Tazkirah Jumaat: Cerai???


Asyik dengan kahwin sahaja, perlu juga kita ketahui apakah jenis-jenis keadaan yang memisahkan pasangan suami dan isteri. Biarlah Tazkirah Jumaat kali ini sekadar sebagai pengetahuan, bukannya sesuatu yang dipraktikkan. Mari kita baca artikel ini:

Secara teorinya,kaedah perceraian terbahagi kepada 9 jenis atau cara menurut prinsip yang berbeza:

– Talaq Dengan Perintah Mahkamah
– Khulu’ (Tebus Talaq)
– Perceraian Ta’liq
– Fasakh
– Pertukaran Agama Suami lsteri
– Anggapan Kematian
– Li’an
– Ila’
– Zihar

1.Talaq
Dengan Perintah/Izin mahkamah Perceraian didalam mahkamah yang berlaku dengan izin mahkamah, setelah suami atau isteri membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah dengan mengisi borang tertentu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.Borang tersebut boleh didapati di mana-mana Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat suami atau isteri bermastautin.Talaq yang dilafazkan diluar mahkamah adalah satu kesalahan dan ia perlu dirujuk ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz tersebut.

2. Khulu'(Tebus Talaq)
Perceraian khulu’ ialah suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta kepada suaminya. Suami juga boleh memohon khulu’ jika ia tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri.Dalam hal ini, mahkamah boleh memerintahkan suami melafazkan cerai khulu’ dan ia menjadi talaq bain-sughra.

3. Perceraian Ta’liq
Perceraian ta’liq ialah suatu bentuk perceraian yang berlaku disebabkan terjadinya sesuatu perkaar atau lafaz yang dilafazkan oleh suami selepas akad nika. Lafaz Ta’liq hanya boleh dibuat oleh pihak suami dan ia tidak boleh ditarik balik dan berkekalan hinggalah perkara yang disyaratkan itu terjadi.

Contoh lafaz ta’liq yang digunapakai mengikut undang-undang negeri Selangor:

”Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya………………. selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau saya dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan cara talaq khulu’.”

Seseorang isteri boleh mendapatkan perceraian mengikut syarat-syarat ta’liq yang telah dibuat oleh suami menurut surat ta’liq, atau memohon pengesahan lafaz ta’liq lain yang telah dibuat oleh suami dalam masa perkahwinan.

4. Fasakh
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan yang dipohon samada oleh isteri atau suami dengan kebenaran oleh hakim Mahkamah Syariah disebabkan oleh alasan-alasan yang dibenarkan oleh hukum syarak iaitu:

1. Suami tidak diketahui(ghaib) selama tempoh melebihi satu tahun.
2. Suami cuai menyediakan peruntukan nafkah selama tiga bulan atau lebih.
3. Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
4. Suami tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak mengetahui perkara itu sebelumnya.
6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun,mengidap penyakit kusta, vitiligo, atau penyakit kelamin yang berjangkit.
7. Isteri yang telah dikahwinkan oleh walinya sebelum mencapai usia 16 tahun, lalu menolak perkahwinan itu sebelum berumur 18 tahun dan masih belum disetubuhi suaminya.

Suami telah menganiaya isteri dengan cara:
1. menjadikan isteri hidup menderita
2. berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji
3. memaksa isteri hidup secara lucah
4. melupuskan harta isteri atau menyekat hak isteri terhadap hartanya
5. menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan dan amalan agama
6. tidak adil kepada isteri-isteri(poligami)
7. Suami dengan sengaja enggan meyetubuhi isteri dalam tempoh empat bulan.
8. Perkahwinan tanpa izin isteri atau izinnya tidak sah disebabkan oleh paksaan,kesilapan, ketidaksempurnaan akal,atau alasan lain yang diakui oleh Hukum Syarak.
9. Apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinanan menurut hukum syarak
Sebagai contohnya, pembubaran perkahwinan yang berlaku kerana alasan teknikal berkaitan dengan kesahihan sesuatu akad nikah seperti, wujudnya pertalian mahram antara suami dan isteri yang tidak diketahui semasa akad nikah berlangsung;berlaku perkahwinan poligami secara menghimpunkan dua orang mahram dalam satu masa; nikah tanpa wali yang diiktiraf sah; nikah secara kontrak (mut’ah); nikah melebihi daripada 4 orang isteri dalam satu masa;dan perkara ini hanya diketahui setelah perkahwinan diakadkan. Dalam hal ini, Mahkamah berbidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut.

