YB “Cikgu”… What Do Others Have To Say?


English Version

Since the announcement that have been made for teachers to be allowed in politics, I believe some follow up thoughts and views can be heard and read.

For example, DS Najib does not allow for other Graduate officers to get involved in politics (after there are suggestions to open doors for others too). TS Muhyiddin on the other hand reminded the teachers not to bring political ideologies into classes (I’m looking forward to see how the political teachers going to do that). As for some, it may look as an openess by the government to some request.

My only concern for now are as follows, as a respond after the announcement that have been made:

  • What do the parents of the kids have to say?
  • What will the political minded parents think about this?
  • What about those parents who are close minded in political ideologies going to react on this matters?

Clearly, as a parent, I do hope that teachers can leave outside their political cap and behaviour outside the classroom and will teach our kids to be a better person with knowledge and wisdom.

In the meantime, I wish my super juniors of Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (SDAR) a very good luck in the finals for PM’s Debate Trophy this coming Saturday.  It has been quite some time since SDAR won, which was back in 1982. Whatever the result maybe, I’ll be there to support.

p/s: I do hope the debating team’s teacher is not hard core political ones… hahaha😀

Versi Bahasa Malaysia

Sejak pengumuman dibuat untuk guru-guru boleh berpolitik, saya percaya banyak pendapat dan pandangan yang boleh didengari dan dibaca.

Sebagai contoh, DS Najib tidak membenarkan pegawai kerajaan lepasan graduan lain untuk terlibat sama dalam politik (setelah terdapat cadangan agar yang lain diberi peluang yang sama). TS Muhyiddin pula mengingatkan agar guru-guru untuk tidak membawa ideologi politik ke dalam kelas (Saya amat berminat untuk mengetahui bagaimana guru-guru yang bergiat dalam politik untuk berpolitik tanpa dilihat berpolitik). Bagi sesetengah, ini mungkin kelihatan sebagai keterbukaan kerajaan dalam menyetujui permintaan.

Apa yang saya risaukan adalah seperti yang berikut, sebagai susulan pengumuman yang telah dibuat:

  • Apakah pandangan ibubapa pelajar?
  • Apa pula yang difikiran ibubapa yang bermindakan politik mengenai perkembangan ini?
  • Bagaimana pula reaksi ibubapa yang berada dalam ruang lingkup politik yang sempit?

Secara jelas, sebagai bapa, saya mengharapkan guru-guru dapat meninggalkan “topi” dan tabiat politik mereka diluar kelas dan akan mendidik anak-anak kita untuk menjadi insan yang lebih baik dengan ilmu dan kebijaksanaan.

Dalam masa yang sama, saya menucapkan semoga berjaya kepada “adik-adik” saya dari Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (SDAR) untuk pertandingan akhir bahas Piala Perdana Menteri Sabut ini.  Agak sekian lama sejak kali terakhir SDAR memenangi Bahas Bahasa Malaysia, terkahir pada tahun 1982. Apa jua keputusan Sabut ini, saya tetap akan berada disitu untuk menyokong.

p/s: Saya mengharapkan guru pengiring pasukan debat bukan yang tebal ideologi politiknya.. hehehe😀

6 thoughts on “YB “Cikgu”… What Do Others Have To Say?

  1. Di peringkat awalnya UMNO, ramai guru yg menjadi ketua cawangan, ketua bahagian dan pegang berbagai jawatan dlm parti. Di masa itu, tidak ada politik wang. Sebab guru adalah orang yg terpelajar dan memang sudah terlatih utk memimpin orang. Guru2 membuat kerja2 parti dgn rela dan ikhlas dan tidak berlaku salah guna kuasa dan korupsi.
    Kemudian, ahli2 korporat yg keparat telah mengambil alih jawatan2 parti di peringkat cawangan dan bahagian. Maka mulalah, ketua2 parti ini menabur duit utk mendapat sokongan. Mereka memegang jawatan hanya utk dapat habuan spt lesen2 perniagaan, lesen lori, AP, saham percuma, dll.
    Jadi sekarang, UMNO perlulah berubah dan jatuhkan semua ketua2 cawangan dan bahagian yg terdiri dpd ahki1 korporat dan gantikan dgn orang2 yg tidak ada kepentingan diri dan sanggup berkerja utj rakyat.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.

