My Malaysia: Rukunegara Tiada Lagi Nilai?


Tersentak seketika apabila membacakan apa yang tertulis di laman BERNAMA. Laporan BERNAMA yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

Rukun Negara Akan Diperjelas Untuk Lebih Difahami – Rais

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara akan terus diperjelas dan diperincikan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memahami intipatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata pada masa ini, prinsip Rukun Negara yang mempunyai pautan dengan gagasan 1Malaysia hanya didengari tanpa difahami.

Beliau berkata, bagi meningkatkan pemahaman di kalangan masyarakat, pihaknya akan memulakan kempen penjelasan intipati Rukun Negara menerusi pelbagai projek dan program kementerian itu mulai bulan depan.

“Kita akan mengadakan kempen yang lebih meluas dan berkesan untuk semua lapisan masyarakat bersekali dengan 1Malaysia supaya semua pihak memahami isian Rukun Negara yang dirasakan satu-satunya falsafah kenegaraan yang kekal, tetapi tidak mendapat tempat seperti yang diasaskan awalnya pada tahun 1970.

“Kementerian merasakan bahawa pembawaan dan amalan Rukun Negara harus dijadikan elemen yang nyata dan difahami terus-menerus oleh semua lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementerian tersebut di sini Isnin.

Rais berkata antara program dan projek yang dikenalpasti untuk diberikan penjelasan ialah menerusi pembudayaan muzik, pementasan, pelajaran dan pendidikan, program Komuniti Bestari dan ceramah oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah kementeriannya.

“Bagi pelajar sekolah, kita kini merangka pelbagai program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran termasuk mengadakan kuiz berkaitan Rukun Negara dan 1Malaysia.

“Di semua projek kerajaan pula, harus kita paparkan Rukun Negara itu sebagai satu piagam yang jelas supaya dapat mereka (masyarakat) lihat.

“Inilah harapan kita dan kita yakin kempen berterusan ini akan melahirkan semangat kekitaan yang lebih jelas dan mantap,” katanya.

Rais berkata masyarakat yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun adalah golongan yang kurang dapat menghayati prinsip Rukun Negara.

“Jadi kita kena cerita semula apa asasnya Rukun Negara itu. Apa ertinya Kepercayaan Kepada Tuhan (prinsip pertama) sehinggalah ke tatasusilaan (Kesopanan dan Kesusilaan), agar setiap baris yang lima itu difahami dari segi sebenar dalam konteks agama, kaum, jabatan dan bidang masing-masing,” katanya.

Dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut, beliau berkata Rukun Negara adalah satu pautan yang kuat untuk menyokong dan memantapkan lagi gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata bersama-sama dengan 1Malaysia, pihaknya akan memasukkan elemen Rukun Negara dalam semua projek dan program kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, Rais turut menyeru supaya poster yang kekal berkaitan Rukun Negara dan 1Malaysia diadakan.

“Pejabat kita di negeri dan daerah mesti paparkan ini semua (poster Rukun Negara dan 1Malaysia),” katanya.

Rukun Negara bukan sesuatu yang baru. Ianya sudah bertahun lamanya sebelum wujudnya gagasan 1Malaysia. Bukan menidakkan usaha kerajaan kini, tetapi pada saya agak melampau untuk seorang rakyat Malaysia tidak memahami apa yang tertulis dan terkandung dalam Rukun Negara.

Benar ada kemungkinan yang mereka yang berumur antara 20 tahun hingga ke 40 tahun mengalami masalah untuk memahami Rukun Negara, tetapi apakah itu alasan yang munasabah? Bagaimana dengan mereka yang kurang daripada 20 tahun? Apakah perlu diadakan kempen khas untuk memahami Rukun Negara yang dinukilkan setiap 10 tahun bagi golongan umur 20 ke 40 tahun untuk memahami Rukun Negara yang tertulis dalam bahasa kebangsaan yang dipelajari selama 11 tahun dibangku sekolah? Apakah 11 tahun tidak cukup untuk memahami 5 prinsip yang tertulis?

Apakah tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan “Kepercayaan Kepada Tuhan”? Apakah rakyat Malaysia itu tidak mempunyai Tuhan yang disembah? Islam, Kristian, Budhha, malah pengikut Ayah Pin sekalipun wujud dan percaya akan Tuhan (melainkan mereka itu Ateis… tetapi apakah majoriti rakyat Malaysia Ateis?).

“Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” amat jelas tidak memihak mana-mana ideologi politik atau pemahaman yang berat sebelah. Siapa Raja dan Negara yang dimaksudkan? Raja dihati? Raja SMS? Raja Gopal? Negara mana? Hanya hati yang buta dan gelap sahaja yang tidak dapat menangkap “Raja” dan “Negara” yang dimaksudkan.

Mana-mana parti politik yang telah, sedang dan akan mentadbir negara pastinya menggunakan Perlembagaan yang telah dan akan digubal. Tanpa “Keluhuran Perlembagaan”, kerajaan yang dipimpin parti politik mana sekalipun akan menghadapi masalah dalam menguruskan negara. Manakan tidak, Perlembagaan negara tidak lagi dihormati dan apa jua usaha kerajaan ketika itu ditidakkan dengan mudah.

Keadaan tersebut akan membawa kepada kehilangan “Kedaulatan Undang-undang” kerana tiada lagi hormat atas undang-undang yang digubal berdasarkan Perlembagaan (apatah lagi undang-undang Negara tanpa perlembagaan). Apakah begitu sukar untuk memahami dan membayangkan Negara tanpa kedaulatan undang-undang?

Dan prinsip kelima – “Kesopanan dan Kesusilaan” pun sukar difahami? Bahasa apa yang kamu pakai sehingga tidak faham apa itu sopan dan tatasusila? Jangankan orang Barat, orang di China dan India pun ada tatacara dan kesopanan mereka sendiri, mengikut adab dan tatacara negara masing-masing.

Mungkin nukilan kali ini agak kasar pada sesetengah, tetapi adalah tidak wajar untuk tidak memahami sesuatu yang mudah. Apatah lagi dengan kemerdekaan yang sudah menganjak 53 tahun, golongan umur 20 hingga 40 tahun tiada alasan untuk tidak memahami apa yang ternukil dalam Bahasa Malaysia yang dipelajari 11 tahun lamanya. Apatah lagi dengan bangga mengatakan “AKU ANAK BANGSA MALAYSIA!!!”, “Aku dilahirkan di Malaysia” dan “Aku juga ada hak kerana aku rakyat Malaysia”!!!

Ataupun mereka yang tidak faham itu bengap otaknya, buta mata dan hatinya dan berajakan kepentingan diri sendiri semata?

Buat malu sahaja…

Soalan dijalanan: Apa lagi agaknya yang ramai tidak faham kini sampaikan perlu ada kempen khas untuk memahami sesuatu yang mudah?

5 thoughts on “My Malaysia: Rukunegara Tiada Lagi Nilai?

  1. Jadikan ianya satu subjek wajib di TADIKA, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH dan INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.

    Jenis tak ingat sejarah memang patut diingatkan berulang-ulang kali.

  2. Kempen bagi lampu signal kereta apabila INGIN (bukan setelah atau sedang) membelok atau menukar lane.
    Kempen jangan isap rokok dalam ofis yg berhawa dingin.
    Kempen bawak lane kiri kalau kereta perlahan.
    Kempen senyum ketika layan customer.

    Apparently, orang Malaysia perlukan kempen2 kesedaran setiap masa.

  3. Salam ODS,

    Sudah terang lagi bersuluh… Nampak sangat ada orang nak cari duit buat projek kesedaran…. BANYAK TUH… macam kempen 1Msia. Rais kena beritahu juga syarikat mana yang dapat projek dan budjet berapa juta diperuntukkan.

    Benda Rukunegara ni kena diterapkan dari kecil, zaman sekolah, secara perlahan2 bukannya disogok kedalam otak begitu saja. Setakat tahu tapi tak menjiwai tak guna. Cara terbaik menyemai semangat perpaduan dan cintakan negara adalah melalui Satu Sekolah, jadi adalah lebih afdal dan bermanafaat peruntukkan sebegitu banyak dihanguskan dalam bentuk kempen kesedaran kearah Satu Sistem Sekolah.

    Banyak pula duit kerajaan nak dibelanjakan dalam bentuk kempen sebegitu ?? Kata hari tu takde duit, makanya dikaji semula subsidi, belanja bonus kakitangan awam masa raya dah dekat sama ngan penjimatan yang dapat. Ke nak kaji semula subsidi ?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s