ESQ Sudah Menyeleweng???


Begitulah persoalan yang timbul apabila saya membaca artikel di blog Suara Jagat. Antara benar atau tidak, saya melihat sendiri link yang telah diberi. Fatwa tersebut boleh dibaca di sini.

Suara Jagat juga pernah menulis berkenaan ESQ tidak lama dahulu.

Sememangnya ini suatu yang mengejutkan (tetapi mungkin tidak begitu bagi OnDaStreet setelah mendengar pengalaman beberapa sahabat yang pernah menyertai ESQ). Tidak begitu terkejut kerana cara sesi ESQ itu dijalankan dan butir sesetengah sesi yang dijalankan bagi saya agak menghairankan. Mungkin tidak begitu berminat menyertainya (dengan gambaran yang diberi), tidak tergerak untuk bersoal jawab lebih lanjut.

Benar, ianya membantu sesetengah peserta, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Jika benar ianya tidak menyimpang, masakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan boleh mengeluarkan fatwa tersebut tanpa usul periksa. Entahlah…

Mungkin, ada diantara pembaca pernah menyertai kursus tersebut boleh berkongsi pengalaman anda di blog ini. Jika boleh, khabarkanlah dari mula sehingga ke akhirnya.

Jika ianya tidak menyimpang, khabarkan kenapa ianya tidak.

Jika ianya menyimpang, kongsikan bersama kenapa.

Pesanan saya untuk diri sendiri dan para pembaca – janganlah diterima bulat-bulat. Benar, ilmu kita mungkin tidak setinggi mana, akan tetapi, malu bertanya, sesat jalan. Ditambah pula ramai yang mengaku lebih tahu dan arif daripada yang lain, kita perlu lebih banyak bertanya dan belajar. Cuma kalau boleh, janganlah disentuh bab politik, lebih-lebih lagi selit sekali nama Tok Guru Nik Aziz, Tn Haji Abdul Hadi, DS Najib, dan barisan pemimpin politik beragama Islam ini.

Apa, kalau ceramah agama, tak sahkah kalau tidak sentuh politik???

Soalan OnDaStreet: Siapa kata ESQ tidak menyeleweng dan siapa kata ianya menyeleweng? Kenapa anda kata begitu?

23 thoughts on “ESQ Sudah Menyeleweng???

  1. salam..

    sebaik2nya tuan menjadi peserta dan alami sendiri..

    hidayah Allah datang dalam berbagai bentuk & rupa dari dulu hingga sekarang &

    bukan setakat diatas sejadah @ d masjid saja..

    moga tuan melihat dari mata hati bukan dari mata kasar atau sangkaan2 belaka..

    tapi kalau ditakdirkan hidayahNYA tak sampai pada tuan & rakan2 tuan..

    maka, berfikirlah dengan minda.. dan anggaplah rezeki antara kita tak sama..

    ….angkatan KL39

    ODS: Ya, taufik dan hidayahNya boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara…

    cuma.. saya tertarik dengan cara anda mengatakan “tapi kalau ditakdirkan hidayahNYA tak sampai pada tuan & rakan2 tuan..

    maka, berfikirlah dengan minda.. dan anggaplah rezeki antara kita tak sama..

    Apakah dengan minda sahaja cukup? Bukankah lebih elok saudara mendoakan kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya?🙂

    1. tuan.

      memang didalam doa kita diajar menyebut untuk muslimin & muslimat seluruhnya setiap hari.. maksud saya d sini ialah hanya doa shja yg mampu d beri.. taufik hidayahNYA atas restuNYA
      dan hanya org2 terpilih olehNYA.. tetapi kalau sudah dibutakn hati olehNYA nak buat macamana?? sudah itu ketentuanNYA.. setuju?

      dan rujuklah Al-Quran dan gunakan minda sebab itu saja kelebihan kita dari makhluk2 lain. senang cerita ‘ pikir sendiri’ & esok bila mati sendiri gak yg jawab.. setuju?

      dan nasihat saya & doa saya agar tuan dapat rasai pengalaman esq..
      kemudian baru kita sembang @ gebang lebih2

      p/s; saya tidak fanatik @ taksub pada esq, tetapi pada ayat2NYA

      ODS: Tiada salahnya teruskan berdoa dan berusaha, walaupun yang menentukan itu Allah jua. Jika buta hatinya, doakan dicelikkan. Jika hitam hatinya, putih bersihkanlah hatinya.. bukankah seharusnya begitu?

      Benar, bila mati sendiri jawab, tetapi selama kita masih hidup, sama-samalah berpesan-pesan dan saling mengingatkan…

      Dan saudara, tidak semestinya hidayah Allah datang melalui ESQ. Banyak cara dan keadaan kita boleh diberi petunjuk. ESQ bukan satu-satunya cara.. setuju?

      Dan saudara perlu juga diperingatkan, bukan saya yang mengeluarkan fatwa ESQ menyeleweng. Saya menulis daripada perspektif neutral kerana saya tahu ramai rakan yang pergi, namun ada yang memberitahu kelainan dan kemusykilan semasa menghadirinya.

