Tazkirah Jumaat: Anak, Menantu atau IbuBapa & Mertua Yang “Hantu”?


Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana kebelakangan ini gagal menyiarkan Tazkirah Jumaat sebagaimana biasa diatas ketidak ada luangan masa untuk online yang panjang melainkan menulis seketika cuma.

Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya mengulas sedikit sebanyak apa yang kerapkali dilaporkan di media tentang apa yang berlaku dalam hubungan anak menantu dan ibubapa serta mertua.

Sebagaimana ramai yang sedia maklum, seorang mertua telah dilaporkan dibelasah menantunya (yang dilaporkan di Harian Metro 2 minggu lalu). Mengikut laporan akhbar, ianya digambarkan menantu itu yang “hantu” kerana membelasah mertuanya tanpa belas kasihan dan kerana cuba campur tangan (cuba menyelamatkan anaknya). Berdasarkan keadaan itu, bolehlah kita beranggapan menantu itu yang hantu kerana membelasah si isteri.

Namun, dalam pada itu, kita juga diingatkan dengan nasihat dan pandangan oleh bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (berdasarkan laporan Harian Metro juga). Beliau antara lain menyatakan:

“Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”

“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”

Saya pasti ramai ibubapa dan mertua yang masuk campur tangan dengan niat untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan mengikut pandangan masing-masing (iaitu pandangan ibubapa atau mertua itu sendiri). Benar, ramai ibubapa dan mertua yang tidak mahu rumahtangga anaknya diakhiri dengan penceraian. Akan tetapi, betulkah cara, pendekatan dan perkara yang ingin dicampuri itu?

Disinilah persoalan yang amat subjektif dan tidak tetap jawapannya. Disinilah setiap ibubapa, mertua dan anak menantu perlu bertenang dan menilai keadaan bagaimana yang dibolehkan untuk ibubapa dan mertua campur tangan atau sekadar memberi pandangan dan nasihat (yang kemudiannya terpulang kepada pasangan anak menantu itu untuk mengikutnya atau tidak).

Pastinya rumahtangga sianak menantu (malah ibubapa dan mertua itu sendiri) ada kisah-kisah turun dan naik, menggembirakan dan menyedihkan serta menggusarkan hati. Perkara-perkara itu boleh meliputi urusan penjagaan anak, pengurusan kewangan, pengurusan harta, dan urusan hidup seharian serta akhirat.

Secara dasarnya, ibubapa, mertua dan anak menantu perlu mengingat kembali akan detik-detik manis ketika upacara akad nikah. Semua pihak perlu merenung kembali apa yang terkandung dalam khutbah nikah yang dibacakan oleh imam atau tok kadi. Secara amnya, dalam khutbah itu disentuh tanggungjawab suami kepada isteri, isteri kepada suami, tanggungjawab suami isteri itu kepada anak yang bakal dilahirkan. Dan buat ibubapa dan mertua, pastinya tahu, tika akad dan nikah itu sah dilafazkan oleh silelaki, terpindahlah tanggungjawab dunia akhirat dan “hak” siibubapa si perempuan kepada menantu lelaki, dan bermulalah anak menantu melayari kehidupan berdasarkan pengurusan mereka sendiri.

Namun, bukan bermakna sisuami boleh dan sentiasa mengikut kata ibubapanya. Ditangannya kini tanggungjawab menguruskan rumahtangga sendiri. Salah silap dalam pengurusan keluarga, si suami bertanggungjawab. Oleh itu sisuami juga perlu bijak menguruskan rumahtangganya. Jika siibu bapa mahu memberikan pandangan dan nasihat, nilaikanlah dan berbincanglah bersama si isteri untuk kebaikan bersama.

Ini juga bermaksud, ibubapa si suami juga perlu memberi kebebasan dan peluang kepada anak lelakinya menguruskan rumahtangganya sendiri, kerana kelak, yang disoal di Padang Masyar adalah si anak lelaki itu atas apa yang berlaku dalam rumahtangganya, dan bukannya ibubapa si anak lelaki.

Janganlah mudah menjatuhkan hukum “derhaka” kepada sianak menantu kerana tidak menurut kehendak ibubapa atau mertua sendiri. Kenapa? Biar saya berikan satu contoh (yang kebiasaannya menyesakkan pemikiran pasangan anak menantu yang boleh membawa kepada perselisihan).

Ibu bapa perempuan mahu cucunya dijaga oleh mereka, dan begitu juga ibubapa si lelaki. Jika pasangan itu tidak diberikan kebebasan membuat keputusan, pastinya begitu mudah jatuhnya hukum “derhaka” kerana tidak mahu mengikut kata ibubapa masing-masing.

Contoh lain yang boleh diberikan adalah saat dan ketika pulang beraya dikampung. Saban tahun pastinya ada pasangan bergaduh mahu balik beraya kerana terdapat desakan daripada ibubapa masing-masing yang mahu anak cucunya pulang beraya bersama mereka. Adilkah jika menggunakan hujah si isteri perlu mengikut kata suami semata? Adilkah sisuami memutuskan perhubungan isteri dan anaknya dengan mertuanya?

Nah, ini antara dilema pasangan anak menantu jika didesak oleh ibubapa mereka dan tidak memberi ruang dan peluang untuk anak menantu menguruskan rumahtangga mereka sendiri.

Ini belum termasuk campurtangan pengurusan harta si anak menantu. Contoh situasi yang mungkin tertimbul dalam hal ini adalah ibubapa si isteri mahukan anak perempuannya membeli harta yang diinginkan oleh mereka kerana menurut hujah, si suami tidak berhak ke atas harta si isteri. Padahal, si suami mengizinkan si isteri bekerja untuk membantunya menguruskan keluarga. Bagaimana?

Benar, dari satu sudut, si suami itu tidak berhak ke atas pendapatan isterinya, tetapi dari satu sudut yang lain, jika si suami tidak mengizinkan si isteri keluar rumah, apa akan jadi pada pendapatan tersebut? Apa jatuh hukumnya jika si isteri tetap keluar rumah tanpa keizinan suami?

Oleh itu, biarkanlah anak menantu menguruskan keluarga mereka mengikut cara dan kemampuan mereka. Sebagai ibubapa dan mertua, biarkanlah, pantaulah dari jauh. Jika apa yang dilakukan oleh mereka melanggar hukum agama dan alam, barulah masuk campur tangan secara berhikmah. Selain daripada itu, cukuplah sekadar memberi nasihat dan pandangan  serta biarkanlah mereka menentukan jalan yang mereka pilih.

Renung-renungkanlah Tazkirah Jumaat kali ini. Buat tambahan bacaan, beberapa artikel Tazkirah Jumaat yang berkaitan yang boleh dibaca, seperti ini, ini, ini, ini dan ini.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan apa yang ternukil pada Tazkirah Jumaat kali ini.

Wallahualam…

175 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Anak, Menantu atau IbuBapa & Mertua Yang “Hantu”?

  1. Benarkah dalam Islam ada menegaskan/hujah/hadis berkenaan hubungan menantu-mentua iaitu menantu (isteri) harus ‘tunduk’ di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.

    Sekiranya terjadi keadaan di mana suami yang terpaksa berjauhan dari isteri atas urusan kerja untuk tempoh yang lama, benarkah segala tanggungjawab menjaga isteri dan anaknya jatuh kepada keluarga suami.

    Terima kasih.

    1. Ros,
      Tidaklah pula saya pasti isteri harus “tunduk” dibawah tadbir wilayah keluarga suaminya, tetapi yang saya boleh katakan si isteri perlu mentaati suaminya selagi tidak melanggar syariat.

      Dikala suami terpaksa berjauhan, tanggungjawab menjaga isteri dan anak masih pada suami, cuma terpulang kepada kebijaksaan suami mengurus rumahtangganya. Ini kerana, di akhirat kelak, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya

      Oleh itu, saya tidak dpat memastikan tanggungjawab menjaga isteri dan anak pasti jatuh kepada keluarga suami, kerana perlu juga diambil keadaan bagaimana pula jika keluarga si suami juga berjauhan.

    2. suka sekali dgn penjelasan disini…sama seperti yg saya alami . dilema istri yg tak mau buat suami durhaka tp susah mau diskusinya.

  2. saya ingin bertanya, apakah hukum dan hak seorang ibu mertua yang masuk ke rumah anak lelakinya dengan menggunakan kucni pendua(tanpa pengetahuan anak menantu) dan mengubah barangan di dalam rumah tersebut sepetrti langsir, barangan dalam peti ais dan masuk ke kamar tidur anak dan menantu perempuan, sewaktu menantu perempuan tiada di rumah itu. bagaimana jika hal ini tidak disukai oleh menantu perempuan itu tadi..?? adakah menantu perempuan itu selaku isteri kepada anak lelaki si ibu tadi mempunyai hak untuk tidak menyukai perbuatan terbabit…??? dan sejauhmana pula hak si ibu itu untuk mencampuri urusan rumahtangga anak lelakinya yang sudah berkahwin…??adakah di dalam islam, si ibu tadi mempunyai hak untuk berbuat demikian…??? saya begitu berharap agar persoalan saya ini menemui jawapannya, menurut pandangan ISLAM…

    1. saudari nanie,
      sebenarnya, agak sukar bagi saya untuk mencari dalil yang boleh menyokong hukum dan hak sepertimana persoalan yang saudari timbulkan, kerana jarang kita dengar akan situasi itu untuk dirungkai mengikut hukum syarak.

      namun, dari satu sudut yang lain, secara asasnya, kita tidak boleh secara bebas berbuat sesuka hati ke atas sesuatu yang bukan hak kita. setiap satu itu ada had yang tidak boleh dilangkaui, meskipun antara ibubapa dan anak, apa lagi kalau anak itu sudah mempunyai rumahtangga sendiri.

      ibubapa dan mertua perlulah menghormati batas itu, kerana yang akan menanggung diakhirat kelak adalah si suami anak itu. jika benar si ibubapa benar-benar mahu yang terbaik untuk anak menantunya, hormatilah mereka dan biarkanlah mereka menguruskan rumahtangga mereka. jika mahu campurtangan, biarlah hanya apabila terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan hukum syarak dan batas undang-undang yang telah ditetapkan.

      maaf kerana tidak dapat menjawab menggunakan dalil naqli yang boleh menjawab persoalan saudari.

      1. JIKA TIDAK KISAH, HARAP KIRA DAPATLAH PIHAK ODS MENCARI JAWAPAN BAGI PERSOALAN SAYA INI. SAYA TERLALU INGIN TAHU SETAKAT MANA HAK SEORANG MERTUA DI RUMAH ANAK LELAKINYA YANG BERKAHWIN, DAN ADAKAH SI IBU SEMEMANGNYA ADA HAK UNTUK MELAKUKAN HAL2 SEDEMIKIAN. SAYA AMAT MEMERLUKAN JAWAPAN MENURUT PANDANGAN AGAMA, SUNNAH,ALQURAN ATAU MANA2 SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI . HARAP PIHAK ODS DAPAT MEMBANTU MENCARI JAWAPAN. JIKA ADA JAWAPAN BAGI SOALAH SAYA, HARAP TIDAK KEBERATAN UTK POSTKAN DI SINI ATAU MENG EMELKANNYA KEPADA SAYA.. SAYA AMAT MENGHARAP BANTUAN ODS. TERIMA KASEH

      2. Assalamualaikum sy br je berumahtangga bln 8 hr tue, dlu sblm nikah ayh sy dh letak syarat jika ingin kn sy suami perlu ddk sni(rumah ayah) slps nikah, suami iyakan aja sbb taknak dikata kurang hajar. Smpi la skrg masih disini, yg menjadi kesedihan sy,ayah sy kerap masuk campur urusan sy, smpi sy nk keluar pegi pasar mlm pun xblh, suami nk beli kereta pun die xbg.. Ap yg kamj buat smua xkena dimata nya. Skrg sy mengandung alhamdulillah tp sy tidak berapa sihat kerna mabuk tp ayh sy kerap mencampuri urusan sy hgga sy hari2 menangis suami risau kn tntg kandungan sy. Mnt pendapat dn dalil utk sedarkn ayh sy nie..

  3. Apa hukumnya ibu mertua yang berlaku zalim kepada anak, menantu dan cucu. Contohnya seperti mendera dan memalukan mereka dikhalayak ramai. Menantu dalam pantang dibelasah untuk menunjukkan kekuasaan sebagai ibu mertua. Anak lelaki lari dari rumah kerana tak tahan sikap ibu snediri yg panas baran. Mencaci menfitnah dan menghasut agar rumahtangga anak porak peranda. Ini kejadian yang benar. Anak menantu menjauhkan diri. Canang satu kampung anak lari rumah adalah ‘anak derhaka” sume org trpengaruh cakap mertua sebab dia orang tua.

    1. mungkin bole menjawab soalan mira, (dipetik dari soal jawab Agama)

      Apakah hukumnya kalau ibu mertua menderhakakan menantunya?

      Jawapan:
      Istilah menderhakai itu lazim digunakan orang, pelanggaran yang dilakukan oleh seseorang yang lebih kecil kepada yang besar, atau yang muda kepada yang tua. Dalam kaitan dengan ibu mertua, mungkin tidak sesuai menggunakan istilah derhaka tetapi mungkin lebih sesuai dengan sebutan menzalimi menantu. Mertua yang menzalimi menantu hukumnya berdosa kerana Allah SWT sangat mengutuk orang yang menzalimi orang lain. Walaupun begitu seorang menantu hendaklah pandai menempatkan dirinya dalam kehidupan mertuanya, kerana kedudukan mertua di mata menantu samalah dengan kedudukan ibu atau ayah sendiri. Berdoalah kepada Allah agar mertua yang menzalimi menantu itu berubah dan mendapat petunjuk Allah untuk berbuat baik kepada orang lain.

      1. A’kum saya hendak bertanya apakah hukum seorang lelaki yang sudah berkawin duduk berasingan dengan ibu bapa…sebelum ni memang duduk satu rumah tetepi ibu bapa berkira makanan dan apabila di isteri hendak memasak untuk suami mak mertua cakap xboleh lauk tersebut di beli oleh sekian..disebabkan perkara berikut si suami n isteri hendak keluar duduk berasingan tetapi bukan tak nak bertanggungjawap…

  4. Ibu mertua menasihati anak dan menantu dengan cara maki hamun dan sepak terajang di hadapan orang kampung. Rasanya ini bukannya nasihat tapi niat untuk memalukan anak menantunya kononnya dia orang tua yang betul. kehkehkeh…. Cara macam ini menimbulkan dendam dan benci anak menantu pada kuarga mertua. Kalau dah rasa hebat sangat, gi masuk wrestling hehe…

    1. benar. saya pun nak tahu apa hukum bapa mertua memarahi anak menantu di tempat awam dan meminta anak lelakinya (suami) menceraikan menantunya (isteri)? kerana ia benar berlaku dalam hidup saya.

      1. hezreen,
        dari segi teknikalnya, suami itu perlu menurut perintah ibubapanya jika mereka mahukan si anak menceraikan isterinya.

        Namun, adalah diharapkan, si anak berbincanglah sebaik-baiknya dengan ibubapanya.

        Kerana itulah, pada pandangan saya, campurtangan ibubapa amatlah tidak digalakkan.. dan sebaiknya campurtangan itu untuk kebaikan, bukan menambah buruk keadaan.

        Wallahualam 🙂

  5. assalamualaikum..
    saya ada sedikit keraguan tentang hal2 yang berkaitan tanggungjawab di alam rumahtangga. apa tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan sebaliknya. juga apa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa juga mertua??adakah benar tanggungjawab anak perempuan terhadap kedua ibubapanya terputus sebaik saja berkahwin??dan benarkah isteri perlu patuh kepada suami walaupun tepaksa belakangkan kedua ibubapanya dan lebihkan keluarga mertuanya??

    1. ina,
      Anda boleh rujuk satu Tazkirah Jumaat yang telah disiarkan sebelum ini (klik sini).

      Tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa adalah sepertimana tanggungjawab kepada mertuanya. Namun, disinilah amat diharapkan ibubapa dan mertua dapat memahami akan keperluan anak lelaki itu menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anaknya. Janganlah meminta sesuatu yang boleh mengganggu pengurusan rumahtangga si anak lelaki.

      Tentang tanggungjawab anak perempuan terhadap ibu bapa itu terputus, pada saya agak “kasar” untuk mengatakan begitu. Ini kerana, keutamaan isteri apabila sudah bernikah adalah suaminya, bukan lagi ibu bapa ditempat pertama. Saudari boleh rujuk kepada artikel yang telah dinyatakan tadi.

      Secara dasarnya, ia terletak kepada komunikasi dan toleransi pihak yang terlibat. Jika ibubapa dan mertua menghormati rumahtangga anak menantunya, tidak mungkin rumahtangga akan bergolak kerana campurtangan orang tua suami isteri tersebut. Begitu juga toleransi dan komunikasi antara suami dan isteri perlu untuk memastikan urusan dan tanggungjawab masing-masing dapat ditunaikan.

      1. bagaiman pula jika masalah isteri ni ditebalikkan…contohnya campur tangan mertua(ibu bapa isteri) dalam rumahtangga…

        1. Keutamaan bagi suami selepas Allah dan Rasul adalah ibu bapa sendiri dan mertua.

          Sebagaimana yang disampaikan oleh blog ini, campurtangan ibubapa mertua amatlah tidak digalakkan melainkan jika suami melanggar syarak dan batas kemanusiaan. Berilah ruang kepada menantu itu mengurus rumahtangga mereka.

          Wallahualam.. 🙂

          1. Apakah hukumnya jika ibu bapa isteri menggalakkn pasangan suami isteri ini bercerai?dan boleh kah si isteri mengatakan `ibunya hnya sekali sahaja dia leh dapat, suami pergi mampos` ketika suaminya menyatakan untuk tinggal sendiri (isteri dan anak sahaja) kerana sepanjang berkahwin, si isteri ini tadi tidak mahu untuk tinggal jauh dari ibu bapanya. sehinggakan kemana sahaja si isteri ini hendak pergi pasti dia akan bawa ibu bapa nya sekali. walaupun pergi ke rumah mertuanya(ibu bapa suami).Mohon bei pandangan.

          2. Assamualaikum “suami”,
            Pertama, sebelum saya menyatakan apa-apa, saya pinta agar kita bukan sekadar lihat dari “hukum”nya sahaja, kerana tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan baik melalui hukum.

            Dari segi hukumnya, isteri itu perlu mentaati dan mengikuti suami lebih daripada ibubapanya sendiri. Sesungguhnya keutamaan seorang isteri itu berubah sejurus dinikahkan oleh bapa/walinya, dimana tanggungjawab, dosa si isteri itu kini berpindah ke atas suami, bukan lagi walinya.

            Oleh itu, adalah dinasihatkan dan dicadangkan untuk “suami” dan isteri berpindah dan duduk sendiri, jauh daripada kedua belah pihak atau ditengah-tengah antaranya (jiak tak mahu jauh sangat). Apa yang penting, suami dan isteri perlu tinggal bersama dan berasingan daripada ibubapa masing-masing.

            Kepada ibubapa dan mertua, bantulah mereka dengan tidak mencampuri urusan rumahtangga mereka. Campur untuk mendamaikan, bukan mengeruhkan keadaan. Janganlah mereka bercerai berai kerana ibubapa mertua hendaknya..

            Wallahualam..

        2. apakah pantas seorang menantu wanita menjawab jawab di kala sedang di nasehati oleh bapa mertuanya.
          akan tetapi apakah pantas juga seorang bapa mertua menasehati menantu wanita dengan kata kata yg agak menyinggungnya akan tetapi ini juga demi kebaikannya si anak menantu wanita.
          saya juga mau bertanya bagai mana cara mengakurkan bapa si suami dan menantu wanita yg sedang berselisih?
          bapa si suami dan menantu wanita sama sama keras kepala
          itu saja dari saya tolong di jawab

        3. apakah pantas seorang menantu wanita menjawab jawab di kala sedang di nasehati oleh bapa mertuanya.
          akan tetapi apakah pantas juga seorang bapa mertua menasehati menantu wanita dengan kata kata yg agak menyinggungnya akan tetapi ini juga demi kebaikannya si anak menantu wanita.
          saya juga mau bertanya bagai mana cara mengakurkan bapa si suami dan menantu wanita yg sedang berselisih?
          bapa si suami dan menantu wanita sama sama keras kepala
          itu saja dari saya tolong di jawab
          apakah pantas seorang menantu wanita menjawab jawab di kala sedang di nasehati oleh bapa mertuanya.
          akan tetapi apakah pantas juga seorang bapa mertua menasehati menantu wanita dengan kata kata yg agak menyinggungnya akan tetapi ini juga demi kebaikannya si anak menantu wanita.
          saya juga mau bertanya bagai mana cara mengakurkan bapa si suami dan menantu wanita yg sedang berselisih?
          bapa si suami dan menantu wanita sama sama keras kepala
          itu saja dari saya tolong di jawab

          apakah pantas seorang menantu wanita menjawab jawab di kala sedang di nasehati oleh bapa mertuanya.
          akan tetapi apakah pantas juga seorang bapa mertua menasehati menantu wanita dengan kata kata yg agak menyinggungnya akan tetapi ini juga demi kebaikannya si anak menantu wanita.
          saya juga mau bertanya bagai mana cara mengakurkan bapa si suami dan menantu wanita yg sedang berselisih?
          bapa si suami dan menantu wanita sama sama keras kepala
          itu saja dari saya tolong di jawab

  6. Assalamualaikum utk semua…..

    disini saya ingin meluahkan permasalahan saya dan juga ingin mendapatkan pandangan dan cadangan dari kalian semua.

    sebelum itu…..kes saya ini mungkin terjadi juga pada salah seorang ahli dalam forum ini…yang mana selalunya keadaan rumah tangga menjadi goyang akibat suami yang melakukan kecurangan…tapi bagi kes saya ini, pergolakan rumah tangga kebanyakannya adalah akibat campurtangan yang keterlaluan dari keluara mertua dan sikap isteri yang mempertahankan kehendak keluarganya dan tidak taat kepada saya

    tambah pula dengan sistem perundangan syariah jika berlaku apa-apa hal perceraian dalam suatu rumah tangga…harta dan anak2 akan diutamakan pada isteri dan mertua(untuk jagaan anak2)..
    bagi kes kami, kami berkahwin atas suka sama suka dan mendapat restu oleh kedua pihak…tapi lama kelamaan saya mula Nampak keadaan sebenar keluarga mertua saya..apa yang boleh saya rumuskan disini yang mereka terlalu bermegah dengan kemewahan dan dengan apa cara sekalipun, saya dan ahli keluarga saya perlu mengikut kehendak mereka….
    mulanya…saya cuba memahami sikap mertua dengan cuba menasihatinya secara baik…tetapi dengan sikap mereka yang tidak menghiraukan perasaan dan pihak saya kami berselisih…akibat dari itu saya dicop oleh mereka sebagai menantu yang kurang ajar……
    dalam kes ini, pihak sedara mara saya berharap kami dapat selesaikan secara damai tanpa berlaku perceraian. Tapi sebaliknya bagi pihak isteri saya, mereka mahukan perceraian, supaya mereka dapat memisahkan saya dengan anak dalam kanduan dan juga dapat menuntut harta semasa perkahwinan serta nafkah. Di sini mereka cuba menginiaya saya dengan cara2 ini. Perkara ini tmereka hendak dibawa ke mahkamah atas saman isteri saya meminta fasakh…..dalam masa kejadian ini, saya dapati system perundangan islam yang diamalkan di Malaysia ini tidak dapat berbuat apa2…ape patut saya buat sekarang.?

