Isu Sedekah Wang Judi: Saya “Kagum” Dengan PAS dan Harakahdaily


Itulah yang saya rasa apabila membaca Harakahdaily hari ini, dimana portal ini mengambil ulasan Ustaz Zaharuddin tentang hukum menerima wang sumber tidak jelas. Manakan tidak, isu sedekah wang hasil lumba kuda ini menjadi hangat sejak didedahkan secara terbuka. Bermula daripada menidakkan sumbernya sehinggalah terpampang hasil pendedahan yang menjadikan kecoh di Pulau Pinang. Lim Guang Eng dipertikai dan sedikit sebanyak hasil tindakan pemimpin DAP itu memberi kesan kepada PAS dan ahlinya.

Manakan tidak, selama ini PAS dan Pakatan Rakyat selalu mempertikaikan sumber kewangan dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Kini, tiba pula giliran mereka untuk merasa hasil paku buah keras yang dilakukan oleh kawanan Pakatan Rakyat sendiri.

Berdasarkan artikel Ustaz Zaharuddin yang dipetik, ini kesimpulannya:

KESIMPULAN

* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Dan ini juga bermakna tiadalah salahnya juga untuk penduduk Pulau Pinang yang memulangkan derma itu kerana mereka tidak suka dan yakin akan pemberian yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Dengan tersiar artikel ini juga, saya mengharapkan tiada lagi pertikaian daripada PAS terutamanya untuk mempertikai sumber pendapatan dan pengagihan sumbangan daripada mana-mana pentadbiran kerajaan lain selain PAS, termasuklah yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Cuma, masih ada sedikit kemusykilan yang masih bersarang di fikiran.. entahlah… hati ini tidak tenang dengan artikel ini dan cara PAS dan Harakahdaily pantas mencari asbab dan alasan untuk melindungi perkara yang selama ini dilaungkan kesalahannya apabila dilakukan oleh Barisan Nasional.

Mungkin kerana antaranya disebakan selama saya tinggal di Shah Alam sebelum ini, PAS selalu mempertikaikan kilang arak yang dibuka dan sumbernya kepada kerajaan Selangor yang ketika itu ditadbir oleh Barisan Nasional, tetapi apabila tampuk pemerintahan bertukar tangan, kilang itu masih berdiri megah, dan saya pasti cukai masih dikutip.

Oleh itu, apa jatuh hukum kepada mereka (umat Islam) yang mempertikaikan halalnya sumber itu, dan kemudian bila mereka mempunyai sumber itu, mereka senyap seribu bahasa?

Perasaan dijalanan: Ada yang mungkin makin keliru… dulu kata tak boleh, sekarang kata boleh.. yang mana satu?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s