DS Anwar Ibrahim, Demi Rakyat Dan Kebenaran, Serahkan DNA Anda


Perbicaraan DS Anwar telah pun masuk minggu yang entah keberapa. Dan ianya masih jauh daripada penyelesaian. Keadilan untuk tertuduh atau menuduh masih tidak dapat ditegakkan.

Jika ya DS Anwar tidak bersalah, nyata ianya tidak adil bagi beliau untuk terus memperjuangkan keadilan bahawa beliau dianiaya. Jika ya DS Anwar bersalah, nyata DS Anwar menidakkan keadilan kepada mangsa demi kerakusan dan nafsu serakah diri sendiri yang konon memperjuangkan keadilan.

Dengan mahkamah dan rakyat diberitahu tentang penemuan DNA lelaki “Y”, ianya semakin menghangatkan keadaan. Kesahihan DNA itu dipertikaikan dengan kononnya ianya bukan milik DS Anwar Ibrahim.

Namun, keengganan DS Anwar memberikan DNAnya amat menghairankan. Jika ya DNA lelaki “Y” itu bukan DNAnya, mengapa harus gentar? Mengapa harus menikus? Bukankah DS Anwar menggambarkan dirinya mangsa?

DS Anwar, ini peluang untuk dirimu menidakkan tuduhan terhadap dirimu yang mulia, yang tidak melakukan kesalahan, yang tidak mempunyai nafus terhadap kaum sejenis.

DS Anwar, ini juga peluang untuk dirimu menyangkal apa yang disampaikan kepada Tun Dr Mahathir, sehinggakan kisahmu dinukilkan oleh Tun Dr Mahathir didalam memoirnya.

DS Anwar Ibrahim, demi RAKYAT dan KEBENARAN, sila serahkan DNA mu untuk membuktikan dirimu bukan lelaki “Y” itu. Buktikan kamu bukan peliwat Saiful Bukhari!!!

Kepada rakyat jelata, marilah kita sama-sama mendesak DS Anwar menyerahkan DNAnya. Biarlah terungkai misteri lelaki “Y” ini, keadilan dapat ditegakkan dan DS Anwar berada ditempat yang sepatutnya.

 

Soalan dijalanan: Apa yang ditakutkan sangat oleh DS Anwar Ibrahim ini? Bukankah Karpal Singh sedia membantu? Nik Aziz pun ada untuk mendoakan rakan Pakatan Rakyatnya benar bukan peliwat?

 

 

One thought on “DS Anwar Ibrahim, Demi Rakyat Dan Kebenaran, Serahkan DNA Anda

  1. BERITA TERGEMPAR!

    DSAI TIDAK DAPAT MENYERAHKAN DNANYA KERANA DIA TIDAK ADA DNA. HARAP MAKLUM.

    DIA HANYA ADA MULUT UNTUK MEMBUAT HURAIAN BERBELIT-BELIT DAN MEMBUAT SEGALA PENAFIAN. HARAP MAKLUM.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s