    Harap Kalian Dapat Membantu Saya

  7. Assalammualaikum,
    Saya ingin bertanya. Ibu saya tidak begitu suka sangat dengan isteri saya walhal isteri saya tak pernah kurang ajar atau bercakap kasar terhadapnya. Apa yang isteri saya buat semuanya tak kena didalam rumah. Sekarang saya sudah bertengkar dengan ibu saya dan dia keluar rumah. Saya tak ada adik beradik. Adakah saya Derhaka kepada ibu saya. Saya sekarang serba salah dan tak tahu apa nak buat. Kami pernah duduk dan cakap tentang masaalah kita dan luahkan secara baik. Tapi tak jalan. Masih ibu saya cari pasal. Apa yang harus saya buat?

    1. Eddy,
      Pertama sekali, maaf kerana lambat memberi respon (dan sebenarnya ingin melihat samada ada pembaca yang ingin berkongsi pandangan).

      Saya pasti yang saudara mahu ibu saudara menerima isteri saudara dan keadaan menjadi lebih baik.

      Apa yang boleh saya cadangkan adalah:

      Pohonlah maaf daripada ibu kerana bertengkar dengan ibu saudara. Selepas itu, cuba berbincang secara elok dengan ibu saudara. Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah cuba cari sebab kenapa ibu saudara tidak menyukai isteri saudara. Jika saudara mendapati ianya tidak berasas atau masuk akal, cuba pujuk secara elok. Jika ianya ada kebenaran, berbincanglah dengan isteri dan buat perubahan.

      Saya doakan keadaan bertambah baik untuk hubungan saudara dan isteri dengan ibu saudara.

  8. assalamualaikum wbt,

    disini saya mahukan 1jawapan pasti mngenai permasalahan saya. masalah yg saya hadapi skrg ini melibatkan wang. skrg saya sudah berumahtangga dan diatas kebenaran suami saya, saya boleh bekerja. namun timbul masalah apabila saya memohon kebenaran drpd suami saya utk menolong keluarga saya dikampung. boleh dikatakan tiap2 bulan saya dan suami menghantar duit ke keluarga saya di kampung namun skrg nie saya dapati permintaan mereka agak melampaui batasan saya. pada tika ini juga pengurusan kewangan keluarga saya agak kucar-kacir kerna perniagaan suami saya yang agak merundum.skrg ini pendapatan saya digunakan utk penggunaan harian saya dan suami.saya telah terangkan kepada keluarga saya dikampung mngenai kesulitan kami sekeluarga dan saya ingatkan mereka memahami namun perkara yang sebaliknya terjadi dan membebankan kami sekeluarga.boleh dikatakan saban waktu keluarga saya dikampung telefon utk meminta bantuan. skrg saya tertekan.saya harap saya perolehi jawapan dri tuan.sekian terima kasih.

    1. waalaikumussalam puan rinie,
      Pertama sekali, maaf kerana lambat memberi pandangan.

      Berkenaan apa yang diutarakan, pada pandangan saya, puan dan suami perlu berbincang dan bertindak berdasarkan kemampuan yang ada.

      Secara logik akal, apalah guna jika cuba membantu orang lain jika diri sendiri tidak tertolong. Akan tetapi, bukanlah maksud saya kita tidak perlu tolong langsung. Bantu sekadar mana yang berkemampuan. Dan cuba lagi untuk perjelaskan kepada keluarga puan agar mereka juga dapat memahami keadaan semasa.

      Saya mendoakan keadaan keluarga puan bertambah baik sejak puan memberikan komen di laman ini. InsyaAllah… 🙂

  9. benarkah seorang menantu perempuan wajib mengutamakan ibu mertua berbanding ibu sendiri?abg ipar saya yg berkata demikian,saya tidak pasti dr mana sumbernya..tapi dia berkata2 dgn sgt yakin..saya kurang bersetuju kerana saya juga wajib menjaga hati ibu kandung saya..

    1. Salam mia,
      Tidak pula dipastikan akan kewajipan itu. Yang pasti keutamaan seorang isteri adalah suaminya.

      Dan pada suami, ibubapa kedua pihak perlu dijaga dan dihormati. Oleh itu, suami perlu bijaksana menguruskan ibubapa dan mertua dan si isteri perlu menyokong suami dan menegur suami dengan elok demi pengurusan rumahtangga yang dibina. Saya tahu, walaupun suami ketua keluarga, perlulah juga mengambil kira pandangan yang ada dan perlu bijak. Masa depan rumahtangga ditangan suami, dan apa jua berlaku, suami perlu menjawab diakhirat kelak.

      Wallahualam…

      1. salam…..
        saya ingin bertanye satu soalan…boleh kah ibu mertua saya mengongkong anak
        nya supaya menyembunyikan segala hal..termasuk duit..dari pengetahuan isteri…sehinggakan..dia memarahi anak lelaki nya untuk memberi wang pada isteri…hidup saya sekarang seperti tergantung..suami yang tidak memberi nafkah zahir…sekarang suami saya seperti..tiada tanggungjwab pada keluarga..tapi terlebih bertanggungjawab pada ibu..adakah..di bolehkan begitu…tolong la..saya selesaikan semua ini..saya dah x sanggup..segala hal..saya kena fikir sendiri..makan,tempat tinggal…barang keperluan anak semua..atas kepala saya…saya tahu suami saya bukan x mampu..akan tetapi..kerana..kehendak ibu nya..yang selalu campur tangan hal kami sekeluarga…jika saya berbincang dengan suami pasti akan bergaduh sekiranya terkeluar cakap berkaitan ibu nya…sehinggakan suami sanggup bercakap kasar dengan saya..sampai bila saya nak hidup didalam kongkongan ibu mertua…suami saya sendiri x dapat nak buat keputusan yang pasti..suami saya begitu ramai adk beradik,,,tapi kenapa suami saya tidak pernak membantah apo yang ibu dia ckap..saya tahu syurga anak bawah tapak kaki ibu..tapi jika tanggungjwab sebagai ketua keluarga terabai..anak isteri entah mane2..apa maksud nya..tolong la saya…
        saya tahu saya tidak berasal daripada keluarga senang..& saya pun tidak mengharapkan harta suami..yang saya fikir sekarang..saya nak sebuah keluarga yang bahagia…saya x tak nak la..sampaikan saya bercerai berai..saya kesian kan anak2…dio orang kecil lagi..kenapa saya bole berfikir untuk kebaikan keluarga sedangkan suami x dapat fikir untuk kebaikan…lagipon umur saya lagi muda dari suami yang sekarang dalam 30an….umur perkahwinan kami masih lagi muda..
        tolong la saya selesaikan konflik ini…

        hidup yang tergantung 2011

        1. Assalamualaikum saudari,
          Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana lambat memberikan komen atau respon.

          Berdasarkan kisah saudari, apa yang saya boleh cadangkan adalah, sebolh-bolehnya, bawa berbincang dengan suami akan urusan rumahtangga kamu saudari dengan suami. Jika sukar untuk diadakan, bawalah ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, dan pergilah dengan niat untuk membetulkan diri, keluarga dan keadaan, bukan dengan niat untuk siapa menang, siapa kalah atau siapa benar siapa salah. Melainkan suami saudari memang bukan yang bertanggungjawab, saya pasti ada terdetik serba salahnya terhadap membahagikan tumpuan kepada ibu atau rumahtangganya.

          Semoga pandangan ini dapat membantu saudari membuat penilaian, dan berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan.

          Wallahualam…

          1. Ni kes yang tak lehbincang suami kepala batu ni,, nak meletakkan tanggungjawab rumahtangga atas kepala isteri semata.. bila di ajak berbincang berkenaan pengurusan duit mesti si isteri kena marh… banyak kes macm ni… tak laksanakan hak isteri le macm n i tapi si suami terus menuntut haknya.. kes ilmu agama tak nak pakai, Nasihat saya buat isteri yang macm ni sabar jelah.. pastia da ganjara Allah untuk saudari… Allah maha hebat perhitunganya

  10. salam…
    saya ingin bertanya..
    ibu mertua saya suka mencampuri urusan rumah tangga saya dan suami..
    sehingga saya berasa tidak selesa disebabkn hal itu… suami saya merupakan anak bongsu dr 4orang adik beradik…semuanya lelaki.. ibunya mmg suka mencampuri segala urusan ank2nya. perbelanjaan yg suami bg kpd sy pun dia hendak tahu berapa…kemana kami hendak pergi semua dikawalnya…bila hari cuti shj kena wajib blk kerumah nya. mcm mn nk mengatasinya?

    1. salam nini,
      Untuk menguruskan perkara ini, pada padangan saya ianya lebih terletak kepada kebijaksanaan suami puan untuk menguruskan hal ini. Tentunya puan tidak selesa, tetapi puan dan suami perlu bersama-sama berpakat dan suami puan perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai ketua keluarga.

      Sekadar pandangan untuk difikirkan.

  11. ayah dari mertua sangat benci dan dendam trhadap mnantu laki2 tanpa ada alsan yg bgitu berat,,,suatu hari dia meminta surat nikah milik istri(anaknya)tanpa izin suami kmudian seorng istri mnurut pada orang tuanya,,dan mmberikan surat nikah dan smua akte anak2 tanpa izin suami,,kmudian dgn sngaja mmbuat tuduhan pd suami,,ato membuat suasana dalam rumah ribut,,sampai tetanga,,kmudian sang istri mningalkan suaminya untuk prgi dan ikut orang tuanya,,to be continue,,

  12. Sy ttekan ibu bapa sy jnis suka mmbndingkan ank2 mreka dgn ank2 sdara mara lain, dan bsikap ingin blumba2 n mnunjuk2 smata mata utk bbangga2..pntang mlihat ank org ade kereta, brkrjaya dpt bg duit tiap2 bln pd org tua mreka, dan sbgainye..mangsa nya anak2..wlaupun sy dan kakak sudah lama brkhwin, mreka msih suka mngungkit2 hal2 yg tidak dpt mmuaskan hati mreka smasa kami di bwah tggungan nya..wlaupun kami dpt mnunaikan apa yg mreka idamkan slpas bkhwin, mreka sperti xbsyukur msih mbezakan antara duit saya dan suami, smahunya mreka mahu “fresh” dr duit anak sdri, naik keta anak sdri dan pling sy tkilan mreka sering mngungkit kputusan sy utk bhenti keja slps stahun tggal bjauhan dgn suami tnpa mmikirkan prasaan sy ingin mnimang chaya mata & ksih syg suami, yg pnting pd mreka cuma sikap ingin mnunjuk2 kjayaan anak2, jd stelah sy bhenti keja mreka khilangan smua itu..sy tidak fham apa yg mahu di kejar oleh mereka,wlaupun sy hdup bhagia n xpnh mnyusahkan mreka..jika mreka trlalu hndak balasan ke atas jasa mreka spjg mmbesarkan kami, kami rs xadil, kami hdup trkongkong mcm2 praturan yg xmsuk akal kna ikut, dan tpksa mnahan telinga dgn bhasa2 yg xspatutnya tiap kali mminta duit utk mnaggung pngajian kami dan mminta kami mmbayar blk bila sudah kerja nnti, bgitu kah ibu bapa yg ikhlas..sbg anak sy rs amat kcewa dan xtahu apa lg utk mmuaskan hati mreka dan cuma mmpu mndoakan yg tbaik utk mreka..

  13. saya mimi… Saya ingin mnyatakan sesuatu disini…….. apakahhukum atau akibat yang kita dapat sekiranya derhaka kepada ibu mertua… adakah dosanya sama seperti kita derhaka kepada ibu bapa sendiri, sedangkan mereka hanya keluarga mertua sahaja………….

    1. assalamualaikum mimi,
      Secara asasnya, berdosa kita derhaka dengan orang tua kita, baik ibu bapa sendiri atau mertua. Namun, ianya berbeza turutannya antara suami dan isteri.

      Namun, ramai ibubapa dan mertua yang terlupa yang anak menantunya juga punya tanggungjawab yang perlu dijaga. Jangan kerana pentingkan diri, tanggungjawab si anak menantu sebagai suami isteri terabai. Apatah lagi jika anak menantu itu sudah mempunyai anak.

      Wallahualam…

  14. assalamualaikum.
    saya ingin bertanya, apa hukum jika saya bcakap agak kasar,tidak ikut nasihat ibu mertua saya. saya dibesarkan dalam keluarga yang sempurna dari segi agama, ,memahami orang sekeliling dan mhormati orang tua. ttp dalam masalah keluarga mertua saya, dia tak solat, suka mngumpat, penting kan diri sendiri – terutama tidak memahami anak2 (kehendakkan harta anak, paksa anak buat pinjaman utknya,). Kadang2 datang kerumah buka saji compain masakan saya katanya saya masak apa , tak masak nnt anak dia mati kebulur. Kami suami isteri berhujan berpanas, beri mereka kereta dan apabila kami hendak guna dia mburukkan kami pada saudara. satu hal yang paling teruk, dia menyuruh kami mrahsiakan soal kehamilan “anak haram” anak perempuannya dari diketahui suaminya (bapa mertua saya) dan saudara mara. Dia juga amalkan sihir, itu membimbangkan saya.

    Saya cukup tertekan sampaikan hilang hormat padanya. bagi saya, mereka langsung tak hormati saya dan keluarga saya. Saya bertindak berkeras dengan apa pun keputusan saya dalamn segala hal. tujuannya nak ajar dia hormat juga dan malu pada saya.

    Saya juga kesian pada bapa mertua saya, seolah dikerbau dicucuk hidung.. diherdik depan anak2..mengikut apa saja tanpa tahu betul atau salah. ada juga saya cuba mcari air penawar dr ustaz2 campurkan dalam minumannya, tapi tidak berkesan

    Kadang2 saya rasa iri hati dengan orang lain punyai mertua yang bagus , baik dan boleh mnumpang kasih. Salahkan tindakan saya? bagaimana harus saya bertindak baik jika racun yang di balas?

  15. saya benci kedua mertua saya. Bapa mertua saya bekas imam dan mengatakan sebenarnya perempuan wujud disebabkan lelaki maka sebenarnya perempuan takde hak hidup di dunia ini. Dia juga cakap tak apa kalau anak lelakinya (suami saya) tak bekerja sedangkan saya bekerja sebab dia bekerja sedangkan mak mertua tak bekerja. Bolehkah isteri bekerja tanggung suami? Saya tertekan dengan keluarga mertua saya dan suami yang asyik memenangkan keluarganya sahaja.

    1. Assalamualaikum seri,
      Maaf jika saya berpendapat bahawa mertua saudari mentafsirkan tersebut mengikut pemahaman sendiri dan mana-mana yang membawa kepada kelebihan kepada mereka.

      Pertama – Lelaki dan wanita telah diciptakan untuk antara satu sama lain. Mungkin bapa mertua saudari terlupa yang isterinya itu seorang wanita, dan mungkin ibu mertua saudari itu juga lupa dirinya seorang wanita. Maafkanlah mereka atas ketidak upayaan untuk melihat perkara ini.

      Keduanya, antara suami dan isteri, masing masing punya hak dan tanggungjawab ke atas satu sama lain. Dan setahu saya sudah dijelaskan ketika kelas agama, kelas persediaan perkahwinan mahupun majlis akad nikah, tanggungjawab menyara keluarga terletak kepada suami. Suami bertanggungjawab menyediakan nafkah zahir dan batin, bukan si isteri.

      Namun, tiadalah salah isteri membantu suami dengan bekerja. Dan ada ketikanya, isteri bekerja dan suami duduk di rumah. Pada pandangan saya, ini bergantung kepada persefahaman dan persetujuan bersama. Namun, tanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makan pakai, nafkah zahir dan batin masih terletak kepada suami.
      Cuma, amatlah malang jika suami dan bapa mertua saudari beranggapan begitu, dan amatlah kecewa kerana cuba menggunakan agama untuk kepentingan diri.

      Jika perlu, aturkanlah sesi kaunseling di mana-mana pejabat agama dan dapatkan nasihat. Bawalah suami bersama. Jika perlu, bawalah sekali mertua bersama DENGAN NIAT untuk kebaikan bersama. Janganlah menganggap sesi itu digunakan untuk menentukan siapa benar, siapa salah.

      Wallahualam..

  16. Salam, Kakak ipar saya seorang lulusan universiti dan yang yg berjaya dalam kerjaya. Mak saya seorang buta huruf tidak perhah pergi sekolah tetapi boleh membacaAlQuran Abang saya seorang berjawatan tinggi dan dia paling berjaya didalam keluarga saya. Dia saja memberi perbelanjaan pada ibu tiap bulan.
    Kakak ipar memang baik. Mak tidak tinggal dengan mereka tapi datang selalu kerumah mereka hari sabtu dan ahad. Jika tiada pembantu rumah ibu saya yang melakukan kerja rumah mereka walaupun sudah tua barulah lama sikit disana
    Masalahnya baru baru ini pembantu mereka telah menceritakan kepada kakak ipar tentang keburukan ibu saya dia percaya cerita itu dan berkecil hati dengan ibu. Perkaranya kecil saja ketika adik beradik kakak ipar datang kerumahnya dan ibu saya ada sama, dia menuduh ibu saya tidak melayan keluarganya dengan mesra dan mengatakan ibu bermasam muka masa ketika keluarganya makan tengahahari. Kakak ipar mengungkit-ungkit segala pemberian perbelanjaan bulanan dan makanan yg ibu bawa kerumah selama ini. Dia juga berpesan ibu saya jangan datang kerumahnya jika keluarga dia datang berkunjung kerumahnya. Untuk pengetahuan tuan, keluarga kakak ipar baik dengan ibu dan ibu rasa seronok dapat berjumpa mereka.
    Ibu saya menangis berhar-harii bila dapat tahu hal ini dan menafikan tuduhan itu. Kakak ipar rasa bangga dapat tahu ibu menangis dan SMS salah seorang ahli keluarga saya dengan mengatakan baguslah menangis kerana baginya ibu saya telah insaf kerana berburuk sangka dengan keluarganya, Padahal ibu saya menangis keran sedih dengan tuduhan beliau. Apa pandangan Islam dalam hal ini.

    1. Assalamualaikum Nur Efira,
      Berdasarkan apa yang saudari tuliskan, saya berpendapat, ini lebih kepada perkara yang disampaikan. Mungkin, apa yang berlaku terdapat salah faham ataupun yang menggursarkan, fitnah yang sedikit sebanyak merencatkan hubungan keluarga.

      Untuk menyelesaikan permasalahan inicuba bawa semua pihak yang terlibat duduk sama berbincang, termasuklah pembantu rumah itu. Ya, tidak dinafikan, apabila membacakan cerita saudari, ramai yang mungkin beranggapan puncanya datang daripada pembantu rumah, namun, jika hanya bergantung kepada cerita yang disampaikan oleh pembantu rumah, takkanlah sampai begitu marah kakak ipar saudari.

      Oleh itu, semua pihak yang berkaitan perlu dudk bersama dan berbincang secara elok. Berterus terang dan jika perlu mengadakan bukti, bawa sekali.

      Semoga dapat membantu.

      Wallahualam…

  17. rasanya jawapan tu salah… hak keaatas isteri adalah suaminya, dan hak keatas suami adalah ibu kandungnya… hadis ni dh lengkap.. x payah nk tokok tambah ikut pemikiran sendiri… ibubapa perempuan reda bila dh dinikahkn anak perempuannya. memalukn org islam dgn penambahan dan tokok tambah.. klu kita perhatikn, hadis tu dah cukup lengkap..

    1. assalamualaikum saudara,
      Terima kasih atas teguran.

      Saya fikir saudara tersalah bagi komen di artikel dan komen yang sepatutnya. Komen saya yang menggunakan hadis berkaitan dengan keutamaan antara ibu dan bapa adalah disini.

      Dan, komen itu sebagai komen balas kepada seorang wanita yang meminta pandangan, bukan seorang lelaki. Perlu juga difahami, kedua ibu bapa kita adalah keutamaan kita, namun berdasarkan hadis itu, “ibu” disebut tiga kali sebelum “ayah”. Ini baik untuk lelaki, mahupun perempuan.

      Suka juga saya beritahu, saya menambah yang keutamaanya bertukar sebaik sahaja sah akad nikah nanti.

      Namun, jika ianya salah, maafkan saya dan beritahulah saya bahagian mana komen saya itu salah. Saya tidak ingat yang saya ada kongsikan sebarang hadis sepertimana dakwaan saudara.

      Terima kasih 🙂

  18. Certa 1:
    Salam, saya seorang isteri & seorang anak tunggal telah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun. tetapi masih belum dikurniakan zuriat. suami saya merupakan anak sulong lelaki, punyai seorang ibu dan 2 adik perempuan tiri. suami saya sewaktu dahulu dijaga oleh arwah neneknya. saya lihat kehidupan suami saya ni kurang mendapat perhatian & kasih sayang yang secukupnya. ibunya selalu membezakan kasih sayang antara anak2nya.. waktu dia bujang dahulu, ibunya tak begitu kisah sgt apa yang anaknya buat. alasannya, kerana suami saya anak lelaki, pandai bawa diri. anak perempuan lain, kena berikan perhatian secukupnya.. senang kata ibunya tak begitu pandang anaknya sgt. padahal anaknya itu selalu berkorban & bekerja untuk ibunya.

    sekarang ini bila anaknya sudah berumahtangga dan ada sedikit kemajuan dalam hidupnya, seperti mendapat lesen kereta & sebagainya.. barulah ibunya serba sedikit ambil berat atas anaknya.. saya pun tak kisahlah.. tapi lama kelamaan baru saya sedar yang ibunya hanya mempergunakan suami saya untuk kepentingannya sendiri. ibunya tidak pernah telefon tanya kabar suami saya sihat atau tidak. kalau takde sebab tertentu ibunya takkan telefon. saya sedih tapi suami saya jenis tak kisah & tak kecil hati dgn perbuatan ibunya yang lebihkan adik2 tirinya. walaupun saya tahu dia pendam rasa sendirian. tapi bila suami saya tak telefon ibunya bertanya kabar, ibunya marah krna tak ambil berat pdnya. saya kesian tgk suami saya. saya cuba membantu tapi saya hanya menantu.. kadang2 saya marah jugak tapi taklah sampai terlepas kata pada ibunya.. saya terpaksa pendam.

