“Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh” ~ Haji Hadi


Itulah antara yang ternukil dalam satu artikel Harakahdaily.net. Artikel penuh adalah seperti beikut:

PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

“Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

“Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar ‘PAS Sedia Ganti Umno’ di sini hari ini.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.

Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

“Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.

Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

“Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.

“Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat,” tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.

Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Umno berundur secara terhormat

Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.

Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

“Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.

“Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.

Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk “PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan”.

Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk “Umno dan Krisis Ketuanan Melayu”.

Saya lebih tertarik kepada perkara positif yang diutarakan oleh Tuan Haji Hadi, lebih daripada dengan semberononya beliau meminta UMNO dan Barisan Nasional menyerahkan kuasa “secara demokratik” yang telah diamanahkan oleh rakyat melalui undi mereka untuk memerintah negara. Kenapa saya lebih tertarik kepada 3 perkara itu? Ini kerana dengan 3 perkara itu, PAS (bukan Pakatan Rakyat) mampu menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan tanpa meminta mereka menyerahkan tampuk pemerintahan “secara demokratik”.

3 Perkara yang Digariskan Haji Hadi untuk PAS gantikan UMNO:

  • kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli

Ini bukan sahaja teras kekuatan ahli PAS, tetapi seharusnya menjadi asas kekuatan setiap umat Islam diseluruh dunia.

Khusus untuk ahli PAS dan pemimpinnya… apakah tanda kuat aqidah umat Islam itu jika mempertikai keislaman dan aqidah saudara seislamnya? Apakah kuat aqidahmu apabila membiarkan rakan bukan Islam mu mengkafirkan saudara seislammu?

  • kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai

Pada pandangan saya, ahli PAS kini menjadi semakin ramai sebenarnya. Akan tetapi “ramai” itu terisi dengan mereka yang benar-benar ingin menegakkan hukum Allah (satu golongan dengan bijak, satu golongan lagi dengan cara kurang berhikmah), serta mereka yang mahukan pangkat dan kuasa. Manakan tidak, dengan tertubuhnya cawangan yang banyak membuka ruang dan peluang untuk bergelar ketua cawangan dan posisi yang ada. Ini normal. Namun, ianya akan menjadikan PAS tidak jauh beza jika gagal membentuk ahli-ahlinya menjadi contoh yang baik kepada rakyat.

  • strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi

Benar, ini merupakan salah satu elemen untuk memenangi matlamat yang telah ditetapkan. Dan dalam perkara ini, PAS ingin menang dan memerintah Malaysia.

Persoalan yang kini harus ditanya… apakah matlamat PAS sama dengan rakan-rakan di Pakatan Rakyat? Bagaimanakah PAS mahu melaksanakan mengikut lunas Islam sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia?

 

Persoalan dijalanan: Haji Hadi menyebut:

“Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah..”

Apakah umat Islam yang tidak sembahyang, tidak berjemaah itu semestinya orang UMNO? Adakah bersolat, berjemaah itu tandanya orang itu ahli PAS.. ataupun orang ISLAM?

 

13 thoughts on ““Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh” ~ Haji Hadi

  1. “Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh”

    maknanya dia mngakui umno tu kuat.Kalau umno gila dan bodoh dah lama aku rasa pas yg mmrintah malaysia ni.Selama lebih 50 thn pas mencuba mengalahkan umno p masih gagal,dan kalau ikut situasi politik semasa skg ni pas akan terus gagal.Dia kata umno brmasalah dan perlu brundur?bagaimana dgn pkr?tak nak komen ke?

  2. banyak ulama dalam PAS, banyak ustaz terer dlm PAS, tapi kalah kat galas.
    tuhan dah lupakan PAS atau memang doa org kafir mcm PAS tuhan tak pandang….

    1. cam,
      biarlah PAS melatah, tetapi saya harapkan anda tidak turut serta melatah seperti PAS melabel saudara seislam kafir (merujuk kepada ayat saudara “tuhan dah lupakan PAS atau memang doa org kafir mcm PAS tuhan tak pandang….”)

  3. Salam ODS, Inilah musibahnya bila agama dipolitikkan. Sepatutnya cara Islam yang sebenar tak perlu dah nak banding2 ngan Umno, malah Umno yang sepatutnya bandingkan dengan Pas. Dan kuasa bukan matlamatnya tapi perpaduan dan nilai2 Islam dikalangan ummah menjadi keutamaan. Insyaallah, jika jujur dalam perjuangan, kuasa akan datang sendiri.

  4. UMNO lemah maknanya Pas kuat? Nak memerintah negara? Hello! biul biul Pas, masalah banjir di Kedah pun kau orang tak dapat handle nie nak perintah Negara….kah kah kah Hadi aku nasihat kau la balik terengganu makang babing lagi elok.

      1. Assalamualaikum saudara,
        Pertama sekali, terima kasih atas komen.

        Mungkin saudara terlepas pandang, saya ada menyatakan kekuatan aqidah Islam yang mana “Ini bukan sahaja teras kekuatan ahli PAS, tetapi seharusnya menjadi asas kekuatan setiap umat Islam diseluruh dunia”.

        Dan setakat ini, jika masing-masing kuat dan mampu menyatakan kebenaran, biarpun pahit, biarpun tidak memihak diri sendiri, saya tidak nampak sebarang masalah.

        Namun, PAS yang kononnya lebih Islamik daripada yang lain masih tidak mampu menyatakan kebenaran biarpun tidak memihak kepada PAS (atau Pakatan Rakyat)…apa yang mampu saya katakan?

  5. Insya Allah Kta blh menang fru 13 klu smua islam brsugguh dan niat kerana Allah..sdarlah wahai umat islam..tegakknlah islam trcnta..berjihadlah ke jalan Allah..hayati dan fahami isi Al-QURAN..jngnlah kta brselngdung d. Sebalik kejahatan..jngnlah kerana pgkt kta sorokan kebenaran dn tgakkn kejahilan…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s