Keliru.. Dalam Islam Atau Dalam PAS???


Saya sedang membaca Harakah sebagaimana biasa untuk melihat sudut pandang yang berbeza. Dan hari ini, dalam banyak-banyak artikel dan berita, saya tertarik dengan artikel ini:

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

“Untuk jatuhkan seseorang, bukanlah agenda PAS, tapi nak jatuhkan kerajaan (Umno/BN) jelas menjadi agenda PAS dan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, Islam yang diperjuangkan oleh PAS umumnya menentang dasar perkauman dan kezaliman yang di bawa oleh parti Umno dan BN.

Maka, sekiranya PAS hanya menentang peribadi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, menurut beliau, pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan agenda parti yang ditinggalkan oleh Abdullah.

Dalam Islam, kita (PAS) menentang dasar parti pemerintah. Kalau Pak Lah jatuh, yang naik Najib, semacam sahaja kedua-dua mereka sebab dari parti yang sama,” jelasnya.

Disebabkan itu, PAS, menurut beliau, konsisten menggunakan pilihan raya dan sistem demokrasi untuk menggantikan Umno/BN, sejak PAS mula ditubuhkan 1951 lagi.

Tambahnya lagi, konsistensi PAS menyertai pilihan raya yang demokratik inilah yang membezakan politik kepartian PAS dan politik Umno/BN.

“Cara dia (BN) nak jatuhkan kerajaan lain seperti di Perak dan sebagainya, kita kalau nak jatuhkan mereka (BN) dengan cara demokratik,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menafikan bahawa PAS terbabit dalam agenda memburukkan Abdullah menggunakan dana RM4 juta seperti yang didakwa Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

“Saya sudah semak di PAS Kelantan, PAS Malaysia, tidak ada RM4 juta yang dikeluarkan dari PAS.

“Jadi, saya menafikan dakwaan Syed Azidi. Syed Azidi kena buat penjelasan,” jelasnya lagi.

Ditanya tentang status Global Media Channel (GMC) yang dipercayai sebagai platform Kickdefella mendapatkan RM4 juta tersebut, Mustafa menegaskan bahawa beliau sendiri mengetahui tentang syarikat penyiaran tersebut dari media massa sejak beberapa hari lalu.

Melihat kepada serangan Kickdefella yangs seakan ditujukan kepada PAS, beliau menyifatkan blogger tersebut sebagai ‘orang upahan politik’ yang tiada integriti diri.

Di dalam petikan di atas dinyatakan “Dalam Islam, kita (PAS) menentang dasar parti pemerintah”. Dalam Islam? Agak mengelirukan kenyataan ini. Tidaklah pula diketahui dalam Islam ada khusus untuk PAS yang diwujudkan untuk menentang dasar parti memerintah.

Dan tidaklah pula diketahui PAS wujud dimana-mana di muka bumi ini kerana Islam berada dimana-mana.

OnDaStreet mengharapkan ianya sekadar kesilapan tulisan dan mengharapkan kenyataan itu diperbetulkan. Tidak wujud dalam Islam kita menentang dasar parti pemerintah. Jika ianya dalam konteks kerajaan Barisan bertindak zalim, OnDaStreet yakin doa Tuan Guru Nik Aziz telah pun termakbul dan DS Najib sudah berada dalam keadaan perutnya memerlukan perhatian serius.

Secara terus terang, OnDaStreet menghormati matlamat PAS dan penyokongnya untuk menegakkan syiar Islam, tetapi biarlah benar-benar mencerminkan apa yang dianjurkan oleh Islam. Jikapun Barisan dan UMNO gagal mencerminkan jati diri muslim sebagaimana yang sepatutnya, janganlah PAS turut sama. Jika buruk perangai Barisan dan UMNO, PAS tunjukkanlah contoh yang baik, bukan mencaci maki dan menggunakan bahasa kasar.

Apa kata anda?

Soalan dijalanan: PAS bising-bising pasal kes Aminulrasyid, dan cuma Karpal menjadi peguam (atas platform sebagai peguam, bukan DAP).. DAP dan PKR apa cerita? Kenapa tidak berarak dan menimbulkan kekecohan sebagaimana kes TBH dan Kugan? Allahyarham Aminulrasyid bukan rakyat Malaysiakah?

 

One thought on “Keliru.. Dalam Islam Atau Dalam PAS???

  1. PAS sudah merasakan “PAS itu Islam” dan “Islam itu PAS”. Sedangkan PAS itu sebuah parti politik yang sama juga dengan mana-mana parti politik di dunia yang memerlukan pendaftaran.

    Islam pula adalah merupakan ‘ad-din’ yang merupakan hak semua dan tidak ada ruang batas dan sempadan masa. Sebab itulah PAS sudah sesat.

    Pendaftaran PAS diterima semasa penjajah British sedang mencari alternatif setelah mengharamkan Hisbul Muslimin yang merupa pendokong Islam sebenar (bukan parti politik) untuk mejalankan pendekatan “Pecah Perintah” di Tanah Melayu.

    Kesan kepada pendekatan British itu, maka pada masa sekarang kita semua mendapat hasilnya. Soalannya, siapa yang tidak matang?

    ODS: Siapa yang tidak matang itu bergantung kepada bagaimana pihak yang terlibat memberi reaksi berdasarkan keadaan.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s