Apalah Erti Merdeka Jika Politik Malaysia Macam…


Inilah yang boleh saya simpulkan dalam pada kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-53. Berat, tetapi itulah yang sedang berlaku. Senario ketidak tentuan politik menjadi elemen utama dalam menggambarkan keadaan negara. Biarpun keadaan ekonomi negara dikatakan semakin pulih, ianya belum cukup menggambarkan kita berada dalam keadaan yang cukup stabil dan aman. Apalah ertinya GDP / KDNK meningkat jika kemerdekaan itu tidak diisi dengan kemakmuran dan keamanan? Apalah ertinya jika kita inginkan berpendapatan tinggi, tetapi hidup tidak aman?

Bukan saya menidakkan perlunya kemajuan dan peningkatan dari segi ekonomi, tetapi kestabilan politik juga perlu ada dalam menjamin kehidupan rakyat Malaysia yang lebih berkualiti. Retorik politik terlalu asyik ditonjolkan oleh “pemain-pemain” politik kita sehinggakan sebarang usaha yang baik, yang ke arah kebaikan tiada nilai dan tidak dapat mencapai maksud yang sebenar.

Islam UMNO vs Islam PAS

Sebagai contoh, isu adakah Malaysia sebuah negara Islam masih lagi mencari pertikaian (antara UMNO dan PAS terutamanya). Usaha memartabatkan Islam itu ada, tetapi dalam UMNO masih terbelenggu dengan imej kekorupan yang nyata tidak dianjurkan Islam. Manakala PAS pula terkadang mengambil apa yang membawa faedah hanya kepada kepentingan politik, tetapi menolak yang tidak walaupun ianya nyata baik dan dianjurkan oleh Islam. Perselisihan dan perbezaan pendapat antara dua parti yang Islam ahlinya kini membawa kepada perpecahan ummah.

Apa yang menyedihkan, sedar atau tidak, perpecahan ummah juga membawa kepada perpecahan bumiputera kerana perlu diakui, Islam di Malaysia bergantung kepada kemampuan bumiputera menerajui kepimpinan. PAS, yang walaupun menolak perjuangan memartabatkan bangsa perlu mengakui yang untuk memartabatkan Islam, muslimin yang rata-rata berbangsakan bumiputera diperlukan. Jika PAS telus dan tidak menghadkan kepada saf kepimpinan hanya kepada bumiputera, pastinya sudah ada watak yang bukan bumiputera dalam majlis kepimpinannya.

Manakala UMNO, walaupun sudah, sedang dan akan terus dikatakan memartabatkan Islam, lagak sesetengah pemimpin dan ahlinya belum cukup menggambarkan mereka juga memperjuangkan Islam. Jika imej rasuah, korup dan salah guna kuasa masih menjadi gambaran, sebarang usaha murni tidak mungkin dipercayai, malah akan diragui. Apatah lagi terdapat salah langkah dalam percaturan politik, termasuk cuba menghalang PAS menggunakan masjid untuk majlis politik, tetapi ada kala tersasul UMNO sendiri yang cuba mengadakan majlis sedemikian rupa.

UMNO dan MCA atau UMNO vs MCA?

Itulah gambaran hubungan UMNO dan MCA sejak berakhirnya PRU12. Hubungan itu seakan kurang “mesra” kerana UMNO dan MCA terpalit dengan masalah dalaman dek rasuah dan kekorupan yang membawa kepada desakan isu-isu lama seperti kuota bumiputera dan pembangunan ekonomi bersama. UMNO dilihat cuba meraih sokongan kaum Cina kerana MCA dilihat tidak mampu mendapatkan undi apabila diperlukan, yang menyebabkan PERKASA bangkit. MCA pula, demi meraih sokongan mula memainkan isu yang mereka seharusnya mereka fahami dan saling membantu memperbaiki keadaan dengan penjelasan yang baik.

Dengan isu terbaru mempersoalkan kuota 30%, MCA lupa untuk turut sama mempersoalkan peratusan kemiskinan yang lebih tinggi dialami bumiputera. UMNO pula dalam cuba mempertahankan 30%, ada pemimpin mereka yang gagal menterjemahkan dalam bentuk tindakan kerana hanya dilihat mengkayakan suku sakat sendiri.

DAP vs PAS.. PKR Diam Seribu Bahasa..

Ini pula gambaran perhubungan dalam Pakatan. DAP kuat dengan memperjuangkan “hak asasi Malaysian Malaysia”nya, manakala PAS mahukan negara Islam. PAS memuji sesetengah pemimpin DAP sehingga mengangkat mereka lebih memahami Islam daripada UMNO. Tidak mengapa jika ianya benar, tetapi sejak kebelakangan ini, nyata DAP hanya bersandiwara, dan PAS masih berdrama tidak mengakuinya.

PAS sanggup mempertahankan apajua salah laku rakan Pakatannya, selagi ianya tidak sebulu dengan Barisan dan UMNO. Insiden-insiden yang seharusnya menggambarkan “amal makruf, nahil mungkar” dilaksanakan tidak dinyatakan, malah dipertahankan pula. Malah menuduh ianya komplot Barisan dan UMNO. Aduhai, jika terang-terang salah laku itu antara ahli Pakatan dengan ahli Pakatan, mana pula datangnya Barisan?

