Judi: PAS bawa ke mesyuarat Pakatan ~ Harakahdaily


Berikut adalah laporan Harakahdaily.net:

KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS akan membawa isu perjudian di negara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diselesaikan dengan baik.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) dalam kenyataannya berkata, PAS tahu, sikap Umno dan BN menghalalkan judi sebab itu lesen-lesen perjudian di keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu Pakatan Rakyat mempunyai sikap yang tegas dan berbeza dengan BN dalam hal ini,” kata beliau dalam kenyataannya itu.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengambil tindakan terhadap premis yang menjual tiket-tiket perjudian di Kelantan.

Ekoran itu, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan yang terakhir adalah kenyataan Karpal Singh, pengerusi DAP semalam yang mempertikaikan tindakan Kelantan itu.

“Suka saya maklumkan di sini, menjadi polisi kerajaan negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu untuk menentang sebarang bentuk perjudian.

“Bagi saya, isu ini perlu dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dan tidak terbatas kepada Islam dan bukan Islam atau Melayu dan bukan Melayu sahaja.

“Apa yang perlu dilihat adalah kesan buruk daripada perjudian. Pada saya ia ditolak semua agama dan oleh prinsip kemanusiaan untuk wujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik,” kata beliau dalam kenyataannya itu.

Bunyinya menarik. Setidaknya PAS makin berani bersuara dan bertindak. Bukan lagi bersikap hanya “menasihat” dan dipandang agak sepi oleh rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ya, saya tahu PAS telah, sedang dan akan terus berusaha menjelaskan bagaimana Islam itu dan bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam. Akan tetapi, setakat ketika artikel ini ditulis, usaha PAS masih belum memuaskan diperingkat tertinggi Pakatan Rakyat.

Manakan tidak, tindakan yang diambil oleh kerajaan PAS Kelantan baru-baru ini hanyalah diperingkat negeri dan ianya hanya dilakukan di Kelantan. Sebagaimana yang sedia maklum, Kelantan dikuasai secara majoriti oleh PAS dan mereka mempunyai suara yang paling kuat dan sukar untuk disanggah. Pada pandangan saya, bersuaralah sekuat manapun DAP akan ketidakpuas hatian mereka, mereka tidak punya “kuasa” untuk menafikan tindakan PAS di Kelantan.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar PAS dapat merealisasikan apa yang diperjuangkan atas nama Islam diperingkat tertinggi Pakatan Rakyat. Berikanlah kefahaman dan disusuli tindakan yang menunjukkan mereka faham.

 

Soalan dijalanan: Mungkinkah PAS dan Pakatan Rakyat mampu menghapuskan judi dan tidak mengeluarkan lesen judi andai mereka mengambil alih kerajaan kelak?

 

2 thoughts on “Judi: PAS bawa ke mesyuarat Pakatan ~ Harakahdaily

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s