      Mungkin, saudara juga boleh berkongsi apa yang saudara tahu. Tak bolehkah digebangkan disini? Setahu saya, dakwah dan pesanan tidak terhad dalam kelas /sesi ESQ sahaja.🙂

      1. yang sebaik2nya, kita sndiri ‘direct’ berdoa untuk kacamata hati kita. untuk mencorak hati adalah diri sndiri.. tak perlu bergantung pada orang lain,setuju?

        setuju dan tidak saya katakan hidayahNYA hanya pada esq..(rjuk ulasan pertama saya)..
        bagi saya, esq salah satu platform dari banyak2 pltform.. platform kepimpinan diri dan tidak langsung untuk masyarakat..

        yang baik dari DIA, yg buruk dari kita
        dan terimalah kenyataan hari ini yg tidak semua peserta beroleh jawapan sama.. begitu juga, tidak semua yang beroleh hikmahNYA..

        nasihat & doa saya, sebaik2nya tuan sertai & alami esq itu sendiri dari hanya mendengar.. itulah perkongsian saya

        tqvm

        ODS: Tidak mengapalah bojack.. anda sendiri katakan, hidayah Allah tidak semesti melalui ESQ.. oleh itu biarlah saya dengan cara saya sebagaimana biasa ke masjid-masjid dan ke surau-surau mendengar ceramah.

        Namun, saya masih tertunggu anda berkongsi pengalaman anda dengan ESQ. Tidak sudikah berkongsi? Atau ada syarat tidak boleh dikongsi diluar sesi ESQ?

  2. pengalaman amat luar biasa & program yang terbaik dari yg baik2 bagi saya… untuk d ceritakan tidak akan sama feelnya..
    tuan sebaik2nya jadlahi peserta & rasakan sebak dada serta lapang dada kita.. ketahui kejadian2NYA yang selama ini kita hanya tahu tapi tidak bersyukur.. kenal Allah tapi d mana kecintaan padaNYA?? yang sebenarnya kita lalai & leka.. dan adakah amal & ibadat kita selama ini d buat atas sebab cinta padaNYA atau terpaksa.. maka, kita nilaikanlah sendiri !!

    alquran,asmaul husna, hadis, rukun iman & rukun islam adalah isi2nya esq
    TQ..

    ODS: Lain benar nada saudara.. sebelum ini saudara tulis “p/s; saya tidak fanatik @ taksub pada esq, tetapi pada ayat2NYA”.. akan tetapi, sudah beberapa komen saudara mengajak menyertai ESQ..

    Mungkin rasanya tidak sama, tetapi sekurang-kurangnya berikanlah gambaran ESQ itu bagaimana. Susah sangatkah berkongsi perkara yang baik, apatah lagi mentauhidkan Allah? Apakah ianya tidak boleh dikongsi di luar sesi ESQ? Dakwah jenis apakah itu?

    Kongsikan dengan pembaca OnDaStreet, sebagaimana yang disarankan di artikel ini. Artikel ini ditulis dengan tujuan memberi ruang untuk ditunjukkan ESQ itu tidak menyeleweng. Setidak-tidaknya peserta yang sudah pergi boleh mempertahankan kebaikan ESQ.

    Susah sangatkah???

  3. subhanallah.. fanatik pula…perumpaannya mudah saja bt ods, kalau hang nak tau rasa kari, perlukah lidah saya yang merasakan kari untuk hang?? kalau hang lapar, perlukah saya kenyangkan perut saya untuk hang??

    saya mengajak supaya hang rasakan sendiri ilmu2 yg ada, kemudian baru hang boleh ulas & kupas.. adilkan??
    boleh juga kita tukar pendapat.. ini cerita ilmu & boleh salah tafsir kalau salah penerimaan,,, ini bukan cerita pasal roti canai mana yg sedap, kedai mana yg bagus..

    ODS: Benar, tetapi boleh sahaja rasa kari itu diterangkan. Contoh: Kari itu boleh jadi pedas bergantung kepada pekat atau banyak serbuk kari yang digunakan. Bukan susah sangat…

    Beginilah, jika saya meminta saudara menerangkan apakah itu matahari… apakah perlu saya ke matahari untuk tahu apa itu matahari?

    Bagaimana jika saya ingin mengetahui bagaimanakah agama Kristian, apakah perlu saya menganut agama Kristian untuk tahu apa itu agama Kristian? Tidak semestinya, bukan?

    Oleh itu, penjelasan dan perkongsian ilmu bukan terhad kepada mengalaminya sendiri wahai bojack..

    Apatah dakwah Islam untuk mentauhidkan Allah tidak terhad kepada kelas ESQ sahaja…

    Disinilah permintaan saya, kongsikan pengalaman anda. Susah sangatkah untuk berkongsi pengalaman? Jika tidak sudi, katakan sahaja.. tidak perlu berbolak balik…

    Terima kasih.

  4. kari itu ciptaan manusia.. matahari itu ciptaan tuhan…perbandingan logik ke?? begitu juga agama??

    perkongsian setakat ini sahaja yang mampu d beri pada tuan..

    ‘we just dont know, what we dont know’

    salam

    ODS: Dan ESQ adalah kursus yang diusahakan oleh manusia… oleh itu, tidak semestinya wajib atau harus ke ESQ untuk tahu.. bukan?

    Saya perhatikan anda masih gagal berkongsi pengalaman ESQ anda. Apakah susah untuk berkongsi?

    Saya bangkitkan untuk memahami agama Kristian itu kerana itu agama. Dan anda tahu itu agama itu sudah bukan lagi mentauhidkan Allah, walaupun anda tidak menganutnya. Bagaimana anda tahu? Kerana kita diberitahu dan diperjelaskan kenapa.