    Cerita 2:
    Saya seorang anak tunggal yang telah kematian bapa selepas 5 bulan saya berkawin.. bapa saya ada meninggalkan sedikit kemewahan kepada saya & ibu saya. Alhamdulillah! saya telah membahagikan harta tersebut secara faraidh.. dengan harta yang ditinggalkan saya telah membeli sebuah kereta untuk kegunaan kami bertiga.. saya anggap kereta ini adalah milik keluarga saya. ibu mertua mengetahui bahawa saya beli kereta ini & dia pula selalu meminta pertolongan nak kemana2 dgn menggunakan kereta ini. pada awalnya saya tak kisahlah krna saya fikir tak salah buat amal jariah. rezeki yg Allah beri ini utk membantu org lain juga..

    tapi lama kelamaan, ibu mertua saya sering sahaja menggunakan kereta ini kerana kereta ini selalunya dipandu oleh suami saya. jadi anggapannya bahawa anak lelakinya yang selalu bawa kereta ni, dia ada hak untuk bawa kereta ni kemana2.. sedangkan dah diberitahu bahawa kereta ini adalah hak milik keluarga saya takde kena mengena dengan suami saya.. pada awalnya dia faham, tapi lama-kelamaan dia semakin menjadi2 menggunakan kereta itu sesuka hati.. sedangkan suami saya dh beritahu, kalau mak nak pakai kereta ini perlu minta izin saya.

    ada juga dia minta izin, saya benarkan tapi ada juga saya tak benarkan kerna dah ke tahap ambil kesempatan. saya serba salah bila dah diberi, diambil kesempatan. bila tak diberikan mereka kata saya pelokek, berkira & sebagainya.. saya serba salah. kerana arwah bapa saya selalu berpesan. hormatilah hak milik orang lain walau harta ibu bapa kamu sendiri.

    soalannya:

    1) Apakah yang harus saya buat bagi membantu suami saya ini?

    2) Adakah ibu mertua saya berhak menggunakan harta benda saya sesuka hati tanpa minta izin saya sebagai menantu?

    Bantulah saya, jika saya yang bersalah & berdosa. saya cuma inginkan kepastian.

    1. Assalamualaikum,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memberikan pandangan.

      Setelah membaca apa yang saudari nukilkan, satu daripada pihak suami, dan satu lagi dari pihak saudari, saya berpandangan yang apa cuba dilakukan oleh saudari dan suami adalah dalam keadaan yang berpatutan, di mana ibu mertua saudari masih lagi keutamaan suami saudari, dan suami saudari menghormati hak dan harta saudari sebagai isteri.

      Mungkin, apa yang berlaku ini adalah disebabkan sedikit harta yang ada, dan keinginan untuk hidup selesa dan mudah.

      Apa yang boleh saya cadangkan adalah, cuba kekalkan keharmonian yang ada. Saya amat berharap saudari dapat bersabar dan suami saudari turut membantu memimpin ibunya yang mungkin terleka. Jika ingin menegur, tegurilah secara berhikmah, sebagaimana jika saudari merasa kurang senang dengan ibu saudari sendiri.

      Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di sini dan di sana, InsyaAllah

  19. boleh ke.. Jika bekas menantu lelaki masih duduk di rumah ibu mertuanya, sedangkan anaknya (bekas isteri) telah berkahwin lain .. beri sedikit pandangan.

  20. Assalammualaikum,

    “Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”

    “Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”
    (sy edit dr atas)

    sememangnya begitulah sebaik2nya, tetapi permasalahan sy…kedua mertua suka mengawal dan mencampuri perancangan sy dan suami..setiap kali kami balik bercuti di sarawak.dan apabila kehendak mereka tidak d dahulukan mereka akan mula menyindir, marah2 dan menuduh suami sy lebih pentingkan orang lain berbanding keluarga sendiri..

    persoalan sy:

    1) kenapa sesetengah mertua walaupun telah berstatus haji dan hajjah masih bermulut jahat, bermuka2, dan tidak menganggap menantu sebagai anak?

    2) suami memiliki kereta persendirian, suami yg bayar road tax, insurans dan ansuran kereta setiap bulan, tapi d pakai oleh kakak ipar dan abg ipar di sarawak, manakala kami d kelantan..tetapi..masa sy balik temuduga tahun lepas, mertua menetapkan syarat, kalau sy nak guna kereta suami, sy mesti duduk d rumah mertua atas alasan takut kereta suami d curi orang.

    dan sekiranya sy tidak duduk bersama mertua, jika sy nak menggunakan kereta, sy harus meminta izin dari abg ipar, dan tidak boleh sama sekali membawa kereta tersebut keluar dari bandar sibu atas alasan takut sy kemalangan jalan raya dan mengakibatkan abg ipar tidak dapat naik pangkat dalam PDRM.

    sy ingin tahu, apakah dlm islam, isteri tidak berhak ke atas harta suami tetapi yg lebih berhak adalah abg, kakak ipar dan ibu bapa suami, sehingga sy perlu meminta izin menggunakan kereta suami dari mereka..

    dan suami meminta izin dari abg dan bapa nya utk mbenarkan saya menggunakan kereta suami?

    apakah sy yg salah sbb marah dgn alasan2 mereka tersebut?

    terus terang sy katakan sy sgt pening dgn tindakan mereka dan suami pulak bagaikan lembu d cucuk hidung sbb nak elakkan pergaduhan..

    3)apakah kakak ipar dan mertua boleh membuka sesuka hati segala surat2 d atas nama saya yang di alamatkan ke rumah mereka, dan mengambil hadiah2 yg d sertakan dalam surat tersebut utk d berikan pada cucu2 mereka?

    krna apabila sy balik bercuti, sstgh surat sy tinggal sampul saja, manakala isi surat tiada…dan hadiah2 yg d sertakan hnya tinggal cop d surat dan hadiahnya telah di rosakkan dan d miliki anak2 buah suami..
    apabila sy bertanya, mertua hanya menjawab, beliau tdk tahu menahu..

    apakah sy yg salah kerana merasa terkilan dan marah?

    sy dpt merasakn hubungan sy dan suami akan bermasalah sekiranya sy,suami, mertua, kakak2 ipar duduk dlm satu bumbung…

    kerana dari pengamatan sy, suami dapat berfikiran rasional apabila kami berjauhan dari mertua, tetapi, bila berdekatan mereka, suami kdg2 memarahi sy dlm diam dan sy d ‘keterbelakangkan’..dan itulah yg menyedihkan

    sy tidak membenci mahupun memusuhi mereka, yg sy mahukan mertua faham dan biarkan anak2 mereka menjalani kehidupan berumah tangga dan bukannya menjadi batu api, atau duri dalam daging…

    kenapa sy sbagai menantu dan isteri boleh bertolak ansur dan selalu mengalah pada mereka, dan apabila sy mengalah,mereka makin naik minyak…

    semoga dapat d bantu…

  21. salam saudara…saya bingungg dengan bapa mertua saya. sudahla tidak bekerja, letakkan semua beban hutang dia pada suami saya. bapa mertua saya masih muda lagi. umur baru 48 tahun dan masih sihat lagi, dia tersangat2 lah muda dari ayah saya sendiri. suami saya seorang yang sangat penyabar. sabar shaja melayan karenah bapanya sendiri. suami saya yang beri nafkah pada keluarganya. bapa mertua saya pula hanya duduk di rumah bersama-sama mak dan adik2 saja. suami saya memang tidak mengabaikan tggungjwabnya pada keluarga.tiap2 bulan kirim wang pada mereka,belikan kereta baru lagi. tetapi balasan yang diterimanya..dia selalu dimarahi bapanya. dicakapnya suami saya anak derhaka lah. tanggang moden lah dan macam2 lagi. bukan itu saja, diminta juga suami saya menguruskan adik2 nya yang lain,beri belanja pada merekalah,beri hadiah mahal2 pada mereka lah.apabila suami saya tidak mapu menyediakan semua itu,dimarahnya suami saya. apabila saya mendengar perbualan telefon mereka berdua, airmata saya pasti meleleh mengenangkan kejamnya bapa mertua saya itu,.suami saya terkadang tertekan dengan kata-kata bapoa itu, akibatnya dia akan “off mood” dengan saya. saya bingung encik. apa kah yang boleh saya lakukan demi untuk menyedarkan keluarga mertua saya itu dan menguatkan semangat suami saya yang menerima pelbagai ‘label’ yang kurang enak untuk dirinya??.adakah hadis yang menunjukkan setakat mana sahaja nafkah pada ibubapa? saya tidak mahu masalah ini berterusan mengganggu rumahtangga kami. di antara kami ini tiada apa-apa masalah..tetapi peangai bapa mertua yang menjadi-jadi itu begitu merunsingkan.

    1. waalaikumussalam,
      Berdasarkan apa yang saudari nukilkan, saya tumpang simpati apa yang saudari dan suami lalui.

      Ini pandangan saya… meskipun keutamaan suami adalah ibubapanya, tetapi dalam masa yang sama dia perlu bertanggungjawab ke atas saudari dan keluarga yang dipimpinnya. Atas apa permintaan yang tidak dapat dipenuhi, jangan dipaksa diri, kerana apa yang saya nampak, apa yang dimahukan adalah kemewahan, bukan asas.

      Penuhi yang asas, dan tumpukan keluarga suami dan saudari.

      Meskipun begitu, dalam untuk melalui semua ini, cabaran pasti sukar dan penuh dugaan. Apa yang saya boleh doakan, tetapkan iman, hati dan kesabaran. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita semua, InsyaAllah.

  22. assalamualaikum ustaz…
    pertanyaan saya ialah adakah haram hukumnya seorang menantu mencium pipi ibu mertuanya sebagaimana yang diperlakukan keatas ibu sendiri…

    1. waalaikumussalam,
      aiman, saya bukan seorang ustaz, atau tiada hampir pun kepada status itu.

      untuk pertanyaan saudara, jika ciuman pipi itu sebagaimana ciuman pipi terhadap ibu sendiri, saya tidak fikir haram hukumnya.

      Atau mungkin, saudara boleh huraikan apakah sebenarnya yang saudara kehendaki dengan soalan tersebut?

      Terima kasih 🙂

  23. Assalamualaikum

    Saya ingin meminta pendapat dan nasihat daripada tuan….
    Saya mempunyai ibubapa mertua yang tinggal bersama adik lelaki suami dan ada ketikanya mereka akan datang ke rumah saya sahaja untuk berubah angin dalam jangkamasa seminggu dua. Anak 2 yang lain tinggal di apartment. Suami saya pula mempunyai 5 org adik beradik dan dia anak yang ke 2, Hanya yg sulung sahaja perempuan.

    Saya seorang surirumah sejak 6 bukan yg lepas. Masalah saya … saya tidak sekuat biras saya yg mampu tinggal sekali dgn mereka. , Mereka baik tiada masalah cuma keselesaan yang menjadi masalah bagi saya. Saya tak boleh bebas dirumah sendiri. Saya ada mencadangkan supaya mertua menyewa sebuah rumah dan anak2 bergilir 2 menjaganya… pandangan dari tuan amat saya hargai.

    1. Waalaikumussalam,
      Maaf kerana lambat memberikan pandangan.

      Berkenaan dengan situasi saudari, apa yang saya boleh fahami adalah saudari belum “selesa” lagi dengan keadaan saudari hadapi, memandangkan baru 6 bulan menjadi surirumah, dan kini hampir setiap masa berhadapan dengan mertua apabila mereka berada di rumah saudari.

      6 bulan pada sesetengah orang agak lama, tetapi tidak lama bagi sesetengah orang.. dan bergantung kepada adaptasi kepada sutuasi oleh pihak-pihak yang terlibat.

      Berdasarkan apa yang disampaikan, ada dua cara yang saya fikir boleh diusahakan.

      1) Sebagaimana apa yang saudari cadangkan, anak-anak yang datang bergilir menjaga mereka. Namun, ini bergantung kepada keadaan kesihatan dan keselamatannya.

      2) Kekalkan apa yang berlaku sekarang dan saudari perlu berusaha menyesuaikan diri kepada keadaan sekarang.

      Saya secara peribadi tidak begitu menggalakkan kita tinggal serumah dengan mertua atau orang tua kita apabila sudah berumahtangga. Namun, jika untuk seketika cuma (sebagaimana yang saudari hadapi), pada saya tiada salahnya. Biasakanlah diri untuk keadaan tersebut dan ianya tidaklah lama. Apalagi jika cuma seminggu dua dan terdapat 6 adik beradik. Ini bermakna dalam perkiraan, ada 10 minggu sebelum mertua kembali tinggal bersama untuk seminggu dua.

      Dan saya percaya, lama kelamaan, saudari akan dapat membiasakan diri.

      Jika tidak begitu selesa yang amat sekalipun, fikirkanlah bagaimana mertua itu telah menjaga suami saudari sebelum ini. Berilah peluang untuk suami saudari pula membalas jasa orang tuanya, dan dalam kesempatan yang sama, saudari turut sama membalas jasa mertua kerana menjalankan tanggungjawabnya ke atas suami saudari sebelum berkahwin.

      Wallahulam…

      1. Tuan OnDaStreet…terima kasih kerana memberi pandangan yang sedikit sebanyak memberi panduan dan nasihat… Kesimpulannya kita kena belajar untuk redho dengan apa yang berlaku (walaupun terpaksa telan…he..he…)..barulah kita tidak akan terasa terbeban!!

  24. salam saya ingin berkongsi masalah..saya dan suami saya kahwin atas dasar cinta. kami baru berkahwin dan kini saya tengah mengandung.saya mngalami sedikit tekanan. saya berkerja berstatus tinggi dari suami saya..suami saya tidak pernah memberi nafkah kepada saya malah untuk mngeluar satu sen pon tidak pernah. saya dan ibu mertua saya tidak sebulu.apa sahaja kesalahan suami saya bagi dia suami saya betul.kami mngalami masalah kewangan.lagi2 saya mngandung ibu mertua saya pernah mencampuri urusan kami. dan memberi teguran agar memahami keadaan suami saya, gaji suami saya.tapi saya sgt2 tersentuh kerana ibu mertua saya sentiasa meminta duit.pernah kami balik kampung suami sudah membeli barang rumah utk ibunya, ibunya meminta lg duit.saya kecewa dgn mesej ibu mertua saya. kerna segala pembelanjaan suami saya, saya tanggung dan duit yang dihulurkan kepada ibu mertua saya , saya yg bagi..bagi saya ibu mertua saya sgt tidak memahami.ibu mertua saya tahu suami saya gajinya sikit.tapi tiap2 bulan meminta.sedangkan suami saya tidak pernah memberi nafkah kepada saya.saya sgt tertekan.selalu juga sya menagis..slahkah sya sbg seorg isteri meminta nafkah? saya xkisah berapa pun sikit pon xapa. tapi suami saya pntingkan ibu nya.dan ibunya pon tahu saya berduit.tapi bg saya mereka mengambil kesempatan.tapi sekarang saya mula untuk belajar bersabar utk anak saya yang berada dalam perut saya. dan saya percaya allah memberi zuriat utk kuatkan saya.

    1. Saya percaya, apa yang saudari alami ini juga berlaku kepada insan lain, kerana rata-rata kini, ramai juga isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami.

      Dari segi hak isteri, apa yang diperolehi oleh isteri itu adalah haknya, tetapi adalah juga menjadi hak suami samada mengizinkan isteri keluar rumah untuk bekerja atau tidak. Oleh itu, sememangnya digalakkan berbincang dan bertolak ansur sesama suami isteri dan itulah antara indahnya Islam.

      Dan sebagaimana pendapat blog ini, harapnya ibu bapa dan mertua janganlah terlalu mencampuri urusan rumahtangga anak menantu kita (sebagaimana kita juga tidak suka urusan rumahtangga kita dicampuri oleh orang lain).

      Semoga Allah mempermudahkan urusan saudari.

  25. As salam tuan, saya ingin minta pendapat dan nasihat. Saya telah berkahwin selama 6 thn dan masih belum dikurniakan anak. Ibu mertua saya sangat ingin menimang cucu kerana suami saya adalah anak sulung. Setiap kali kami berkunjung ke rumahnya, dia pasti persoalkan hal yang sama. Hal ini menyebabkan saya tertekan. Saya sangat memahami masalah ini. Saya mengambil keptusan untuk mengizinkan suami saya kahwin lain. Ibu mertua sya sangat gembira. Tetapi sehingga hampir setahun suami saya tidak juga kahwin lagi kerna tidak mampu untuk menanggung 2 isteri. Disebabkan itu mak mertua saya sangat marah. Dia menyuruh suami saya ceraikan saya. Saya terbaca mesej pada hp bahwa dia sangat membenci saya sampai dia mati dia tidak akan restui kehidupan kami. Dia menuduh saya memberi ‘nasi kangkang’ pada suami saya dan macam2 lagi. Semenjak itu, saya tidak pernah lagi pergi menziarahinya. Pernah satu ketika saya minta cerai kerana tidak mahu suami saya menjadi anak derhaka. Saya memang tidak mahu lagi berjumpa dengan mertua saya kerna kebenciannya pada saya. Kehidupan saya sekarang sudah tiada seri lagi. Saya sangat tertekan dan berharap tuan dapat memberi pendapat, apa yang patut saya lakukan sekarang.

    1. Assalamualaikum Farah,
      Mohon maaf kerana lambat memberikan pandangan atau pendapat yang boleh saudari baca yang mungkin membantu dalam permasalahan saudari.

      Tidak dapat tidak, harus diakui, apabila sudah berkahwin, siapa yang tidak mahu melihat kehadiran orang baru yang bakal menyerikan rumahtangga tersebut. Saya pasti, saudari pasti lebih menginginkannya, terutama sekali setelah didesak oleh mertua.

      Apa yang saudari hadapi bukan sesuatu yang baru. Saya pasti, saudari juga ada membaca permasalahan-permasalahan yang seumpama yang saudari hadapi, dan ada yang kurang elok juga jalan ceritanya.

      Apa yang boleh saya cadangkan untuk pertimbangan saudari, berbincanglah secara elok dengan suami untuk apa yang dilakukan. Bincangkan kesemuanya, termasuk tekanan yang saudari hadapi. Tidak lupa juga, berdoalah kepada Allah agar mempermudahkan kehadiran zuriat untuk saudari dan suami serta dipermudahkan urusan.

      Walaupun mudah untuk sesiapa berkata, saya cuma dapat berpesan, bersabarlah. Pastinya Allah lebih mengetahui kenapa zuriat masih belum dikurniakan untuk suami dan saudari.

      Teruskan usaha, dan saya doakan saudari dan suami dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri dan kesinambungan keturunan umat Muhammad s.a.w. InsyaAllah

      Wallahualam

  26. Assalammualaikum tuan,
    Terima kasih atas segala nasihat tuan. Saya terlupa nak bagitau bahwa saya telah disahkan oleh doktor bahwa saya memang tak boleh mengandung sama sekali. Hal ini menyebabkan mertua saya marah dan menganggap suami saya derhaka kerana tidak mengikut kata. Saya sangat keliru. Kemuskilan saya, adakah saya patut meminta cerai dan apakah hukumnya? Niat saya adalah untuk memudahkan suami saya kawin lagi agar mertua saya dapat memaafkannya dan tidak menjadi anak yang derhakakerana disebabkan saya mereka jadi tak bertegur sapa. Mohon nasihat dari tuan. Thanks

    1. waalaikumussalam puan Farah,
      Maaf kerana terlepas pandang komen puan.

      Dengan kecanggihan teknologi sekarang, apa yang diberitahu doktor seakan pasti. Benar, sedikit sebanyak apa yang diberitahu adalah berdasarkan kemampuan teknologi yang ada. Namun, Allahlah yang Maha Berkuasa dan Dialah yang menentukan segalanya. Biarpun doktor mungkin telah menasihatkan puan sebegitu, janganlah berputus harap (namun tidak terlalu mengharap) agar dikurniakan rezeki, anak sebagai penyambung zuriat.

      Tentang meminta diceraikan, adalah berdosa jika puan buat sebegitu. Ya benar, puan akan ditekan, puan akan diuji, namun itu bukan cara/alasan sebaiknya untuk meminta cerai daripada suami hanya kerana tidak mampu melahirkan zuriat. Saya fikir, dengan suami puan yang masih tidak mahu menceraikan puan, dan tidak mahu berkahwin sungguhpun telah diizinkan, dia amat sayangkan puan dan jangkaan saya, dia mencuba yang terbaik untuk menjadi suami puan.

      Jika benar, meminta cerai daripadanya pasti akan melukakan hatinya. Hargailah kehadirannya sebagai suami puan, yang masih setia dan cuba menunaikan tanggungjawab secara terbaik. Di mata saya, sungguhpun puan tidak dikurniakan anak lagi, puan diberikan suami yang setia (yang mana, kebiasaannya, dalam keadaan ini, suami sudah mencari lain, biarpun isteri yang ada belum bersetuju atau tidak bersetuju).

      Oleh itu, biarpun niat puan baik, adalah sebaiknya terpulang kepada suami untuk bertindak sewajarnya dan sebaiknya.

