Ringgit Malaysia vs Dinar & Dirham (Kelantan)?


Versi Bahasa Malaysia

Saya fikir itulah soalan pertama yang bermain-main difikiran saya apabila mendengarkan Kelantan melancarkan Dinar dan Dirham mereka sendiri untuk perniagaan dan perdagangan. Langkah yang berani, memandangkan cakap-cakap Dinar Emas telah pun diwar-warkan sebelum ini, malah semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri (yang mana masih belum direalisasikan untuk negara-negara Islam lagi).

Sebagai respon, DS Najib menyatakan hanya BNM yang boleh mengeluarkan mata wang. BERNAMA melaporkan:

PEKAN, 14 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang.

“Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: “Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini.

“Kita biar Bank Negara buat kenyataan,” kata Najib.

Mengikut laporan akhbar Sabtu, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia.

Berita ini pastinya sesuatu yang menarik. Pertama sekali, idea untuk menggunakan semula matawang Dinar dan Dirham yang digunapakai secara meluas ketika kegemilangan kerajaan Islam amat dialu-alukan, terutama sekali ianya telah berada di “meja” untuk perlaksanaan beberapa tahun lepas. Langkah yang diambil oleh kerajaan Kelantan dianggap berani, mengambil kira mengabaikan peranan BNM sebagai koordinator dan badan yang bertanggungjawab dalam urusan matawang.

Saya tidak mahu berbicara panjang tentang peranan BNM, tetapi lebih berminat dalam senario-senario yang perlu difikirkan. Senario-senarionya adalah seperti berikut:

  1. Dengan transaksi menggunakan Dinar dan Dirham, saya pasti akan ada masa dan ketika pedagang dan oeniaga ingin membeli sesuatu daripada pihak yang tidak menggunakan matawang tersebut. Maka, bagaimanakah nilai tukran itu ditentukan? SIAPA yang menentukan nilai tukaran? ;
  2. Saya pasti yang transaksi TUNAI akan digunapakai dalam Dinar dan Dirham di Kelantan (atau mana-mana negeri yang dipimpin Pakatan, termasuk Pulau Pinang dan Selangor) tidak menjadi masalah. Bagaimana denga urusan diluar negeri-negeri ini?;
  3. Sebagaimana yang diletakkan dalam huruf besar, urusan TUNAI tidak menjadi masalah. Bagaimana yang melibatkan bank? Adakah bank-bank bersedia menyediakan kemudahan menggunakan Dinar dan Dirham?;
  4. Sebagai kesan menggunakan Dinar dan Dirham, berapakah kos yang terlibat untuk bank-bank memasukkan nilai-nilai transaksi dalam sistem perbankan mereka?; dan
  5. Apakah kawalan yang ada oleh pihak yang memantau Dinar dan Dirham untuk memastikan transaksi melibat Dinar dan Dirham lancar?

Ini sahaja 5 soalan yang ingin ditanyakan. Sya tahu ianya pendek dan mudah,  dan saya mengharapkan yang bijaksana dalam memastikan Dinar dan Dirham digunapakai menjawab soalan-soalan tersbut. Dan YA, saya mengharapkan mereka yang tahu dan mereka yang tahu bagaimana dan mekansima Dinar dan Dirham untuk menjawab soalan-soalan di atas.

Seperti yang dinyatakan, saya mengalu-alukan idea ini. Cuma, adakah cukup untuk sekadar mengumumkan tanpa mengambil kira aspek teknikal idea ini?

Soalan dijalanan: Berapakah kos makanan dan minuman berbuka puasa dalam Dinar dan Dirham? Jika lebih murah daripada dalam RM, saya ingin berurusan dalam Dinar dan Dirham.. hehehe

English Version

I supposed that was the first question that came across my mind when hearing Kelantan launched their own Gold Dinar and Silver Dirham for business and trading transactions. Bold move, I should say, as the talk of Gold Dinar has been an idea for quite some time, even during Tun Dr Mahathir premiership (which have not been materialised for muslims countries yet).

As a result, DS Najib stated that only BNM can issue currency. BERNAMA reports:

PEKAN, Aug 14 (Bernama) — Only Bank Negara Malaysia (BNM) can issue currency that is legal tender, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Commenting on the Kelantan government’s introduction of gold dinar and silver dirham as an alternative currency in the state, Najib said BNM would be looking into the matter to see if any laws had been broken.

“Follow the laws of the country, only Bank Negara is authorised to issue currency that is legal tender,” he told reporters after handing over Ramadan aid to mosque and surau from the Pekan parliamentary constituency here Saturday.

On Thursday, when launching the Syariah currency, Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat had said the state would strive to expand the use of the gold dinar and silver dirham in all transactions, including paying civil servants’ remuneration.

However, he said there were still many technicalities that had to be addressed by the state government over the use of the currency.

The New Straits Times in its front page today said BNM had stated that only it had the right under the law to issue currency in Malaysia.