    Ini sebab mengapa saya minta anda memberitahu kami kenapa ESQ tidak menyeleweng.. ini peluang dan ruang anda, dan saya tidak menghalang.. malah saya menggalakkan anda berkongsi pengalaman.

    Terima kasih.

  5. Salam

    Betul kata bojack tu, kalo nak tulisan kita dijadikan amalan mulia, Elok ODS alami sendiri dan tahu siapa yang fitnah siapa.

    Di Msia segalanya cerca merba dan tungang langgang. Mungkin kah ini balasan kepada manusia manusia yang Allah uji dengan sedikit muasa dan kuasa di gunakan bukan untuk meninggikan syariah ayat ayat Allah

    Pada waktu ini para kakitangan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) mendapat banyak pertanyaan dari para alumni ESQ serta orang ramai di seluruh Negara tentang beberapa isu berkaitan dengan status pelaksanaan ESQ Training di Malaysia.

    Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh Negara kecuali di Wilayah Persekutuan. Pada 17hb Jun YBSS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta Kerajaan bilangan P.U. (B) 276 yang hanya terhad untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Buat masa ini kami masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan ESQ Training.

    Latihan ESQ dan program-program kerjasama ESQ di semua negeri lain berjalan seperti biasa. Kami juga terus menyokong program anjuran Jabatan-jabatan Mufti seperti baru-baru ini di program Seminar Falak di Pulau Pinang di bawah anjuran Jabatan Mufti, program prihatin di bawah Corporate Social Responsibility (CSR), ESQ Training Remaja bersama-sama anak yatim di Negeri Perak dan yang sedang berlangsung selama 13 minggu (bermula 15 Jun 2010) adalah kerjasama ESQ bersama dengan TV9, ”Halaqah Sentuhan Qalbu”. Melalui program kerjasama ini, gabungan para ulamak, pakar motivasi di negara ini dan jurulatih ESQ telah membawa satu sinergi baru di dalam usaha membantu transformasi karakter masyarakat di negara ini.

    ESQ telah ditubuhkan di Malaysia sejak 18 September 2006 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan latihan modal insan menggunakan Model Pembentukan Karakter, The ESQ Way 165. Ia diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian , Penulis Buku “ESQ Power” dan Pengasas ESQ Training. ESQ terus komited melaksanakan pengukuhan dalaman dengan melancarkan program kualiti, syarikat patuh syariah, MS 1900:2005. Seiring dengan komitmen kualiti mengikut piawaian Malaysia ini, ESQ telah menubuhkan Panel Syariah dan Akidah mulai September 2009 yang pada waktu ini dianggotai oleh:

    1. Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di dalam mengendalikan urusan agama. Dato’ Mustafa adalah Pengerusi Panel Shariah dan Akidah ESQ
    2. Tan Sri Abdul Kader Talip yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai selama 38 tahun di dalam mengendalikan urusan berkaitan agama
    3. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang merupakan Mantan Mufti Kedah mempunyai pengalaman selama 39 tahun di dalam kehakiman syarie dan urusan agama
    4. Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor berpengalaman selama hampir 40 tahun di dalam urusan agama
    5. Dr Adnan Mohd Yusoff , Dekan Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia

    Modul pembinaan insan, The ESQ Way 165 ini telah diuji kesannya ke atas transformasi karakter diri bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di benua-benua lain di Eropah dan Negara-negara seperti di Amerika, Australia, Jepun dan Madinah. ESQ mendapati, hasil pengalaman dan penilaian melaksanakan latihan ke atas hampir sejuta orang di seluruh dunia, perubahan atau transformasi diri yang hakiki hanya boleh berlaku apabila dihubungkan dengan Allah SWT, Yang Maha Pencipta. Justeru itulah modul ESQ Leadership Training menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. ESQ komited melakukan pembaikan berterusan bagi melahirkan pakej latihan pembangunan insan yang menyajikan penyelesaian holistik dan Islamik yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah bagi menangani krisis kehidupan hari ini.

    Gabungan kepakaran dari Indonesia dan Malaysia di dalam bidang pembangunan insan ini diharapkan dapat membentuk sebuah packaging latihan milik nusantara yang boleh bersaing di peringkat global. Sebagai makluman tambahan kepada para alumni yang belum mendapat informasi tentang pengiktirafan badan-badan Islam di Indonesia, maka sukacita dimaklumkan bahawa di Indonesia, ESQ telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi Islam seperti Majelis Ulama Indonesia, Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bahawa ESQ tidak bercanggah dengan syariat Islam.

    Seramai 8 orang Mufti dan Timbalan Mufti dari 8 Negeri telah menghadiri training ini dan telah memberikan respon yang positif tentang ESQ.