      Wallahualam…

      Saya doakan agar rumahtangga puan dapat diserikan dengan kehadiran anak. InsyaAllah. 🙂

  27. Pertama sekali, saya sgt bersyukur dpt seorang ibu mertua yg sgt baik dlm segi agama dan didikan pada kesemua anak2nya… dlm pendidikan yg baik tu, ada jugak cacat celanya iaitu, masing2 (anak2nya dan menantu2) berebut kasih dan perhatian dari seorang ibu… semua nk tunjuk kononnya mereka lebih baik dari satu sama lain…. saya sebagai menantu dan adik ipar, tidak kuasa nk berlumba2 terutama sekali jika harus berpura2 menunjuk alim… cuma saya tidak suka suami saya yg sgt mendengar kata2 kakak dan kakak2 ipar (suami anak bongsu dlm 5 adik beradik) tanpa menganalisa rumahtangga sendiri, sehingga memberi tekanan pada saya… malahan suami memberi didikan yg salah pada anak2 saya (sbb nasihat yg salah dari kakak dan kakak2 ipar suami)… saya menegur suami dgn baik… kalau tk jalan, saya tulis surat pada dia… tapi suami anggap saya terlalu emosi dan mengongkong… dia tidak dpt melihat usaha murni saya dlm menjaga rumah tangga dan mendidik anak2…. sehingga saya terpaksa mengambil keputusan berhijrah keluar negeri, jauh dari adik-beradik dan mertua… barulah suami dpt melihat kebenaran yg ada pada diri saya…. ibu mertua juga diberi hidayah oleh Allah swt utk melihat sendiri keburukan yg ada pada anak2 yg lain terutama sekali perangai kakak2 ipar yg suka mengadu domba, cucuk2, melaga2kan dan boros…. disini saya rasa, tk perlu lah kita bersikap biadap pada mertua sbb mereka juga ibu bapa pada suami kita, malahan darjat mereka sama seperti ibu bapa kita sendiri… dan tidak perlu juga kita menghasut suami utk membenci keluarga dia, terutama ibu bapa dia sbb syurga suami ditelapak kaki ibunya dan syurga kita ditelapak kaki suami… kita doakan supaya Allah swt buka hati kita semua utk melihat kebenaran…. dan Alhamdulillah, suami juga diberi hidayah itu… 🙂

    1. nk tambah lagi mengenai campur tangan ibu bapa (termasuk mertua) dlm hal tanggungjawab dan rumahtangga… ada dlm situasi tertentu, si isteri terlalu boros dan suami terlalu mengikut kata hati isteri sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibubapa sendiri (orgtua suami)… seperti saya katakan diatas, syurga suami ditelapak kaki ibu, disini terpaksa lah org2 terdekat seperti kakak, abang, adik atau sepupu2 dan makcik2 perlu utk menasihati dan mengingati tanggungjawab anak lelaki tadi terhadap ibubapanya…. kebijaksaan lelaki itu penting sgt dlm menanggani masalah sebegini… ibu bapa tetap ada hak utk menegur anaknya, dan jika mertua boleh jugak menasihati si isteri tadi, alangkah baiknya… namun mendukacitakan ialah mertua tu sendiri kurang agama dan tahu erti tanggungjawab anak lelaki terhadap ibubapanya sehingga terasa tamak hendak membolot segala perhatian dan harta menantu lelaki tadi…… sbb tu dlm Islam sgt menitikberatkan hal mencari jodoh… 1) pilihlah yg beragama, kerana dia tidak mungkin menyesatkan kamu…. 2) pilihlah yg cantik rupa paras, agar dia menjadi penyejuk hati dan sedap mata memandang… 3) pilihlah dari keluarga yg baik2 dan beragama, agar tidak kucar kacir hidupmu (jika campur tangan dari ibubapa atau mertua yg kurang arif ttg tanggungjawab dan agama)… 4) yg keempat ni saya kurang pasti, mungkin yg berharta? tapi harta kita boleh cari sendiri dan rezeki itu dari Allah swt…. tapi apa yg saya hendak tekankan ialah, jika suami (anak lelaki) itu tahu agama, dia dpt mendidik isterinya kejalan yg benar yg diredhai Allah swt… tapi ada anak lelaki itu sendiri tidak ditekankan agama semasa kecil hingga menjadi seorang suami… bila terjadi sesuatu, seperti mengabai tanggungjawab terhadap ibubapa sendiri, byk kekecohan berlaku yg tidak diingini, takut2 Allah turun kan bala pada anak lelaki itu dan isterinya, dan takut kita semua terkena tempias bala tadi.. sbb tu nasihat menasihati sesama umat Muhammad saw sgt penting… ajarlah anak2 kita, lelaki mahupun perempuan ttg tanggungjawab dan agama dari kecil lagi dan teruskan menasihati walaupun anak2 sudah berumahtangga…

  28. seorg ibu telah meminta anak lelakinya menceraikan isteri yg dinikahi tanpa pengetahuannya. si ibu telah menghina dan mencaci menantu yg tidak direstuinya. dalam kead yg trtekan si anak akur utk menceraikan isterinya. si anak lelaki ini langsung tidak meminta maaf kepada ibubapa isterinya. adakah dikira derhaka seorg menantu yg telah menceraikan isterinya tanpa berbincang secara baik dgn keluarga pihak isterinya. derhaka seorg menantu terhadap ibubapa mertua adakah kekal walaupun setelah menceraikan isteri tersebut. di mana letaknya maruah isteri dan keluarga bila dianiaya seperti ini. wajar ke seorg ibu mendesak dan mengugut anaknya supaya menceraikan isteri yg tidak berdosa . sejauhmana syurga di bawah tapak kaki ibu itu akan menderhakakan anak yg menolak kemungkaran si ibu.

    1. assalamualaikum iqram,
      Apa yang saya fahami, jika ibubapa si lelaki meminta anak lelakinya menceraikan isterinya, WAJIB anak lelakinya itu menceraikan isterinya. Ini boleh diteladani daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

      Cuma, jika boleh, anak lelaki itu dapat berbincang dengan ibubapanya supaya tidak menceraikan isterinya.

      Tentang wajar atau tidak ibu atau bapa lelaki itu meminta anaknya menceraikan isterinya, bergantunglah kepada alasan, walaupun mereka berhak meminta anak lelakinya menceraikan isterinya.

      wallahualam…

      1. maaf saudar ODS,

        ini kisah yg nabi ibrahim dtg ke rumah nabi ismail sewaktu ketiadaan anaknya tu ke? kemudian istri nabi ismail merungut ttg keadaan mereka kemudian nabi ibrahim suruh nabi ismail “menukar pintu”? kalau itu ceritanya, bukan ke sbb sememangnya btol istri die xjage aib rumahtangga? dan Islam membenci penceraian unless itulah jln paling akhir yg boleh dicuba setelah jalan2 lain telah disusahakan sebaik boleh. cth kecil, btrus terang, menegur, berbincang dan berubah. boleh sy tau dari sumber mana lagi yang menyokong hukum wajib ni?

        saya dah hbiskn 1 buku btajuk “Gerbang Perkahwinan” keluaran Jasmin. total m/s 566. tp xde pon sy jumpe pasal hukum wajib ceraikn istri jika ibu pihak lelaki meminta. sy suke buku ni kerana membincangkn isu perkahwinan dgn detail (dari isu fardhu ain smpaila ke perkahwinan), matang dan menampilkan bukti2 firman Allah, kajian barat sume ade sbb tu sy gune cth buku ni shj. maaf sy nak tau lebih detail.

        tq 🙂

        1. assalamualaikum saudari sheeda,
          Benar, Islam tidak menggalakkan penceraian. Tentang kisah isteri Nabi Ismail, pandangan saudari itu ada logiknya.

          Tentang sumber rujukan, saya rujuk kepada Kitab Fikah Mazhab Shafie (jilid 4, Pustaka Salam, muka surat 804), dimana ada tertulis:

          “Ibnu Umar r.huma berkata: “Saya mempunyai seorang isteri yang saya cintai, tetapi bapa saya membencinya. Bapa meminta saya menceraikannya, tetapi saya enggan. Dia membawa perkara itu kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “Wahai Abdullah bin Umar, ceraikan isterimu. (Riwayat Tirmizi dalam bab-bab talak, bab hadis-hadis mengenai lelai yang diminta oleh bapanya supaya menceraikan isterinya, no 1189; Ibnu majah dalam kitab talak bab lelaki yang diminya oleh ayahnya supaya menceraikan isterinya, no 2088; dan Abu Daud dalam kitab adab, bab berbuat baik kepada ibu bapa, no 5138)”

          Maaf kerana lambat membalas, kerana buku rujukan tidak bersama saya, dan ambil sedikit masa untuk rujuk sebelum membalas komen saudari. 🙂

  29. assalamualaikum…
    disini saya ingin meminta pandangan dari tuan.saya dan suami ada menghadapi sedikit masalah dan perkara ini telah dirujuk kepada mahkamah syariah.setelah dibicarakan,pihak mhkmh telah menyatakan talak itu tidak sah.saya dan suami amat bersyukur dan masing2 menyedari kesilapan kami berdua.tetapi tidak bagi pihak keluarga kami.kedua-dua belah pihak keluarga tidak termasuk ibu mertua saya tidak mahu kami berdua bersama semula.malahan emak saya ada menyatakan jika talak itu tidak sah,dia sanggup mengeluarkan duit utk mengupah peguam utk saya bagi tujuan meminta fasakh.sekiranya saya ingin kembali juga ke pangkuan suami saya,pihak keluarga saya akan membuang saya dan tidak mengaku saya sebagai anak lagi.disamping itu,saya tidak dibenarkan keluar rumah dengan membawa anak saya.dengan alasan selama ini anak saya dijaga oleh emak saya.sedangkan sebelum ini,saya tidak pernah meminta emak saya utk menjaga anak saya.beliau sendiri yg meminta dari saya supaya meninggalkan anak saya dibawah jagaan beliau.demi menjaga hati emak saya,saya memujuk suami utk setuju memberi emak saya menjaga anak kami.walaupn suami ingin kami sama-sama menjaga anak sendiri.emak saya juga pernah mempertikaikan pendapatan saya dan suami.dikatakan tidak mampu menjaga sendiri anak kami.saya tahu suami amat terase sangat dengan kenyataan emak saya itu. tapi dia tidak pernah bercakap apa-apa.disamping itu,emak saya pernah memberi saya pilihan antara anak atau suami.jika saya memilih anak,saya harus berpisah dengan suami.dan jika saya memilih suami,saya tidak akan dapat berjumpa dgn anak saya utk selama-lamenya….saya buntu utk memilih sedangkan saya inginkan suami dan anak bersama semula.dan dalam masa yg sama tidak ingin kehilangan keluarga saya..diharap pihak tuan dapat memberi pandangan dalam masalah saya ini.

    1. waalaikumussalam aina,
      Saya tumpang simpati dengan apa yang puan lalui. Saya berhadap puan dan suami dapat mengharungi cabaran dan dugaan, dan saya doakan agar urusan puan dan suami dipermudahkanNya.

      Mengenai apa yang puan lalui, ketahuilah, keutamaan puan kini adalah suami puan. Puan perlu taat dan setia kepada suami, selagi mana ia tidak melanggar syariat.

      Oleh itu, biarpun berat, suami puanlah kini yang perlu diutamakan. Dan anak itu tanggungjawab puan dan suami.

      Berdasarkan keadaan, saya nasihatkan agar emak puan dibawa ke kaunseling, atau jika keadaan bertambah buruk, buatlah laporan kepada pihak bertanggungjawab.

      Semoga pandangan ini dapat membantu.

      Wallahualam…

  30. Assalamualaikum..

    Tuan,disini Saya ada perkara yang membelengu dihati dan fikiran saya,disini saya ingin meminta sedikit pandangan atau nasihat,saya dah berkahwin hampir 6 tahun dan dikurniakan 2 cahaya dan sekarang sedang sarat kelahiran 3,Suami saya adalah ank mak dan bapak,apa saja yg mak mertua saya kata dia akan ikut .

    1)klu setiap kali blik raya,saya selalu ikut balik kg suami,sbb lagi seminggu nk raya mk mertua akan talipon tiap2 hari tanya balik atau tidak sehingga suami saya menjadi serba salah dan klu bagi alasan makmertua akan masam muka.

    2) tahun pertama dan kedua p’kahwinan keluarga mertua sering datang rumah akibat dari itu pernah timbul fitnah antara saya dengan ibubapa mertua.yang mengatakan nampak saya ada lelaki lain.
    oleh kerana hal tu saya menjadi menangis depan mereka tapi tangisan saya dikatakan hanya sekadar berlakon semata2,saya jadi marah dan mengatakan sekiranya bergini mak ngan abah
    ambilah ank makabah, saya dah x sanggup bersama dia,jawapan mak mertua hanya “klu macam tu bangah ambil ank jgn bagi padanya.dalam keadaan tu suami saya tidak melenting atau berbicara
    sebaliknya menenangkan saya secara baik kerana dia masih sayang pada saya.suami berbisik abang serba salah nk percaya atau tidak sbb mereka ibubapa x kan dia nk tipu.

    3) dalam keluarga suami saya mereka cuma ada sorang ank perempuan sebaya saya,mak mertua saya nie klu setiap kli balik kg asyik memuji ank prempuan nya saja didepan saya seolah2 ank perempuan terlalu baik,
    sedang kan ank perempuan nya selalu buat masalah sehingga menyusahkan keluarga dan suami ,saya tetap sabar.dgn cara mereka dan sejak tu saya x pernah nk menegur ank perempuannya,klu ank perempuan kedapur saya akan duduk dibilik, sbb x tahn nk dgr cerita mereka.
    – ank perempuannya mmg x sehaluan pun dgn saya.salah satu sbb lain dia nie kasar suka meninggi suara kadang2 nk gugur jantung diabuatnyer pernah saya tegur tapi buat x faham.
    malah diperli2 saya dpan mak mertua.
    – bapak mertua pula asyik suruh saya berdamai jer dgn ank perempuannya.sdgkan saya dah x boleh lagi nk sependapat dgnyer.

    p/s : saya nie jenis suka ambil langkah b’diam diri dan hanya merungut pada suami jer.sbb suami .
    suami pula akan suruh saya sabar jer…

    4) terakhir sekali,perkara baru lagi terjadi hujung tahun 2011 , kakak ipar membuat kenduri cukur jambul anknyer di kg, saya kebetulan tgh mabuk ank ketiga, saya dah suruh suami bagi tau saya x bleh nk tolong kedapur atau pun aper sajer sbb meloyakan, tpi suami buat langkah b’diam diri.
    pada hari kenduri t’sebut semua ahli keluarga sibuk membuat p’siapan bapak mertua pulak sibuk suruh mesin rumput dibelakang rumah sampai selesai kenduri…saya kat dalam rumah serba salah. bila dah ptg suami ajak balik,mak mertua pula asyik sibuk suruh makan, saya cuma ckp ngan suami mak ajk makan.tpi dia enggan dan mengatakan jom balik badan dah penat esok keje selera pun takder.akibat dari tu mak mertua ngis ngadu ngan bapak mertua saya tak bagi ank nyer makan,Saya pulak diam dan hanya turut aper yg disuruh suami tanpa banyak cerita,akhirnya
    ptg menjadi senja dan terus lah makbapak mertua memarahi saya dan mengatakan saya nie ader memakai benda,membuatkan ank nyer dah banyak berubah dan x mendengar kata,bapak mertua ugut saya dgn bahasa agak kasar ” ko bela aper ha..” ko tau x sejak ko masuk dalam keluarga aku banyak perkara ank aku dah berubah dan badan bini aku selalu lebam” aku suka ngan ko sbb ko nie sembahyang x tinggal tu jer tau.suami pulak diam dan asyik minta maaf jer,saya pula asyik didesak mcm2 soalan. dan perkara paling marah watku azan magrib pun fitnah lagi tanpa henti.dan ungkitan demi ungkitan dibangkitkan sdgkan aper yg mereka kata x pernh saya lakukan.

    tuan saya nie dah berapa kali minta putus ngan suami sbb x tahan dgn situasi nie,suami pulak x nak lepaskan saya dan hanya suruh sabar jer…

    1. Waalaikumussalam puan,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana lambat memberikan pandangan yang mungkin boleh membantu.

      Setelah membaca apa yang puan tuliskan, saya faham ianya berat untuk puan, biarpun saya tidak tahu seberapa beratnya ia untuk puan untuk melaluinya.

      Berdasarkan apa yang puan nukilkan, saya melihat suami puanlah yang perlu memainkan peranan utama. Saya seperti merasakan ada sesuatu yang kekurangan, seperti sesuatu yang tidak diceritakan, baik oleh mertua atau suami yang menyebabkan bagai ada sesuatu yang tidak kena.

      Saya cadangkan, suami dan puan perlu duduk berbincang, tanyakan kenapa insiden-insiden tersebut telah dan boleh berlaku. Mulakan dari itu, dan perlahan-lahan ke punca insiden tersebut.

      Wallahualam…

  31. assalammualaikum..saya lin..saya nak tanya, saya dilema dengan kekejaman bapa saya y mencekik saya kerana sya memberi pendapat or nasihat kerana bapa saya ad org ke 3….saya takut jika saya cerita hal ini kepada suami saya,mgkin suami sya marah dan melarang saya pulang ke rumah ibubapa…..perlukah saya patuh suami saya?apakah perlu saya buat?

    1. Waalaikumussalam azlin,
      Saya kurang faham dengan maksud puan dengan “kekejaman” bapa dengan “mencekik” puan.

      Namun, sekadar pesanan, keutamaan puan kepada suami kini lebih tinggi daripada ibubapa puan sendiri.

      Berbincanglah secara elok dan berhikmah dengan suami puan untuk tindakan yang sewajarnya.

      Wallahualam… 🙂

  32. Assalamualailkumwarahmatullahiwabarakatuh.

    saya juga dalam trauma apabila saya dapat tahu ibu mertua saya selalu kritik dan comment tentang saya kepada anak -anak menantu yang lain.padahal dia tidak pernah bersemuka dgn saya untuk memberi nasihat jika sikap saya kurang menyenangkan mereka.apa yg saya dan suami lakukan semuanya tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada saya kononnya suami saya hanya mengikut telunjuk saya. padahal setiap perkara kami buat atas persetujuan suamui isteri.
    apa saya perlu lakukan untuk menghadapi ibu mertua macam ni.

    1. Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh,
      Pertama, mohon maaf kerana lambat memberi respon. Ini kerana sebenarnya, saya juga mengharapkan ada pembaca yang budiman, terutama sekali yang suka memberi komen dalam bab agama, memberi pandangan dan komen yang boleh membantu.

      Berkenaan dengan permasalahan saudari, apa yang boleh saya cadangkan adalah, berbincanglah antara suami dengan puan dahulu, sebelum suami puan berbincang dengan ibunya. Samada perlunya ada puan bersama ketika suami berbincang dengan ibu atau tidak, terpulang dan bergantung kepada persetujuan bersama.

      Ini kerana, mungkin, dengan adanya puan bersama ketika itu, puan boleh dituduh mengawal suami. Namun, jika puan tiada, mungkin puan tidak dapat mendengar sendiri apa yang dibincangkan.

      Wallahualam..

  33. salam,nama saya iskandar,saya ada seorang anak kecil..sebelum sekembali ke kg kehidupan saya dan isteri amatlah bahagia sehingga kelahiran cahaya mata pertama kami baru2 ini..saya duduk sebumbung dgn keluarga mertua..apa sahaja yg saya buat tidak kena dimata mak mertua saya..main laptop salah,main hp salah,tgk tv salah,dudk dalam bilik lagi la salah..saya da buntu da nak buat macam..baru2 ni saya ajak isteri pulang ker johor bahru kg belah saya,apabila mak mertua saya dapat tahu,dia trus marah2,alasannya isteri saya x habis pantang lagi..habis semua perkara dia ungkitkannya..mak mertua saya tidak percayakan saya dan isteri untuk menjaga anak,boleh dia kata saya dan isteri pak andir dan mak andir..hurmmm..sekarang ni saya dan isteri da malas nak bergaduh dgn dia..byk memekakkan telinga sahaja daripada melawan x tentu kehala..tlg la beri sedikit pendapat dalam masalah saya ini yer..terima kasih..

    1. Assalamualaikum Iskandar,
      Apa yang saudara dan isteri lalui adalah sesuatu yang lumrah dan klasik bagi mereka yang duduk bersama mertua.

      Cadangan saya? Berpindahlah ke rumah sendiri (sewa atau beli), dan mulakan sebolehnya, tanpa bantuan mereka.

      Nasihat saya ini bukan bermakna mahu ianya menjadi permusuhan, tetapi agar tiada ungkit mengungkit di kemudian hari. Tambahan, insyaAllah, apabila mula tinggal berasingan, rindu antara mertua menantu dan cucu, insyaAllah akan berputik, dan memperbaiki keadaan.

      Wallahualam

  34. assalamualaikum uztaz…
    saya ingin bertanyakan satu soalan…
    apa hukumnya seorang anak yg baru sahaja bernikah dan pulang ke rumah mertua sebelum majlis di rumah mertua berlangsung?
    saya keliru…

    1. Waalaikumussalam mieza,
      Pertama, maafkan saya.. saya belum sampai tahap ustaz lagi. Belum cukup tinggi, belum cukup layak.

      Berkenaan dengan soalan saudari, saya kurang pasti dari sudut mana yang saudari cuba gambarkan. Setahu saya, jika sudah bernikah, tiada masalah, kerana mertua itu sudah seperti ibu dan bapanya.

      Apa mungkin saudari cuba bertanya dari sudut adat, adab atau tertib?

        1. Jika mengambil dari sudut adat dan keadaan semasa, saya fikir bukan lagi menjadi sesuatu yang pelik atau ganjil. Namun, bergantung kepada masyarakat sekeliling si mertua. Jika mereka merasakan tidak sesuai, adalah lebih baik tidak dilakukan, kerana boleh mengundang tohmah atau fitnah, biarpun telah bernikah.

          Namun, dari segi hukum agama, tiada masalah, kerana pasangan itu telah sah bernikah. 🙂

  35. Assalamu’alaikum,
    saya ingin bertanya pendapat tentang isteri yang suka mempersoal setiap arahan dan percakapan suami sehingga menimbulkan sakit hati dan terkilan suami dengan sikap berkenaan. isteri yang degil dan kurang mendengar cakap suami. setiap yang isteri cakap seperti suami kena dengar dan ikut tetapi apabila suami bercakap isteri tidak mendengar, tidak mengendahkan, mempermainkan dan sering mempersoalkan dalam banyak hal. juga sering apabila suami mengajak isteri pulang ke rumah ibu bapa suami, isteri sering mempersoalkan itu ini, menunjukkan muka memberontak dan sebagainya. bagaimana suami boleh mengatasi sikap isteri yang sebegini yang tidak mendengar dan melawan cakap suami. nasihat juga sukar untuk didengar. minta pendapat..terima kasih..

    1. Waalaikumussalam,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana lambat memberikan pendapat.

      Berdasarkan nukilan saudara, ingin juga saya bertanya, apakah begitu sekiapnya sebelum kahwin? Jika ya, jika boleh dikongsikan apakah ciri yang membuatkan saudara setuju berkahwin dengannya? Ingin juga saya bertanya, jika sikapnya memang saudah begitu diawal perkenalan, apa rancangan saudara mahu mendidiknya andai saudara berkahwin dahulu?

