Tazkirah Jumaat: Anda Sedang Melalui Zon Tutup Aurat???


Tazkirah Jumaat hari ini ingin berkongsi suatu nukilan yang menarik dan bersahaja daripada segi penyampaiannya, suatu nukilan sahabat yang gemar berkunjung ke laman ini, dinturtle. Ini nukilannya beberapa hari lalu:

Tengok pada tajuk memang gempak, tapi saya nak kena sound awal2 bahawa artikel kali ni TIDAK ADA kena mengena dengan politik. Kalau ada yang gatal mengomen nak kaitkan ngan politik juga, memang nak kenalah. Ia lebih kepada diri kita sendiri, tanggungjawab kita sendiri. Bukan niat saya nak berdakwah juga, saya tak layak. Satu lagi, benda yang saya nak tulis ni memang sensitif giler … kalau kita nak tegur orang kalau tak kena gayanya, memang free je kena hentam balik.

Jadi saya menulis ni lebih kepada menyuarakan keresahan / kerisauan saya sendiri dengan apa yang jelas berlaku disekeliling, dikalangan umat Islam. Ya saya akui memang banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan kalau berkaitan masalah sosial yang melanda orang Melayu/Islam tapi saya nak bincang yang ni juga, biar kecil pun. Masalah yang lain-lain tu, lain kali kita bincang. Kali ni saya nak bincang yang ini dulu. ( panjang nya mukadimah …. tapi tak sebut juga benda apanya )

Baru ni demam Jom Heboh buat pertama kalinya melanda Kuala Terengganu. Jem giler kau bandar KT …. 2 hari 2 malam penuh sesak manusia di tapak pesta, jalanraya menuju tapak pun tak putus ngan kereta. Tak pernah saya tengok jem seteruk tu berlaku di KT sebelum ni. Saya pergilah juga bawa anak bini jalan2, bukan selalu …. malah pertama kali Jom Heboh di Terengganu. Tahun depan belum tentu ada balik, yalah kalau BN kalah mungkin tak jadi buat dah !

Punyalah ramai rakyat Terengganu berkumpul dua hari tu. Bermacam pesen. Yang muda tua, kanak2, lelaki, perempuan …. hampir semua Melayu. Tapi bukan soal kaum atau Jom Heboh yang saya nak bincang ni. Cuma kebetulan bila dah begitu ramai berkumpul, saya jadikan pemandangan itu sebagai mencerminkan gaya orang kita tika ini.

Apa yang saya nak sentuh kali ni adalah berkenaan cara golongan hawa kita berpakaian @ aurat @ berpakaian sopan @ seksi. O-oh, ada yang dah kenen semacam dah …… layan jelah dulu.

Sekarang ni lebih ramai yang tak bertudung, pakaian makin ketat dengan fesyen favoret adalah tshirt ketat saiz budak umur 5 tahun dan dipakai oleh yang tak bertudung maupun yang bertudung !, baju tu pun dah la makin ketat …. makin singkat pulak, tak perlulah saya tulis panjang2, tuan2 boleh tengok sendiri dimana2 pun.

Kalau tegur ….. dijawapnya balik. Jawapan2 mereka pun tak perlulah saya tulis sebab mereka macam dah sepakat dengan jawapan2 yang sama, tak kiralah dari negeri mana sekalipun. Jawapan2 dangkal yang mereka sendiri tidak yakin tapi diberikan juga bagi menutup jawapan sebenar yang mereka semua akui dalam hati cuma tak tergamak hendak diucapkan. Kita kena terima wanita Melayu kita bukannya jahil, paling tidak pun hampir semua tahu akan perlunya berpakaian sopan ( kalau tidak pun, menutup aurat ).

Kita pun tidak mahu menekan sangat soalan kerana takut dalam menegakkan hak kebebasan yang mereka sendiri ragui, mereka akan mengucapkan alasan dangkal terakhir yang mereka sendiri kalau boleh tak nak sebut dan kita sendiri tak mahu dengar – Dah kalau dosa pun, aku sendiri yang tanggung. Kau susah apa …. kerana ia merupakan antara kenyataan paling sombong seorang hamba Allah ucapkan.