    ESQ sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen terutamanya dari ulamak dan cendikiawan Islam berhubung kursus ESQ bagi penambahbaikan untuk manafaat ummah. ESQ bersama dengan barisan panel Syariah dan Akidahnya akan menjelaskan sekiranya ada kekeliruan yang timbul dari masa ke semasa.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Panel Syariah dan Akidah ESQ :

    1. YBhg. Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah) – 012 429 1789 begin_of_the_skype_highlighting 012 429 1789 end_of_the_skype_highlighting

    2. YBhg. Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot (Mantan Mufti Johor) – 019 770 4251 begin_of_the_skype_highlighting 019 770 4251 end_of_the_skype_highlighting

    Atau pihak pengurusan ESQ:

    1. Marhaini Yusoff, Pengurus Besar – 013 359 3165 begin_of_the_skype_highlighting
    013 359 3165 end_of_the_skype_highlighting (e-mail: marhaini_165@yahoo.com)

    2. Mohamed Razib Abu Bakar, Timbalan Pengerusi – 019 222 5222 begin_of_the_skype_highlighting 019 222 5222 end_of_the_skype_highlighting (e-mail: esqrazib@yahoo.com)

    – Tamat –

    ODS: arah.. fitnah??? Sila baca sekali lagi dimana saya memfitnah? Artikel ini memberi ruang kepada yang merasakan ESQ itu tidak menyeleweng memberi penjelasan. Kerana itulah tajuk artikel ini diletakkan tanda soal dihujung tajuk.

    Sila baca semula dan tunjukkan bahagian mana yang saya memfitnah.. jika tiada, saya harap anda perbetulkan kembali kenyataan dan persepsi anda.

    Terima kasih.

  6. Salam

    Sekiranya ingin diri di kasihi Allah dan tak terlibat dengan fitnah, jangan membodohkan diri dengan mempercayai dan takliq buta tulisan Suara Jagat

    Redha siapa yang anda cari???

    Bekas mufti Johor: Mufti Wilayah tidak wajar haramkan ESQ

    TERKINI @ 03:06:32 PM 09-07-2010Oleh Syed Mu’az Syed Putra July 09, 2010
    KUALA LUMPUR, 9 Julai — Barisan Panel Syariah ESQ Leadership Center mempersoalkan tindakan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengharamkan program motivasi kendalian syarikat itu berkuat kuasa bulan lepas.
    Salah seorang anggota panel itu, Datuk Noh Gadut mempertahankan tiada unsur penyelewengan dalam program syarikat itu kerana barisan Panel Syariah yang ditubuhkan sejak September lalu berfungsi untuk memantau dan menasihati perjalanan ESQ Leadership Center dari semasa ke semasa.

    “Sebagai seorang bekas mufti perlu ada etika disiplin yang harus dilaksanakan untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

    “Ada beberapa etika yang sepatutnya menjadi panduan bagi seorang mufti ataupun ulama terutamanya ketika bercakap,” kata beliau yang juga bekas mufti Johor.

    Pandangan itu juga selari dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dikeluarkan di Ipoh hari ini.

    Kata beliau program itu tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan.

    Beliau berkata program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.

    Menurutnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lepas memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

    Bekas mufti Johor seterusnya menegaskan seorang ulama perlu bertindak dalam memberikan dakwah melalui bimbingan dan nasihat bukannya menghukum sebagaimana disaksikan dalam kes ESQ sekarang.

    “Tugas dakwah bukan untuk menghukum, jadi sebagai ulama kita perlu berhati-hati ketika bercakap.

    “Jadi dakwah adalah untuk membimbing dan menasihati bukan menghukum. Selain itu seorang ulama tidak boleh ada sifat hasad dengki kerana ia boleh membawa kepada berlakunya fitah,” katanya ketika sidang media ESQ Leadership Center di sini.

    Fatwa pengharaman terhadap pelatihan ESQ dikeluarkan oleh Wan Zahidi yang mencakupi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

    Beliau merupakan satu daripada 14 mufti yang ada di negara ini.

    Wan Zahidi yang mengeluarkan fatwa bulan lalu bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh syarikat berkenaan dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

    Sehubungan itu Noh menegaskan, seorang ulama perlu mencari keadilan dan kebenaran bukannya mencari populariti.

    “Kita mesti memberikan khidmat nasihat dengan baik malah perlu berusaha untuk merapatkan jurang hubungan.

    “Selain itu, sebagai ulama kita perlu tegas dalam mencari keadilan dan bukannya mahu mencari populoriti.

    “Ini kerana padangan yang disampaikan melibatkan orang awam, jadi ulama perlu mengelakkan daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah,” katanya.

    Selain Noh, panel syariah tersebut turut terdiri daripada Datuk Mustafa Abdul Rahman (bekas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Tan Sri Abdul Kader Talip (bekas mufti Wilayah Persekutuan), Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim (bekas mufti Kedah) dan Dr Adnan Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia).

    Noh berkata segala keputusan yang hendak dibuat sepatutnya perlu melalui perbincangan meja bulat bukan bersendirian.

    “Ini kerana pandangan dua orang lebih baik daripada seorang dan pandangan tiga orang lebih baik daripada dua orang.

    “Jadi kita tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian. Selain itu perlu juga ada keterbukaan iaitu perlu menghormati orang lain.

    “Jangan bertelagah, nanti kita berpecah dan pihak yang berkepentingan pasti akan mengambil kesempatan,” katanya.

    Syarikat berkenaan mengendalikan latihan modal insan, dengan menggunakan kaedah yang melibatkan intelektual, emosional dan spiritual.

    Program itu disediakan dengan aktif di beberapa negara di Asia dan Eropah, termasuk di Malaysia sejak 2006.

    Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sentiasa memantau program-program motivasi yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak berlakunya kerosakan akidah.

    Jamil menjelaskan jabatan-jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jakim sedang menyiasat perkara itu meskipun penguatkuasaannya tidak melibatkan negeri-negeri lain.

