Lim Guang Eng vs Kontraktor Melayu: Maaf Untuk Apa?


Harakahdaily melaporkan seperti berikut:

GEORGETOWN, 9 Jan: Ustaz Salleh Man menyifatkan tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi seribu makna kepada kontraktor supaya lebih matang dan bersikap terbuka.

“Kini semua tembelang Umno sudah nampak,” ujarnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri.

Tambahnya, orang Melayu jangan sewenang-wenangnya menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas bersih daripada segala rasuah dan penyelewengan.

Bagi Adun Permatang Pasir itu, Umno mendapat tamparan hebat apabila persatuan kontraktor itu dengan rela hati memohon maaf secara terbuka Guan Eng, kelmarin.

Persatuan itu memohon maaf kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak berlaku adil kepada kontraktor Melayu sejak mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008 lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzil yang datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekaligus menangkis semua tuduhan yang selama ini dikira fitnah.

Bagi Lim tindakan tersebut merupakan satu usaha bijak kerana tidak terjerat dengan dakyah yang sengaja dipasang oleh Umno dan BN bagi mengucar-kacirkan kerajaan yang lebih telus terutamanya dalam hal membabitkan pemberian projek kerajaan.

“Saya bersyukur kerana mereka datang bertemu dan memohon maaf secara terbuka di depan media.

“Mungkin selama ini mereka terpengaruh dengan pembohongan Umno yang sengaja mencari alasan agar kontraktor melayu menjauhkan diri kerana kononya DAP sebagai pemerintah,” ujarnya semasa berucap pada Program Penganugerahan Warga Emas dan Sumbangan Kepada Waris yang meninggal dunia di Pejabat Jabatan Kerjaraya Bukit Mertajam, semalam.

Bagi timbalannya, Datuk Dr Mansor Othman pula permohonan maaf oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang itu menandakan satu perkembangan terbaru di tahun 2011.

Selama ini, katanya mereka menjauhkan diri dengan kerajaan dengan alasan kerajaan membelakangkan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan negeri.

“Tahun 2011 membuka sejarah terbaru bagi Persatuan Kontraktor Melayu agar menjalinkan hubungan baik supaya kita bersama menggemblengkan semua tenaga memajukan negeri tercinta,” tegasnya.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, di BERNAMA, dilaporkan pula berita yang agak berlainan bunyinya:

Apology Not Related To Criticisms, Says Malay Contractors

GEORGE TOWN, Jan 9 (Bernama) — The Penang Malaysian Malay Contractors Assocition Sunday clarified that the apology the association made at a meeting with the Penang Chief Minister recently was not related to criticisms it had made against the state government previously.

Its president Datuk Muhamad Fadzill Hassan said the apology was made to forge greater understanding and forgiving each other.

“My apology was because I might have used inappropriate language when making criticisms against the state government, that’s all.

“It does not mean the apology was related to the earlier criticisms made,” he told reporters here.

He was making the clarification in response to news reports yesterday which stated that Fadzill apologised to Penang Chief Minister Lim Guan Eng over the criticisms made by the association against the state government which concerned the awarding of contracts to bumiputera contractors.

Fadzill added that the meeting was on the invitation of Lim and concerned 46 Malay contractors in Penang who were alleged to be Umno cronies, which he (Fadzill) explained was not the case.

Apakah ini bermakna PAS dan Harakah tidak juga terlepas daripada mempolitikkan sesuatu yang tidak harus dipolitikkan? Apakah PAS telah tersilap mentafsir permohonan maaf tersebut dan mengandaikan permohonan maaf badan bukan politik perlu dikaitkan dengan UMNO?

Saya tidak mengatakan PAS tidak berhak menilai dan memberikan pendapat. Akan tetapi, janganlah serba serbi kaitkan UMNO. UMNO bukan segalanya. UMNO bukan berada dimana sahaja untuk melakukan onar. Cukup-cukuplah dendam kesumat PAS terhadap UMNO. Jika ya UMNO berbuat tidak baik terhadap PAS, bertindak balaslah diatas kebenaran, bukan sebaliknya. Perlu diingat, PAS melaungkan mereka lebih Islamik, lebih mengaplikasikan Islam. Maka, buktikanlah!!! Janganlah ucapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang antaranya menyebut:

“Jangan ragu-ragu dengan perjuangan kita kerana kekuatan kita juga adalah kekuatan Islam dalam negara ini,

sekadar ucapan politik semata. Walaupun kenyataan tersebut agak terlebih kuah dari sudu (kerana Islam di Malaysia bukan bersandarkan kepada PAS), maka tentunya PAS perlu menterjemahkan indahnya Islam dalam setiap gerak langkah dan tutur kata.

Saya tidak mahu melihat PAS menggantikan UMNO, tetapi PAS memberi khidmat dan contoh yang lebih baik daripada UMNO.

 

Persoalan dijalanan: PAS tersilap tafsir maaf tersebut atau Kontraktor Melayu tersebut mengubah kenyataan maaf?

 

 

One thought on “Lim Guang Eng vs Kontraktor Melayu: Maaf Untuk Apa?

  1. Salam ODS, Jawapan kepada persoalan jalanan saudara, kedua2nya betul dan kedua2nya juga salah. Kerana info yang ada berkaitan situasi ketika mana kedua2 perbuatan itu didakwa berlaku tidak cukup lengkap untuk mencapai satu keputusan yang tidak boleh diragui. Hmmmmm… saya cadangkan satu Royal Commission untuk menentukannya.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s