Khalid Samad yang Tenang…


Berikut adalah apa yang disiarkan di Harakahdaily:

1. Ada yang mengatakan MB perlu letak jawatan kerana ‘kalah’ dalam Dewan berhubung pindaan perlembagaan.

Respon saya: Selagi mana 34 adalah lebih dari 20 maka persoalan letak jawatan adalah tidak releven. Mungkin hasil dari pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris, UMNO merasakan 20 adalah lebih besar dari 34!

Keadaannya berbeza sekiranya BN mendapat undi lebih dari PR. Dalam keadaan itu mungkin boleh dikatakan bahawa MB telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan.

2. Ada yang mengatakan PR dikalahkan di DUN Selangor kerana usul pindaan ditolak.

Respon saya: Sebenarnya dalam soal ini, tiada yang menang dan tiada yang kalah. Apa yang berlaku, dan inilah apa yang diinginkan, ialah pendirian masing-masing menjadi jelas.

PR adalah pro-Raja Berpelembagaan dan pro-Federalisma. Ini adalah kerana PR mengemukakan pindaan yang ingin memberi peranan kepada Sultan dan Menteri Besar. Peranan Sultan akan dipertahankan oleh mereka yang menerima konsep Raja Berpelembagaan. Menolak peranan Sultan bererti menolak konsep Raja Berpelembagaan.

Menteri Besar adalah mewakili pilihan rakyat. Dia mewakili kerajaan Negeri. Menolak peranan MB bererti menolak hak Negeri dan hakikat bahawa Negeri adalah suatu entity yang berdaulat. Menolak hakikat ini bererti menolak Federalisma.

UMNO/BN menunjukkan melalui penolakan pindaan bahawa mereka ingin memusatkan kuasa di peringkat Pusat. Mereka anti-Raja Berpelembagaan dan anti-Federalisma. Hanya Pusat sahaja yang berperanan.

3. Ada yang mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin.

Jawapan saya: Ketua Pembangkang Negeri Selangor yang baru mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin sedangkan Sultan merestu perlantikannya. Hakikatnya DYMM Sultan Selangor memahami perlembagaan Negeri Selangor. Baginda memahami bahawa dalam perlembagaan sekarang, Baginda tidak ada kuasa menolak perlantikan Khusrin kerana kuasa semuanya ditangan Pusat. Itulah sebabnya pindaan cadangan PR perlu.

Ketua Pembangkang tidak menjelaskan peruntukan mana di dalam perlembagaan yang boleh digunakan oleh Baginda Sultan untuk menolak perlantikan Khusrin. Dia tidak menjelaskannya kerana dia tahu memang tiada peruntukan sebegitu.

Oleh itu, penolakan pindaan telah mendedahkan penderhaka yang sebenar dan hujjah yang dibawa Ketua Pembangkang tidak berasas.

4. Kekalahan di Pilihan Raya kecil Tenang.

Semua tahu BN berjaya mempertahankan Tenang dengan majoriti yang bertambah. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Hakikatnya PrK adalah lebih sukar bagi kita berbanding PRU kerana dalam PrK seluruh kekuatan BN serta agensi kerajaan termasuk TV dan Radio ditumpukan di satu kerusi yang ditandingi. Bermacam-macam janji serta projek ditaburkan dan oleh itu BN boleh mendapat lebih ramai dari golongan atas pagar.

Ini adalah lebih lagi dalam negeri-negeri yang diperintah BN atau kawasan kubu mereka.

PrK penting bagi kita untuk terus menyemarakkan semangat ke arah membawa agenda perubahan. Kita pertahankan sokongan yang telah diperolehi selama ini dan bina kekuatan sambil menunggu PRU. Hakikat kita mampu menafikan majoriti 7 ribu di Hulu Selangor dan 5 ribu di Tenang seperti yang diramalkan BN menunjukkan kita mempunyai kekuatan yang lebih dari apa yang dianggarkan oleh mereka.

PrK Merlimau juga akan kita hadapi dengan penuh kesedaran bahawa ianya kawasan BN. PAS masih belum berjaya mendapatkan kerusi di Melaka dan PrK bukan mudah untuk dimenangi. Hanya, kita perlu turun dengan segala kekuatan yang kita ada untuk menentukan sokongan yang ada terus dipertahankan. Sambil itu ianya merupakan peluang untuk kita menyampaikan mesej kita dalam usaha bersiap sedia untuk PRU.

Bagi petugas-petugas PAS/PR, kita sudah lama memahami, kalah menang tetap sama kerana ganjaran kita berdasarkan usaha kita dan bukan keputusan yang dicapai. Oleh itu saya yakin bahawa petugas-petugas ini akan terus bersama dalam menghadapi PrK Merlimau dengan semangat yang tetap tinggi. Kalau BN mengharapkan semangat kita akan pudar, maka mereka akan kecewa.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Terus terang, tertimbul sedikit kagum kerana butir bicara yang tidak sebagaimana biasa pemimpin PAS yang lain apabila PAS kalah dalam pilihanraya kecil.

Namun, sebagai rakyat biasa yang mengharapkan parti-parti politik (Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan yang Bebas) lebih kepada menjadi pembela nasib rakyat, saya mengharapkan agar (berdasarkan setiap perkara yang diutarakan):

  1. Begitulah juga selagi mana majoriti kerusi dipegang oleh pihak lain, perlulah dihormati. Pakatan Rakyat juga perlu belajar matematik yang logik, bukan sekadar apa yang berlaku pada UMNO di Selangor.
  2. Begitulah jua hak Sultan Selangor untuk memperkenankan perlantikan mana yang dimahukannya. Sultan Selangor tidak dipaksa ketika membuat perkenan. Oleh itu, sebagaimana YB meminta hak MB dihormati, hormatilah juga hak Sultan.
  3. Di sini adalah diharapkan pemimpin yang membangkang di negeri yang dikuasai pihak lain (dalam kes ini Pembangkang Selangor) janganlah bersikap “asal boleh” mahu membidas pihak kerajaan. Walaupun tindakan MB agak menunjukkan ke arah tidak bersetuju dengan perlantikan Khusrin (dengan gambaran dan tindakan yang diberi), biarlah professional dalam membidas pihak kerajaan (begitu juga ditujukan kepada Pakatan Rakyat).
  4. PRK adalah medan memilih pemimpin. Janganlah semata PRK baru usaha mahu dijalankan. Barisan Nasional mungkin terleka, tetapi tidak bermakna Pakatan Rakyat tidak boleh berkhidmat kepada rakyat. Sudah acapkali pilihanraya, apabila tahu mahu kalah, orang-orang Pakatan Rakyat berangkat pulang lebih awal. Itukah sikap pembela rakyat?

Rakyat mahukan perubahan yang positif. Walaupun kita masih dalam suasana pilihanraya (diadakan disebabkan kematian pemimpin yang menang undi ketika PRU12), setidaknya kini tidak seharu sebagaimana setahun selepas PRU12 dimana ada yang diadakan kerana pemimpin yang menang undi melepaskan kerusinya (termasuklah semata untuk menyerahkan peluang kepada suami tercinta).

Teruskan usaha memperjuangkan kepentingan rakyat dengan cara yang positif, wahai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

 

Perasaan dijalanan: Seakan melalui pilihanraya yang panjang kali ini… antara PRU12 dan PRU13, terdapat siri PRK yang seakan tidak berhenti….

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s