This news surely an interesting development indeed. First and foremost, the idea of revitalisng Dinar and Dirham which were widely used during the glorious days of Islamic ruling is very much welcomed, especially it was on the table for implementation for the past few years. The move made by Kelantan government can be considered as bold, due to ignoring BNM’s role as the coordinator and the organisation that is responsible in currency issuance.

I don’t want to dwell on the BNM’s role, but more interested in such scenarios that sides involved need to think about. The scenarios are as follows:

  1. With all the transactions and trades involving Dinar and Dirham, I’m sure that there will be times the traders need to buy something from someone not using the same currency. So, how will be the exchange rate to be determined? WHO is going to determine the exchage rate value?;
  2. I’m pretty sure that the CASH trade within using Dinar and Dirham in Kelantan state (or any of Pakatan state if it is to be used by all states under Pakatan leadership, including Pulau Pinang and Selangor) should not be a problem. However, what about the trade outside of the states?;
  3. As put into big words, CASH trade should not be a problem. How about those involve bank transactions? Do the banks in those states can cater the transactions involved?;
  4. As a result of creating Dinar and Dirham, how much it will cost to the banks to include the new currency into their banking system?; and
  5. What controls in place does the governing body of Dinar and Dirham have to ensure the smooth sailing trade transactions?

These are the 5 questions I have to ask. I know it is short and simple, and I do expect the smart alecs who went barging in ensuring the usage of Dinar and Dirham to be implemented can answer this. And yes, I do expect someone who in the knows or know-what and know-how the mechanism of Dinar and Dirham to answer the 5 questions.

As I said earlier, the idea is very much welcomed. Only that, is it the announcement is sufficient enough to push this idea forward without addressing the techincality of this idea?

Question on the street: How much does food and beverages for breaking fast costs in Dinar and Dirham? If cheaper from RM, I would like to buy in Dinar and Dirham… hehehe

8 thoughts on “Ringgit Malaysia vs Dinar & Dirham (Kelantan)?

  1. Saya percaya tidak ada jawapan tepat untuk kelima-lima persoalan diatas. Dan saya tidak ingin menjawabnya. Saya cuma nak nyatakan bahawa mereka yg telah membeli / memperolehi dinar dan dirham hanya akan menyimpan sebagai ‘collectors item’ sahaja. Atau bila terdesak duit pergi tukar balik kepada RM. Saya berada dikalangan orang awam tadi, dan bila saya tanya nak guna kat mana, untuk apa, boleh beli nasi kerabu ke, semua jawapan adalah tak tahu. Habis tu kenapa beli dinar? Dah Nik Aziz suruh! Itulah jawapannya.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  2. Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.” (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

    try google about fiat money.kamu semua akan tahu betapa kita ditipu oleh pelesit2 yang menegakkan fiat money..you’ll know the truth..igt, dinar n dirham ialah matawang islam..
    to matyie,
    gold and dinar are the most stable currency the world has ever seen. ZERO fluctuation in 1400 years.fiat money yg membuatkan nilai matawang kita makin jauh kerana pelesit2 kapitalis itu..

    ODS: Adalah diharapkan saudari dapat membaca artikel ini dengan betul-betul. Saya mengalu-alukan penggunaan dinar dan dirham, tetapi biarlah ada mekanisma dan caranya yang telah difikirkan dengan betul. Sudah tentu kita tidak mahu rekod zero fluctuation itu dirosakkan oleh kelemahan kita dalam merancang penggunaan dinar dan dirham.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. salam, tuan blogger.

    for sharing, pendapat saya, hasil baca, dengar dan lihat about dinar & dirham.

    according to ur scenario,

    1. u mentioned “there will be times traders need to buy something from someone not using the same currency”. saudara, this is already happening hundreds of years ago. tak perlu lihat satu scope shj, malaysian traders x guna RM, we used USD. the exchange rate is determined by FOREX.

    but when u used dinar & dirham, u dont need exchange rate. it values apply to worldwide. it bears unanimous value. exchange rate is what kills us today. negara miskin makin miskin, kuasa2 besar makin kaya raya.

    dalam scope dinar & dirham, bear in mind the concept of legal tender, “both parties agree to a mutual understanding”, “both parties agree to terms & method of payment”. therefore, kalau ada trader yg xnak guna dinar & dirham, use RM. remember, this is the ALTERNATIVE CURRENCY. pilihan di tangan anda.

    2. dinar & dirham has got nothing to do with politics, dinar & dirham represent FREEDOM. i was born in KL, lives in KL, i used dirham when purchasing a book from an independent bookseller, this transaction happens in KL. therefore, trade using dinar & dirham cud happen anywhere in the world. (it already being practised by indonesians in indonesia. visit my blog, i uploaded a video showcasing real scenario in indonesia, subhanallah!)

