Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib ~ Harakahdaily


Hari ini, cerita politik lagi. Manakan tidak, DS Najib telah melakukan sedikit rombakan dalam kabinetnya. Berikut adalah petikan pendapat pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang dipetik daripada Harakahdaily.net:

PETALING JAYA, 1 Jun: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini,” jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada.

“Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak,” ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah ‘Kabinet Rakyat’.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Katanya lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

“Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu,” ujar beliau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang tadi, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel  sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D’Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

OnDaStreet memahami dan boleh menerima pandangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka adalah pembangkang kepada Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat. Kebarangkalian untuk bersetuju itu boleh dikatakan amat rendah, kerana itulah peranan mengikut takrifan, tafsiran dan erti kata yang mengikut Kamus Dewan atau mana-mana kamus yang mendefinasikan perkataan “bangkang” atau “pembangkang”. Tahniah kerana menterjemahkan maksud perkataan tersebut dalam bentuk perbuatan.

Menyentuh tentang reaksi mereka akan perlantikan muka baru dalam kabinet DS Najib dan pengguguran muka lama yang mungkin tidak memenuhi kriteria dan KPI yang telah ditetapkan, Pedas? Mungkin ya. Apapun, Pakatan berhak mengeluarkan pendapat sebegitu kerana pada pandangan mereka, kabinet baru semakin ramai menonjolkan senator (yang mungkin lagi komited menjalankan tanggungjawab daripada mereka yang macam buat kerja, tetapi lakonan semata-mata).

Malah rakyat juga berhak bertanya kerana ini tentang pentadbiran yang akan menguruskan perjalanan Malaysia dan rakyatnya. Mungkin DS Najib dan kabinet boleh menjawab dalam bentuk jawapan dan perbuatan, atau perbuatan (dalam erti kata memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat). Mungkin pada ketika ini, “elegent silence” ala Tun Abdullah bukan cara sebaiknya, tetapi bukan juga style ala Datuk Idris Jala, kelihatan lengkap, tetapi tidak cukup lengkap.

Cuma satu sahaja yang kurang berkenan pada pandangan OnDaStreet adalah kenyataan DS Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan:

“Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak,”

Pilihanraya lagi? Gurau atau sarkastik, ianya tidak sesuai kerana dengan mengadakan siri pilihanraya lagi akan menelan belanja yang bukan sedikit. Cukup-cukuplah siri pilihanraya sejak PRU12 pada 2008. Hadapilah perbicaraan anda yang asyik tertangguh itu. Memang bosan, tetapi kalau anda betul-betul tidak bersalah, tidak perlulah asyik nak bertangguh. Lagi lama, lagi nampak anda macam bersalah walaupun anda mungkin tidak bersalah… atau anda betul-betul bersalah, DS Anwar Ibrahim?

Kepada DS Najib,

Semoga rombakan ini memperbaiki keadaan. Jangan jadi bagaikan susun barang-barang dalam kabinet dapur, tetapi masih penuh dengan sawang-sawang dan telur-telus lipas. Rakyat sedang jadi “pemeriksa kesihatan” ketika ini. Kalau “sakit” juga lagi, selesa-selesakanlah diri duduk di kerusi pembangkang untuk lepas PRU13 nanti. Bagaimana rasanya? Tanyalah barisan pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor (hendak tanya negeri lain, mungkin mereka tak nak kongsi).

Kepada penyokong Khairy,

Henti-hentikanlah mendesak DS Najib untuk melantik YB Khairy menjadi sebahagian barisan kabinetnya. Tanggungjawab kepada UMNO sebagai Ketua Pemuda dan kepada negara sebagai Timbalan Presiden FAM pun belum dibuat betul-betul. Percayalah, berjaya sahaja YB Khairy menjalankan tanggungjawab kedua-dua peranan tersebut dengan cemerlang, yang neutral pun akan meminta agar YB Khairy menjadi menteri. Harapnya latihan sebagai Wataniah dapat menjadikan YB Khairy lebih menjiwai tanggungjawab dan jawatan yang disandang dan berjaya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Impian dijalanan: Semoga rakyat Malaysia dapat Barisan dan Pakatan yang berlumba untuk memperbaiki keadaan dengan membuat kerja dan lebih menumpukan kepada perkara positif biarpun hal itu negatif. Barulah “menang-menang-menang“!!!

 

4 thoughts on “Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib ~ Harakahdaily

  1. Tahniahlah kepada KJ kerana tak terpilih.

    ODS: Tak terpilih.. belum terpilih.. apapun, tunaikan tanggungjawab yang diberi ketika ini. Bola sepak Malaysia sudah jauh tertinggal berbanding Korea Selatan dan Jepun…

  2. KJ tetap pilihan belia. Tanpa KJ BN akan kecundang di saluran 3 ke atas. PM harus berfikir ttg agenda belia dan bukannya agenda orang tua

    ODS: Wenger,

    Itulah sebabnya saya berpendapat, sebelum jadi menteri, perkukuhkan Pemuda UMNO dahulu, jalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda. Jika Pemuda UMNO ampuh, kuat dah kukuh, DS Najib tiada alasan yang kuat untuk menidakkan KJ untuk turut serta dalam kabinetnya.

    Masalahnya, merata Pemuda dikata seperti Pemudi. Di DUN tempat saya tinggal pun, Pemuda UMNO macam hidup segan mati tak mahu..

  3. Pingat emas di sukan SEA camana?

    ODS: Cukupkah pingat emas Sukan SEA? Setahu saya, yang digembar gemburkan oleh beliau sendiri adalah menaikkan ranking Malaysia.. dah cukup tinggi kah? Berapa perlawanan Malaysia main dan menang sejak pingat emas tersebut?

    Ini belum lagi termasuk meningkatkan mutu bola sepak Malaysia. Bagaimana kita diantara pasukan Asia Tenggara? Bagaimana kita dengan pasukan Asia yang lain? Dulu kita dapat bersaing dengan Arab Saudi, Korea Selatan, China dan Jepun.. sekarang?

    Atau itu tanggungjawab orang lain?

    Jauh lagi saudara.. belum cukup..

  4. Salam ODS,

    Malas nak komen sebenarnya hal kabinet sebab bagi saya SEMUA ngan Najib sekali harus ditukar…… tapi bila baca komen bagaimana prestasi KJ dinilai melalui prestai pasukan bolasepak negara…. hancurlah politik Melayu !

    Apa relevannya ??? Apakah Jose Mourinho seorang ahli politik yang hebat ?

    Saya teramat lega dan gembira bila melihat pelbagai kaum menyokong pasukan Malaysia baik bola, badminton dll dan TIDAK PERNAH TERLINTAS DIHATI UNTUK MENGAITKANNYA DENGAN POLITIK !

    ODS: Din,
    ikutkan, memang tiada kaitan.

    Tetapi, oleh kerana tiada ukuran yang sesuai akan kemampuan YB kita yang seorang ini, setakat ini dua tanggungjawab itulah yang paling hampir boleh dilihat untuk menilai bagaimana bagusnya KJ/ Khairy seperti yang digembar gemburkan penyokongnya.

    Lagipun, satu itu berkaitan survival UMNO dan satu lagi apa yang dia boleh buat dengan sesuatu untuk negara (tanpa politik).

    Tapi din, rasanya kalau Mourinho masuk politik… rasanya silap-silap boleh kena tuduh Mourinaun (Mourinho + firaun).. hahaha

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s