      Apa yang saya boleh cadangkan ketika ini adalah, bawa isteri itu ke sesi kaunseling dan banyakkan berdoa agar dilembutkan hatinya.

      Wallahualam…

  36. Assalamualaikum…
    x tau dari mana nak dimulakan…
    hati saya betul2 sakit dgn kelakuan mentua dan suami…
    saya sdh bkwin selama 5tahun dn dikurniakan 2 org chaya mata…sblm ni mentua ok je sbb mak bapak sy ada dia x berani nak msuk cmpur hal umah tgga sy…skrg ibubapa sy sdh meninggal…..

    baru2 ni sy dpt tawaran berkerja dn anak kedua sy tgglkan di rumah pengasuh yang yg sulong mentua jg,time mual2 keje mentua suruh jmput smggu skali lagi pon dia x biasa dgn org luar,lagipon tmpat sy berkerja dgn umah mentua x berapa jauh….sy turut kan aje wlaupon ati ni memberontak…dh hampir 3 bulan berkerja dh mula sy dgr citer yg kurang sdp didgr,mentua mengadu dgn suami sy x pandai nak jaga anak….

    skrg saya ambik anak hari2…baru2 ni sy dh lambat masuk keje jadi sy sruh anak trun sendiri padahal sy parking betul2 depan umah,sblm ni sy x pernah buat mcm tu….mentua sound sy nak ddk anak bknya kena tgking2…padahal time tu sy srh anak kuar dr kete cepat jer…

    lepas saya pg kerja terus dia call suami sy srh sy brbah perangai..saya pon x tau lah apa mksudnya…dlm telefon mcm2 keburukan sy dia citer dkt suami padahal sy br buat mcm tu pada hari tu…blk dr keje sy dgn suami bergaduh besar,sy dh x tahan dgn perangai mentua tgk depan2 mcm x sngka perangai dia mcm tu,x tau lah apa yg dia benci sgt dgn saya,sy kena jg ati dia tp ati sy org buat x tau je mcm sy ni x ada perasaan….

    dia puji diri dia sndri jaga cucu elok berbanding dgn org lain,tapi belum dpt gaji dh mntak duit utk mengasuh anak bg rm150..katanya x ckp padahl anak sy dh besar umur dh 4 tahun….klu dia jg betul x apa dgn badan anak penuh daki,kuku panjang,perangai pon dh biadap…pernah beberapa kali sy nmpak anak sepak kepala adk ipar dn yg x blh tahan sekali dia sepak kepala ayahnya sndiri…mcm tu baru didikan yg betul…

    skrg saya dlm dilema mcmana sy nak lalui hari2yg mendtang…lg pon dia suka menghasut tngapan suami dkt sy…

    1. Waalaikumussalam anne,
      Permasalahan saudari ini, yang saya dapat lihat adalah, hantarkan kepada pengasuh, bukan kepada mertua. Ini kerana, jika terdapat apa yang tidak kena dimata, sekurang-kurangnya yang nak ditegur itu pengasuh, bukan mertua sendiri.

      Apa yang saya lihat, perkara ini perlu tindakan segera. Biarlah berkorban sedikit wang, daripada merana dan runsing dengan masalah akibat salah faham.

      wallahualam…

  37. salam…sye nk bertanye..suami sye kematian ibu nye baru2 nie..dye mempunyai adeq beradeq yg ramai..dye merupekn ank lelaki yg sulong..dye selalu bgtau sye yg adeq beradeq dye lbh pnting wlupon sye isterinye..sye xde hak campur hal keluarge dye…sye agk trase dgn kate2 dye..sbb sye tau kewangan dye mcm mne..tp adeq perempuannye blum berkahwin dh mtk mcm2 pd suami sye..adekah tggjwb dye pd adeq erempuan yg blum berkahwin lbh pnting dri sye isterinye…

    1. Waalaikumssalam,
      Untuk menjawab persoalan puan, perlu saya tanya, adakah suami puan anak lelaki yang sulung? Jika ya, dia juga bertanggungjawab dengan adik perempuannya.

      Dan disinilah, suami puan perlu bersikap adil, dan bole membezakan tanggungjawab, keperluan dan kemewahan. Berbincanglah dengan baik bersama suami puan.

      Semoga urusan kita dipermudahkanNya.

      Wallahualam

  38. apa hukumnya kalau ibu mertua membuat fitnah kononnya mengatakan bahawa saya yang mengawal duit gaji suami, memegang kad bank suami. Pendek kata ibu mertua saya sangat prejudis, dia seolah-olah iri hati melihat kebahagiaan dan kesenangan saya dan suami walhal duitnya lebih banyak dari kami. Saya difitnah didepan anak2 menantu yang lain. Bagaina sepatunya tindakan suami untuk membersihkan nama saya? saya seorang isteri yang bekerjaya.

    1. Fitnah itu sendiri sesuatu yang salah dan berdosa.

      Berdasarkan apa yang puan tuliskan, berikut adalah pandangan saya:

      Berbincang secara elok dengan suami akan permasalahan ini. Bertembung secara terus antara puan dengan ibu mertua adalah tidak digalakkan. Biar suami puan yang berbicara dengan ibunya. Samada puan patut turut serta atau tidak, bergantung kepada suami puan, kerana dia yang lebih mengenali ibunya.

      Wallahualam..

  39. Salam

    Berhati hati sebelum menerima menantu!!!!

    Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta
    2:18PM Jun 12 2012

    Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

    Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

    Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

    Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

    Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

    The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

    1. saudara arah ada pandangan dan nasihat untuk mereka yang memerlukan nasihat disini? Silalah kongsi nasihat yang berguna untuk mereka.Janganlah kedekut ilmu atau hanya beri pandangan agama berkaitan politik semata (yang hanya untuk menghentam BN sahaja)

      Terima kasih. 🙂

  40. Saya NAna dan Baru 6 bulan mendirikan rumah tangga.Sayan inginkan satu pendapat.Suami saya berusia muda setahun dari saya.Suami saya sebelum berkahwin sama sekali tidak pernah dihiraukan oleh keluarganya.Sama ada suami saya pulang ke rumah atau tidak,ibunya tidak pernah mengambil tahu.Jadi atas sebab itu juga mengambil keputusan untuk berkahwin cepat agar saya boleh menjaga nya.Jadi segala perbekanjaan perkahwinan diuruskan oleh pihak keluarga saya.Pihak suami hanya menyediakan wang hantaran sbnyk 5k dan sebentuk cincin serta mas kahwin. Wang hantaran 5K itu pon suami buat pinjaman di bank.Selepas berkahwin,keluarga ibu mertua sering menyuruh suami sayan pulang ke rumahnya.Saya sebagai isteri menurut.Namun,sikap ibu mertua semakin melampau.Ibu mertua minta sy dan suami memberi kepadanya rm300 sebulan.Terus terang saya katakan,saya tidak bekerja lagi atas dasar tunggu panggilan dari mana2 syarikat.Tetapi disebelah malam nya saya seorg personal tutor utk subjek math n english utk pelajar tahun 1-6. Suami hanya seorang rider dan kerani consultant kontraktor . total gaji kami berdua maximum rm1750. Saya perlu melunaskan hutang PTPTN,Loan Kenderaan dan Belanja hariAn. Namun demikian,ibu mertua saya bekerja. Kadang-kadang ibu mertua telah diberi rm300 tersebut,namun sampai hujung bulan minta lagi wang.Jadi sy dan suami tiada simpanan hingga kini.Mohon pendapat dari pakar.Bukan saya niat untuk mengaibkan ibu mertua dan keluarga.Saya seperti tidak keruan memikirkan hal ini kerana saya takot untuk menyuarakan hal ini pada suami. risau suami akan berkecil hati. Saya harap ada jawapan untuk permasalahan ini.

    terima kasih.

    1. Assalamualaikum Nana,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana lambat memberikan pandangan.

      Berkenaan dengan apa yang puan telah nukilkan, saya akui ianya agak rumit, apatah lagi bagi puan yang melaluinya. Berat mata memandangm berat lagi bahu memikul.

      Dari sudut hukum dan asas ketaatan, suami puan perlu menurut ibubapanya, dan puan perlu mentaati suami puan.

      Namun, dalam keadaan ini, suami puanlah yang perlu bijak mengurus rumahtangga dan ibubapanya, kerana diatas bahunya, terletak kedua-dua tanggungjawab tersebut.

      Berbincanglah secara baik dengan suami, dan fikirkan bagaimana mahu mengurus perkara ini, agar rambut tidak putus, tepung tidak berselerak…

      Wallahualam…

  41. saya dlm dilema..saya seorg surirumah tgl bsama suami dan anak prmpuan berusia 4 thn..mertua sdh lama bcerai dan masing2 tidak bkahwin lain..br2 ini mertua lelaki yg selama ini tgl sndirian dan bkerja ingin menumpang tgl d rumah..suami anak sulung dari 3 beradik..adik lelaki berada jauh d perantauan dan adik prmpuan tgl d bandar yg sama bsama suaminya dan ibu mertua saya..adik ipar saya bhasrat ingin mcari rumah sewa dan ingin tgl bsama ayah mertua tetapi smpai skrg masih tdk berbuat demikian dgn alasan tdk cukup wang sdgkn jika d lihat mrk tlalu boros b’belanja dan enjoy (belum memiliki cahayamata)..suami saya bekerja mengikut shift kdg kala harus bkerja lebih masa mninggalkn saya dan seorng anak kecil sndirian d rumah..saya pnah btanya pndpt keluarga saya ttg hal ini dan mrk mgatakan adalah tdk manis skiranya saya tgl berduaan dgn ayah mertua d rumah..dan saya sendiri jg tdk berasa selesa..suami memahami keadaan saya..utk pengetahuan,ayah mertua saya masih gagah & sihat tubuh bdn serta masih mampu bkerja..saya dan suami bcadang utk mcarikn rumah/bilik sewa utk mertua tgl sama spt sblm ini tetapi adik perempuan suami memarahi kami krn menganggap kami mengabaikan ayahnya..sudahnya,tjadi la ptengkaran yg sbnrnya boleh dielakkn seandainya pbincangan dlakukan..adik ipar saya sorng yg panas baran sehinggakn ibu dan suaminya sndiri takut kpdnya..hingga skrg adik ipar saya seakan memusuhi kami dan tdk mahu menegur kami..dia malah menganggap kami bukan ahli keluarganya lg..dia malah mcaci maki kami d laman sosial yg dsaksikan oleh saudara mara dan rakan..saya dan suami hanya mampu bsbr dgn sikap adik ipar..saya jg simpati dgn suami..seandainya adiknya itu tau sewaktu pceraian mertua saya blaku dlu suami la yg mjadi ketua keluarga mcari nafkah dan mjaga ibu mertua dan adik2nya yg masih kecil.. ketika itu ayah mertua hilang entah ke mn akibat pengaruh dadah..bbrp tahun yg lampau ayah mertua saya jg penah dirawat di hosp sakit jiwa krn tekanan perasaan akibat dbuang kerja govt..ini jg mnimbulkn kegusaran d hati saya ttg keselamatan saya dan anak prmpuan sekiranya suami tiada d rumah jika kami tgl bsama ayah mertua..sewaktu ayah mertua dlm tekanan dlu dia pernah mengugut utk mbunuh suami saya krn tdk mengizinkn tgl bsama ibu mertua saya walhal ketika itu mrk sdh pun bcerai..dlu ayah mertua selalu memukul ibu mertua saya dan krn masih trauma la ibu mertua tdk sanggup utk rujuk smula..memikirkn semua ini saya mjadi sgt takut dan bimbang..saya benar2 buntu memikirkn hal ini..tlg la berikan pandangan dan nasihat atas permasalahan saya ini…

    1. Assalamualaikum bunda,
      Mohon maaf kerana lambat memberikan pandangan…

      Berkenaan dengan apa yang puan ceritakan diatas, saya melihat isu ini boleh diuruskan dengan rundingan antara adik beradik suami puan, untuk menjaga ayah mertua puan.

      Benar, adalah tidak salah untuk puan merasa tidak selesa tinggal serumah dengan ayah mertua dalam keadaan yang puan ceritakan. Kerana itulah, adalah dicadangkan agar perbincangan dan sepakat antara adik beradik suami untuk bergilir menjaga ayah mertua puan, terutama dikala hanya tinggal puan seorang di rumah. Susunlah caranya dan atur dengan elok, agar tidak membebankan mana-mana pihak.

      Renungkanlah kata orang-orang tua.. seorang ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak, tetapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga ibu/bapa. Jangan jadikan kata-kata ini satu realiti dalam keluarga suami dan puan.

      Wallahualam…

  42. Salam.sy nak minta pendapat..sy & suami tinggal dirumah ibu & bapa suami..suami sy seorang pemandu teksi.setiap hari lepas suami balik dari kerja ibu dia ni akan minta duit & dia lah yg akan simpan duit suami sy.Dan bila sy nak brg pn kena minta duit Kat mak mertua sy,sebab semua duit suami mak mertua yang pegang,bila suami minta lebih sikit dia akan tanya nak buat apa.padahal duit tu suami nak beli kn kperluan sy dan ank.kdang2 mak mertau akan mrah klau sy beli baju,katanya baju sy masih byk.sy Dan suami. sering bertengkar kerana mak mertua sy.sy tidak suka mak mertua mencmpuri urusan rumh tngga Kami.mak mertua akan marah klau suami xbg duit kat dia dan x ikut ckp nya.mak mertua sy juga slalu masuk blik sy tnpa kbenaran.

    1. Assalamualaikum intan,
      Maaf kerana lambat memberikan respon yang sewajarnya.

      Apa yang puan nukilkan ini merupakan salah satu lumrah kehidupan yang perlu dilalui oleh sesetengah pasangan. Nasihat saya, berbincanglah dan aturlah perbelanjaan dengan cara baik antara suami dan puan.

      Memandangkan saya tidak begitu tahu asal usul kenapa perlu diserahkan wang kepada ibunya, saya fikir adalah lebih baik puan duduk berbincang juga mengenai perkara ini, dan samada lebih membawa kebaikan atau keburukan tentang simpanan yang dilakukan oleh ibu mertua puan. Bukan apa, dari satu sudut, ada baiknya, tetapi dari sudut lain, ada kurang enaknya.

      Wallahualam…

  43. salam,

    saya ada satu masalah yang pada mulanya saya tak anggap besar, tapi lama kelaman saya rasa makin besar.

    Saya baru 3bulan berkahwin. Dari mula proses merancang perkahwinan lagi kakak saya sudah mula masuk campur. Hantaran kami alakadar sahaja. Tiba2 kakak saya mesej dan senaraikan barangan yang patut sebagai hantaran. Saya rasa tertekan sebab bila saya tak ikut, dia akan guna bahasa kasar seperti ‘jangan harap aku akan datang majlis kau’. Saya ceritakan pada ibu bapa saya san ibu bapa saya berjanji akan berbincang dengan kakak saya. Tapi tak lama lepas tu, kakak saya mesej tunang saya dan menuduh tunang saya memilih hantaran mengikut telunjuk keluarganya. Saya menjadi bertambah tertekan kerana perbuatan kakak saya menjadikan tunang saya tak selesa.

    Kini setelah 3bulan mendirikan rumah tangga, kakak saya masih campur tangan. Pernah ketika kami berpindah ke rumah sendiri selepas sebulan tinggal di rumah ibu bapa saya, kakak saya tiba2 mesej yang bukan2 megnatakan saya lupa keluarda kerana berpindah tanpa memberitahu dan menjemputnya sedangkan ibu bapa dan adik lelaki saya tahu dan tidak berkata apa2. Kakak saya selalu berfikir bukan2 dan kemudian menyerang tanpa usul periksa. Yang menjadi masalah bila dia turut mesej2 suami saya dan menuduh suami saya bukan2.

    Perkara ini telah banyak kali saya ajukan pada ibu dan ayah saya dan mereka berjanji untuk memujuk kakak saya. Tapi bila ibu saya nasihat dia, dia ckp sy ank kesayangan ibu saya kerana dia duduk jauh dari kami. Sedangkan dia duduk dengan suami dia. Dia juga turut mengugut tidak mahu pulang ke rumah ibu bapa kami kerana ibu menyebelahi saya sedangkan ibu cume menasihati dia supaya tidak mencampuri usuran rumah tangga saya. Pernah saya balik ke rumah ibu bapa saya, mata ibu bengkak2 kerana menangis. Saya tahu ibu sayang kakak saya, tapi dia serba salah kerana apa yang dilakukan kakak saya mengganggu hubungan saya dan suami.

    Pada mulanya suami pendam sahaja perangai kakak saya. Jadi saya anggap itu perkara kecil dan akan hilang. Tapi bile semakin kerap kakak saya mesej kami, baru2 ni kerana rumah baru kami belum mempunyai katil. Suami saya mula jadi serius, tak bergurau ngan saya macam duilu. Saya mule risau. Walaupun suami tak pernah salahkan saya kerana kami pernah berbincang dan dia paham itu bukan kehendak saya, tapi saya tahu suami sy tension juga sbb dia ketua keluarga dan dia juga tak mahu saya bergaduh dengan kakak saya sendiri.

    Saya dah tak tau nk buat apa n nk mengadu kat sapa. Perangai kakak saya menjadi2. Kalau dia guna ayat sedap sikit tak pe jugak, ni gune ayt2 kasar yang kalau baca memang menyakitkan hati.

    Dah tak tau nak buat ape.

    1. Assalamualaikum Syahadah,
      Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana hampir 2 bulan, baru saya dapat memberi maklum balas. Adalah diharapkan sepanjang tempoh ini, Allah telah mempermudahkan urusan puan dan suami puan.

      Setelah membaca dan cuba memahami, apa yang saya boleh cadangkan adalah biarkan suami puan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami. Let him take charge.

      Dan saya tahu, kakak puan pasti akan bersuara lagi. Biarkanlah. Sabarlah dalam menerima segala kata yang datang daripadanya. Tugas dan keutamaan puan kini pada suami puan. Jalankanlah sebaiknya.

      Semoga Allah mempermudahkan urusan puan sekeluarga.

      Sekali lagi, saya pohon maaf atas kelewatan memberi respon.

      Wallahualam…

  44. Assalamualaikum…
    Sy ingin bertanya ttg prmasalahan rmhtangga sy hanya kerna sy menegur isteri kerna sejak akhir2 ini mertua kerap dtg ke rumah sy dgm membawa saudaranya yg lain…sy tidaklah kisah dgn kedatangan mereka…tp bila trlalu kerap sy tidak menyukai kerna pd sy sudah keterlaluan dan sy tidak senang dgn cara itu…memandangkn sy seorg mencari nafkah dan penat pulang kerja tau2 mereka dtg ke rumah…kerna hal ini sy menegur istri menyebabkn berlaku perang dingin tanpa suara slama 4 hari…isteri x mau bercakap dgn sy..sblm ni pnh sy menegur isteri ttg hal ini…slps 4 hari isteri sy mintk lpskan dia dan dia kata sy seperti derhaka pd ibunya,katanya mertua sama darjat dgn ibu kandung dan sy tau itu…mslh ini sdh diketahui mertua dan mertua mengambil isteri pulang ke kg…sy kesal dan bg sy mertua spt cuba mengganggu rmhtangga sy…penat lelah sy bekerja sndirian menyara keluarga tp ini dibalasnya…kini tinggal sy seorang dan sy terlalu rindukn anak sy yg baru 8 bulan…rindu sgt anak sy…

    1. Waalaikumussalam aqim,
      Pertama sekali, mohon ampun dan maaf atas kelewatan memberikan respon atau pandangan seperti yang mungkin saudara harapkan. Saya amat berharap dan berdoa, sepanjang saya tidak dapat memberikan respon, Allah telah mempermudahkan urusan saudara.

      Berdasarkan apa yang saudara nukilkan, saya tumpang simpati terhadap saudara.

      Secara hukumnya, keutamaan isteri saudara telah berpindah kepada saudara sebagai suami, dan tiada istilah derhaka kepada ibubapa pada isteri, kerana tugas dan tanggungjawab si bapa isteri telah berpindah kepada suami saat aqad nikah itu sah.

      Benar, jika ingin bermain hukum, saudara punya hak.

      Namun, saya menasihatkan agar gunalah cara yang lembut, yang baik, yang berhikmah dalam menangani isu ini. Jika perlu, bawalah isteri itu ke pejabat agama untuk sesi kaunseling. Dan perlu diingatkan, niat mestilah betul, untuk memperbaiki keadaan, bukan untuk menang kalah, atau siapa betul siapa salah.

      Sekali lagi, maaf atas kelewatan memberikan pandangan.

      Wallahualam

  45. Assalamualaikum…..
    hubungan saya dan mertua tak ada masalah…cuma keluarga mertua saya terlalu suka datang ke rumah saya dan suami…….boleh dikatakan sebulan 2 kali diorang akan datang menginap di rumah saya bersama adik2 ipar saya seramai 4orang…kadang2 abg ipar dan biras saya pon datang bersama anak meraka….pada awalnya memang saya tak kisah tapi jadi terlalu kerap dah macm umah saya pakej percutian 3 hari 2 malam pula…saya perlu masak dan melayan mereka dan bawa mereka bersiar2……saya isteri yang bekerja dan mempunyai anak baru masuk setahun..rumah saya dengan tmpat kerja pula jauh memandangkan suami nak tinggal dekat dengan ofis dia…setiap hari saya terpaksa keluar keja pukul6 pagi dan sampai ke rumah pkul7malam, saya drive kereta sehari 4jam ulang alik ke ofis…..itu adalah satu sebab apabila hari minggu saya nak berehat…..jika mertua tak datang, pasti mertua saya akan call untuk kami pulang ke kampung..alasannya dia rindukan anak kami…….dalam setahun boleh kira berapa kali sahaja hari minggu kami free…bila ini terjadi biras2 saya seolah cemburu dan selalu memerli saya dalam laman sosial menyatakan diorang bukan menantu kesayangan dan pelbagai lagi perkara buruk mengenai mertua dan adik2 ipar saya………..saya rasa tak selesa…mertua saya pula bila datang ke rumah pasti akan menceritakan apa2 yang tidak puas hati dengan biras2 saya yang lain kepada suami……saya memang jenis xsuka amik hal dlam hal mereka sekeluarga……saya tak tau mcm mana nak bagitau suami saya………takut dia pikir saya tak suka pada famili dia…….

