Isu Lesen Judi: Wajarkah Diluluskan?


Saban hari OnDaStreet mendapat e-mail berkenaan komen-komen yang diterima atas gambar yang di”tag”kan kepada nama OnDaStreet dalam Facebook. Banyak yang berkaitan dengan isu lesen judi yang sedang dipertimbangkan untuk diluluskan. Sudah tentu, banyak daripada komen-komen itu berkisar tentang Islam, halal haram sesuatu perkara dan juga pertembungan ideologi politik UMNO dan PAS. Boleh dikatakan, OnDaStreet kagum dengan hujah-hujah berunsur ilmiah tetapi dalam masa sama begitu jelas nampak begitu tebal ideologi politik sampaikan ada kala tidak begitu rasional budi bicara.

Hari ni, dalam akhbar The Sun, Tun Dr Mahathir menyatakan ianya tidak lebih kepada isu yang dipolitikkan. Laporannya adalah seperti berikut:

Dr M on sports betting: It’s all politics

KUALA TERENGGANU (June 14, 2010): Former premier Tun Dr Mahathir Mohamad today poked holes in the opposition by many quarters against the move by the government to issue a sports betting licence, saying it was done purely for political reason.

He said the government’s move to issue such a licence must be accepted with an open mind to check rampant illegal gambling.

“Probably my opinion is different from the others. Whether the gambling licence is issued or not, gambling will still go on in the country because the Chinese generally like to gamble.

“So if they gamble without a licence, there is no way we can ensure that gambling is not rampant. This is because gambling is permissible to the Chinese, but prohibited or ‘haram’ to the Muslims. So, the Muslims should not gamble. If they are found gambling, catch them,” he said.

Mahathir said this when asked about the sports betting licence issue at a media conference after he had addressed a gathering of the Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) or People’s Awareness Movement, here today.

He said the protests by opposition parties, especially PAS, following the move to issue the gambling licence was more politically motivated and not because of Islam.

“Even the DAP is protesting, as if the DAP too is supporting Islamic teachings. This is the politics of the opposition parties which are looking for issues (that will give them mileage).

“We have to separate politics from religion because for PAS, religion is a political tool for them,” he said, Bernama reported.

The government had earlier considered issuing a licence to Ascot Sports Sdn Bhd to undertake bookie operations in Malaysia.

However, Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, who is also Finance Minister, had said the government had not finalised discussions on the terms and conditions for the licensing with the company concerned.

Malaysiakini, in its online report today, had reported Mahathir’s reply when asked if business tycoon Tan Sri Vincent Tan, who owns Ascot Sports, was one of those who had contributed to Umno’s political funding.

He said: “He gave the money (from the sale of Ascot Sports) to the (Better Malaysia) foundation, (so) it is (meant) to be given to all Malaysians, not to Umno.”

Tan had recently pledged to donate the RM525 million he would receive from the proposed sale of Ascot Sports to Berjaya Corp to the Better Malaysia Foundation which runs charitable activities, including education for the needy.

In the Dewan Rakyat today, backbencher Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) called on the government to go ahead with its plan to legalise sports betting as the non-Malay community wanted it.

“It is common knowledge that football fans are placing their bets on games with the underground bookie. It is a billion ringgit business.

“There is nothing wrong with the government wanting to legalise sports betting and to obtain some revenue through taxes,” he said, when debating the 10th Malaysia Plan.

He noted that current opposition to the plan was centred around Muslim sentiment.

“I don’t think this should be a problem. Just ban Muslims from taking part. We live in a multiracial society and we should take into consideration the feelings of the non-Muslims,” he said as opposition members taunted him.

Opposition members Azmin Ali (PKR-Gombak) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) said the Chinese community did not want sports betting.

Yusmaidi Yusoff (PKR-Balik Pulau) said the social consequences or the impact of legalising this aspect of gambling on society should be given consideration. — theSun

Mungkin ya, mungkin tidak ianya bermotifkan politik. Mungkin DAP benar-benar ikhlas dalam membanteras aktiviti judi, tetapi ingin juga ditanyakan berapa banyak lesen judi yang telah dibatalkan di negeri Pulau Pinang? Berapa banyak lesen judi yang tidak dikeluarkan kepada premis perniagaan yang baru? Berapa banyak lesen judi yang ditarik balik?

Mungkin juga PAS benar-benar insaf dalam memberikan lesen judi dan juga lesen-lesen yang membawa kepada kemungkaran. Mungkin setelah terkena batang hidung sendiri, PAS kembali menarik kembali lesen-lesen ini dan menegakkan yang aktiviti yang membawa kepada dosa. Akan tetapi, sudahkah PAS membatalkan lesen-lesen itu di Kelantan (dan juga Kedah)?

Di dalam laporan akhbar itu juga dinyatakan yang YB Azmin dan Datuk Mahfuz mengatakan komuniti cina tidak mahu judi bola sepak. Benarkah? Setahu OnDaStreet, yang mahukan lesen judi itu orang Cina yang otaknya berfikir tentang perniagaan. Jika otaknya otak orang berniaga, sudah tentu beliau tahu siapa yang berminat untuk berjudi, siapa yang sedia berjudi. Jika tiada permintaan, tiadalah pemberi. Betul?

Kickdefella cuba mengupas dari perspektif siapa untung, siapa rugi. Menarik, dan ia tiada bezanya dengan kenyataan Datuk Bung Mohktar di atas.

