UMNO atau Orang UMNOkah Yang Korup?


Inilah persoalan yang bermain-main di fikiran saya untuk beberapa hari ini. Ini adalah susulan daripada khabar yang mendapat liputan meluas tentang kemungkinan UMNO dan PAS duduk semeja demi agama, bangsa dan negara. Agama – kerana asas UMNO dan PAS itu orangnya beragama Islam; Bangsa – kerana majoriti ahli parti berbangsa Melayu, yang merupakan pembentuk majoriti keahlian bagi kedua-dua parti; Negara – kerana kucar-kacirnya dan ketidaktentuan dalam negara ini adalah disebabkan etnik terbesar di Malaysia ini berkelahi bagai tiada akhirnya.

Sudah tentu, kedua pihak, baik UMNO dan PAS, keduanya punya pandangan dan persepsi masing-masing yang mungkin dibentuk daripada ideologi dan sudut pandang masing-masing. Cumanya, PAS mengidamkan sebuah negara Islam yang sempurna, cuba mentarbiyyahkan 100% konsep negara Islam dalam pada terlupa ada agama dan bangsa lain yang duduk dibawah langit yang sama. Manakala UMNO pula banyak bicaranya cuba menunjukkan mereka juga cuba melaksanakan hukum Islam, tetapi terdapat antara mereka terlondeh dengan perkara-perkara yang diragukan keikhlasan perjuangan Islamnya.

Hari ini, saya meluangkan masa yang lebih untuk membaca apa yang terkandung dalam Harakahdaily.net kerana saya mahu membaca apa yang orang PAS kata di laman sendiri lebih daripada apa yang dilaporkan oleh media-media yang dikatakan berat kepada kepentingan UMNO dan Barisan.

Dalam kebanyakan artikel-artikel yang disiarkan, dua ini amat menarik perhatian. Satu artikel bertajuk “Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno” yang mana ianya nukilan Idris Ahmad. Ianya berbunyi seperti berikut:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai  parti yang busuk sampai usus.

Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar  beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS  diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena  rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai.  Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa.

Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno.

Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, AlMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan Melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman PAS, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar PAS lawan Dr S Vasan (MIC).

Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Satu lagi pula adalah laporan Harakah tentang apa yang diucapkan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, yang mana adalah seperti berikut:

PETALING JAYA, 20 Julai: PAS mempelawa Umno menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan mempertahankan Islam di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin Umno seharusnya bersedia untuk bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat bagi menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan kaum.

Baginya, Umno tidak perlu lagi berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana beberapa parti gabungan itu sudah retak dan porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada MCA dan MIC.

“Tidak ada guna lagi bagi Umno terus berada dalam BN bersama MCA dan MIC yang sudah retak dan berkecamuk jika mereka mahu kepada perpaduan,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal anjuran Sekretariat Ahli Parlimen Padang Terap bersama Masjid Kota Damansara dan Tabung Kebajikan al-Masakin Padang Terap di pekarangan masjid itu, malam tadi. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, Umno juga perlu membuang dasar perjuangan sempit kononnya untuk membela orang Melayu sedangkan banyak kepentingan bangsa sendiri tergadai sejak mereka menerajui negara lebih 50 tahun lalu.

“Jika benar dan ikhlas pemimpin Umno mahu membela Melayu dan Islam serta mewujudkan perpaduan kaum dan membela rakyat, maka adalah wajar mereka menyertai Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, agenda perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh BN selama ini tanpa mengira kaum, agama dan anutan politik.

Mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dan parti perkauman Melayu itu, beliau menegaskan bahawa kemungkinan ada ‘jerangkap samar’ di sebaliknya.

PAS, katanya, sentiasa berwaspada dengan apa jua tindakan Umno itu kononnya bagi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Tegasnya, sebarang perundingan atau perbincangan berhubung kerjasama dan penyatuan antara PAS dengan Umno tidak perlu dibangkitkan kerana PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat.

Semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata, Umno dan PAS perlu bersaing untuk membantu rakyat.

“Jika PAS mengadakan majlis mengutip derma bagi membantu rakyat, Umno boleh buat supaya rakyat yang dapat,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh di Kelantan, bagaimana Umno berusaha untuk memerintah negeri itu dengan mengadakan berbagai projek pembangunan untuk rakyat.

“Lebih 20 tahun PAS perintah, Umno juga nak perintah, mereka beri projek kepada rakyat, rakyat yang dapat,” katanya.

Baginya, persaingan yang sihat itu perlu dilakukan oleh Umno untuk  memastikan rakyat mendapat hak mereka.

“Umno dan PAS perlu bersaing untuk menolong rakyat, tak payah bergabunglah,” ujarnya.

Beliau juga menyeru golongan berada supaya memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama bagi menghadapi bulan Ramadan dan menyambut hari raya nanti.

Menurutnya, sumbangan yang dihulurkan itu bukan sahaja dapat meringankan bebanan hidup mereka yang kurang berada sebaliknya mendapat keberkatan daripada Allah di samping rezeki sentiasa bertambah.

“Ada rakan saya yang beri sumbangan, hartanya tak susut, makin bertambah, bahkan ada yang tambah bini,” ujarnya berseloroh sambil disambut senyuman para hadirin.

Hasil daripada dua artikel inilah yang mendorong saya untuk menulis sesuatu hari ini untuk kita sama-sama fikirkan dan menilai keadaan semasa dan selepas itu menyumbang kepada sesuatu yang positif dan bertindak bersama.

Tidak dapat tidak kita nafikan, PAS juga berucap atas platform berlatarkan bangsa Melayu, kerana hakikatnya, majoriti umat Islam itu adalah Melayu dan Bumiputera. Siapa lagi yang benar-benar dapat mempertahankan dan  menyebarkan syiar Islam di Malaysia ini jika bukan orang Islam sendiri yang rata-rata berbangsakan Melayu dan Bumiputera? Bukan menidakkan muslim bukan Melayu, tetapi lihat sahaja kepayahan mereka berdakwah kepada bangsa mereka sendiri. PAS juga tidak dapat lari daripada memperjuangkan nasib melayu, cuma ianya secara tidak langsung dan seterang UMNO yang bernamakan “Melayu” dalam pertubuhannya.

Dan sebagaimana tajuk artikel ini, didalam kedua artikel-artikel ini mengajak UMNO menyertai PAS dan Pakatan, meninggalkan Barisan Nasional. Dalam masa yang sama, kita didendangkan orang UMNO itu korup dan banyak melakukan rasuah.

Persoalannya..

  • Apakah itu UMNO dan apakah itu orang UMNO?
  • Jika orang UMNO itu diajak menyertai PAS, hilangkan tabiat rasuah itu? Bersihkah orang itu daripada perlakuan rasuah?
  • Jika UMNO yang diajak menyertai PAS dan Pakatan, apakah hilang imej korup UMNO?

dan yang paling utama…

  • UMNOkah yang korup atau sebilangan ahli UMNO yang korup yang membuatkan UMNO itu kelihatan korup?

Pada pandangan saya, sebenarnya terletak kepada diri masing-masing, baik orang itu Islam, bukan Islam, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, UMNO, PAS mahupun PKR.

UMNO itu kelihatan busuk kerana terdapat pemimpin dan ahlinya yang busuk dan tidak bermoral. UMNO itu kelihatan korup dek segelintir pemimpin dan ahlinya korup dan menyalahgunakan kuasa dan harta rakyat. Mereka ini, walaupun menyertai mana-mana parti atau pertubuhan, busuknya lekat pada mereka dan kesannya diterima oleh parti atau pertubuhan yang menerima mereka.

Kerana itulah, walaupun DS Anwar Ibrahim sudah meninggalkan UMNO, “busuk”nya tidak hilang. Kerana itulah, walaupun Zaid Ibrahim telah meninggalkan UMNO, tabiatnya masih menjadi bualan. Kerana itulah, walaupun Azmin dan Khalid Ibrahim bukan lagi ahli UMNO, langkah dan tindakan mereka diragui.