    1. Waalaikumussalam liana,
      Saya boleh fahami jika ianya merunsingkan saudari.

      Beginilah.. carilah masa dan keadaan yang sesuai untuk berbincang dengan suami tentang kerunsingan saudari itu. Bincanglah dalam keadaan yang terbaik, dan berdoalah juga agar dilembutkan hati dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah. 🙂

    2. Saya simpati dgn keadaan Liana… Suami anda sanggup melihat anda drive 4jam sehari sedangkan dia sendiri hendak tgl dekat dgn tempat kerjanya? Kerja isteri mmg tk habis, balik mesti kena layan anak dan suami, kemas dan masak pula… robot pun bole breakdown…suami anda tidak nampak kesusahan anda sbb anda tidak pernah meluahkan dan dia mungkin rasa anda selesa dgn kehidupan sebegini… remember silence means consent… luahkan perasaan anda pada suami dgn serendah hati dan secara bertahap2 (slow talk)… misalnya cakap lah pasal anda dh penat drive jauh2, anak pula dh semakin active dan perlukan perhatian dan hujung minggu adalah masa utk anda berehat… mungkin bole berbual2 dgn mertua juga bertapa anda rasa penat sgt pada hari tu dan perlu rehat… pasal biras2 anda yg mulut laser tu, anda jgn amik hati sgt malahan anda patut berbangga sebab Mertua anda senang bersama anda, mereka (biras2 anda) yg sebenarnya tergugat dgn layanan mertua anda terhadap anda… mereka yg berdosa sbb mengumpat dan iri hati…. teruskan hubungan yg baik dgn keluarga mertua….

    3. salam liana..

      kalau dlm buku “men are from mars and women are from venus”, dikatekan punca hilangnya kasih syg istri kepada suami slh 1 sbb istri xletakkn limit psd suami. kite sbg org prmpuan mmg sanggup berkorban ape shj utk org yg kite syg lg2 suami kn? lpas kite pndam kalau ade ape2 yg kite rs xenak. lpastu mcm bom jangka masa la, akan meletup bile smpai waktunye. disarankn supaya kite sntiasa btrus trng dan kene pd masenye dan carenye. sy xigt sgt, tp waktu ketika kite n psgn tgh mood ok n rs2nye ade ayat tertentu cthnye mintak maaf dulu sbl bterus terang tp tegaskn awak perlu jugak terus terang. the pause n tarik nafas. bia die suspen gile2 expecting the worst then bile awk britau which die rs pkara tu kecik, die akn tarik nfs lege n mgkin lpas tu die akn decide sndr mcm mane nk buat. (klaka plak bile sy tgh menaip ni. mcm bg step by step plak. but, i hope it means a lot to readers).

      that’s all sy bole share. sbb fhmla, stiap kite senang meradang kalo itu melibatkn org kite syg (keluarga sndr) kn?

      tq 🙂

  46. salam, saya ni mempunyai masalah campurtangan ibubapa saya..masalah saya skrg tinggal bersama keluarga mentua,suami saya meminta ms dalam setahun utk sediakan sebuah rumah..tetapi ibubapa saya telah memarahi saya,kenapa tidak tinggal di rumah sewa..saya dan suami bukan tidak mahu hidup berdikari ,tetapi masalah kewangan membuatkan kami tinggal sementara di rumah mentua..tetapi ibu bapa saya mendesak suruh saya tidak tinggal di rumah mentua..saya rs sungguh tertekan kerana ibubapa saya tidak memhami keadaan saya dan suami,,saya sudah pujuk suami utk tinggal di rumah sewa, tetapi dia enggan,,saya sudah buntu..ibubapa saya anggap saya tidak mahu mendengar kata mereka..lalu saya berkata pada mereka’ mak kenapa mak mahu runtuhkan rumah tangga saya’? adakah saya ank derhaka??sepanjang saya berkahwin mereka mahu saya dan suami mngikut kehendak mereka..tolonglah bg pandangan,,saya amat tertekan..

    1. Assalamualaikum,
      Pertama sekali, mohon maaf lambat memberi maklumbalas.

      Saya amat berharap, sepanjang komen ini tidak berjawab, keadaan puan bertambah baik.

      Namun, JIKA masih diperlukan pandangan yang mungkin dapat membantu, ingin saya katakan puan tidak derhaka kepada ibubapa puan. Keutamaan puan kini kepada suami puan. Puan dibawah tanggungjawab dan tanggungannya.

      Dengan ini, harap dapat membantu merungkai samada siapa yang patut puan utamakan kini. 🙂

      Wallahualam

  47. Salam….Saya adalah seorang isteri yang sering dibelenggu masalah dan beban apabila perkara dan hal yang berlaku melibatkan ibu mertua saya.Pada awal perkahwinan saya masih belum kenal sepenuhnya hati budi mertua.Tetapi sekarang saya sudah cukup masak dengan sikapnya.disebabkan saya berasal dari negeri yang berbeza dari mertua,segala yang saya lakukan dan pilih tidak bagus.Apa yang lebih memeningkan saya,mertua saya suka bermuka-muka di hadapan anaknya dan akan membuatkan anaknya fikir bahawa saya seorang menantu yang tidak berguna dan tidak melayannya sebaik mungkin.Walhal,saya bersumpah melayannya lebih daripada layanan yang saya berikan terhadap ibu sendiri.Bukan sahaja diburukkan pada suami saya,bahkan ipar,jiran dan saudara-mara.Ahli keluarga saya juga diburuk-burukkan pada setiap orang.Dia menghina saya,ibu dan adik-beradik anak-anak yatim dan balu yang menumpang kesenangan anaknya.Apa yang dibeli oleh suami saya untuk saya dan juga hiasan-hiasan di rumah,mesti dibeli juga untuk dirinya dan rumahnya.Hinggakan apabila suami saya dan abang ipar menukar kereta baru,kereta lama mesti dihantar ke rumahnya di kampung.Segala keputusan untuk melakukan apa-apa perkara juga ditetapkan oleh mertua saya termasuklah memaksa melakukan ibadah korban dan aqiqah setiap tahun serta menetapkan tarikh untuk pulang ke rumahnya dan juga pulang beraya.Masalahnya,suami saya sentiasa akur dengan kata dan kemahuan ibunya.Kata suami saya,adalah berdosa besar sekiranya ingkar dengan ibunya dan saya tiada hak untuk mempertikaikan.Apa yang membuatkan saya bingung,walaupun saya bekerja,makan pakai suami dan anak semuanya saya uruskan ebaik mungkin.Walaupun penat bekerja,hari-hari saya akan masakkan hidangan untuk dijamah suami dan anak-anak.Saya tidak faham mengapa mertua saya tidak gembira melihat anak menantunya hidup bahagia dan saling sayang- menyayangi.Saya bimbang perkara yang pernah berlaku pada abang ipar dan biras saya akan berlaku pada saya.Disebabkan biras saya juga berasal dari negeri yang berbeza,abang ipar saya dihasut mertua sehingga menikah lain dan akhirnya bercerai dengan isteri kedua juga atas rancangan mertua saya.Walau apapun yang dilakukan mertua, saya hanya mampu menuruti, berdoa dan bersabar.Cuma apa yang saya terfikir,bagaimanakah sekiranya satu hari nanti saya sudah tidak mampu bersabar lagi.Apa yang perlu saya lakukan?Salahkah sekiranya saya menggunakan perubatan Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran agar ibu mertua saya tidak membenci saya dan suami saya tidak termakan hasutan ibunya?Bantulah saya……

    1. Assalamualaikum cikgu liza.
      Mohon maaf yang teramat sangat kerana lambat memberikan respon. Sebulan lebih lamanya.. dan saya hanya mampu berdoa sepanjang tempoh ini, tiada musibah yang melanda.

      Apa yang puan lalui amat berat. Berat kerana, secara hakikat dan syaraknya, suami puan perlu menuruti kehendak ibubapanya. Itu keutamaannya. Apa yang dikatakan oleh suami puan juga benar, iaitu berdosa besar baginya jika mengingkari perintah ibunya.

      Apa yang saya boleh cadangkan ialah, cuba berbincang elok-elok dengan suami puan. Hanya dia yang sebainya berbincang dan mencapai kata sepakat dengan ibunya.

      Jika puan sendiri ingin berhadapan dengan ibunya,pastikan, lakukan dalam keadaan terbaik, walaupun sebenarnya, saya tidak begitu galakkan.

      Ini kerana, apa yang saya fahami.. ada kemungkinan, ibu mertua puan mahukan calonnnya, bukan calon anak-anaknya. Ini berdasarkan apa yang nukilkan tentang abang ipar puan. Secara perlahan, “menyingkirkan” menantu bukan pilihan.

      Berbincanglah dengan elok dengan suami puan. Benar taatnya kpd ibubapanya.. tetapi dalam masa sama, dia juga ada tanggungjawab kpd puan. Berbincanglah secara elok-elok.

      Jika sukar juga, dapatkan nasihat dan kaunseling di pejabat agama. InsyaAllah mereka dapat membantu lebih baik daripada saya. 🙂

      Wallahualam 🙂

  48. Saya isteri kepada anak tunggal. Suami saya sangat mementingkan keluarga die. Pada awal perkahwinan, saya sukakan keluarganya, melayan dengan baik dan ikhlas. Lama kelamaan, sikap baik saya diambil kesempatan.
    Saya diperintahkan suami untuk duduk di rumah mertua. Saya taidak kisah mengikut suami kemana sahaja. Akan tetapi, apabila duduk di rumah mertua, saya tertekan. Mak mertua tidak pandai menjaga kebersihan. Saya dah jadi amah di rumah mertua. Setiap hari saya amat letih membuat kerja.
    Suami pula selalu menyebelahi ibunya. Saya tidak boleh mengadu jikalau ibunya marah saya atau memerintahkan kerja untguk saya, padahal mak saya pun tak pernak perintah2 saya.
    Saya berbincang dengan suami, tapi apa yang saya dapat, sumi ingin berpisah jikalau saya tidak boleh baik dengan ibu die. Saya diajar oleh ibu bapa saya untuk menghormati orang tua, tetapi lama kelamaan perasaan hormat saya semakin hilang.
    Ibu mertua saya seorang yang sombong dan bencikan keluarga suaminya. dalam setahun, die hanya melawat ibu ,ertuanya sekali sahaja. itupun mase raya. Apabila bercakap pasal keluarga suaminya, die marah2. cakap itu ini…dengan sombong dan berlagaknye. suami saya mengikut jejak langkahnya. seolah2 termakan dengan hasutan ibunya membenci keluarga ayh.
    sejak berkahwin selama 2 tahun, tiap2 raya hanya beraya di rumah atuk sebelah ibu. ayah pula dipaksa beraya disana. pada hari raya ketiga, atau ketujuh, baru melawat rumah mertuanya selama sejam. walaupun rumah mertua hanya 2 minit jalan kaki. saya semakin hilang rasa hormat. kadang2 saya salahkan diri sendiri kenapa berkahwin dengan suami saya.
    suami saya mengikut jejak langkahnye. sombong dengan apa yang ada.sombng dengan pakaian dan barang berjenama.padahal bukan kaya sangat pn…
    Ibu mertua saya selalu marah jikalau tak nak ikut cakapnya. untuk menteramkan hati saya, saya buat bodo je..masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. kalau tak tahan, saya masuk bilik, menangis. suami pula kurang tanggungjawab dalam memberi nafkah, kerana saya bekerja. Ibunya tahu akan hal tersebut dan tidak pernah menegur perbuatan suami saya. jikalau saya buka mulut untuk berbincang, suami akan cakap nak tinggalkan saya.
    Apa yang perlu saya buat? Saya dah tertekan bagai nak gila………

    1. Assalamualaikum sha,
      Maaf kerana sudah sebulan lebih baru saya memberikan pandangan. Adalah diharapkan, dalam tempoh masa ini, keadaan bertambah baik.

      Untuk permasalahan yang puan bagi, cuma satu yang saya boleh cadangkan – pujuk suami tinggal di luar / duduk berasingan dengan ibubapanya. Untuk memudahkan, jika puan tidak mampu, dapatkan nasihat dan kaunseling daripada pejabat agama. Bawa suami puan sekali, datang dengan niat untuk memperbaiki keadaan, bukan nak tunjuk suami salah, puan benar. 🙂

      Wallahualam

  49. salam,
    saya menantu ke3 dlm keluarga suami saya, sy mempunyai masaalah dgn suami. suami sy sgt susah nk melakukan solat, dan bnyk perkara yg melanggar syariat islam. sudah bnyk kali sy menegur termasuk hobinyer memancing sehinggakan lupa tanggungjwb kepda Allah SWT dan keluarga. dia lebihkan segalanya di dunia dr akhirat, sy telah memberitahu keluarga mertua tp mereka hnay mendiamkan dr katanya tidak mahu masuk cmapur. bukankah jika sy memerlukan bantuan dr pihak mertua untuk menasihati suami itu perlu memandangkan sy telah melakukan tanggungjwab sy. bukan sy seorg shja yg mempunyai maslah ini malah menantu yg lain juga meminta bantuan dr mertua kerana dipukul, sy juga begitu. mertua sy bukan calang2 org nyer. kedua mertua adalah bekas pengetua sekolah dan pegawai PPD. Kadang 2 sy terpikir bgaiman agaknya mereka mendidik anak2 mereka sehingga tidak ada rasa tanggungjwb dan tiada belas kasihan.

  50. apa ke hukum melawan kata emak mentua atas sebab saya mempunyai anak seorang dan baru berusia 7bulan, anak saya ni lahir dalam tdk cukup bulan . jadi , emak mentua saye ni jenis yang percaya cakap orang-2 sekeliling tentang penyembuhan penyakit anak saye ni . iaitu gahak anak saye tak hilang-2. lalu ibu mentua hendak meminunkan ubat tradisional sehingga bertentang pendapat saya sebagai ibu yang melahirkan anak sye. ibu mentua ni suka bt keputusan tanpe memberitahu sy , sehingga terpaksa saya melawan dia kerana saya tak nak anak saya terjadi apa-2 . dan ibu mentua mengata saya bukan2 kat saudara suami saya..?

    1. Di sini anda kena bertegas dgn ibu mertua sbb anak yg kecil tidak bole diberi ubat sembarangan… minta suami utk membantu menerangkan pada ibunya hal berkaitan dgn kesihatan… jika suami tidak dpt lakukan, maka bawak ibu mertua bersama bila berjumpa doktor agar doktor dpt terangkan sama ada ubat traditional tersebut selamat atau tidak utk bayi anda…

  51. Persoalan saya,salahkah saya mengadu msalh rumahtangga pada ibu bapa saya…dan ibu bapa saya cuma mampu mmberi nasihat dan tidak prnah msuk cmpur?dan ibu mertua saya memarahi saya kerana mengadu mslh rumhtangga kpd ibu bapa saya?

  52. salam..saya ingin tahu adakah suami juga bertanggungjawab terhadap keluarga kakaknya yg sudah berkahwin dan hidup jauh lebih senang dr suami …adakah anak kak ipar boleh sewenang-wenang menegur isteri bapa saudaranya…saya tahu tanggungjawab suami walaupun sudah berkahwin ibu bapanya masih tanggungjawabnya..keutamaan harus pd ibu bapanya bagi seorang suami..tetapi adakah tanggungjawab suami sama terhadap keluarganya seperti mana tanggungjawab suami pd ibu dan bapanya..sehingga suami lebih utamakn adik beradiknya daripada isteri dan anak2 serta ibu bapa suaminya sendiri sehingga ibu mertua saya sendiri terasa dengan sikap suami yg lebih utamakn kakak ipar saya daripada ibu mertua saya..

    1. assalamualaikum,
      pertama sekali, mohon maaf tidak membalas komen dengan lebih awal. Ya, saya approve komen awal, tetapi tiada masa yang betul-betul saya boleh baca dengan tenang, dan memberi respon seadanya, semampunya.

      berkenaan dengan persoalan anda, secara asasnya, tidak. Ini kerana kakak si suami itu telahpun berkahwin, dan menjadi tanggungjawab utama suami kakak itu, bukan ibubapa, apatah lagi adik beradik (yang mungkin ambil alih tanggungjawab setelah bapa telah meninggal dunia atau hilang).

      namun, saya mungkin dalam kefahaman yang suami itu tidak sanggup tak bantu kakaknya.. cuma, janganlah sampai tanggungjawab sendiri terabai..

      wallahualam…

  53. salam..saya ingin meminta pendapat,
    saya sudah setahun berkahwin.dan saya membawa ibu mertua saya tinggal bersama saya.setiap minggu saya sering membawa ibu mertua dan adik ipar perempuan saya keluar bejalan jalan.namun sebagai suami, saya juga ingin privacy untuk keluar berjalan bersama anak isteri saya tanpa membawa keluarga isteri saya.namun apabila saya melakukan hal yang sedemikian dia mula menghantar mesej yang bukan-bukan pada saya.sampaikan dia katakan saya ini lupa diri.sedangkan saya sudah berikan yang terbaik untuk dia.lebih dari yang saya lakukan pada ibu bapa saya sendiri yang sepatutnya menjadi tanggungjawab saya.setiap urusannya saya yang selesaikan walaupun dia punya anak lelaki sendiri.kemana saya pergi mesti dia nak ikut.sedangkan baru semalam saya baru bawa dia keluar berjalan-jalan.di rumah pula dia sering bergaduh dengan adik ipar saya sehingga jiran-jiran dengar pergaduhan mereka.kadang-kadang saya rasa rumah saya sendiri tidak aman untuk saya diami.tapi dia dan dia juga suka mengungkit.sampaikan dia sanggup berkata ikutkan hati dia tak izinkan anak perempuannya berkahwin.dia langsung tak hormat saya sebagai menantu.,sampaikan saya nak balik ke kampung halaman saya pun dia nak ikut.

    1. Assalamualaikum,
      Setelah membaca apa yang dinukilkan, nampaknya niat baik saudara untuk membawa ibu mertua tinggal bersama tidak membawa keadaan yang diharapkan.

      Pandangan saya, sebenarnya agak berat, memandangkan kepada keadaan, silap gaya akan dianggap seperti menghalaunya keluar dari rumah saudara.

      Cuba saudara bawa berbincang dengan ipar duai secara berasingan tanpa melibatkan ibu mertua. Berbincang secara elok bagaimana hendak diuruskan perkara ini. Sebaiknya, berbincanglah di luar dan dengan niat untuk memperbaiki keadaan.

      Wallahualam..

  54. Assalamualaikum, saya ingin meminta pendapat….ibu mertua saya suka bercerita tentang keburukan anak menantu kepada saudara mara sedangkan cerita itu tidak benar dan membuatkan saya menanggung malu dan apakah hukumnya?? hal ini telah membuatkan saya berkecil hati dan cuba mengelakkan diri dari berdepan dengan ibu mertua tetapi saya tidak menghalang suami untuk menjalankan tanggugjawap dia ke atas ibu dan bapanya… yang paling menyakitkan bila apa sahaja yang dilakukan oleh saya tetap tidak di senang di mata mertua sedangkan saya dah cuba sehabis mungkin mengambil hati mertua malah ada sahaja cacat celanya….keadaan ini membuatkan emosi saya terganggu dan berasa sedih akan apa yang terjadi…saya besyukur kerana mempunyai suami yang cukup memahami dan bertanggunjawap….apa yang harus saya lakukan kerana di dalam setiap doa saya tidak putus2 mendoakan mertua saya semoga berubah…sedih di hati saya sehingga ke hari ini harap dapat membantu…

    1. waalaikumussalam nana,
      Jika ikut hukum bercerita tentang keburukan anak menantu kepada saudara mara, memanglah tidak elok dan berdosa.. tetapi janganlah diambil hati sangat tentang itu. Saya pernah terbaca, perkara seperti itu terkadang berlaku tanpa sedar dan tanpa niat.. terkadang ada yang lebih sekadar nak dijadikan topik (biarpun sepatutnya tidak berlaku).

      Beginilah, jangan henti berusaha dan berdoa. Mungkin, puan cuba jangan mengelak daripada bertemu atau bertembung dengan ibu mertua. Mungkin kata-kata buruknya itu satu caranya untuk dia ingin berdepan dengan puan. Sabar, usaha dan terus berdoa agar dilembutkan hati dan dipermudahkan urusan. 🙂

  55. Assalamualaikum..sy hanya nak tanya pendapat dan hukum ibu mertua saya yang selalu mencampuri rumahtangga kami suami isteri..tuk pengetahuan encik saya ni menantu sulung perempuan..pada awal perkahwinan hubungan dgn ibu mertua dgn saya mmg rapat walaupon dari permulaan perkahwinan ada masalah dgn adik ipar yg suka mengata dan memfitnah saya..selepas 2 tahun berkahwin dan masih x dapat memberikan cucu,,hubungan kami semakin hambar..sebenarnya saya sgt sayangkan ibu mertua sbb dia baik pd permulaannya..tp skrg dia dah berubah sedikit demi sedikit..bila balik rumah sebelah suami saya dilayan acuh x acuh..kesihatan sy x dipedulikan semasa ketiadaan suami..sampaikan selalu saja menyindir,memperli saya berkenaan tentang kehamilan..tentang fizikal dan duit ringgit saya..dan lagi satu ibu mertua selalu saja mementingkan kebajikan anak2 kandungnya saja..menantu2 ni buat ape pon x kena..dia suka mengata belakang dgn anak perempuan nya yg lain..tapi bila depan menantu perempuan buat2 manis..tp hakikatnya dia x suka..satu lagi kes adik ipar lelaki sy ada dtg tggl dgn kami,,dari awal lg saya x suka dia duk bersama..lgpon x manis sbb dia lelaki..dan saya x berapa selesa,,lagipon sy dibesarkan dlm keluarga yg membataskan pergaulan saya dgn lelaki..sedangkan abg dan adik2 lelaki saya pon x dibenarkan bw kawan2 kedalam rumah..saya dijaga begitu disiplin oleh keluarga..saya x bebas dlm rumah sendiri..dan hubungan saya dgn suami pon jd x berseri dgn kehadirannya..dan kami suami isteri selalu bergaduh kerana masalah adiknya..tp disebabkan adik dan dgn maknya suami mengalah..dan bnyk perbuatan ‘dia’ dlm rumah saya tak berkenan,,suka bw masuk kawan lelaki,,kadang2 bawa tidor dlm rumah dan macam2 lagi…dan segala keperluan kami yg tanggung..makan minum,minyak kereta.minyak motor,cuci baju,sewa rumah,semua dibuat untuknya secara percuma..dan bukanlah saya nak berkira,,sbb kami pon x berpendapatan tinggi nak sara semua..tp apa yg saya dapat,, ibu mertua sy hanya asyik nampak kesalahan saya..sedangkan saya banyak spendtime saya dgn keluarga mertua..saya jd semakin x suka nak balik sebelah suami..skrg genap 5 tahun saya kawen dan saya masih menyimpan apa y pernah keluarga suami buat pd saya..mendera mental dan psikologi saya..sehinggakan bila sy balik rumah ibu bapa saya pon diorang nak ambil tahu..setiap kali raya mesti dia akan kacau masa saya dan suami dgn family saya,,dia akan telefon suami suh balik rumah dia..sampaikan ibu bapa saya berkecil hati..tp ibu bapa saya tetap bersabar dan bnyk menasihati saya agar ikut saja ape yg suami dan mertua nak..sampai mcm tu skali pengorbanan ibu bapa saya.sedangkan setahun hanya 2 kali saja balik rumah ibu bapa saya..itupon bila time perayaan saja..tp dlm setahun hampir setiap bulan saya dgn suami balik kerumah mertua..ibu bapa saya selalu rindukan saya..sebab saya seorang anak perempuan tunggal mereka..selama 5 tahun saya bersabar dgn tohmahan keluarga mertua..baru2 ni timbul masalah baru..dan saya rasa tak boleh bersabar lagi..saya mmg tertekan sehingga ke hari ini..harap dapat membantu.. 😦

    1. Assalamualaikum puan,
      Setelah membaca apa yang puan nukilkan, saya kagumi kesabaran & ketabahan puan selama ini tika menghadapi masalah.

