Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat ~ Harakahdaily


Berikut adalah laporan Harakahdaily.net:

TASEK GELUGOR, 1 Jan: Orang Melayu di Pulau Pinang akan rugi sekiranya mereka menolak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Begitu luahan rasa Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika berucap sempena Jubli Perak, PAS kawasan Tasek Gelugor di Sungei Dua semalam.

Kata beliau, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kuasa maka banyak kerosakan sedia ada akan bertambah seperti kerakusan kuasa, skandal dan penyeleweangan serta ketidakadilan.

Tambahnya, isu PR tidak ambil peduli mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sengaja dimainkan oleh Umno dan BN.

Menurutnya, walaupun mereka sedar PR banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi orang Melayu seperti penyelesaian masalah tanah dan perumahan, tetapi mereka tetap memainkan isu itu.

“Sebagai bukti dalam isu penduduk Kampung Pokok Assam di Jelutong, terbukti PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berjaya membela nasib penduduk kampung tersebut apabila persetujuan dicapai melalui cara rumah yang diambil oleh pemaju bagi pembangunan akan diganti dengan rumah yang siap dibina dalam kawasan yang sama.

“Begitu juga dalam masalah tanah perkuburan Islam di Jelutong, turut berjaya diselesaikan oleh PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Namun begitu Umno dan BN akan memainkan isu yang diselesaikan dengan elemen lain pula untuk kepetingan politik mereka,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pemerintahan singkat PR di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi masalah penempatan orang Melayu di Jelutong yang selama ini tidak mampu diatasi oleh Umno dan BN walaupun menerajui pentadbiran negeri lebih lama dari PR.

Tiada banyak bicara yang ingin dimulakan ditahun baru ini melainkan:-

  1. Tahniah kerana ada usaha menjaga kebajikan rakyat dan berusaha membela nasib rakyat;
  2. Kenapa PAS berhujah atas topik bangsa (Melayu) bilamana acapkali PAS menuduh UMNO yang berjuang atas bangsa, dan mereka (PAS) untuk agama Islam semata dan bukan atas dasar assabiyah?

Adalah diharapkan ada seseorang terutama ahli PAS yang boleh menjawab soalan diatas.

Soalan dijalanan: Apakah PAS sebenarnya sedar yang faktor “Melayu” itu yang mengukuhkan parti itu kerana majoriti umat Islam di Malaysia ini berbangsa Melayu?

2 thoughts on “Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat ~ Harakahdaily

  1. salam ODS – yalah, sejak akhir2 ni Pas lebih banyak memainkan isu Melayu dari Islam. Macam banner yang saya lihat berbunyi -” Pas Ganti Umno” , ceramah2 yang lebih memainkan isu ” Pas lebih menjaga Hak Melayu”.

    Kalau ikhlas memanglah bagus tapi ia tidak diikuti dengan tindakan. Bukan saja tidak protes malah bersetuju pula dengan tindakan2 Pkr dan Dap yang mempersoalkan Hak Melayu. Belit, belit dan terus belit…

    Persoalan saya pula – Siapa yang sebenarnya memperjuangkan Hak Melayu ATAU Ada ke pihak yang memperjuangkan Hak Melayu ?

    Saya tidak nampak …… yang banyak hanyalah pihak yang berkepentingan sendiri dan perjuangan bangsa tidak lebih hanyalah sebagai satu ‘ byproduk ‘ .

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s