Fasakh yang berlaku disebabkan dari pihaksuami seperti kerana ia dihukum penjara selama tiga tahun,maka fasakh ini mengurangkan bilangan talaq yang dimiliki suami.Jika pasangan itu belum pernah bercerai maka fasakh sedemikian dikira sebagai talaq pertama. Oleh itu, suami hanya memiliki dua kali talaq lagi, jika ia mengahwininya semula.

Fasakh yang berlaku disebabkan seperti kecacatan daripada pihak isteri,seperti kecacatan anggota peranakannya maka fasakh sebegini mengurangkan bilangan talaq yang dimiliki oleh suami. Maka jika si suami mengahwininya semula, ia masih memiliki tiga kali talaq terhadap iaterinya seperti sediakala.

5. Pertukaran Agama Suami Isteri
Pertukaran agama salah satu pihak dalam perkahwinan akan menyebabkan pembubaran perkahwinan mengikut hukum syarak. Walau bagaimanapun hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mensabitkan pembubaran perkahwinan itu samada berlaku atau tidak.

6. Anggapan kematian
Isteri boleh memohon pengesahan perceraian disebabkan oleh keadaan suami yang dipercayai telah mati tanpa menemui jenazahnya, atau tidak diketahui perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih sehingga wajar bagi si isteri untuk berkahwin semula.

7. Li’an
Perceraian boleh terjadi sebagai implikasi daripada proses Li’an. Ia merupakan sumpah yang dilafazkan oleh suami sebanyak 4 kali, iaitu menggantikan 4 orang saksi,untuk menyatakan bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain atau menafikan nasab kandungan isterinya itu. Li’an mestilah dilakukan di Mahkamah Syariah.Contoh lafaz li’an ialah “Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku melihat isteriku berzina”. Setelah selesai proses li’an maka terbubarlah perkahwinan mareka serta tidak boleh rujuk atau berkahwin semula sesama mereka selama-lamanya.

8. Ila’
Berlaku apabila suami yang berkuasa mentalaq isterinya,bersumpah dengan menyebut nama Allah untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih. Ila’ haram dilakukan kerana ia memudaratkan isteri. Jika suami berila’ tidak menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh ila’ maka gugurlah talaq bain ke atas isterinya sebagai alasan atas kezaliman suami dan rahmat pula bagi membolehkannya berkahwin dengan lelaki lain. Walau bagaimanapun,perceraian dengan sebab ila’ hendaklah dirujukkan terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah.

Jika suami melanggar sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya sebelum cukup empat bulan atau lebih maka dia wajib menbayar kifarah yamin dengan memilih salah satu daripada 3 perkara berdasarkan Suarh Al-Maidah ayat 89 dan Ijma’.

Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang.

Memberikan pakaian yang menutupi aurat kepada 10 orang miskin, sepasang seorang.

Memerdekakan seorang hamba (muslim) jika suami tidak mampu melakukan salah satu daripada perkara di atas maka wajiblah dia berpuasa 3 hari,sebaik-baiknya berturut-turut.

9. Zihar
Pada zaman jahiliyah zihar digunakan untuk menceraikan isteri. Hukum ini telah dibatalkan dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk menceraikan isteri. Maka jika si suami menziharkan isterinya dengan niat talaq, ia tetap dikira sebagai zihar.

Zihar terjadi apabila suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang merupakan mahram muabbadnya iaitu ibu kandung, khususnya dari aspek keharaman berkahwin.

Contoh lafaz zihar ialah kata suami: ”Engkau sama seperti ibu kandungku yang haram bagiku. ”Maka haramlah bagi si suami menyetubuhi isterinya.Jika penyamaan itu bertujuan untuk memuliakan isteri seperti kata suami “kepandaian tangan kamu memasak tak ubah seperti ibuku.”, maka ia tidak dikatakan zihar menurut mazhab Syafie.

Sebenarnya zihar ini adalah satu pernyataan kinayah untuk tidak menyetuhubi isteri. Perbuatan zihar hukumya haram dan si suami dikira berdosa kerana mengharamkan yang halal.

Jika suami ingin kembali menyetubuhi isteri ia wajib membayar kifarah terlebih dahulu, mengikut keutamaan salah satu daripada perkara dibawah

1. Memerdekakan seorang hamba (muslim)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut
3. Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang.

Sebaliknya jika suami terus tidak mahu menyetubuhi isterinya sehingga tempoh 4 bulan maka zihar ini telah hampir sama hukumnya seperti ila’ kerana isteri telah dizalimi(tidak mendapat nafkah batin).

Nukilan OnDaStreet: Perkara-perkara diatas telahpun diajar dalam kelas sewaktu kita masih dibangku sekolah dahulu. Cuma, OnDaStreet mengharapkan biarlah ianya sekadar ilmu tanpa mengamalkannya.🙂

Wallahualam…

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s