      Dari apa yang puan nukilkan, saya berpendapat, mertua puan begitu mengharapkan cucu. Mungkin sebab itulah layanannya menjadi sebegitu rupa.

      Berbincanglah bersama suami, usahakan apa yang perlu. Tekanan harapan untuk dapatkan anak juga boleh mengganggu. Bincang dan usaha bersama suami. Doa dan tawakal kepada Allah.

      Saya doakan urusan puan dipermudahkan.. insyaAllah

  56. Assalamualaikum wbt…
    Tersentuh saya membaca semua entry yang berkisarkan adap kita dengan ibu bapa dan suami.Alhamdulilah.
    Di sini saya mempunyai soalan yang berkait dengan topic ini.Saya sebagai anak serta adik kepada permasalahan yang berlaku kepada ibu,Kakak dan abg ipar saya.Sebelum berlaku berselisihan faham antara ibu dan abg ipar saya, ibu saya telah menegur akak saya supaya beritahu hak-hak dia kepada abg ipar saya.Abg ipar saya tiada kerja baru diberhentikan tanpa pengetahuan keluarga. Kakak saya seorang guru. Ibu saya sangat menyayangi kakak saya.Takut anak dia susah.
    Soalan saya adakah salah sekiranya seorg ibu menegur menantunya yang tidak memberi nafkah dan tidak menjaga anak-anak kepada Kakak saya walhal akak saya tidak menegur pun suaminya,katanya biar ALLAH yang balas dosa-dosanya.
    Sekarang abg ipar saya meninggikan suara,marah-marah ibu saya dan keluar dari rumah setelah ibu saya menegurnya.Pada waktu yang sama kakak saya telah marah ibu saya dan membuatkan ibu saya berkecil hati.
    Untuk mengetahuan keluarga abg ipar adalah jiran kami.Sebagai seorang anak apakah hukum kita mengecilkan hati ibu kita?Apakah tindakan yang wajar kita buat?Bagaimanakah perlu saya sebagai adik menasihati akak dan ibu supaya mereka tidak berkecil hati.
    Sekian,terima kasih.

    1. Waalaikumussalam,
      Pertama sekali, terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan tazkirah ini (begitu juga kepada yang lain.. memandangkan artikel ini sudah agak lama tersiar, masih ada yang membaca dan komen disini. Terima kasih)

      Berkenaan dengan apa yang saudari nukilkan, saya mengandaikan permasalahan ini adalah disebabkan tekanan abang ipar yang sudah tidak bekerja. Ya, dari satu sudut, memang kita tahu menengking ibubapa adalah satu kesalahan dan jika ibubapa kita tersentuh, memang berdosa.

      Namun, saya mengambil dari sudut si abang ipar saudari itu. Saya fikir, kerana tekanan yang dialaminyalah, dia tahu dia ketika ini tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya. Mungkin, dengan cara teguran atau perkataan yang salah, akan menyebabkan tekanan itu memuncak, dan menyebabkan dia bersikap sedemikian rupa.

      Apa yang saudari boleh lakukan adalah, cuba bantu selesaikan masalah pekerjaan abang ipar itu dahulu. Bantu secara terus, atau tidak, bergantung kepada saudari, yang mana, mungkin saudari boleh bercakap secara baik dengan kakak, adakah cara “direct” atau “indirect” yang lebih sesuai. Ini kerana, ada ketika, ego memainkan peranan. Dia mungkin nak, tetapi ego menghalang diri untuk meminta.

      Bincang dan selesaikan masalah pekerjaan. InsyaAllah, apabila yang itu selesai, saya fikir, perlahan-lahan, hubungan akan kembali jernih… saya doakan urusan dipermudahkan, insyaAllah 🙂

      1. Terima kasih kerana sudi membantu saya, mengenai kerja InsyaAllah saya akan cuba usahakan semampu saya.
        Cuma keadaan sekarang, ibu bapa saya sudah melabelkan abang ipar seorang anak yang kurang ajar dan macam tiada harapan untuk berbaik semula. Situasi kakak saya pula, menyalahkan ibu saya 100% sekiranya terjadi apa-apa.
        Kalau ikutkan ibu saya tidak sedih sangat bila teringat apa yang abang ipar saya sudah buat tapi perbuatan kakak saya yang menyebabkan ibu saya terasa dan menangis. Saya tak mampu nak berbuat apa-apa.
        Tolong saya…:(

  57. Assalamualaikum.. Saya telah berkahwin selama 8 tahun. Dan mempunyai anak 3 org. Masalah saya ialah ibu saya seorang pengidap penyakit meroyan. Saya dan keluarga terpaksa tinggal sebumbung dangan ibu saya. Masalahnya Kami sering juga di maki hamun dengan perkara2 yg tidak masuk akal, Mangsanya ialah isteri saya. Bukan kami tidak mahu berpindah dan tinggal berasingan, tetapi memandangkan ayah yg kurang sihat, disampinng peyakit ibu tersebut, kami terpaksa berkorban untuk semua ini kerana saudara mara yang lain telah lama pinggirkan kan ibu kerana penyakit tersebut. Soalan saya adakah saya berdosa ke atas keluarga saya kerana tidak menyediakan tempat selesa untuk keluarga dan di sini saya ingin minta pendapat untuk selesaikan masalah tersebut. untuk makluman juga, adik dan abang saya tinggal berasingan dari kami. Dalam beberapa hal, kami sekeluarga, termask anak2, terpaksa berbohong dalam beberapa perkara yang tidak disukai ibu supaya perkara yang tidak diingini berlaku. adakah saya melakukan dosa atau kesalahan. mohon bantuan…

    1. Waalaikumussalam Kamal,
      Saya tumpang simpati atas apa yang saudara sekeluarga lalui, dan saya cuba fahami betapa susahnya untuk saudara laluinya.

      Tentang soalan saudara, saya beranggapan saudara cuba menyediakan setakat mana yang mampu. Maafkan kalau saya tersilap, saya belum terjumpa lagi mana-mana petikan yang kata rumah/tempat tinggal kena sekian sekian keadaannya. Namun, saya doakan saudara dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dari sekadrang, insyaAllah.

      Untuk soalan yang seterusnya, saya kurang pasti akan perkara yang bagaimana dibohongi itu yang melibatkan perkara yang tidak disukai ibu.. namun, jika ada kaitan dengan penyakit ibu, seeloknya janganlah yang memudaratkan si ibu (jika perkara itu tidak mendatangkan dosa.. tapi kalau dah perbuatan itu mendatangkan dosa, tipu ibu yang tak sakit pun dah memang dosa 🙂 ).

      Wallahualam.. 🙂

      1. Terima kasih kerana memberi pengharapan kepada saya. Memang betul kata tuan/puan. Saya sudah sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk keluarga. Sudah membeli dua buah rumah untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa seperti org lain.(last2 sewa saja) Tetapi semuanya gagal kerana ibu sering telefon bapa sakit. Saya bergegas balik. Tetapi bapa tiada apa pun. Sihat ketika itu. Ibu sering membuat2 cerita. Aduh!!! pening Allah saja yg tahu. Yang paling terasa ibu sering mengatakan adik dan abang saya yang jarang menjenguk mereka jauh lebih baik dari kami. Tidak pula dimaki hamun. Asyik2 yang kena adalah kami anak beranak. Bila abang dan adik sakit, dikatakan kami lah puncanya mereka jadi begitu. Tapi tulah, Allah beri kekuatan yang sangat hebat kepada kami untuk bertahan semua tu. Saya, isteri dan anak2 sgt bahagia ketika ini. Boleh melancong, hidup bermewah2 macam orang lain. Sering naik pangkat dalam perkerjaan dalam usia muda. Dan mempunyai mertua ( Keluarga isteri ) yang sangat baik dan memahami situasi kami. Bila kami dimaki hamun, kami pun balik lah rumah mertua saya. Keadan pun menjadi ok, seperti tiada apa yg berlaku. Itulah kuasa Allah. Dan langkah yang seterusnya yg saya buat, saya membina sebuah lagi rumah asing di hadapan rumah yang kami tinggal sekarang. (Yang ni Ibu redha dan dia suka). Tanah di beri oleh Ibu sendiri. Tapi saya cuma rasa bersalah terhadap keluarga kerana mengheret mereka dalam permasalahan ini. Sebelum berkahwin saya dah maklumkan kpada isteri berkenaan penyakit ibu. Tapi isteri kata x pa. Ok saja. Maksud membohongi ibu tu, begini. Ibu bermusuh dengan Arwah nenek, dan makcik yg tinggal dengan nenek. Ibu tak suka saya ke rumah mereka (mungkin masalah dulu2, saya pun tak tau), padahal mereka lah yang mengasuh anak saya sampai sekarang. dah 8 tahun. Padahal sekampung ja. Hahaha. Bila ibu ty siapa yg mgasuh, kami dan anak2 cakap, org lain yg menhgasuh. Begitlah ceritanya. Kami terpaksa kerana ini permintaan dari bapa saya. dia x harap nk bagi org lain mengasuh. , Bukan niat nak bukak aib sendiri, tapi dengan nama Allah yang maha berkuasa, inilah yg berlaku kepada saya. harap2 tuan/puan boleh la beri pandangan kepada saya untuk kuat kan semngat saya supaya lebih kuat demi menempuh dugaan ini. Sekian.

  58. Assalamualikum…
    Saya seorang isteri dgn 3 org anak.sy ingin pndangan pihak tuan dari segi islam tentang masalah saya..suami saya akan pencen dari tugas sebagai anggota polis dlm 2 tahun lagi..ibu mertua dan adik baradik suami,berpakat nak suruh suami balik ke kmpg,tinggal dan beli rumah di kampung mereka..suami serahkan bulat2 urusan belian tanah,pelan rumah semua kepada adiknya..suami dan adik2 ipar seakan mengenepikan saya..suami sorok2 tentang perihal tanah dan plan mereka untuk buat rumah..sedangkan saya rsa sy sebagai istri 15 thn berkahwn punya hak untuk tahu semua tu..suami kata dia buat rumah tu ikut kemampuan klau saya x nak duduk pun xpe..tp yg sy x fhm,kami masih belum ada rumah lagi..sekarang tinggal menyewa..kami skarang tinggal di kedah.kerana suami bertugas di kedah..keluarga suami di johor.kalau da buat rumah,sy x tgl di situ,apa maksudnya?
    saya kecil hati dgn tindakan suami yg melebihkan keluarganya hingga perancangan masa depan langsung dia tidak berbincang dgn saya..
    Hubungan saya dgn keluarga mertua ok2 je..sy pernah tinggal berdekatan dgn mertua.dia ok la,tp bila da dekat dgnnya,dia suka kontrol ank menantu..sukahati ubah2 perabut dlm rumah saya,suami kena lebihkan dia,sampai saya nak beli barang harga rm20 pun takut2..nak kena offer dia lebih dari tu.yg sy sedih,dia suka pilih kasih diantara cucu2 nya.ank2 saya dia x suka,slu di aibkan depan org lain,seperti kurus kering,gigi buruk,muka kampung,sedangkan cucu2 kesayangannya semua comel n terbaik.
    masalahnya suami akan jadi lain bila dekat dgn keluarganya..kesian ank2 saya…suami x pernah peduli pasal keluarga saya.tapi mahu saya buat yg terbaik kepada keluarga nya..saya hormat mertua lbh dr ibu sdri tp saya selalu menangis dalam hati…bolehkah kalau saya dapatkan kaunseling keluarga di pejabat agama? saya sgt tertekan..

  59. asalamualaikum, saya ada masalah dengan mertua sya, saya sering di marahi oleh ibu mertua( emak isteri saya). saya sebagai suami tak boleh membuat keputusan dalam semua perkara, dengan kata lain mesti mendapat persetujuan daripada mertua saya. mertua saya juga suka mengatur kehidupan kami suami isteri, saya juga pernah dimarahi di depan mak kandung saya ketika mak saya datang ke rumah mertua saya, hati saya sangat sedih, saya tak pernah membantah dan menjawab ketika saya dimarahi, mak mertua saya seorang yang pemarah, dia akan marah jika ada yang tak kena, termasuklah dalam soal saya mendidik anak saya. hati saya sangat sedih, apa yang perlu saya lakukan, saya takut tindakan saya mengguris perasaan mertua

    1. Waalaikumussalam,
      Pertama sekali, maaf kerana lambat memberi maklum balas. Saya sejak kebelakangan ini jarang membuka blog. Maafkan saya jika saudara masih menunggu.

      Tentang apa yang saudara nukilkan, saya teringat apa yang satu artikel dimana mencadangkan dalam keadaan saudara, elok jika duduk berasingan dengan mertua atau ibubapa sendiri dan pada permulaan, kurangkan melawat mereka. Jumlah lawatan akan kemudiannya ditingkatkan dari semasa ke semasa.

      Rasional yang saya faham, dengan duduk secara berasingan, akan memberi ruang kepada saudara dan isteri membentuk keluarga saudara dengan kurangnya campurtangan. Lawatan itu perlu sebagai tanda saudara BUKAN untuk putus saudara.

      Mungkin saudara boleh cuba cara ini… saya doakan agar situasi saudara dipermudahkan, insyaAllah 🙂

  60. Assalamualaikum..thanx for sharing ttg tazkirah ini.sy nak tnya..sy mrupakan seorg cucu,blum bkahwin lg..sy rse sedih sbb kdg2 tu opah sy belah mak mcm cmpur tgn hal fmly sy..sy tkejut bile opah bgtahu yg opah dan tok jarang dtg rumah kmi sbb knonnya abah sy tak tlg adik beradik ibu sy yg lain..abah sy rsa sedih bile opah ckp sperti itu,padahal abah sy cuba mmbntu sebaik mgkin belah ibu sy.ada yg bhutang msih tak byr lg tp ibubapa sy xpernah cerita pd opah dan tok hal ini..sbb ikhlas nk mmbntu..ibubapa sy juga slalu bntu opah dan tok sy,antranya bg duit setiap bln kat tok opah sudh mnjdi tggungjwb pd ibubapa sy dan memg ibubapa sy rse itu kwjipan mereka.opah marahkn sbb knonnya abah slalu bntu adik beradik belah abah sy.padahal abah sy bntu adik beradiknya yg btul2 susah,kluarga arwah pksu sy.arwah pksu sy tak boleh bkeje sbb mslh ksihatan sakit kanser usus dan mksu pule hanye keje sbg cleaner..anak mreka pula ada 4org.jd abah sy cube mmbntu sbaik mgkin,lgpun mse tu anak mereka tgh bersekolah,yg slung pule bljr di mesir.jd mereka sgt mmrlukan bntuan pd mse tu.pd mse skrg Alhmdulillah,seorg anak mereka sudh bekerja dan kahwin.sejak anak mereka bekerja,mereka tak mahu minta bntuan abah sy lg..tp abah sy bntu sikit jika ada mslh wang yg rumit..tp lps tu,tak ada sudah mereka mnta bntuan.sebenarnye kes opah sy ni,kononnya kami tak bntu kluarga makngah sy.padahal makngah dan pakngah dah bekeja.makngah keje d syarikat swasta jepun n pakngah pule di airport.makngah mmng sudh lme keje d syarikat tu,bukannye sbg cleaner.tp sy rse pling rndh pun sbg kerani.pakngah sy bkeje sbg yg bahgian penumpg bwk brg2..mereka ada 3anak,yg sulung tgh ambil diploma di poli,anak ke2 lps spm dan yg bongsu f3..mereka ade 2 kereta sblm ni,kncil dan wira tp wira sudh takde.sy xpasti sbmb nye ape..opah slalu kata mereka susah tp sy rase mereka bukanlah golongan yg susah kerana msing2 sudh bkeje..mgkin makngah slalu bcerita pd opah knonnya mereka susah..bukanlah nak berkira,bile tiap kali kmi pegi ke rumah makngah,psti abah saje yg blnje kluar duit makan di luar..pakngah pule buat tak tahu je bile tiap kali byr..adik sy bru bli motor baru,dan ade motor yg lame..rupenye opah sy dh ade niat dlm hati nk suruh moto lame tu bg pd pakngah..abah sy bukan taknak bg,sbbnye moto lame adik sy tu memg bmasalah,memg prlukan duit mse akn dtg utk repair.abah sy taknak nnti ungkit kate abah beri moto yg rosak pd pakngah..sbb sy tgk mereka agak berkira ttg duit dan asyik mahu free sj..sy kasihan pd abah sy,byk dugaan yg die lalui.entahlah..minte pndgn dan pendapat ttg mslh ini..kdg2 tu sy rse tringin sngt nak ckp sndiri pd opah dan tok ape yg sy rse dan kmi tak pernah citer ksusahan pd opah dan tok sbb taknak mereka sush hati.sy msih terkilan akan sikap pah dan tok..

    1. Waalaikumussalam anis,
      Maaf lambat memberikan maklumbalas.

      Hmm.. saya mungkin tak dapat memahami 100% apa yang saudari anis rasakan dan fikirkan, tetapi, apa yang saya boleh faham adalah kemahuan dan kehendak anis sebagai anak dan cucu agar hubungan opah dan abah bertambah baik.

      Sebenarnya, untuk kali ini, sukar untuk saya berikan pandangan. Bukan apa, berdasarkan apa yang saudari sampaikan, saya boleh faham apa yang opah dan abah saudari fikirkan. Kedua-duanya dalam fikiran yang baik, cuma mungkin mesej atau niat itu tidak difahami.

      Pada pandangan saya, jikapun perlu ada perantara, biarlah yang baik dan faham keduanya.. doalah kepada Allah agar keadaan bertambah baik. 🙂

      Wallahualam…

  61. Assalamualaikum wbt..saya dah hidup bersama ibubapa suami saya selama 15 tahun.Saya akui mertua saya baik kerana anak2 saya terjaga semasa saya bekerja namun ada masa hati saya tersentuh kerana ada masa saya tidak setuju dengan pendapat mereka saya akan bangkang dan mereka tidak suka sampai bapa mertua saya ada maki-maki.
    Disebabkan terasa dengan cara mereka saya berasa adalah lebih baik saya keluar dari rumah ibubapa mertua tetapi suami saya tidak mahu keluar dan salah satu sebab pendapatan kurang. Sebab itu juga selama 15 tahun saya perlu bersabar dan saya perlu mengikut rentak mereka sahaja…

  62. bagaimana tentang berpindah ,tetapi si lelaki kasihankan ibunya dan ingin jugak menetap bersama tanpa memikirkan kehendak isteri yg mahu hidup berdikari dan mahu keselesaan bersama ?? sekiranya si isteri berkeras untuk tidak bersama mentua adakah itu dikira menyuruh suaminya derhaka terhadap ibu sendiri ?tolong beri penjelasan hal ini berlaku kepada kakak saya .

    1. Assalamualaikum Jannah,
      Saya fikir anda maklum yang keutamaan suami adalah pada ibunya sebelum isterinya. NAMUN, saya juga faham akan sudut mahu hidup berdikari tanpa ibubapa kedua pihak tinggal bersama.

      Antara dua ini, berbincanglah secara elok dengan suami, bagaimana hendak menguruskan perkara ini. Ibu itu perlu dijaga, mungkin giliran anak-anak menjaga itu boleh menjadi salah satu caranya.

      Wallahualam..

  63. Salam, delema yg sy hadapi sekarang adalah ibu mertua sy yg suka mencari kesilapan sy, tidak menghargai sy sebagai menantu yg sulung suka becerita tentang anak-anak nya depan sy bukan sekali tapi berkali-kali seolah olah sy tiada apa-apa kelebihan di mata nya dan bila suami jatuh sakit sy yg uruskan suami dengan cara sy menjaga mkn minum dgn baik tapi mertua sy seolah tidak menghargai pengorbanan sy itu dan asik mencari kelebihan dia menguruskan anak dia dan sering becerita tentang anak-anak dia seolah-olah sy tidak ujud dan tidak memahami apa yg sy rasa sebagai menantu dan seorang isteri…bila sy berdiam diri di katanya sy tidak pedulikan dia tapi bila sy cuba bercakap pula di mulut ibu mertua sy tidak henti2 memuji kebaikan anak-anak nya sedangkan sy ini menantu dia…kadang2 sedih dgn cara ibu mertua sy melayan sy kerana dia seolah tidak nampak keujudan sy di mata dia sedangkan sy cuba mengambil hati mertua sy dan melayan dia sebaik mungkin….bila di fikirkan tekanan sungguh tetapi sy redah…

  64. Tidak tertanggung beban yang saya alami.. Diharap encik menerima jika saya ingin mendapatkan khidmat kaunseling

  65. assalamualaikum.
    Saya ada masalah dengan isteri saya.ini berpunca dari mertua saya yg kerap kali masuk campur urusan rumahtangga kami ketika saya tinggal menumpang dirumah mertua.disebabkan hal itu saya keluar dari rumah mertua untuk mencari rumah sewa.tetapi isteri saya tidak mahu tinggal bersama saya.ini masuk yg ke-3bulan kami tidak berjumpa isteri dan anak saya yang masih kecil.ini menyulitkan untuk saya mberi nafkah kepada anak kerana saya tidak lg mahu memijak rumah mertua saya.mereka benci kepada saya.