Sehingga akhirnya, secara jelas, sungguhpun PAS mengatakan DAP sedang memahami Islam, pemimpin DAP secara jelas menyatakan mereka menolak idea negara Islam. Apakah Lim Guang Eng yang diangkat tinggi kerana hanya menyebut mahu menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh tidak mampu meyakinkan bapanya dan sahabat bapanya untuk menerima idea negara Islam? Jika benar faham, pastinya tiada halangan. Nah, sokong membawa rebah.

PKR? Diam seribu bahasa. Manakan tidak, saf kepimpinannya juga terbelenggu dengan masalah-masalah sendiri. Apalagi seorang pemimpinnya masih mahu bertangguh kes perbicaraannya. Walhal, si isteri mengatakan beliau ada mesyuarat, si anak mengatakan beliau ada bersama keluarga. Bukan susah jika mahu menyangkal dakwaan kerana anak dan isteri ada bersama mesyuarat. Jika benar dirimu, jangan lari daripada perbicaraan. Jika tidak, PKR tidak boleh kehadapan kerana biarpun Pakatan menang, rakan Pakatan pastinya tidak mahu mereka dipimpin oleh mereka yang asyik berdalih (apalagi peguammu rakan Pakatan yang tahu rahsiamu).

Orang Tua Gaduh Bagai Budak, Generasi Muda…????

Jika dahulu, isu kebejatan sosial dan remaja menjadi kerisauan, tetapi kini, golongan yang sepatutnya memimpin pun haru biru. Apa sudah jadi wahai YB-YB? Lebih “budak-budak” daripada remaja dan budak-budak..

Dengan contoh-contoh keadaan yang telah disebutkan diatas, boleh dirungkaikan dari perspektif golongan remaja yang yang golongan dewasa masih bergelut bagai budak-budak. Malahan menjelakkan mereka untuk mengambil tahu apa yang berlaku dan akan berlaku. Jelas, ramai yang tidak berdaftar atau tidak keluar mengundi apabila diperlukan kerana aksi-aksi politik Barisan dan Pakatan. Tidak perlulah Barisan dan Pakatan garu kepala cuba memikirkan kenapa golongan muda malas mahu mengundi. Cerminkanlah diri.

Cerminkanlah diri juga apabila cuba mempertikaikan sejarah. Sudahlah golongan remaja hanya membaca sejarah untuk lulus peperiksaan, mereka disogok pula dengan kisah-kisah yang entah dari mana datangnya, termasuk cuba menjulang Chin Peng sebagai perwira. Perwira jenis apakah yang membunuh rakyat Malaya / Malaysia sendiri? Perwira jenis apakah yang membunuh rakyat biasa yang tidak mahu membantu komunis?

Buat golongan muda pula, rajin-rajinlah membaca dan mengkaji. Jangan hanya dengar sebelah pihak. Internet ini banyak fungsinya dan tidak hanya terhad kepada Facebook, Twitter dan hiburan.

Akhir sekali….

Jangan Pertikai Kemampuan Pertahanan Negara Sendiri

Dan buat pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik serta mereka yang melampaui batas dengan mempolitikkan keselamatan negara, sedarlah anda lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Mempersoalkan sesuatu biarlah kena cara dan tempatnya. Apalagi, jika anda yang memegang tampuk pemerintahan, ketahuilah angakatan keselamatan yang anda kutuk dan pertikai itulah yang anda akan warisi. Malah, angakatan itu jugalah yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara saat dan tika ini.

Jika mereka tidak berkemampuan, pastinya anda ketika ini nak keluar rumah pun takut. Malah mungkin sedang menyorok bak Raja Petra di negara luar. Dan saya pasti kenderaan anda pasti semua kalis peluru dan anda sendiri sentiasa bepakaian yang kalis peluru.

Dan dengan kesempatan ini juga, walaupun saya tidak seronok dengan perkembangan negara kita, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 kepada mereka yang benar-benar memahami apa itu erti kemerdekaan dan pengorbanan yang diperlukan untuk membebaskan Malaysia daripada penjajah dan setidak-tidaknya mengizinkan kita sendiri yang menentukan hala tuju negara kita sendiri.

Jalur Gemilang

Soalan dijalanan: Benarkah kita merdeka ketika ini? Atau dibelenggu politik kita sendiri yang memudaratkan diri kita sendiri?

Yang pasti, Barisan masih tidur sejak turunnya Tun Dr Mahathir, Pakatan masih bermentalitikan pembangkang biarpun sudah ada kerajaan negeri yang boleh dijadikan gambaran bagaimana mereka akan memerintah negara.

3 thoughts on “Apalah Erti Merdeka Jika Politik Malaysia Macam…

  1. Islam PAS kalau Tok Gurunya dendamkan UMNO tidak habis habisan, dan kalau kata Tuhan pun mencarut, itu namanya HamPas.

    Sepatutnya PAS sanggup bersatu dengan UMNO supaya Melayu tidak dieksploitasikan dan dipermainkan bangsa lain. Tak sedar ke dia yang hak dan kepentingan Melayu pun diperso’alkan, malah mahu dikikis Tony Pua dan MCA sekarang?

    Tak sedarkah dia yang Lim Kit Diang dan Karpal Singh tak akan setuju Hudud? Begitu angkuh Karpal kata “Over my dead body” pun Tok Garu tak sedar juga. Apalah Melayu tu. Apa jahil nya mereka sehingga membenarkan PAS diperkudakan begitu sekali.

    Tak payah sebutlah PKR – ketuanya dah sesak nafas diMahkamah dan gilakan kuasa sehingga sanggup buat macam-macam, termasuk juga memecahkkan Melayu.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s