Guna dinar emas akan henti perang mata wang: Dr Mahathir


Sedutan laporan BERNAMA diambil oleh Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

KUALA LUMPUR: Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Dr Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” katanya.

Mengenai perbankan Islam, Dr Mahathir berkata institusi kewangan perlu berhati-hati semasa memperkenalkan produk baharu dan tidak mengadakan apa yang telah ditawarkan oleh bank konvensional.

Beliau berkata, institusi kewangan Islam seharusnya mematuhi prinsip perbankan Islam walaupun terdapat peluang untuk mereka mengambil alih tanggungjawab perbankan konvensional. – BERNAMA

Perkembangan ini tentunya menarik dengan Tun Dr Mahathir “kembali” mengutarakan cadangan yang pernah diberinya dahulu sebelum melepaskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan seharusnya, ini juga seharusnya menguatkan kembali akan usaha dan tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham di Kelantan beberapa minggu dahulu.

Bagus, saya amat sokong isu Dinar dan Dirham ini terus diusahakan demi kesejahteraan ekonomi.

Persoalannya, apakah pihak berwajib dan berkaitan sudah siap merangka pelan tindakan yang bakal mengembalikan penggunaan Dinar dan Dirham yang suatu ketika dahulu digunakan secara meluas semasa zaman kegemilangan Islam? Sudahkah orang Islam sendiri faham akan penggunaan Dinar dan Dirham itu? Fahamkan umat Islam akan kebaikannya (sebelum yang bukan Islam “ditakut-takut”kan dengan penggunaan Dinar dan Dirham)?

 

Persoalan dijalanan: Perbankan Islam semakin diusahakan (sehinggakan disebutkan akan ada dua lesen mega  diisukan Bank Negara Malaysia untuk perbankan Islam), bagaimana dengan Dinar dan Dirham?

 

4 thoughts on “Guna dinar emas akan henti perang mata wang: Dr Mahathir

    1. Apa salahnya jika ianya untuk kebaikan. Sekali sekala mengakui kesilapan dan membetulkan keadaan tidak bermakna seseorang/sesuatu itu lmeah, bukan?

      Atau anda masih lebih menyukai sesuatu yang kurang baik berubah kepada lebih baik?🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s