Tazkirah Jumaat: Pencuri! Pencuri! Pencuri!


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, OnDaStreet ingin berkongsi dengan para pembaca satu artikel yang dibaca di blog ini. OnDaStreet pernah diperdengarkan tentang perkara ini satu ketika dahulu…:

“Pencuri yang paling buruk ialah pencuri yang melakukan pencurian dalam solat. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana mencuri dalam solat? Sabdanya: Iaitu tidak menyempurnakan ruku’ dan sujud.”
(HR Ibnu Syaibah, Tabrani dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi)
Rasulullah SAW telah memperingatkan orang-orang yang tidak sempurna rukuknya dengan ancaman yang keras:
“Beliau pernah melihat orang rukuk dengan tidak sempurna dan sujud seperti mematuk, lalu bersabda: Kalau orang ini mati dalam keadaan seperti itu, ia mati diluar agama Muhammad, ia sujud seperti burung gagak mematuk makanan, sebagaimana orang ruku’ tidak sempurna dan sujud dengan cepat seperti orang kelaparan makan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan.”
(HR. Abu Ya’ala, Al-Ajiri, Baihaqi, Tabrani, Ad-Dhiya’, dan Ibnu Asakir dengan sanad hasan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah)

Oleh itu….

“Sempurnakanlah ruku’ dan sujud kamu sekalian.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

“Apabila baginda ruku’ baginda meluruskan dan meratakan punggungnya. Sehingga jika air dituangkan di atas punggungnya, air tersebut tidak akan bergerak.”

(HR. Bukhari dan Baihaqi dengan sanad sahih.
HR. Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Ibnu Majah)
“Jika kamu ruku’ letakkanlah kedua tanganmu pada kedua lututmu dan luruskanlah punggungmu serta tekankanlah tanganmu untuk ruku’. “
(HR. Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Rasulullah SAW bersabda:-

“Shalatlah kalian, sebagaimana kalian melihat aku shalat.”

Nukilan OnDaStreet: Boleh dikatakan kerap juga kita terjumpa keadaan sedemikian (atau mungkin kita juga berbuat perkara yang sama), iaitu kita ruku’ dan sujud dalam keadaan yang kurang sempurna. Saya katakan “kurang” kerana bukannya hamba Allah itu tidak ruku’ atau sujud. Kalau tidak, dah tentu tidak cukup syarat solatnya dan setahu saya cuma satu solat sahaja yang tiada ruku’ dan sujud – solat jenazah.

OnDaStreet mengharapkan, setelah membaca Tazkirah Jumaat kali ini, sama-samalah kita merenung kembali bagaimana kita ruku’ dan sujud. Cukup sempurnakah? Adakah kita tergolong dalam golongan yang mencuri dalam solat? Periksa kembali ruku’ dan sujud kita…

Wallahualam…

One thought on “Tazkirah Jumaat: Pencuri! Pencuri! Pencuri!

  1. Tuan, rata rata kutbah Jumaat:
    membosankan
    berulang ulang
    bahasa puitis
    mengantuk
    tidak relevan dengan kehidupan semasa
    suara imam yang tenggelam/lemah
    terlalu panjang

    Silap siapa? makmum? imam? pejabat ugama?

    ODS: Mungkin masing-masing ada silap masing-masing?🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s