    Ini mungkin disebabkan hasutan dari keluarga isteri saya.mereka suka kami bercerai.saya tak mahu bercerai sebab bila cerai hak penjagaan anak diberi pada isteri saya.saya mahu mlihat anak saya hari2 memandangkan dia anak tunggal saja.kadang2 sampai menitiskan air mata bila terkenang anak.saya sudah paksa untuk tinggal bersama saya tetapi isteri saya tidak mahu mengikut cakap.
    Soalan saya, boleh kah saya menuntut hak penjagaan anak?

    Berdosakah isteri saya tidak mahu mengikut cakap?

  66. assalamualikum….saya ingin bertanya apa hukum kalau ibubapa mertua masuk campur hal rumah tangga anaknya??saya bagikan beberapa contoh laa…dalam adat berkhawin pasti akan ada selisah paham….begitu jugak dalam kehidupan saya…isteri saya kalau ada apa-apa masalah,dia mesti ceritakan pada ibunya,bukannya ingin selesai masalah dengan cara berdepan dengan saya…maklum laa..saya tinggal di rumah mertua saya kerna rumahnya terlalu besar……lagi sati contoh,baru2 ni saya baru mendapat kerja yang gajinya agak lumayan..itupun disebabkan bapak mertua saya…saya baru kerja sebulan….pendekkan cerita…saya ingin menukar kenderaan saya kepada yang lain memandangkan ia sudah rosak…lalu mertua saya melarang and menasihat agar lupakan hajat saya buat sememntara waktu sedang saya inginkannya untuk kegunaan kerja saya jugak..apakah wajar tindakan mertua saya??

    1. Waalaikumussalam,
      Hmm.. seeloknya mertua/ibubapa saya tak galakkan campur tangan..

      Dalam situasi saudara.. apa yang saya lihat lebih kepada anda telah “dikawal” dari awal..

      Apa yang saya boleh cadangkan, cuba hidup berdikari, tanpa bantuan.. maaf kerana apa yang saya lihat, bantuan itu bagai ada rantainya sekali…Namun, saya mungkin salah juga…

      Pertimbangkan secara elok dan berbincanglah dengan isteri anda elok-elok. Saya doakan agar saudara tak perlu “korbankan bantuan” yang telah diberikan, dan hidup rumahtangga saudara lebih bahagia hendaknya

      Wallahualam…

  67. assalamualaikum.
    Apa hukum adik suami memberi susu badannya untuk anak lelaki saya. saya selaku ibu tidak setuju atas perbuatan itu dan tindakan ini menyebabkan saya dicaci dihalau keluar dari rumahnya. Apa hukum Ibu yang memaksa anaknya tinggalkan isteri atas sebab menantu tidak benarkan adiknya menyusui anak yg baru lahir?

  68. Setelah membaca kebanyakan comment2 di atas, saya mula terfikir, alangkah malangnya nasib seorang ibu yang hanya mempunyai anak2 perempuan. Sekiranya kesemua anak2nya berkahwin dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan suami yang menggunakan kuasa dan haknya keatas si isteri dalam erti kata lain mengawal kehidupan isteri apakah yang akan berlaku kepada si ibu anak2 perempuan tersebut? Setelah si ibu bertungkus lumus membesarkan dan memberi pendidikan terbaik buat anak, anak2 tidak dapat berbakti kepada ibu bapanya kerana halangan si suami yang mahukan semua harta dan wang gaji isteri hanya dibelanjakan untuk suami dan anak2 sahaja. Apakah hukumnya apabila anak yang lain mula berasa takut untuk berkahwin kerana takut berjodoh dengan suami yang sebegitu. Dan bolehkan si isteri memohon cerai sekiranya suami langsung tidak mahu mendengar nasihat isteri dan tetap dengan pendiriannya yang mahu mengawal kehidupan isteri.

  69. As salam On Da Street,

    Saya ingin bertanya ….

    Apakah hukum ibu mertua memaksa anak lelaki dan isteri untuk tidur di rumah keluarga mertua sedangkan keluarga mertua ini tidak menyediakan bilik tidur untuk pasangan ini? Bilik yang disediakan adalah bilik adik-adik dan adik-adik ini akan memasuki bilik mereka untuk mandi dan membersihkan diri. Sedangkan ada lagi satu bilik tambahan untuk pembantu rumah yang berpakaian tidak menutup aurat, yang bekerja pada hujung minggu sahaja.

    Kami mempunyai rumah berjarak 40 minit daripada rumah mertua, kami bercadang untuk tidur di sana setiap kali kami pulang ke kampung halaman, tetapi mertua tidak setuju.

    Adakah suami derhaka kepada ibunya itu sekiranya suami ini dan isterinya tidak tidur di rumah mereka kerana ketidakselesaan itu?

    Saya mohon pendapat, terima kasih.

    Sekian.

  70. salam saya ada soalan.mak sy dan kakak2 sy telah banyak masuk campur tangan hal rumah tangga saya termasuklah pekerjaan suami saya sehingga kakak sy menyiasat di tmpt kerja suami sy..memandangkan suami sy ingin mecari duit lebih untuk menyara hidup kami sekeluarga..perkara ini menyebabkan pergaduhan yg besar sehingga mak dan sy sanggup melafaskan benci pd suami sy.perkara sebegini sering terjadi kerana ad batu api dalam keluarga sy,sy dan suami mmbuat keputusan untuk berpindah rumah dan ap pendapat yg terbaik untuk selesaikan masalah ini sehingga tentang makan minum dan peti ais rumah sy dibuka untuk siasat..sy stress dgn keadaan ini..mak sy terlalu masuk campur hal rumah tangga sy seperti sy tk berkahwin.

  71. As salam, ingin saya ajukan soalan…adik kepada suami sy lebih tua dari sy dalam 4th adakah dia kene memanggil sy kakak kerana sy lg muda dari dia…? masalahnya sekarang adik ipar sy pula yg meminta sy memanggil dia kakak atas alasan dia lebih tua dari sy sedangkan sy berkahwin dengan abg sulung dia…saya berasa sedih dengan tindakannya yg tidak pernah menghormati suami dan saya.jika kita berjumpa dgn saudara mara dan sy berasa malu utk memanggil dia kakak sedangkan dia adik ipar sy…jika sy memanggil dia dgn nama sahaja muka dia terus berubah dan tak nak menegur sy…

  72. ASSALAMUALAIKUM………pening juga kepala nak uruskan rumah tangga ni…apatah lagi mertua tinggal sekali. sampai sekarang ni pon saya masih dalam kategori gagal dalam mengurus rumahtangga sendiri. sehingga kini tak tau nak buat cam mana.
    begini….mertua lelaki dan ppuan tinggal sekali sejak anak saya yg pertama lahir.sekang ni dah 11 tahun dok sekali. saya pon tak tau yg dia nak dok sekali. pejam cilik dah 11 tahun dok sekali. bahkan rumah saya sekang ni pon dah macam rumah dia sendiri. anak2 saya pon dah macam anak dia juga la. makan minum, basuh baju, bole dikatakan semua benda dalam rumah tangga saya ni dia la yang buat
    dari anak dia yang isteri saya. Maknanya apa yang saya inginkan dalam kehidupan saya tak dapat saya lakukan dalam perjalanan rumah tangga saya.
    saya tak sebulu ngan mertua saya sebab pada saya dia mengganggu saangat sangat apa yang saya inginkan dalam mengurus rumahtangga saya. bila saya bagitau macam tak der perasaan aje pada dia…kepala saya ni bengang sangat dah….
    Saya mmg tak gemor mertua tinggal sekali….tapi tak tau nak gtau macam mana dah…

  73. sy dan suami tidak mempunyai masalah sbelom ini..dr sejak mula kami menetap bersama adik sy dah adik ipar saya(lelaki kedua2 dan sebaya).tetapi sy selalu makan hati dgn sikap adik ipar yg lgsg tidak membantu dlm memjaga kebersihan rumah.sy berkerja.adik ipar sy berkerja tetapi selalu ponteng dan slalu tidak cukup duit..setiap bulan akan meminta wang pd suami.malah dia selalu bersikap kurang ajar thadap suami sy..sehingga satu hari adik ipar kurang ajar terhadap sy..sy hilang sabar dan meminta dia keluar dr rumah kami.apabila dia pulang ke kg.dia telah bercerita perihal ini kpd ibu mentua sy.dan skarang hubungan sy dan ibu mentua menjadi keruh.malah sy terasa hati dgn sikap ibu mentua yg menyokong adik ipar dan mngatakn sy tidak mempunyai hak utk menghalau adik ipar kluar dr rumah kerana sy hanya la IPAR dlm keluarga mereka..dan kerana hal ini hubungan kami suami isteri jugak turut terjejas kerana suami turut menyokong apa yg di katakan ibu mentua.
    apa yg patut sy lakukan sekarang..sy bingung sgt..

  74. Assalamu’alaikum…
    Saye nak tanye,
    ibu sy tak suka suami saye, suami ajak pindah t4 tnggal, sdg ibu hanye seurang diri, mn harus sy ikut suami atau ibu?
    Jike sy tggl brsm ibu sy mesti ribot selalu sm suami….
    Sdg suami sy urg sabar

  75. salam sahabat2..saya mempunyai masalah keluarga sejak azali lagi..bapa tiri saya mempunyai tabiat yg sukar dikikis iaitu berjudi nombor ekor…sukar untuk saya katakan soal ibu saya tapi saya harus kerana saya buntu dan kerana buntu itu,saya tak tahu apa status saya samada anak derhaka @ tidak..tambahan lagi ianya menjadi dilema pada diri saya..ibu saya suka menceritakan keburukan orang lain..pada jiran2 @ ssiapa sahaja wlaupun dia tidak mengenali orang tu..lebih menyedihkan sanggup menjaja keburukan anak sendiri..untuk pengetahuan,perkahwinan saya adalah kali kedua..kali pertama perkawinan saya gagal atas dasar sdikit sebanyak daripada sifat mereka..mereka sering mengugut meminta wang sebanyak 6k-7k dlm satu2 masa..dan jika saya gagal berikan,mereka menyatakan sy bukan anaknya lagi serta mengharamkan susu badan..atas hilang kesabaran pasangan saya,kami gagal dlm perkahwinan yg dah terjalin selama 7 tahun dan dikurniakan 2 cahaya mata..perkahwinan kali ke-2 sy pertahankan..sekali lagi berlaku bila saya serumah dengan mereka..serba serbi tingkah laku saya dan pasangan segalanya tak kena..bangun tido lewat (pukul 9 pagi) pn tak disenangi..tido awal pukul 10mlm dikatakn rumah seperti hotel..sehinggakan pasangan saya takut utk keluar bilik..depan mata saya ditengking seperti isteri sy sama macam orang gaji..lipat baju,memasak dan segala hal kerja rumah,kami uruskan..keperluan pbelanjaan dapur kami usahakn sebab tanggungjwb saya..sehingga pada 1 hari bila isteri saya mengandung,ibu saya tak boleh terima..sumpah demi Allah ianya perkara benar dan menyedihkan saya..alasannya ia bakal menyusahkan untuk ditanggung..sedangkan pbelanjaan harian adalah dari saya..bermula dari itu segala kerja berat bila saya tiada di rumah,dia memaksa isteri saya angkat..selepas tu dia pernah memberi ubat pil untuk isteri saya makan (bukan ubat hospital) dan melarang isteri saya makan ubat dr hospital..tetapi isteri saya hanya ambil dan simpan..sehinggalah pada 1 hari dia meminta barang kemas pusaka keluarga dr isteri sy utk digadaikan..tetapi atas kesedaran itu,sy trus menegur..dan dia ambil tindakan menghalau saya suami isteri keluar dari rumah..sy akur keesokannya tanpa dia ada dirumah dan bpindah di hostel tempat saya kerja sehingga sekarang..utk pengetahuan,kami suami isteri ada pniagaan tsendiri dan premis kami selang sebuah dari premis ibu sy..dendam yg dia buat,bukan hanya setakat itu..dia menjaja pada orang keliling yg sama meniaga disitu menyatakan bahawa isteri saya adalah seorang pelacur dan anak dalam kandungan,bukan darah saya..hampir pengsan diri saya bila salah seorg kenalan dan saksi kejadian menceritakan perihal itu..isteri saya tidak dapat menahan kemarahan dan menceritakan pada org ramai apa keburukan perangai mereka (yg lazimnya ramai orang disitu tahu sifat org tua saya) dan mempertahankan anak dalam kandungan adalah darah daging saya..berang dengan sikap menjawab isteri saya,bapa tiri saya mengambil tindakan mahu memukul dia sehinggakn isteri saya terpaksa kung diri dlm keadaan trauma di dlm premis dan perkara ini telah dilaporkan kepada polis..psoalannya,adakah saya dianggap derhaka melakukan perkara sedemikian?apakah langkah seterusnya yg perlu saya ambil sehinggakan adik beradik yg lain pula campur tangan dan cuba mengugut saya?

    *segala apa yg berlaku benar2 membuatkan emosi saya terganggu..saya hampir mngambil jalan singkat untuk menyakiti diri saya..tapi mengenangkn isteri serta anak,saya membatalkn niat..

  76. Salam, sya nga suami tiada masalah. Suami anak sulung dr 3 adik beradik lelaki. Slama bkawin 5 thn punya 2 org anak smua cucur jambul buat umah mertua wpun berpantang dirumah ibubapa. Jarak dr umah mertua dgn ibubapa mkn msa 45minit. Suami mmg jga hati mertua. Kalu blik kg mwsti singgah dulu umah mertua termasuk hari raya. Ibubapa sya merasa hati msti tgk cucu hari ptg rya 2. Bapa mertua ambik keta bln byrn tinggi dlu x dgr nasihat anak mintak anak keta byrn kecil lgpun hanya dia nga mak mertua je guna. Bila x keja bapa mertua minta suami byr sparuh. Mertua kalu apa2 pasal duit, adik- bdradik mintak antar barang ke dr kg msti suami yg kna bt. Padahal adik2 nya bole dtg ambik sediri. Tp arahn mertua. Mertua suka bt makan2 panggil sdara2 tp x pnah pelawa sya sdangkn sya yg tlg. Kalu mkn tak ckup sanggup simpan bg anak sdara. Satulh suka puji msakannya. Bagi sya biasa2 je tp dia mmg suka masak. Bagaimana saya nak buang sikap x puas hati nga mertua?

  77. salam . sy nk tny pendapat , sy masih muda dan sudah berkahwin secara gantung berwalikan ayah saya sendiri . saya ingin melanjutkan pelajaran tetapi suami tidak mengizikan . ibu dan ayah sy mahu sy sambung belajar untuk menentukan masa depan yang cerah. sy buntu untuk memikirkanya. kadang2 memikirkan nasib parents yg nk tgk anak2 berjaya dan kadang2 memikirkan suami yg tidak membenarkan sy belajar malah, menyuruh sy untuk membantunya dalam perniagaan. suami sy keras kepala dan menyebabkan sy takut untuk meneruskan hasrat . sy ingin memberi wang hasil titik peluh sy sendiri kpd parents nti berjaya kelak . sometimes, terfikir untuk berpisah dengan suami supaya sy dpt smbng blajar . suami sy tidak disukai family sy oleh kerana perangainya . dulu masa akad nikah , family sy tidak menunjukkan perasaan benci kpd suami . berdosakah sy tidak mendengar arahan suami ? walhal , dalam nikah gantung masih dibawah jagaan ayah .

  78. assalam…sy nk tny..kalau suami da xbkerja n xmampu bagi nafkah lagi.. wajib tak keluarga mertua bantu menantu n cucu dy…t.kasih..

  79. saya dalam dilema yg sama tetapi tidak mahu menyalahkan pihak mereka walaupun hati telah berbaur. Seorg ibu kepada ank lelaki yg telah berkahwin seharusnya menjadi pendidik kepada kukuhnya rumahtangga anak lelakinya tanpa dibebankan dgn kehendak mereka sendiri semata memikirkan akulah ibu… aku dahulu sebelum kamu. aku keutamaan, aku melahirkan kamu. begitu juga bapa mertua yang mengapi2kan dgn menyebelahi hujah seorg isteri yang menengking2 membela ank lelakinya… sementara aku hanya duduk terdiam terkedu. suami? selalu doa dia dikurniakan perasaan sayang dan bertanggungjawab yang kuat untuk sedar.. dia telah berkahwin, jadi matanglah dalam setiap situasi. Bukan menderhakai org tua pun kalau menyebelahi perkara atau tindakan dan kata2 yg salah dr mulut org tuanya walaupun byk perkara baik telah mereka lakukan… ia bukanlah sesuatu utk diungkit sbg tanda berterima kasih kpd mereka. sikap EGO manusia yg menebal menyebabkan semua perkara ini.

  80. Saya berkahwin dgn bangsa lain tapi beragama Islam. Mungkin adat berbeda, saya sukar bergaul mesra dengan ibu mertua. Semasa pantang, dia menyuruh saya ke dapur mengangkat gulai periuk dan kerja lain. Tapi depan suami dia cakap saya yang kurang ajar. Saya tidak selesa bila dia di rumah kerana dia akan tidur lewat di ruang tamu. Kemudian suka membawa cerita buruk tentang orang lain. Dia puasa dan zikir tapi tidak solat sepenuhnya. Saya juga tidak selesa dia masuk ke bilik tidur dan duduk di dalam semasa saya nak tidur.Adakah saya berdosa kerana tidak mahu tinggal bersama mertua? Saya rasa bila tinggal bersama banyak perselisihan dan suami pula yang kerja sehingga lewat malam tiada bersama daya di rumah. Tekanan untuk ibu yang bekerja dicampur tekanan hidup dengan mertua….

  81. saya adalah isteri yg masih mempunyai ibubapa yg sgt tua dan uzur..saya kerap kali dtg kerumah ibubapa saya dgn izin suami..tapi semenjak kebelakangan ini suami mula berubah dan dia tidak mengizinkan saya selalu dtg kerumah ibubapa selain itu suami mula bersikap cemburu jika saya memberi layanan kpd ibubapa saya..sdgkan saya mmg ingin berbakti kpd keduaibubapa saya selagi masih hidup…soalan…adakah saya perlu mengikut kata suami dan adakah status saya dikira sebg anak durhaka kerna tidak mempedulikan mereka…harap membantu

  82. Bila baca ni.. saya bersyukur saya ada suami yang lagi suka family dia duduk jauh hehehe… faham tak maksud nya tak tinggal bersama emak sendiri atau emak mertua… maknanya tinggal dekat rumah sendiri… jadi apa jadi dalam rumah tangga kami .. dua dua tak perlu masuk campur… cuma kami hanya melawat lah keluarga emak dan keluarga suami… tak nak duduk lama lama cukup lah sekadar 2-3 hari tidur sebab yang saya tahu saya ada rumah sendiri.. tak nak duduk rumah lain heee..

  83. Assalamualaikum..,,
    Saya ingin tahu apakah hukum jika si bapa membuat pinjaman bank atas nama ank lelaki dan membiarkn si anak tadi terpaksa menangung hutang terbabit tanpa pesetujuan menantu, sehingga si ank lelaki gagal memberi nafkah kepada anak dan isteri malah setiap bulan si anak lelaki itu terpaksa meminjam wang isteri dan rakan2 untuk pebelanjaan keluarga..

  84. Assalamualaikum…

    Disini sy ingin mendapatkan idea atau pendapat dri ODS ttg permasalahan saya..
    Usia perkahwinan sy baru setahun…dan saya telah dikurniakan seorang chaya mata. Saya ingin bertanyakan..apakah hukumnya jika isteri keluar rumah bersama anak tanpa pengetahuan suami..sebelum dia keluar rumah…ada pertelingkahan diantara suami dan isteri…dan juga MERTUA..dalam pertelingkahan tersebut…suami ada menyatakan KALAU KAU NK BERAMBUS..BERAMBUS tetapi tinggalkan anak ..MERTUA pula menyokong kata2 anaknya..lalu berkata KALAU KAU NK BERAMBUS..BERAMBUS..ttp tinggalkan anak…lalu si isteri bertanya…kalau saya tingglkan anak…nti bagi apa…sbb anak masih menyusu badan…MERTUA sanggup nk bagi susu formula..selepas beberapa jam kemudian..si suami keluar rumah ada urusan..dalam masa yang sama…tinggal lah isteri dan MERTUA di dalam rumah…tetiba si isteri keluar rumah bersama anaknya..tanpa pengetahuan sesiapa…MERTUA cuba menelefon besannya untuk bertanyakan ttg menantu nya yang x balik2 lagi bersama cucunya…kerana dia nk amik kereta menantunya untuk pulang ke kampung..

    Soalan saya di sini…
    1. patut kah si isteri keluar rumah kalau keadaan macam ni
    2. buat pengetahuan, si suami x der kereta, dan mengharpakan kereta isteri…adakah si isteri ni pengtingkan diri sendir?
    3. si isteri x boleh bersuara langsung..kalau melibatkan isu ibunya..dan hanya dia sahaja yang betul.
    4. ibu bapa isteri sudah menghubungi dan minta untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah..namun si suami dan mertua x nak jumpa…dan menyatakan MENANTU HANTU kepada si isteri.

  85. Saya nak tanya . Kalau ibu mertua dengan menantu bergaduh atau terguris hati . Menantu atau anak kandung yang perlu pujuk ibu mertua ?

  86. Saya nk bertanya.. Abg dan kak ipar sy dh bercerai.. Bekas kak ipar bwk ank2 duduk dgn mak nya.. Masalah skrg nie, abg sy xboleh nk bwk ank2 duduk dgn nya time cuti skolah, dtg rumah pn jmpe dekat pintu je xboleh msuk.. Bekas mak mertua abg sy tak bagi, ape hak dy ye nak halang.. Mak saya nk jmpe cucu pn tak bagi. .ank2 abg saya lelaki dan perempuan.. Kesian mak sy, 7 tahun duduk sama dgn cucu nya.. Skrg nk jmpa bwk balik pn xboleh.. Bru2nk ni kami g sna nk ambik ank saudra saya.. Tapi kena halau je.. Yaa Allah kejam sngt.. Ape perlu kami buat.. Kesian abg sy.. Mentang2 lah kami org sush.. 😭😭😭

  87. Saya nak share saya menantu perempuan saya dalam satu situsi dimana bapa mertua saya mengganggap saya orang luar dan x boleh masuk campur dalam urusan keluarga suami itu yg bapa mertua saya maklum pada suami tetapi jika bapa mertua ada masalah dia akan cari saya mertua bukan anak2 beliau saya terasa saya ni seperti pembantu bukan menantu saya sedih apa yg perlu saya lakukan saya sekarang tetekan sebingga mengganggu emosi saya

Leave a reply to barry on Cancel reply