DS Najib, DS Anwar, TG Nik Aziz… Antara Khabar, Fitnah dan Epal Busuk


Nota OnDaStreet: Ini adalah terjemahan dan olahan artikel DS Najib, DS Anwar, TG Nik Aziz…Between Stories, Lies and Being A Bad Apple ke Bahasa Malaysia untuk mereka yang lebih suka membaca dalam Bahasa Malaysia.

Kebelakangan ini kita diberi kenyataan daripada beberapa pemimpin politik berkenaan dengan sebaran informasi. Saya gunakan “informasi” kerana ianya boleh dalam bentuk berita, gosip, khabar, dan mungkin juga penipuan dan fitnah.

TG Nik Aziz baru-baru ini menyatakan kekesalannya atas laporan akhbar BERNAMA. DS Anwar pula khabarnya pergi ke Amerika Syarikat  memohon maaf dan menyatakan kekesalan atas tindakannya tentang Yahudi dan Israel. DS Najib dan UMNO pula memberitahu perasaan dan pandangan mereka tentang Suara Keadilan menyebarkan penipuan. Ini apa yang dilaporkan oleh BERNAMA mengenai apa yang disampaikan oleh DS Najib:

Media Jangan Rosakkan Akal Budi, Pemikiran Masyarakat – Najib

SHAH ALAM, 6 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengamal media di negara ini supaya tidak merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat dengan menyiarkan cerita-cerita rekaan, pembohongan, fitnah ataupun dusta.

Najib berkata, secara peribadi, beliau sendiri boleh menerima jika berita-berita yang disiarkan oleh media massa adalah perkara benar, walaupun laporan-laporan itu yang menyentuh kelemahan beliau sebagai perdana menteri.

“Saya boleh terima apa sahaja cerita, asalkan ceritanya benar, ada kredibiliti dan bukannya rekaan, fitnah. Jangan reka cerita, jangan buat pembohongan, bidaah (dusta). Felda bankrap la…nak sebut kelemahan saya, saya boleh terima tapi jangan nak kata sesuatu yang tidak benar,” katanya ketika berucap sempena lawatan beliau ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di sini, Selasa.

Najib berkata, cerita-cerita atau laporan yang mengandungi unsur-unsur sedemikian hanya akan memberi padah buruk dan tidak akan boleh membina masyarakat Malaysia yang kuat.

“Kalau bangunan rosak, jalan rosak kita boleh baiki, tetapi kalau rosak akal budi, nilai masyarakat…akan hanya bawa padah.

“Kita tidak mungkin akan menjadi masyarakat yang kuat dan hebat. Jadi media boleh memainkan peranan untuk membina akal budi, nilai murni dan daya keintelektualan masyarakat,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutuf Kumpulan Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohammad.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan akhbar Sinar Harian edisi Nasional dan perasmian Program Karangkraf Peduli.

Memuji pencapaian Karangkraf sebagai syarikat milik penuh bumiputera yang berjaya, Perdana Menteri berharap syarikat itu yang kini menerbitkan 28 majalah dan sebuah akhbar, Sinar Harian, dapat memainkan peranan untuk membantu meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat sebagai usaha membina akal budi dan intelektual masyarakat untuk menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri turut melawat sekitar Kompleks Karangkraf dan melihat secara dekat proses penerbitan akhbat bermula dari kerja penulisan dan penyuntingan berita di jabatan Editorial, Jabatan Grafik, Jabatan Foto hingga ke bahagian percetakan.

Menyentuh mengenai lawatannya itu, Najib memuji syarikat itu yang sanggup melabur untuk mesin percetakan yang canggih dan berkemampuan tinggi, sekaligus melambangkan daya inovasinya.

“Maknanya Karangkraf sanggup lakukan usaha untuk berinovasi…tidak kekal dengan teknologi lama. Ini salah satu unsur penting untuk meningkatkan daya saing kita,” katanya yang turut memuji kemampuan syarikat itu untuk mengenalpasti pasaran sasaran.

Kumpulan Karangkraf bermula secara kecil-kecilan 33 tahun lepas dengan hanya dua majalah, iaitu Mingguan Kanak-Kanak dan Bacaria. Kini ia menerbitkan 28 majalah termasuk sebuah akhbar Sinar Harian dan jumlah pembaca mencecah lima juta orang setiap bulan.

Mengenai Program Karangkraf Peduli, ia merupakan satu kempen khidmat masyarakat yang akan digerakkan secara besar-besaran oleh syarikat itu dengan kerjasama beberapa kementerian. Kempen itu mengandungi lima teras utama iaitu Karangkraf Peduli ‘Duafa’ bertujuan mewujudkan masyarakat prihatin, Karangkraf Peduli Iqra’, untuk mewujudkan masyarakat budaya membaca dan masyarakat berilmu, Karangkraf Peduli ‘Alam’, untuk mengekalkan kehijauan sekitar dan Karangkraf Peduli ‘Jujur’, bertujuan memerangi rasuah.– BERNAMA

Saya percaya yang kita semua mempunyai sumbangan terhadap apa yang berlaku ketika ini. Walaubagaimanapun, saya lebih percaya yang pemimpin-pemimpin diatas sana lebih bertanggungjawab daripda mereka yang berada di bawah. Kenapa?

