat dugaan untuk seorang hamba Allah ini. Bagaikan dunia berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

DS Anwar juga agak pantas untuk menyatakan dia tidak sebuncit pelaku seks dalam video tersebut. Hairan.. bagaimana DS Anwar tahu perbandingan kebuncitannya dengan pelaku seks dalam rakaman video tersebut?

Mungkinkah ini konspirasi oleh DS Anwar terhadap dirinya sendiri untuk mengalih perhatian?

Namun, saya juga tidak menolak ianya konspirasi terhadap dirinya oleh orang lain.

Dalam sidang akhbar beberapa jam yang lepas, tiga orang mengaku diri merekalah Datuk “T” yang bertanggungjawab terhadap skandal video seks tersebut. Mereka adalah Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Melihatkan kepada barisan ini, tumpuan saya terarah kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Kenapa?

Di dalam memoir Tun Dr Mahathir (muka surat 414), ada perenggan yang menyatakan pada ketika DS Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan membuatkan hidup sesetengah pemimpin UMNO menjadi lebih sukar jika DS Anwar tidak menyukainya atau yang rapat dengan Tun Dr Mahathir. Kes seorang Ketua Menteri menghadapi tuduhan mempunyai hubungan dengan pelajar sekolah “diarahkan” diberi liputan yang meluas. Akhirnya Ketua Menteri tersebut hilang jawatannya. Mungkinkah Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik? Mungkinkah ini satu tindak balas terhadap DS Anwar yang disifatkan bertanggungjawab menjatuhkan Tan Sri Abdul Rahim dahulu?

Jika ya DS Anwar yang bertanggungjawab dahulu, dan benar Ketua Menteri yang dimaksudkan itu adalah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik… dan benar pelaku seks dalam video yang disebut-sebutkan itu DS Anwar Ibrahim… bolehkah kita mengganggap ini satu putaran roda untuk DS Anwar? Jika ya, mungkin juga boleh dianggap ini sebagai konspirasi,tetapi pada pandangan saya, ini lebih kepada konspirasi peribadi, berbanding politik. (Sila ambil perhatian, ini sekadar pandangan, bukan spekulasi)

 

Dari satu sudut pandang yang lain pula, dengan terdedahnya video ini, kita boleh melihat satu perkara… iaitu betapa pantasnya DS Anwar Ibrahim menuding jari, menuduh pihak yang kononnya bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dan fitnah terhadapnya – DS Hishamuddin daripada Barisan Nasional dan polis. Tanpa berlengah dan segan silu polis dituduh bertanggungjawab.

Dengan pengakuan tiga individu tersebut, maka wajarlah DS Hishamuddin mahu menyaman DS Anwar jika berterusan menyalahkan polis dan beliau jika DS Anwar berterusan menuduh.

Dengan pengakuan tiga individu tersebut juga bolehlah kita lihat bagaimana DS Anwar mahu mengambil kesempatan memburukkan polis dan kesempatan politik tanpa mengira kebenaran dan keadilan. Begitu pantas mahu meraih sokongan dan simpati politik disamping memburukkan pihak polis.

Seharusnya DS Anwar malu kerana menuduh pihak lain yang bertanggungjawab. Seharusnya rakyat boleh membuka mata melihat apa yang sebenarnya lebih penting untuk DS Anwar. Bukan keadilan yang dicari, tetapi pengaruh dan simpati politik.

Dengan DS Anwar sudahpun membuat laporan polis, dan tiga individu sudah mengaku sebagai Datuk “T”, eloklah kita tunggu dan lihat perkembangan yang seterusnya.

Secara khusus, saya ingin melihat apa yang bakal diperkatakan oleh DS Anwar dan Pakatan Rakyat dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menjadi salah seorang Datuk “T” tersebut. Ini kerana dalam sidang media yang lepas, DS Anwar menyatakan tidak elok membuka keaiban dan mengamal politik kotor dan lucah. Oleh itu, saya mahu melihat DS Anwar dan rakan Pakatan Rakyat tidak menyentuh kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang lampau.

Kita tengoklah nanti siapa bakal “buncit” kerana bersalah.

Apapun, saya amat sedih kita lebih terarah kepada skandal video seks ini, lebih daripada kegusaran Melayu bakal lebih mudah disesatkan dengan penyebaran Bible dalam Bahasa Malaysia. Benar tiada larangan dalam Al-Quran untuk agama lain menggunakan Allah sebagai tuhan mereka, tetapi dari konteks bahasa pun sudah salah. “God” dalam Bahasa Inggeris, “Allah” dalam Bahasa Arab dan “Tuhan” dalam Bahasa Malaysia.

Oleh itu tindakan menterjemah “God” kepada “Allah” dalam Bahasa Malaysia amat dipertikaikan dan tujuan pihak terlibat diragui.

 

Soalan dijalanan: Bagaimana yang dikatakan membuka aib dan pendedahan demi keadilan? Apakah perbezaannya? Kenapa isu fitnah ini dipandang lebih berat berbanding usaha mengkristiankan umat Islam di Malaysia?

 

5 thoughts on “Skandal Video Seks Anwar Ibrahim: Siapa Bakal Lagi “Buncit”?

  1. bro..anuar buat sidang media lps die tgk video tu le.sebelum tu die xtgk lagi.ko ni klu nak bg org caya penipuan kite.kaji dulu.jgn wat malu kite.adoi.

    1. bro,
      dah banyak kali dia nafikan dia tidak tengok lagi.

      dan,
      siapa menipu akan menerima padahnya. Tidak kira DS Anwar ataupun datuk T tiga tu..🙂

      Oh ya.. termasuklah diri anda yang mengaku pejuang BN..🙂

      Semoga solat hajat anjuran Pakatan Rakyat membuahkan hasil. Semoga Allah menunjukkan perkara yang benar.

  2. ADAKAH ANDA DAN RAKAN RAKAN BLOGERS TIDAK BERAKHLAK???

    KUALA LUMPUR 6 April — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermora”l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media Tegas Harussani tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam Selain itu tambah beliau tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam “Buka rahsia dan aib orang adalah haram kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah bukan dengan dedahkannya kepada umum “Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak dah jadi tidak bermoral kenapa jadi macam ini Kalau nak bawa ke mahkamah tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu ” katanya kepada The Malaysian Insider Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu “Hentikan hentikan buat apa nak cakap benda aib orang lain ini Buktikan di mahkamah kalau nak cakap biar mahkamah

    1. saudara arah,
      apakah tujuan anda memberikan artikel ini? adakah anda bermaksud blog ini tidak berakhlak?

      jika ya, sila tunjukkan bahagian manakah blog ini yang tidak berakhlak dalam membicarakan isu semasa. jika kerana ianya skandal video seks anwar ibrahim, tunjukkan bagaimana tidak bermoralnya isu ini diulas.

      terima kasih

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s