Tazkirah Jumaat: Gaul, Bebas, Zina


Kebelakangan ini semakin banyak yang didedahkan, terdedahkan tentang rakaman seks bebas. Baik orang yang dikenali ramai mahupun tidak, ianya menjadi sebaran dan dikenali dengan sebab yang tidak sepatutnya. Sedihnya, ramai daripada mereka itu beragama Islam, diberi pendidikan asas agama (setidaknya disekolah.. melainkan ponteng kelas atau belajar hanya untuk peperiksaan).

Semalam, dimuka hadapan Berita Harian, dicadangkan 4 syor cegah seks bebas. Boleh digunapakaikah?

Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, OnDaStreet ingin berkongsi sebuah artikel dari laman ini untuk bacaan, renungan dan tindakan bersama:

PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.

Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.

Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.

Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan menurut Islam ialah:

  • Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
  • Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
  • Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
  • Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.
  • Nukilan OnDaStreet: Isu seks bebas bukan satu-satunya isu yang membimbangkan. Banyak isu yang berkaitan. Namun, pokok pangkalnya adalah penghayatan ilmu agama yang telah dipelajari.

    Sebagai contoh, majalah Al-Islam baru-baru ini membawakan isu aurat, terutama cara pemakaian wanita Islam hari ini. Antara yang ternukil merupakan pandangan dan pendapat daripada golongan wanita Islam sendiri yang tidak dapat membezakan apakah itu aurat dan batasan dan kebebasan berfesyen. Umum juga telah banyak melihat gambar-gambar wanita Islam yang bertudung, tetapi terdedah dadanya, seluar dalamnya dan sebagainya.

    Apa yang cuba disampaikan disini ialah, seks bebas merupakan satu cabang antara kebejatan isu sosial masakini. Lebih menyedihkan, asas pun tidak kukuh, bagaimana pula bunga-bunga maksiat dapat dibanteras, apatah lagi isu seks bebas.

    Apakah pemeriksaan rakaman di telefon bimbit cukup? Apakah pula peranan ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling? Hak kebebasan itu ada batasnya. Inilah antara hikmah beragama, untuk memimpin manusia daripada kesesatan.

    Apakah sumbangan anda dalam perkara ini?

     

    5 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Gaul, Bebas, Zina

    1. APA DAH JADI TRENGANU NI, BERAPA RAMAI ANAK ZINA AKAN DILAHIRKAN????

      10 couples caught naked daily on Terengganu beaches

      KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.

      Many of them are said to be students from institutes of higher learning.

      A volunteer, who requested anonymity, said most of the couples were caught “doing it” behind coconut trees, rocks, inside cars and even openly on the beaches.

      “For non-Muslim couples, we could only advise them on the sensitivity of their action to the locals but Muslims caught will be produced before the Syariah Court,” he said.

      He said anti-vice officers would go to places identified as “hot spots” to catch the culprits in the act.

      “We listen for sounds of heavy breathing and kissing.

      “We then move in and aim our torchlights on the couples. In most cases, they are caught naked.”

      The officer said the procedure was to wait awhile before approaching the couples so as to get evidence for prosecution purposes.

      “I have daughters and I feel sorry for the parents of these couples,” he said, adding that the youngsters had betrayed the trust of their folk who hoped their children would excel in their education.

      The 48-year-old volunteer, who claimed to have caught 1,200 couples on the beaches since signing up as a volunteer in 2004, said he had had enough.

      “I cannot take it any longer and am thinking of giving up this work. I have decided that enough is enough after six years as a volunteer,” he said.

      Terengganu state executive councillor Rozi Mamat said he had received reports that “dozens of young couples” had been spotted in compromising positions at both the beaches.

      “I have received numerous complaints from nearby villagers about immoral behaviour,” he said.

      Rozi, newly-appointed as the state Youth and Sports committee chairman, said: “These activities could lead to moral decay among our youths if we keep mum on the matter.”

      To address the situation, Rozi plans to suggest to the state government to light up both beaches and intensify patrols at “hot” areas.

    2. 15,000 hangatkan konsert Katy Perry
      nisa@bharian.com.my

      Al-Quran, surah Al-Mai’dah, ayat 2, ada menyatakan,

      “…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat seksa-Nya.”[6]

      Melalui ayat ini, jelas, bahawa Islam menggalakkan amalan tolong menolong dalam masyarakat, tetapi tolong menolong yang dibenarkan hanyalah yang mendorong kearah kebaikan, bukan tolong menolong dalam perkara kemungkaran.

      Adakah anda dan Berita Harian termasuk mereka yang mendapat saham dalam bercambahnya kes ZINA di Msia?

      Buang bayi makin menjadi-jadi
      Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
      muin.sapidin@utusan.com.my

      ANGGOTA polis dan orang ramai melihat bayi perempuan yang ditemui selepas dibuang di kaki lima bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, Pulau Pinang, semalam.

      NIBONG TEBAL 31 Julai – Kes pembuangan bayi nampaknya semakin menjadi-jadi meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ini.???????
      Sejak awal tahun ini sehingga hari ini, sebanyak 22 kes buang bayi dan janin dilaporkan berlaku di seluruh negara. Itu belum termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan oleh media.

      1. arah,
        Saya kurang faham dengan maksud ayat anda “Adakah anda dan Berita Harian termasuk mereka yang mendapat saham dalam bercambahnya kes ZINA di Msia?”.. siapa “anda” yang dimaksudkan?

      2. ODS, email tersebut untuk nisa@bharian.com.my.

        Mengapa mereka yg mengaku Islam membantu atau menganjurkan maksiat?

        Apakah telah cukup usaha kita mencegah Zina dan pelacuran di Msia?

        ODS: Untuk menjawab “mengapa”, harus ditanya kepada empunya diri yang membantu atas nama hak asasi (yang mana tersalah digunapakaikan).

        Cukup? Tentulah tidak.. kerana ianya seharusnya usaha yang berterusan.. kerana paling tidak, syaitan telah berjanji akan menyesatkan keturunan Adam dan Hawa sehingga ke saat tibanya kiamat…

    3. Melaka tubuh sekolah pelajar hamil

      Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
      utusanmelaka@utusan.com.my

      MELAKA 23 Julai – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

      Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

      Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

      “Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

      “Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini,” katanya.

      Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

      Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md. Amin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Ghazale Mohamad; dan Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu.

      SRA JAIM Batang Tiga Timur dibina dengan kos RM1.2 juta dan mula beroperasi pada awal Januari lalu dengan 378 murid.

      Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

      “Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi,” katanya.

      Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

      “Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

      “Soal cerai itu nombor dua. Sekarang orang yang kahwin tua pun ramai juga yang dah bercerai,” katanya.

      Sehubungan itu, katanya, sebagai galakan kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin pada usia muda, kerajaan negeri juga telah mempunyai dasar memberi saguhati kepada pasangan remaja terbabit sebanyak RM500 untuk urusan perkahwinan.

      Tambahnya, dasar tersebut telah dibincangkan bersama MAIM dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu.

      “Kalau ada remaja yang masih bersekolah dan bercadang berkahwin, kerajaan negeri akan beri mereka RM500 untuk mengadakan kenduri secara ringkas dan kecil-kecilan.

      “Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran,” katanya.

    You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s