    Sementara itu, Mustafa berkata panel tersebut manyangkal dakwaan bahawa wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program motivasi syarikat itu.

    Beliau berkata sehingga kini Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak menghalang pelaksanaan ESQ dan program tersebut berjalan seperti biasa di 13 negeri selain Wilayah Persekutuan.

    “Panel syariah ESQ juga menghadiri dan memantau program ESQ dari semasa ke semasa.

    “Malah pihak panel turut menyemak buku utama ESQ dan selepas meneliti panel mendapati ia tidak membawa ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

    “Oleh yang demikian kami barisan panel menyokong sepenuhnya perjalanan program latihan ESQ di seluruh Malaysia dan menyangkal dakwaan oleh pihak tertentu,” katanya.

    ODS: arah, yang keluarkan fatwa itu Mufti Wilayah Persekutuan, bukannya suara jagat. Dan saya menulis artikel ini untuk memberi ruang kepada sahabat seperti bojack ini menjelaskan apa yang didakwa seleweng oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Cuma, keenganan bojack berkongsi pengalamannya membuatkan saya sedikit kecewa.

  7. ods,

    apa yang hang nak tahu bab agama @ tauhidNYA ni?? jangan cerita bab agama je, bab macamana kejadian hang dari air mani pun ada.. nak tahu tang mana?? apa kata hang p suluh2 6666 ayat Al-Quran,, macam2 ada.. tapi hang kena dengan tafsir laa.. jangan hang baca arab je tapi x paham..

    kenapa laa hang ni x faham bahasa.. tang mana lak orang tulis hang fitnah esq?? cuba baca betul2!!
    bukan ke saudara arah pesan kat hang supaya p jadi peserta & rasai serta ketahui program kepimpinan esq..

    > salahkah program kepimpinan yang menyeru pada 1- Allah 6-rukun iman 5-rukun islam??
    > salahkah untuk berteraskan Asmaulhusna bagi dihayati dalam kehidupan hari2?
    > salahkah mengingatkan siapa & apa tujuan kita dihidupkan oleh Allah?
    > salahkah mengambil sejarah nabi2 & sahabat2 untuk diteladani kecintaan & pengorbanan mereka pada Allah??
    > salahkah program kepimpinan digabung dengan agama Allah??
    > salahkah mengambil iktibar dari segala kejadian Allah di langit, bumi & angkasaraya??
    > salahkah menjadikan kejayaan makhluk Allah yang bukan Islam sebagai sempadan & pengajaran bagi yg Islam?
    > salahkah membangkitkan & menyinarkan NUR Islam yang telah pudar sepudarnya pada kita semua??
    > salahkah mengajak & mengajar supaya kepatuhan pada Allah itu menjadi lebih kuat?
    > salahkah untuk menunjukkan yang kepimpinan diri kita selama ini goyah, leka & lalai untuk berdepan Penciptanya?

    Bagi pendapat aku sendiri, esq sebenarnya BUKAN program berbentuk agama tetapi beracuankan Islam.. dan hanyalah 1 program kepimpinan diri seperi juga Biro Tatanegara.. bezanya, esq menyentuh seluruhnya dari iq=intelektual, eq=emosi & sq=spiritual/rohaniah..

    semoga kita bertanya kembali pada diri sendiri.. apakah yang kita buat selama ini padaNYA, “atas dasar apa”??? Cinta, hukum, setia, patuh atau lain2..

    ODS: arah menyebut siapa fitnah siapa, yang mana seperti artikel ini memfitnah. Padahal artikel ini memberi ruang untuk raong seperti anda yang beria-ia mempertahankan ESQ.

    Saya cuma minta awak berkongsi apa yang dilakukan dalam ESQ. Susah sangatkah? Berikan hujah kamu untuk menyangkal kenapa ESQ tidak seleweng. Bukannya suruh saya alami sendiri.

    Apakah jika orang bukan Islam itu mahu tahu apa itu Islam, kamu suruh dia masuk Islam dahulu? Itu rasional artikel ini.

    Sila baca betul-betul artikel ini. Terima kasih

    1. satu lagi bojack,
      Kenapa nada anda seolah-olah anda begitu marah? Padahal saya memberi ruang untuk anda menjelaskan apa yang betulnya ESQ dan salahnya fatwa Mufti Wilayah Persekutuan tersebut.

      Teruk sangatkah permintaan saya?

  8. wah…
    nampaknya ada orang kata SJ bertaklid buta…sedangkan sudah amat jelas fatwa tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Ingatlah kata-kata saya ini sampai bila-bila demi menjaga akidah kita :

    “sekiranya perkataan God di dalam Bible (yang wujud pada hari ini) digantikan dgn kalimah ALLAH, ia tidak bermakna Bible itu adalah kitab ALLAH atau firman-NYA. Ia tidak menjadikan Bible itu suatu yang benar, sekalipun jika ada pihak menulis ayat al-Quran di dalamnya.”

