AFF Suzuki Cup 2010: Tahniah Malaysia & Indonesia


Berikut adalah artikel daripada seberang:

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com Teror sinar laser bukanlah penyebab  kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim “Merah Putih” kalah karena kesalahan individu seorang pemain.

Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl, seusai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010).

Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.

Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia, Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.

“Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau,” ujarnya.

“Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok,” tambahnya

Apa yang boleh saya katakan? Tajuknya sahaja cukup mendatangkan hormat dan kagum – “Indonesia Kalah Bukan Karena Laser”. Manakan tidak, sebelum perlawanan telah diberi peringatan yang pasukan Indonesia akan melangkah keluar daripada padang andai terdapat gangguan pancaran laser daripada penonton. Malah, tika sebelum permainan terhenti, pancaran laser begitu jelas kelihatan bagi mereka yang menyaksikannya di kaca televisyen. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan, keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang ingin dilihat.

Daripada komen-komen yang diterima di artikel ini, nyata rata-rata rakyat Indonesia menerima kekalahan di Kuala Lumpur dan masih ramai yang percaya pasukan Indonesia masih berpeluang untuk menang.

Untuk itu, tahniah buat penyokong Indonesia kerana masih berdiri teguh meyokong pasukan anda. Tahniah juga  pasukan Indonesia kerana bermain dengan baik dan berdisiplin biarpun ketinggalan.

Dengan perkembangan ini juga, saya pasti Gelora Bung Karno akan lebih bergelora Rabu ini. Penyokong-penyokong Indonesia pasti memberi sokongan yang amat padu kepada pasukan mereka.

Adalah diharapkan pasukan Malaysia dapat memberi persembahan yang terbaik dan dapat mempertahankan kelebihan tiga jaringan. 3 gol itu kelihatan sebagai bekal yang selesa, tetapi dengan rekod terkahir kita di sana, ia tidak begitu selesa andai pemain Malaysia goyah dengan cabaran di Jakarta nanti. Pastinya, tekanan akan bertambah jika mereka mampu menjaringkan gol pertama di separuh masa pertama dan mereka pasti akan memberikan satu 90 minit yang panjang buat pasukan Malaysia.

Ayuh Malaysia dan Indonesia, berikanlah persembahan yang terbaik untuk penyokongmu dan mereka yang inginkan satu permainan yang menarik (bagi yang bukan menyokong mana-mana pasukan tetapi menyukai permainan yang menarik).

Apapun, tahniah diatas persembahan yang menghiburkan di Kuala Lumpur tempohari. Datang Rabu, 29 Disember 2010, detik akhir 90 minit pasti dinantikan.

Soalan dijalanan: Apakah keputusan yang anda jangka untuk perlawanan peringkat kedua Piala AFF Suzuki 2010 Rabu ini?

 

4 thoughts on “AFF Suzuki Cup 2010: Tahniah Malaysia & Indonesia

  1. salam ODS, bola punya hal aktif slalu blog ni :)) Ya Tahniah kepada Team Malaysia. Saya benar2 terhibur dengan persembahan dan komitmen yang mereka tunjukkan. Begitulah semangat yang dinantikan rakyat selama ni. Dan kemenangan adalah bonus.

    Mungkin Malaysia akan lebih menumpukan pada pertahanan. Walaupun ada yang kata attack is the best defense, dalam keadaan 3-0 dan lawan yang akan all-out, tinggi risikonya jika pertahanan tidak dilebihkan. Kalau sebelum ni 4-3-3, mungkin jurulatih akan gunakan 5-3-2. Saya jangkakan ……. pertunjukan lazer !! hahahahahaha…. ok ok sori, saya jangkakan 1-0 dipihak Indonesia.

    PS – Sesungguhnya rezeki ditangan Tuhan.. benda dalam tangan selama ni dingatkan rosak, dilepaskan. Bila dah lepas, eloklah pulak …… hantuk kepala jelah !

    1. salam…
      setuju dengan saudara dinturtle.. di stadium senayan.. 5-3-2 mungkin lebih elok dan selamat. namun sekiranya pertahanan negara lebih kental dari sebelum ini, 4-4-2 atau 4-3-3 akan cukup menarik..

      ramai yang kata aksi pemain Malaysia di final terasa seperti menonton EPL. Bagi SJ, andai corak permainan sebegini ada di peringkat liga kita..insya’ALLAH bolasepak Malaysia akan terus maju. Ini juga adalah hasil dari usaha mewujudkan sekolah-sekolah sukan dan penghantaran Harimau Muda menimba pengalaman di luar negara.

      Selamat berjuang Harimau Malaya..majulah sukan untuk negara.. semoga bolasepak menyatukan kita.

  2. salam…
    harap2 harimau malaya mampu menggigit sang garuda di GBK
    yes nampaknya penghantaran ke slovakia membuahkan hasil
    moga2 terus maju jaya kerana rata2 pemain masih muda

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s