    3. saudara, read about fiat money. u’ll learn why bank HATES dinar & dirham. because somehow, dinar & dirham will make banks become dysfunctional. why? because they cant do business. why? because everyday banks suck every penny we have so that they’ll survive. interest rates. this is their business. and this is RIBA. may ALLAH forgive our sins. (for more on how bank cheat us everyday, email me, i’ll get back to u, it’s a loooong story)

    4. again, banks with dinar & dirham wont make a pac. (there;s no such thing as banking system in islamic law. banks were created by capitalists)

    5. it’s a very smooth transaction, cos it is a blessed one, ameen.

    utk saudara matyie, when i bought books using dirham, the lady next to me was selling chocolate moist cake. she is using dirham as transaction. nasi kerabu wont cost us 1 dirham. i dirham today is RM13. use RM to buy nasi kerabu. dont stuff our heads with those little things yang menyusahkan. make it simple ok🙂

    baru tanya sorang ke yg pasal Nik Aziz suruh tu? subhanallah, i’ve heard many others have agreed and already practising in their everyday transaction.

    question on the street: 1 dirham=13, 1 dinar=RM583. this is the price of today. rasanya tiada siapa yang berbuka puasa menggunakan dinar. nilai itu boleh menjamu anak2 yatim. but with 1 dirham, u cud buy nasi kerabu + cendol + kuih muih. and do keep my comment because in 5 years time, u’ll see u still can use 1 dirham for buka puasa, but u may not get what u have today with RM13. the value of RM is going down, the purchasing power is weaker and by that time, if we used dinar & dirham, kita dah xperlu merungut tentang kenaikan harga barang, harga petrol dan sebagainya, coz we have dinar & dirham in our hands.

    dirham=silver coins.
    dinar=gold coins.

    silver & gold are the most stable commodities in the world.
    RM fluctuates, USD fluctuates.
    RM=USD=paper money.
    paper=printing=no value. (value dicetak, kertas RM10 & RM50 adalah sama, cuma warna berbeza)
    silver & gold=minting=high value. (pernah dengar ke harga emas jatuh? sentiasa menaik adalah)

    this is a very long comment. semoga ALLAH membuka hati kita kepada kebenaran. may ALLAH blessed us all with heart that does the thinking. ameen.

    p/s: google bout fiat money. u’ll find the truth, insyaALLAH.

    1. satu penerangan yang panjang lebar, dan untuk itu terima kasih.

      kebanyakan penerangan saudari adalah baik dari segi urusan tunai, yang diterangkan dalam keadaan jual beli secara langsung. Bagaimana pula dengan jualan yang tidak melibatkan perjumpaan langsung, seperti pembelian online?

      Saya sedar yang bank mungkin kini tidak begitu berminat sebagaimana yang saudari hujahkan, tetapi mungkin dengan cara yang betul, bank akan menurut kehendak pelanggan. Sehingga itu, perlulah ada mekanisma yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Perlu diingatkan, suatu ketika dahulu, urusan perbankan tidak dijalankan secara Islamik, tetapi kini bank-bank berusaha ke arah itu.

      Dan perlu diingatkan sekali lagi, saya mengalu-alukan penggunaan dinar dan dirham. Soalan-soalan itu ditanyakan berdasarkan keadaan perniagaan semasa, yang mana tidak semua urusan kita bertemu muka. Dan perlu juga kita ingat, ketika di akhir Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau ada mencadangkan penggunaan dinar dan dirham dikalangan negara-negara Islam.

      Apapun, terima kasih atas komen anda.

      1. Bro,

        mekanisme telah pun di rancang….pelancaran pengedaran dan pengunaan adalah hanya fasa pertama…wakalahnya telah pun dilantik…. semua ini mengambil masa….kumpulkan dulu dinar dan dirham dan letakkan ia didalam tangan rakyat…. infrastruktur yang lain di dalam perjalanan. Jangan pandang rendah kepada mereka yang put this whole thing together…. They are not donkeys like UMNO people and most importantly they have high aspirations as this is one way to take us to personal sovereignty against slavery of fiat money which is riba and dan di pegang oleh musuh Allah SWT.

        Alternatif sudah ada untuk membebaskan diri dari inflasi dan rasuah. Jangan cakap banyak simpan aje dulu. Daripada duit you duduk kat ASB kemudian kena permain dengan management of public listed company yang tak amanah, tabung haji yang juga dua kali lima. Bodoh bodoh pun, dinar dengan dirham dalam tangan boleh lagi barter trade sebab ada nilai.

        Keturunan Jebat

        ODS: Jika benar semuanya sudah dirancang dengan baik, saya tiada masalah. Namun, saya masih ragu akan mekanisme yang dirancang oleh Dinar dan Dirham yang diusahakan kerajaan Kelantan. Itu sahaja.

        Dan saudara, rasuah bukan terikat dengan matawang. Jika hati itu dah gelap, boleh juga merasuahd an dirasuah dengan Dinar dan Dirham.🙂

    2. Hi ma’am,
      i think you are right:)
      think about it if we use dinar and dirham our country will be rich enough compare to those country. Even our rakyat is fed enough. Our country will be stable. And the most stable i say..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s