Tazkirah Jumaat: Kisah Sedekah Yang Makbul (Bukan Kisah Sedekah Duit Bogel)


Tazkirah Jumaat kali ini ingin berkongsi sebuah artikel yang berkisar tentang sedekah dari laman ini. Ini bukan kisah sedekah bogel seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan. Baca, fikir dan renungkanlah:

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sini mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’

Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menafkankan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nukilan OnDaStreet: Sesungguhnya sedekah hamba Allah itu bertujuan untuk amal dan kebaikan. Sebagaimana yang ternukil dihadis ini, sedekah itu menjauhkan pencuri itu dari mencuri, pelacur itu dari melacur dan sikaya insaf dan mula menderma.

Namun, ini tidak bermakna kita digalakkan meminta-minta. Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Secara logiknya, apabila kita kurang menerima dan meminta-minta, kebergantungan kita kepada orang lain akan berkurang. Paling tidak pun, kita tidak dikawal dan dikogkong oleh sipemberi.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada Tazkirah Jumaat kali ini. Renungkan, dan ambillah tindakan yang sewajarnya.

Wallahualam..

 

3 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Kisah Sedekah Yang Makbul (Bukan Kisah Sedekah Duit Bogel)

  1. Tazkirah yang simple tetapi sangat menarik..
    Tahniah ODS…kerana biarpun blog anda lebih kepada isu melayu & politik serta isu semasa.
    Namun saya dapati, anda masih sempat melaksanakan tanggungjawab dakwah pada setiap minggu…
    syukran…

    ODS: Terima kasih Suara Jagat.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s