    Apakah kalian rela memakan nasi ayam yang di masak oleh seorang muslim sedangkan ayam tersebut disembelih oleh seorang yang beragama buddha, hindu atau kristian?
    Apakah kerana anda membaca doa makan dan basmalah sebelum menyuap makanan tersebut ke dalam mulut menjadikan ayam itu halal?
    apakah kerana anda kenyang memakannya, bermakna makanan itu adalah halalan toyyibah dan mendapat keberkatan ALLAH?

    bacalah juga komen Ustaz Aizam di blog : http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/komen-peribadi-tentang-fatwa-esq-mufti.html

    wallahu’alam

  9. buat semua,

    hanya 1 mufti kata sesat, tapi ada lagi 13 duk menyokong..

    jaringan final setakat ni 1-13… terima saja jawapan & kenyataan bt esq

    untuk sj lagi,

    aku tahu hujah n ilmu hang lagi bagus dari mufti2,, dan siapalah kami?

    ods,

    terima kasih atas web anda,, dan mohon maaf semuanyaf!! Allah Rahman Allah Rahim..

    ODS: Aduhai… nampak gaya pembaca tidak akan tahu bagaimana ESQ yang didakwa sebagai seleweng itu tidak benar..

    Terima kasih kerana sudi bersinggah di blog ini.🙂

  10. Mufti Perak: ESQ tidak canggah ajaran Islam
    July 09, 2010IPOH, 9 Julai — Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

    Beliau berkata program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.

    Menurutnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lepas memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    “Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti-mufti seluruh Malaysia telah bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

    Harussani berkata pengasas ESQ, warga Indonesia Ary Ginanjar Agustin juga dipanggil menjelaskan beberapa perkara dan perkataan yang kurang jelas dan menimbulkan kekeliruan berikutan buku ESQ yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia.

    “Kita (Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) berpuas hati dengan penjelasan (beliau) bahawa (ESQ) tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman liberalisme dan pluralisme,” katanya.

    Beliau berkata jawatankuasa itu turut menasihati ESQ supaya membentuk panel syariah dan syarikat itu melantik beberapa bekas mufti sebagai anggota panel itu.

    ESQ menubuhkan panel syariah dan akidah yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mustafa Abdul Rahman untuk memantau, menasihat dan menambah baik modul latihannya.

    Harussani juga berkata beberapa mufti turut berjumpa dengan beberapa ulama Indonesia untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program itu selain Majlis Ulama indonesia sendiri memperakui program itu baik.

    “Modul program (ESQ) baik dalam menyedarkan peserta kepada ketuhanan, Islam dan peradaban,” katanya.

    Program itu telah disertai 65,000 orang termasuk orang kenamaan, korporat, pegawai kerajaan serta tokoh-tokoh agama termasuk beberapa orang Mufti. — Bernama

  11. Muftis at odds over ESQ

    By Asrul Hadi Abdullah Sani

    July 09, 2010KUALA LUMPUR, July 9 — Former Johor Mufti Datuk Nooh Gadot defended the Emotional Spiritual Quotient (ESQ) leadership centre today, after a decision by the Federal Territory Islamic Affairs Council’s decision to declare it “haram” sparked a row about the suitability of its motivational programme for Muslims.
    “The role of ulama (religious scholars) is to preach and not give judgment. The Prophet has reminded us of this very clearly,” Nooh told reporters during a press conference today.

    The member of ESQ’s Syariah panel explained that according to a “hadith” (Prophet’s sayings), the Prophet said that a man who wrongfully accuses his fellow Muslim as a non-believer will in turn become a non-believer himself.

    The Syariah panel supervises and monitors ESQ’s training sessions and ensures that it does not contravene Islamic teachings.

    Nooh was responding to the “fatwa”, or religious edict, made by the Federal Territories Mufti Datuk Zahidi Wan Teh.

    Zahidi issued the “fatwa” banning ESQ on the grounds that its training breached Islamic teachings and “supports liberalism by making free interpretation of the Quran and [supports the concept of] pluralism in religions, which says that all religions are the same and true”.

    He also denounced the training for using logic as the main reference instead of the Quran and Sunnah or prophetic tradition.

    The ESQ leadership centre is a personal development programme integrating the use of intellectual quotient, emotional quotient and spiritual quotient based on Islamic teaching.

    It was founded by Indonesian ulama, Dr Ary Ginanjar Agustian, and was established in Malaysia in 2006.

    Only muftis from Penang, Perak, Kedah and Pahang have approved the training conducted by ESQ.

    Earlier today, Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria also denied ESQ was un-Islamic and said its programmes had nothing to do with liberalism or pluralism.

    He also pointed out that the National Fatwa Council had found that ESQ was not against recognised Islamic teachings.

    In his thinly veiled attack on the FT mufti, Nooh said today that the role of ulama was to preach, advise, and lead the community, but not to pass judgment.

    Nooh said that ulama must be tolerant and open to discussion.

    “That is why we must be careful because as ulama and scholars, we must be humble and careful of our knowledge,” he said.

    Nooh stressed that ulama must not have malicious intent and should not make false accusations.

    “There must be consultation before any decision is made but two opinions are better than one and obviously 14 opinions are better than two. Ulama must search for truth and justice,” he said.

    He added that ulama must not be selfish and only consider personal interests, but should make decisions based on public good.

    “We must follow popular opinion. Our role as ulama is to close the differences and not widen it. An ulama must be transparent in his actions. We must be able to accept and respect the opinion of others,” he said.

  12. MUI rebuffs Malaysian fatwa on ESQ

    Arghea Desafti Hapsari, The Jakarta Post, Jakarta | Thu, 07/08/2010 9:57 AM | National
    A | A | A |

    The Indonesian Ulema Council (MUI) has denounced an edict issued by a Malaysian mufti declaring Islamic-based motivation and training methods developed by an Indonesian heretical.

