“Sorry PDRM…Silap Sapu”


Itulah yang seperti dilaporkan Berita Harian untuk hari minggu ini

Kenderaan rasmi Khalid ‘dipulang’ selepas dua hari

PETALING JAYA: “Sorry PDRM… silap sapu,” demikian nota ringkas ditinggalkan penjenayah dalam kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui semula pagi semalam selepas dilaporkan dicuri di Seksyen 9, Shah Alam dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, berkata Proton Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui kira-kira jam 8.45 pagi semalam di tepi jalan di Prima Damansara menghala ke Sungai Buloh.

“Ia ditemui anggota peronda (MPV) dari Balai Polis Damansara ketika melakukan rondaan rutin di taman perumahan itu yang turut ditugaskan mengesan kereta berkenaan sejak dilaporkan hilang di Shah Alam, Khamis lalu.

“Difahamkan, kereta itu ditemui dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan atau ada komponennya hilang. Malah, tiada pengubahsuaian dilakukan pada nombor pendaftarannya seperti yang biasa berlaku pada kereta curi,” katanya.

Bagaimanapun, agak melucukan apabila anggota peronda terbabit menemui sekeping nota ditinggalkan penjenayah yang memohon maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tersilap mencuri kereta rasmi pihak berkuasa berkenaan.

Katanya, kereta itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut, termasuk ujian forensik bagi mengenalpasti jumlah sebenar suspek terbabit dalam kes berkenaan serta identiti mereka.

“Siasatan masih berjalan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor atau mana-mana bahagian komponen, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan antara satu hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kereta Khalid dilaporkan hilang kira-kira jam 9 pagi, Khamis lalu ketika pemandunya yang dalam perjalanan menghantar dokumen dari IPK Selangor ke Ampang, berhenti bersarapan di sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Shah Alam.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, sebuah lagi kereta model sama milik peribadi Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dilaporkan dicuri di hadapan rumah pembantunya di Taman Kepong, pagi kelmarin.

Difahamkan, kenderaan terbabit dilarikan bersama lambang dan pelekat `Ahli Dewan Negara – Parlimen Malaysia’ yang dikhuatiri disalahgunakan, termasuk dijual kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan tidak baik.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi memaklumkan kenderaan terbabit yang didaftarkan atas nama abang tokoh politik itu belum ditemui sehingga semalam.

“Semua pegawai dan anggota dikerah mengesan kenderaan itu, termasuk penjenayah yang melarikannya secepat mungkin melalui sekatan jalan raya di sekitar bandar raya,” katanya.

Tidak disangka, masih ada lagi pencuri yang memulangkan kembali bahan yang dicuri dan siap meninggalkan nota lagi.

Ternyata, insiden ini membuatkan saya tersenyum.. tersenyum kerana ada juga budi bicara sang pencuri (tetapi tidaklah bermakna saya bersetuju dengan perbuatan mencuri, merompak atau melakukan kegiatan jenayah). Setidak-tidaknya sang pencuri cuba membetulkan keadaan. Des, nampak gaya, pencuri ni bukan spesis ajaran Pakatan kut..

Mungkin ahli politik kita yang tersilap langkah juga boleh meneladani sang pencuri ini?🙂

Apa kata anda?

Soalan dijalanan: Berapa banyakkah kereta curi yang dipulangkan agaknya?

 

 

2 thoughts on ““Sorry PDRM…Silap Sapu”

  1. Salam ODS, ini bukan kes pencuri ada budi bicara. Ini kes takut ! Persoalannya kenapa mereka takut ? Apakah pihak polis akan bertindak ‘lebih’ jika orang mereka apalagi bos mereka yang kena ? Atau itu persepsi kaum penjenayah ?

    ODS: Salam din,

    Mungkin takut.. tetapi patut takut masa nak curi kereta tu.. haha

  2. PDRM.
    Cari penjenayah ini. Nota pengakuan dia mencuri dah ada.
    Bila dah dapat, “sapu” dia betul betul.

    ODS: “Sapu” ikut undang-undang..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s