Kenapa yang saya susahkan hal ni ? Apa taknya …. mungkin itu merupakan dosa individu tapi cuba bayangkan Malaysia yang kita semua bangga sebagai sebuah negara Islam yang moden, yang makmur, rakyatnya kaya berpendapatan tinggi dan menjadi contoh kepada dunia TAPI lihatlah cara wanita Islamnya berpakaian. Jika kita letak diri sebagai orang luar dan melihat akan keadaan ini, apakah persepsi yang kita ada terhadap tahap keIslaman Malaysia ?

Tidakkah jika individu yang mempraktikkan hak kebebasan berpakaian itu dikumpulkan dan dilihat sebagai satu kumpulan besar yang mewakili kaum muslimah diMalaysia, dengan sendirinya akan dijadikan bahan ketawa / sindiran masyarakat dunia terhadap Islam ? Ini adalah sebahagian dari harga yang terpaksa kita bayar jika kita terlalu taksub dengan label Islam. Bila kita dengan bangga mendabik dada sebagai contoh terbaik Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nilai2 Islam supaya ia tidak tercemar dek perbuatan kita. Makanya jangan diambil mudah label Islam itu kalau kita sedar masih banyak kelemahan lagi yang ada dalam masyarakat yang perlu diperbaiki.

Kita mampu menjadi umat Islam yang moden , yang berjaya tapi bagaimana pula tahap keimanan umat yang moden ini jika beginilah cara pemakaian wanitanya ? Secara individu mungkin kita anggap ia bukan masalah kita tapi bila dilihat dalam konteks sebuah masyarakat, setiap kita terlibat sama.

Saya ulang, ini bukan isu politik. Janganlah kita menuding jari menyalahkan orang lain. Janganlah kita letakkan seluruh beban wanita Islam negara atas jambul Rosmah sorang. Jika setiap kita melakukan tanggungjawab masing2, ia tidak akan melarat ketahap yang kita nampak sekarang. Kerana setiap wanita yang kita tuding jari itu punya mak ayah, punya suami, punya abang, punya pakcik …. pendekata mereka semua punya lelaki yang bertanggungjawap mendidik dan membimbing mereka.

Akhir kata, saya tak tahulah pemikiran tuan2 macamana …. tapi bagi saya, bila diambilkira perkara pemakaian wanita kita sekarang, saya risau akan halatuju bangsa Melayu. Luarannya kita bisa maju, semangat kita bisa kental tapi kesuciannya ….. ?

Nukilan OnDaStreet: Isu aurat ini telah lama tetapi tidak begitu diambil berat walaupun diperhatikan (secara positif mahupun negatif). Bagi umat Islam, pastinya tahu akan perintah menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Tentunya, dalam nukilan diatas, perkara aurat wanita disentuh kerana itu yang paling banyak boleh disaksikan secara umum.

Semoga Tazkirah Jumaat hari ini dapat dihayati (walaupun berlainan sebagaimana biasa artikel yang diambil tetapi mesejnya jelas) dan diambil tindakan. Ambillah tindakan secara berhikmah, terutama kepada lelaki yang ingin memimpin wanita ke arah kebaikan kerana wanita itu diibaratkan tulang rusuk yang bengkok – jika hendak diluruskan, bukanlah dengan cara yang keras setiap masa.

Kredit juga diberikan kepada sahabat saya yang bergurau dalam bermesej untuk tajuk Tazkirah Jumaat hari ini. Sahabat ini memberitahu dia ada ternampak papan tanda yang berbunyi seumpama tajuk diatas (tetapi tidak ingat dimana) dan tertanya “Ada tempat umum yang ada zon boleh buka aurat dan tak boleh buka auratkah?”.

Wallahualam…

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s