    MUI chairman Amidhan told The Jakarta Post on Wednesday the fatwa issued by a Malaysian mufti to declare the widely-popular Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) training program heretical was “exorbitant”.

    “The ESQ method is very advanced and extraordinary. Those who issued the fatwa are just not ready [for such methods],” he said.

    The ESQ is a multimedia training program that encourages personal growth in leadership, well-being and Islamic spiritual values. It was developed by Indonesian Ary Ginanjar Agustian.

    Mufti for the Federal Territories of Malaysia, Wan Zahidi Bin Wan Teh, issued a fatwa last month banning the training, which he deemed to be a breach of Islamic teaching. The federal territories include Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan.

    In a website http://www.muftiwp.gov.my, Zahidi says the training “supports liberalism by making free interpretation of the Koran and [supports the concept of] pluralism in religions, which says that all religions are the same and true”.

    The mufti, or professional interpreter of sharia law, also says ESQ combines Islamic teachings with other religious teachings, including Jewish and Hindu.

    He also denounces the training for using logic as the main reference instead of the Koran and Sunna.
    Amidhan said the ESQ training welcomed participants from all religions. “That does not mean it embraces pluralism in religions,” he added.

    He also said the training used several principles taught in various teachings, such as the traditional code of the Japanese samurai, Bushido, to be applied as management principles.

    “It is, after all, a training on management and human resources, not an event to preach, although there are those who convert after taking part in it,” he told the Post.

    Head of ESQ President Director Office, Dwitya Agustina, said only one mufti has declared ESQ forbidden while muftis from 13 other states have no problem with the training.

    “A hearing attended by all the muftis and Ary on June, 16, concluded that the 13 muftis would not [issue] a haram edict on the training. The mufti for federal territories, however, did not attend the meeting and issued the fatwa without ever meeting with Pak Ary to explain,” Dwitya said in a written statement.

    More than 850,000 Indonesians and 65,000 Malaysians have attended ESQ trainings. The method has been recommended by two of the biggest Muslim organizations in the country; Muhammadiyah and the Nahdlatul Ulama.

    Dwitya said the edict issued by Zahidi has made some of the alumni wary.

    “Many have called the office asking for an explanation,” she said, adding that no scheduled trainings, other than those to be held in Malaysia’s federal territories, have so far been canceled following the news.

  13. assalamualaikum wm wbr, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih pada ods sebab memberi ruang kepada alumni utk menerangkan tentang esq, mengapa tidak boleh dikatakan menyeleweng. Ini usaha yg sungguh mulia dan baik. Kepada alumni esq, jangan lepaskan peluang ni… walaupun saya sebagai alumni sangat faham, ia sesungguhnya adalah sebuah pengalaman, memang susah nak diceritakan. macam org makan durian, nak cerita enaknya durian, kan susah… kena makan sendiri. tapi jangan lupa, ada juga orang yg tak suka durian… bau je dah nak pengsan : ) so… itu rezeki masing2. tak suka durian, mungkin rezeki kat buah yg lain. Inilah indahnya ciptaan Allah kalau kita saling menghargai dan saling memahami.

    Dengan nama Allah, saya cuba ceritakan sedikit apa dia training esq ni dan mengapa ia tidak sepatutnya diharamkan (bagi saya). Training ni untuk dewasa, berlangsung selama 3 hari. dari jam 8 pagi sampai 7 mlm. Break pagi, break zohor + lunch, break asar + minum petang. selebihnya adalah masa modul disampaikan. Kalau tak salah saya semua modul ada 20. Ia ibarat sebuah kisah yang dibahagiakan bebeapa episod supaya ble dihadamkan peserta dengan baik.

    hari pertama training bermula dengan modul outerjourney. Peserta dibawa melihat teori2 sains yg menceritakan tentang penciptaan alam semesta ini, hingga kepada penemuan terakhir bahawa bumi ini dulu adalah padu kemudian terpisah dari satu ledakan yg dipanggil oleh sainstis sebagai teori bing bang. Ramai orang mengkagumi penemuan saintis ini… tetapi di modul ini disampaikan bahawa hal ini telah diceritakan oleh seorang lelaki ummi 1400 tahun yg lalu… apakah mungkin seorang lelaki ummi boleh menceritakan kisah penemuan sains yg terbukti di abad moden ini? Namun, ia ternyata sudah diucapkannya iaitu melalui ayat al Quran surah …. Apakah mungkin itu ayat itu kata2 manusia? Tidak mungkin, Jika tidak mungkin, itu kata-kata siapa? Ayat Al Quran bukan kata-kata Muhammad tetapi adalah kata-kata Allah… peserta menangis apabila keyakinan itu masuk ke hati mereka. Selama ini ramai yg juga mengetahui kebenaran al quran ini tetapi, tidak merasainya, tetapi apabila ia dibuktikan di depan mata dengan metode penyampaian yg sangat menyedarkan, ada peserta yg terus sujud syukur menginsafi kealpaan mereka… setelah peserta meyakini Allah itu wujud, kemudian peserta dibawa melihata betapa luas alam ini… the milky way… jutaan matahari yg ada… galaksi hingga peserta menangis merasa betapa agung dan besarnya ciptaan Allah… dan betapa kerdihnya manusia yg selama ini merasa sombong dan angkuh berjalan dimuka bumi… kemudian peserta dibawa melihat bahawa seluruh alam ini bergerak, bertawaf pada garis orbit yg sama gerakannya seperti orang bertawaf di kaabah… sesungguhnya semua makhluk tunduk patuh pada Allah… dengan paparan ayat2 Al Quran itulah yg membuatkan kami peserta menangis dan insaf… itu modul pertama…. panjang ni nak cerita…