    Mungkin juga, sebenarnya.. siapa jua yang memegang jawatan harus sedar diri akan tanggungjawab terhadap rakyat.. tanpa mengira profession?

  2. alahai…kalau pun x de pekeliling membenarkan cikgu cikgi berpolitik umno/bn yakni kerajaan guna jugak sekolah utk politik..tmbh2 bila nk pilihan raya..cikgu2 dah cukup terbeban dgn tugas dominan depa…tup tup bila mai nk buat function umno/bn cikgu cikgu ni jugak la jadi ahlul komiti ntah apa apa nk melayan serakah berpolitik pemerintah…n aku agak skeptikal hang mengatakan tindakan membenarkan cikgu cikgi berpolitik sbg satu darjah keterbukaan n toleran kerajaan skrg…sedangkan cikgu cikgi ni jugak dah konfirm terikat dgn akujanji perkhidmatan…taat kpd kerajaan…so dasar ni hanya sehala untuk cikgu cikgi yg berlabel barisan umno shja la n dah sah sah yg melencong memilih partai yg lain sgt lah berisiko di ambil tindakan…in simple term…announcement ni hnya nk membolehkan proses meng umno kan cikgu dan sekolah….

    n i hope n ex sbp like u bleh keluar dr kepompong melayu semata mata la bro….admit je barisan gomen hari ni totally disregard our ppl ability to think what they do with the country…buta buta je kena tipu dgn itu ling liong sik…wtf! baru satu cth.

    n that ppm debate should be abolish lah…

    ODS: dawai kokot,

    Pertama sekali, tidak semua guru mahu berpolitik. Oleh itu, salah untuk anda mengatakan pendapat anda sebegitu. Paling tidak pun, saya percaya tidak 100% guru anda mahu berpolitik.

    Keduanya, bagi yang mahu berpolitik, tidak semua guru berideologi politikkan UMNO atau Barisan kerana saya pernah terjumpa guru-guru yang tidak sehaluan dengan aspirasi UMNO. Benar, mereka bekerja sebagai pegawai kerajaan, tetapi apabila dibenarkan untuk berpolitik, saya percaya mereka akan memilih selain UMNO dan Barisan.

    Ketiganya, saya bersetuju dan mengakui terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang totally disregard our people ability to think what they do with the country. Malah ada yang tidak berkhidmat demi rakyat dan negara sebagaimana yang sepatutnya. Lebih teruk dengan gabungan kedua tersebut dengan ketamakan diri sendiri untuk mengejar kemewahan dan kekuasaan untuk diri sendiri.

    Dan terakhir sekali, saya fikir debat PPM harus diteruskan. Kenapa? Setidak-tidaknya ada satu contoh kita tahu bagaimana seharusnya kita berdebat.. dan pastinya bukan dengan cara memberi kata-kata kesat dan berhujah mengikut suka hati sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah daripada kita di laman-laman blog, facebook dan twitter.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. yep..agreed.tak semua nya guru cikgu cikgi alligned dengan umno/pemerintah. but honestly do u think those who choose to support non barisan boleh dapat jaminan tak kan di ganggu kebebasan / kebenaran berpolitik tersebut eg. tak di ambil tindakan tatatertib sebab say melanggar klausa klausa akujanji perkhidmatan? and if government really cares about this knapa dilimitkan pembabitan guru utk politik pada guru berkelulusan ijazahsemata? mcm ada strata pulak ?
    so aku berpegang dgn opinion yg skeptikal yakni this announcement by government hanya utk membolehkan hanya elemen elemen politik umno dibenarkan disekolah melalui agen2 /guru2 pro umno..