Rata-rata, baik UMNO atau PAS, keduanya parti yang ahlinya Islam pada agama, tahu akan halal haram dan hukum hakan berjudi. Akan tetapi keduanya ada meluluskan lesen yang aktivitinya ditegah oleh Islam (arak, judi, rumah urut yang boleh membawa kepada aktivit zina). Jika diambil secara ekstrim, keduanya GAGAL, kerana ada memberikan lesen dan mengutip bayaran. Dua-dua GAGAL dalam menjalankan hukum Islam secara TOTAL.

Akan tetapi, sebagaimana yang semua sedia maklum, kita ini hidup dalam masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Jika benar pun dakwaan masyarakat Cina tidak mahu berjudi, biarlah Tan Sri Vincent Tan buka pusat judi yang tiada pengunjung atau kurang pengunjung kerana masyarakat Cina tidak mahu berjudi.

Bagi yang beragama Islam, anda tahu hukum. Jika anda mahu juga berjudi, itu bukan salah UMNO atau PAS kerana mereka sudah katakan lesen itu untuk bukan Islam. Mahu berjudi juga? Orang yang paling hampir kepada si penjudi itu (suami/isteri, keluarga, kawan, guru, ustaz) kenalah mengambil tindakan sewajarnya.

Pokok pangkalnya, lesen judi itu untuk bukan Islam dan kita tidak berhak melarang aktiviti yang tidak ditegah agama mereka, melainkan ianya melibatkan kemudaratan umum (sebagai contoh: yang sembelih budak, bunuh orang, rogol untuk kepercayaan karut.. takkan nak bagi, betul tak?). Untuk menegah orang Islam daripada berjudi, semua pihak terlibat, termasuk diri sendiri. Jangan menuding kepada pemerintah (atau parti politik semata) kerana anda yang berhampiran juga bertanggungjawab!!!

 

Persoalan dijalanan: Sebagai umat Islam yang telah dididik akan perkara halal dan haram, kenapa mahu berjudi juga? Salah UMNO, PAS, ibubapa, anak isteri (suami.. kalau ada isteri pun tahi judi), guru, ustaz, apek jual sayur, mamak roti canai, bangla di stesen minyak, ah long dan/atau orang keliling anda jugakah bila anda berjudi?

 

6 thoughts on “Isu Lesen Judi: Wajarkah Diluluskan?

  1. .
    SURAT TAMRIN GHAFAR KEPADA JAMIL KHIR
    .] Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar-besarkan isu lain yang remeh,ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut..[.]

    Tamrin Ghafar

    Assalamualaikum w.b.t.
    Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

    Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

    Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

    Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

    “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

    Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

    Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

    Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

    Yang Berhomat Dato’,

    Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

    Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

    Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.

    Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

    Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

    Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

    Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: “”Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” ( Al-Baqarah : 219)

    Dan juga larangan selanjutnya:

    Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

    Yang Berhormat Dato’

    Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

    Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

    Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

    i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

    Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

    ii) BELUNGGU HUTANG

    Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

    iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
    Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

    iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
    Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

    Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

    Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak’ oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

    Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

    Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

    Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

    “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

    Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

    “Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

    Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

    Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

    Sekian. Wassalam.

    Yang benar,

    TAMRIN TUN GHAFAR

    Sk :
    Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kebawah DYMM Raja Raja Melayu YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak,
    Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
    YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin,
    Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Mufti Mufti Media Cetak dan Elektronik

    1. Terima kasih Penakiri diatas input anda.

      “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim].

      Berdasarkan inilah, bukan hanya kerajaan, pembangkang.. tetapi kita juga berperanan untuk mencegah kemungkaran.🙂

  2. I think it is “wajar” to stop issuing new licenses which clearly involve gambling. Yes, we do have quite number of gambling licenses already in existence. But I think we should start sending singnal that gambling is not welcome in the country (unless majority of us prefer gambling).

    We manage the existing ones. I think there is a lot of room for KDN to act in tackling the issue of illegal gamblings. I think KDN just need to be firm and show who is the boss in this case. On the argument that gambling license bring revenue to the government – do also consider the expenses to be born arising from social ills, directly or indirectly related to / as a result of gamblings.

    We once had Loteri Kebajikan Masyarakat. Now it has dissapeared. There is chance to do the same to other gambling-like licenses, and of course, it cannot be done overnight.

    ODS: Perhaps we can.. after all, Azmin and Mahfuz said Chinese communicty do not want it.. and Muslims are also forbidden from doing so..

  3. Tok guru aku pernah berkata…..
    “Judi itu dibenarkan dan tak haram jika anda sure dan gurenti boleh menang…….”.
    tapi kalau dah gurenti boleh menang….itu bukan judilah namanya…hahaha….

    ODS: Rasanya kalau macam tu.. dalam banyak-banyak judi, ada agaknya yang tidak berjudi sebab dia dah rasuah orang yang terlibat dalam perkara yang dijudikan.. contoh, judi bola, bookie dah bayar pengurus ke, pengadil ke, pemain ke.. hahahaha

    1. hahaha dosa judi dah takda …..digantikan dgn dosa rasuah, ugut, tipu dan lain2 yang sewaktu dgn nyer…..

      ODS: Itu kalau orang Islam… yang bukan Islam, tidak termaktub kepada perkara-perkara tersebut… dari satu dosa kepada dosa-dosa yang lain…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s