  14. modul kedua innerjourney… peserta ditrain bagaimana membezakan emosi dengan suara hati. kemudian peserta dibawa merasakan kisah2 yg menyentuh hati supaya dapat membezakan mana emosi mana suara hati. Emosi sebenarnya adalah radar untuk memberitahu ada suara hati yg tersentuh. Dibawa kisah ibu hingga peserta menangis, merasa rindu pada ibu… kemudian di tanya, apakah sebenarnya yang kamu rindukan pada ibumu? Fizikalnya atau sifat kasihnya? TEntulah sifat kasihnya… siapakah yg Maha Pengasih itu? Siapakah yg meniupkan sifat penyayang di hati ibumu? Sesungguhnya siapa yg kamu rindukan? Saat ini saya sebagai peserta baru tersedar… ya Allah… benar, ibu yg menyayangi saya sangat saya rindukan… tapi bagaimana Allah yg Maha penyayang, yg jutaan kali lebih menyayangi saya… yg memberikan sifat penyayang di hati ibu hingga mampu menyayangi saya… mengapa saya lupakan? ya Allah… (ni sikit je mampu saya ceritakan… sebab dia pengalaman… bukan syarahan. Jadi lain. Tak sama saya cerita dengan anda rasakan… )

    hem akhirnya dari modul ini peserta diharap akan menyedari bahawa Allah itu sesungguhnya yang semua manusia rindu dan inginkan. Manusia mencari kedamaian, ketenangan, keindahan, kebesaran… hakikatnya manusia mencari Allah…

    ini cth dua modul yg setiap modul yg membawa peserta mendekat kepada Penciptanya. Tapi tak ble nak cerita semuanya… tak aci la… kena datang sendiri baru pengkaji tulen broder…

    tapi secara ganeral, 3 hari training ni akan diceritakan tentang 165. I ihsan… (keyakinan yg masuk kedlm hati kepada kewujudan Allah), 6 Prinsip yg diambil dari 6 rukun Iman dan 5 action dari 5 rukun Islam. nanti ada masa, saya sambung lagi ya…

  15. kpd semua alumni esq x payah beri respond di sini. Dari cara ODS ni menulis di atas kita sudah tahu dia mmg bertanggapan negetif terhadap esq ini. Jadi walau diterang bagai mana pun dia akan menempelak esq ini (saya nampak dari tulisan dan respond2 anda di atas). Kalau rasa x berminat, tepuk dada tanya selera, semua ni tiada paksaan.

    ODS: Menempelak? Aduhai saudara… jika ya saya cuba memberi tanggapan negatif untuk setiap satu komen yang menyokong ESQ, sudah tentu saya sudah memadamkan komen jebat.

    Saya memberi ruang dan peluang. Jika anda tidak mahu, jangan mengata orang pula. Dan saya tidak memaksa untuk pembaca mempercayai ESQ ini terseleweng atau tidak. Cuma keenganan bojack (dan juga anda) untuk berkongsi itulah yang membuatkan saya sedikit kecewa.

  16. “Sangat disayangkan, banyak tokoh yang mendukung Ary Ginanjar tanpa dalil yang jelas. ……..apakah ESQ berusaha mengumpulkan sebanyak-banyaknya dukungan agar tidak dianggap sesat, meski harus menghalalkan segala cara untuk mendapat rekomendasi tersebut……………….Bukankah secara tegas telah disampaikan dalam sebuah hadis di mana sahabat Abdullah bin Mas’ud r.a pernah berkata: “Tetaplah bersama jama’ah (kebenaran) meskipun jika kamu seorang diri”.

    Rujuk http://oyonk.com/islam-indonesia-di-dalam-kakus-ary-ginanjar/

  17. salamalaik ya akhawat fillah,
    sila layari :
    http://marhainiyusoff.blogspot.com/

    kepada para alim ulama’, ustaz-ustaz, Ahli deenullah, para sahabat,
    mohon dibantu bersama-sama. Buanglah keegoan atau apa rasa yang menghalang, Ciptakan rasa cinta pada Allah dan Deenul Islam. Moga kita menjadi umat Islam yang kembali bersatu. Al-Amal LiLLahi Taala. insya allah.

    Fitnah yang datang pada akhir zaman kita akan dapati umat Islam berpecah-belah terbahagi kepada beberapa golongan. Mereka dalam kelompok masing-masing mengaku kelompoknya adalah benar, seperti yang terjadi kepada Nasrani & Yahudi, mereka berpecah-belah dan mengaku bahwa hanya golongannya yang benar. Nauzubillah Min Zalik.

    “Dan orang-orang Yahudi berkata : ‘Orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan’, Dan orang-orang Nasrani berkata : ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan’. Padahal mereka (sama-sama) membuat Al-KItab” [Al-Baqarah : 113]

    “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Ali-Imran ; 103]

    Bantulah kami umat Islam.

    Syukran jazilan,
    wassalam

    ODS: InsyaAllah..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s