    by the way aku ok je dgn hang yg masih percaya pada current crop of ppl in the governing party/umno bn…thats our own choice…

    n ttg ppm…maybe abolish quite harsh..why not ppm tuh tak exclusive for sbp schools… n teknik berdebat ala parlimen ppm tuh hanya sebahagian dr sebilangan byk cara bertekak hujah ide n etc…

    in fact bila hang ckp blogs/fb/comments yg harsh/non factual/etc..pada aku tu jugak cara berhujah…rite…benda benda tuh semua manifestasi dr segala mcm sekatan n kesempitan media milik bn yg yeah tak membangunkan langsung intelek rakyat..org dah fed up..kat kan hang nak diam bila goverment media cover sebelah pihak ja…..apa lagi pilihan yg ada?kdg2 sebut what the f**k jauh lebih rasional dr respon oh tuhan syukur utk berita seperti “harga minyak di selaraskan”..haha..or “ye saya tak mandi junub 2 hari sebab nak simpan air sedap bro homo saya”….logik akal la skit!
    and by the way hang sebagai penyukong agenda melayu islam umno dan anti anwar…sudikah kiranya menulis ttg subsidi selaras nie..n bolehkah jugak hang menulis knapa kes liwat sepol anwar tak bicara kat syariah court..n why the fujk jamil khir baharom gi strike qazaf application by anwar?

    terimas.

    1. dawai kokot,
      Secara terus terang, saya berpendapat yang tindakan membenarkan guru untuk berpolitik sebagai “double edge sword”. Yang terang mengatakan ianya menunjukkan keterbukaan kerajaan adalah menterinya. Oleh itu, apabila keadaan sebaliknya berlaku tika tidak membenarkan guru yang tidak menyokong Barisan berpolitik terjadi, seolah ianya seperti Barisan menembak kaki sendiri.

      Dan terima kasih kerana menghormati pandangan yang masih terdapat yang baik berkhidmat dalam kerajaan.🙂

      Tentang debat, sebenarnya debat ala parlimen ini bukan sahaja diadakan antara SBP. Seingat saya, terdapat satu lagi pertandingan debat yang menggunakan debat ala parlimen yang dibuka kepada semua sekolah – Piala Tan Sri Datuk Wira Arshad. Selain itu juga, UIA turut menyediakan peluang itu melalui pertandingan debat yang dianjurkannya (Piala Tun Sri Lanang). Oleh itu, saya merasakan ini bukan ekslusif, tetapi PPM hanya satu pertandingan antara SBP.🙂

      Dan ya, terdapat pelbagai cara berhujah dan memberikan pendapat… cumanya biarlah ianya membina. Sebagai contoh, apakah hasil jika komen yang diberikan hanya penuh caci maki, tetapi tidak memberi penyelesaian?

      Contoh “kdg2 sebut what the f**k jauh lebih rasional dr respon oh tuhan syukur utk berita seperti “harga minyak di selaraskan”..haha..or “ye saya tak mandi junub 2 hari sebab nak simpan air sedap bro homo saya”….logik akal la skit!” yang anda berikan saya fahami kerana menggambarkan keadaan yang tidak elok, tetapi ada pelbagai cara lagikan? Terdapat banyak contoh yang boleh kita ambil daripada blog-blog yang mengkritik keadaan-keadaan seperti yang anda berikan, tetapi tiada dalam nada sebegitu… bukan?

      Tentang menulis subsidi selaras, insyaAllah, jika ada ruang masa untuk berfikir dan menulisnya.. kerana saya fikir saya memerlukan lebih banyak bacaan sedikit. Tentang isu meliwat atau diliwat DS Anwar, saya seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat dalam apa jua cara kerana ianya masih dalam perbicaraan. Cuma saya mengharapkan kes itu dapay diuruskan dengan elok dan tidak bertangguh lagi…

      Terima kasih atas komen anda (yang mana pada saya komen anda membina, walaupun bukan ala parlimen.. hahaha)

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s