Ianya bukan terletak kepada parti, tetapi orangnya. Ubahlah “pakaian” itu walaubagaimana sekalipun, jika isi, tubuh dan hati itu tidak dibersihkan, akan kotor juga “pakaian” baru itu.

Makanya, bagi saya, perpaduan ummah di Malaysia ini bukan terletak kepada pemimpin-pemimpin diatas semata, setiap satu daripada kita memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersih daripada korup dan rasuah. Ianya bukan UMNO atau PAS, tetapi diri kita sendiri.

Jika mahukan perpaduan dan kemajuan bersama, bersihkan diri sendiri, berubah dan perangi perkara mungkar bersama, bukan tukar atau gabung parti… kerana parti politik itu hanya “pakaian”…

Apa kata anda?

Harapan dan persoalan dijalanan: Orang Islam itu diajar dan dipesan supaya bersatu atas perkara yang benar… itukah yang UMNO dan PAS tunjukkan?

5 thoughts on “UMNO atau Orang UMNOkah Yang Korup?

  1. Salam

    Seperti kebiasaan ODS akan terus tanya soalan yg kurang bijak.!!!

    Dunia tahu ramai ahli UMNO yg rasuah dan makan rasuah, ramai pemimpin UMNO yg rasuah dan makan rasuah dan UMNO parti racist Melayu yg busuk dengan Rasuah, Judi dan penipuan.

    Carilah dan baca buku SHIT tulisan Sastrawan Negara untuk membantu minda anda..

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

    Tolak perpaduan asabiyah Umno
    Mohd Rashidi Hasan

    Sebagai sebuah parti Islam, PAS mengasaskan perjuangannya untuk memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah serta menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat dalam segenap aspek.

    PAS mengasaskan perpaduan di atas prinsip Islam, memperkenalkan nilai-nilai Islam dalam usaha menegakkan keadilan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

    Pada pendapat PAS, perpaduan mestilah dipaksikan dengan ketakwaan kepada Allah SWT.

    Prinsip-prinsip ini digariskan dengan jelas menerusi firman Allah (mafhumnya):

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

    “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

    “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Imraan, ayat 102-104)

    Adapun sejak akhir-akhir ini Umno mula memainkan kembali ‘jarum’ perpaduan, kononnya masa depan Islam dan Melayu akan musnah jika PAS dan Umno tidak bersatu.

    Kita mengajak kepimpinan Umno dan ulama-ulama yang sewaktu dengan mereka, untuk menghayati dan memperhalusi ayat-ayat Allah yang dipaparkan di atas.

    Sebelum ulama-ulama upahan ini menjadi orang tengah untuk menyatupadukan PAS-Umno di atas dasar Islam dan Melayu, mereka harus mengkaji dan menilai kembali, pada aspek mana perjuangan Umno dan pelaksanaan pemerintahannya selama lebih 50 tahun ini, menepati ayat-ayat di atas?

    Umno yang mendakwa dirinya parti Melayu-Islam tidak pernah mengasaskan tunjang pemerintahan di atas dasar takwa kerana asas perjuangan mereka adalah nasionalisme atau asabiyah.

    Asabiyah yang dianuti Umno merosakkan mereka. Umno adalah Melayu, PAS juga Melayu. Tetapi mengapa mereka memusuhi PAS sekian lama, menindas dan mendiskriminasi pemimpin, ahli dan penyokong PAS? Mereka juga meminggirkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

    Selain daripada itu Umno juga menghalang pelaksanaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga menyekat, melarang dan menangkap pemimpin-pemimpin PAS yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.

    Ini belum termasuk dasar-dasar kerajaan yang menghancurkan masa depan Melayu seperti PPSMI, dasar bahasa dan sebagainya.