Jika tidak kerana gelagat “epal busuk” dalam kedua Barisan dan Pakatan, khabar dan penipuan mungkin tidak disebarkan. Ianya banyak berkaitan dengan tindakan pemimpin yang menyebabkan liputan sebegitu. Ianya juga berkaitan dengan kemusykilan yang timbul dek kurangnya komunikasi diberikan kepada umum oleh pemimpin yang membawa kepada khabar angin dan cerita-cerita.

Saya memahami yang pemimpin harus mempunyai keupayaan yang lebih baik dalam menganalisa dan memberi reaksi kepada apa yang perlu, tetapi saya juga percaya yang pemimpin juga harus lebih tahu bagaimana meletakkan diri ke dalam diri orang lain dan melihat kenapa orang berang dengan anda.

Buat DS Najib, TG Nik Aziz dan Tn Hj Hadi Awang, ketiga-tiga anda merupakan pemimpin tertinggi antara pemimpin yang ada dalam parti dan gabungan kerjasama politik anda. Ketiga-tiga anda merupakan penentu dan penerima akibat kepada baik dan buruk parti kamu. Kepimpinanmu dan petunjukmu ditagih oleh ahli anda. Dengan anda gagal meletakkan saf kepimpinan yang baik, anda bakal gagal menyatukan ummah dan rakyat Malaysia. Itulah antara sebab paling besar kenapa sesetengah khabar dan penipuan boleh kelihatan “benar” kerana ada badut dalam organisasi anda yang membuatkan anda dan organisasi anda kelihatan buruk.

DS Najib,

Saya pasti yang anda telah mendengar pelbagai cerita mengenai menteri-menteri anda dan perangai pemimpin politik dalam lingkungan anda. Saya juga pasti yang anda tahu bagaimana Tun Dr Mahathir meletak mereka dibawah kawalan kerana sebahagian besar daripada mereka telahpun berada diatas sana semasa Tun Dr Mahathir menghabiskan tahun-tahun terakhir sebagai Perdana Menteri. Sila susun kembali saf kepimpinan anda dengan menteri-menteri tersbut untuk memperbaiki keadaan. Buangkanlah “epal busuk” dalam bakul menteri dan pemimpin politik yang anda ada.

Khas untuk anda, DS Najib, dengan segala hormat, saya merasakan yang anda cuba memuaskan hati banyak pihak dan menjaga segenap sudut, tetapi anda tidak boleh melakukannya berseorangan. Ada ketikanya, anda kelihatan mengulangi apa yang dilakukan Tun Abdullah Badawi. Anda telah melihat bagaimana rakyat meluat dengan beliau, luar dan dalam Barisan dan UMNO (yang mana membawa kepada perletakan jawatan dan anda menjadi Perdana Menteri.. masih ingat?). Saya risau, ianya akan menjadi terlalu lambat bilamana anda baru sedar anda telah menjadi  epal paling busuk dalam bakul Barisan.

TG Nik Aziz dan Tn Hj Hadi,

Kedua anda merupakan pemimpin utama PAS, sebuah parti Islam yang majoriti dianggotai muslim bumiputera. Untuk seketika, seperti yang dinyatakan dalam awal blog ini, PAS sudah berubah dari segi pendekatan dan imej dibawah kepimpinan anda. PAS adalah lebih kuat daripada PKR dan DAP. Undi Melayu pergi kepada PAS bukan hanya disebabkan kesilapan UMNO sendiri, tetapi PAS juga mampu menyediakan alternatif yang baik.

Namun, selepas PRU12, ia semakin terhakis. Ahli anda kembali kepada perangai asal, berkata buruk dan menggunakan perkataan yang kasar. Ahli anda juga gagal berhujah secara intelektual sebagaimana sebelum ini, yang mana ada yang mula mengulang kembali cerita lama tanpa henti. Lebih buruk, PAS sudah tidak lagi dilihat menyediakan alternatif sebaik dahulu dengan lebih menumpukan keburukan orang lain daripada menyediakan penyelesaian dengan cara yang baik.

Saya berani katakan yang isu kalimah Allahlah yang menampakkan perbezaan yang berlaku dalam kepimpinan anda. Bagi sesetengah muslim di Malaysia, kami melihat anda sebagai tonggak mempertahankan dan menjelaskan kesucian kalimah Allah, sanggup menegakkan yang hak walaupun bersama dengan UMNO. Blog ini telah merekodkan sumber dimana TG Nik Aziz berubah sedikit demi sedikit dalam kenyataannya dalam isu kalimah Allah, yang mana mengecewakan ramai muslimin.

Sebagaimana yang dinyatakan diatas, saya risau kedua anda juga bertukar menjadi epal busuk bersama saf kepimpinan anda.

DS Anwar???

Apa lagi yang mahu saya katakan.. anda adalah epal paling busuk yang ada di Malaysia. Anda sanggup melihat rakyat huru hara dan bergaduh sesama sendiri semata-mata untuk anda duduk di kerusi Perdana Menteri. Sudahlah anda tidak berdaftar sebagai ahli PKR, anda juga gagal mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan yang sah (mengambil kira anda ketua pembangkang).

Rumusan OnDaStreet berdasarkan situasi semasa: Kisah-kisah yang terbit dan penipuan yang timbul adalah disebabkan epal-epal (pemimpin) busuk dari kalangan mereka sendiri. Tidak perlu menyalahkan orang lain selain daripada diri mereka sendiri, berubahlah daripada diri sendiri…

Serius…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s