    Hakikatnya, perjuangan Melayu-Islam untuk sudah jauh tersasar. Mereka terlalu rasis sehingga meminggirkan bangsa Melayu sendiri. Yang dipimpin, dibela, diberi biasiswa, dibantu hanyalah Melayu Umno.

    Umno tidak layak menjadi parti harapan orang Melayu lagi. Umno harus dibubarkan kerana ia sudah gagal. Ia adalah parti yang memperjuangkan asabiyah sempit, parti kroni dan juak-juak.

    Dalam keadaan Umno yang semakin di penghujung hayat, mereka cuba bergayut di dahan PAS dengan mengumpan agenda perpaduan. Hakikatnya Melayu tiada pilihan lain selain bersatu di bawah payung PAS. Selepas perjuangan Melayu gagal membela Melayu, kali ini beri peluang kepada parti Islam, perjuangan Islam untuk memelihara martabat Melayu.

    1. saudara arah,

      Baik UMNO, PAS atau PKR.. kalau diri itu tidak bersih, tiada gunanya juga…

      Di artikel Harakah yang disebutkan, orang PAS yang ajak orang UMNO dan PAS ajak UMNO sertai Pakatan…

      Kerana itulah saya letakkan soalan-soalan di atas.. dan nyata anda tidak faham artikel ini.

      Cuba anda baca betul-betul artikel ini.. tolong fahami apa yang cuba disampaikan… Terima kasih.🙂

  2. Sdr ODS

    Apa kata saya? sunguh bernas ulasan saudara.

    Saya hampir percaya dengan hujah yang “simple” dari harakah. Ada ke di suruh kita bersenkongkol dengan cina DAP. Lim Guan Eng di puji…Na’uzubillah…

    Teruskanlah perjuangan saudara untuk agama dan bangsa.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. DI MANA UMNO DAN PAS BILA MCA MENGHINA ISLAM?

    Guan Eng defends Muslim countries, calls Soi Lek ignorant
    By Yoges PalaniappanAugust 07, 2010

    Lim: Muslim countries are suffering from the same problems suffered by India and China previously.GEORGE TOWN, August 7 — Lim Guan Eng today said he differed strongly with Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s portrayal of Muslim countries as backward and corrupt nations, pointing out that the MCA president should educate himself on Islamic civilisation.

    The Penang chief minister said Dr Chua should educate himself in history that the civilisation of Islam was filled not just with global empires, but also with glory in art, learning, algebra and astronomy.

    “Muslim countries are suffering from the same problems suffered by India and China previously,” he said today at the launch of Caliph Umar Abdul Aziz International Integrity Conference at Eastin Hotel here.

    “Only when India and China were free, independent and not dominated by imperialistic powers, were they able to realise their potential and take their place in the world stage,” he added.

    Dr Chua had said yesterday that some of the most corrupt countries in the world had a Muslim-majority.

    He also appeared to criticise Umno as well as PAS yesterday for using religion to compete for Malay support. Dr Chua blamed this on how the country had been trapped as a “middle income” nation for more than 10 years, claiming that the competition between the two Malay-centric parties had led to some “non-progressive policies”.

    Lim said today that Muslim nations could recapture their past glories like India and China, if they were allowed to be similarly unshackled like the two countries.

    Later at a press conference, Lim told reporters that Dr Chua was just trying to distract the attention from the real root of the problem, which he said was Umno.

    “Don’t blame it on Islam; I think that’s not fair,” he said, adding that Dr Chua should instead ask “serious questions” to Umno on issues such as sports gambling and on “kalimah Allah”.

    Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who was also at the press conference, agreed with Lim.

    Anwar said Dr Chua “had clearly displayed ignorance and arrogance” over his remarks.

    “In my mind this is unacceptable of a party leader in the coalition,” he said, adding that leaders who wish to save the country must strive to increase their knowledge.

    He also said that it was important for non-Muslims to understand the contributions of the Muslim community and vice versa

    ODS: Hmm.. I wonder what UMNO and PAS is doing currently?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s