Anggota Polis Ini Agak-agak Boleh Mati Tidak?


Seboleh-bolehnya, OnDaStreet tidak mahu mengulas panjang kes Allahyarham Aminulrasyid kerana ianya masih dalam siasatan. Malah Perdana Menteri sendiri mengharapkan ianya disiasat secara telus dan terbuka. Cumanya, cuba kita bayangkan apakah kemungkinan yang terjadi kepada anggota polis yang cuba menjalankan tugas seperti apa yang dilaporkan telah terjadi kepada anggota polis ini:

Penunggang motosikal tiada lesen nekad langgar sekatan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik patah kaki kanan selepas dirempuh sebuah motosikal yang dinaiki dua beranak ketika dipercayai cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Lebuh Raya Puchong-Bukit Jalil, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Sarjan Roslan Bachik, 39, yang bertugas di Balai Polis Seri Kembangan dikatakan sedang menyusun kon sebaik selesai menjalankan operasi kesedaran undang-undang sebelum sebuah motosikal yang ditunggang laju merempuhnya.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Deputi Superintendan Tengku Anuar Raja Hussin, berkata ketika kejadian empat anggota polis berada di lokasi sedang menjalankan operasi yang bermula sejak beberapa hari lalu.

“Akibat rempuhan kuat itu, anggota kami cedera parah, manakala seorang lelaki berusia 30 tahun bersama anaknya 7 tahun yang jatuh hanya cedera ringan dan dirujuk ke Hospital Serdang.

“Hasil siasatan mendapati, suspek tiada lesen dan menjadi panik sebaik melihat sekatan jalan raya sebelum nekad merempuh laluan berkenaan dengan harapan dapat melepaskan diri,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Roslan ketika ditemui, berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan tidak sempat mengelak akibat motosikal itu terlalu laju.

“Saya tidak perasan motosikal itu dan hanya sedar sebaik berada di hospital dalam keadaan kaki tergantung.

Ini kejadian kali ketiga sepanjang bertugas hampir 13 tahun dan menyifatkan kejadian paling teruk. Namun, saya bersyukur masih dipanjangkan umur,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu berkata, tragedi yang menimpa itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus bertugas dalam Polis Diraja Malaysia.

Boleh mati ke tidak?

Ramai yang telah memberi komen terhadap insiden yang telah berlaku. Ada yang positif dan ada yang negatif. Anda berhak memberi pandangan dan persepsi anda.

Cuma ada satu kemusykilan mengenai kes yang melibatkan kematian Allahyarham Aminulrasyid…

OnDaStreet ingin bertanya…

Apa yang dilakukan oleh remaja umur 15 tahun yang terang-terang tiada lesen kereta, memandu kereta pada pukul 3 pagi?

Dimanakah sepatutnya kita ketika umur 15 tahun patut berada ketika itu?

Harapan dijalanan: Janganlah pula Polis merajuk daripada menjalankan tugas.. baru sahaja sambut “birthday”.. hehehe

 

One thought on “Anggota Polis Ini Agak-agak Boleh Mati Tidak?

  1. Dah 30 Tahun tak de lesen, betul2 merempit lah org yang tak sedar diri ni patut di penjara je, patut undang-undang penjara mandatori 1 bulan kepada orang yang tak ada lesen, dan patut dikurangkan kos untuk belajar di sekolah memandu sedangkan JPJ boleh bagi lesen mudah kat orang kampung/Asli, dan sekolah patut 1 matapelajaran baru Menghormati Undang-undang, yang mengandungi pelajaran sivik, Undang-undang jalanraya, undang-undang kesalahan Rogol, Liwat, dan Dadah

    ODS: Saudara,
    Rasanya, kalau dah tahu tunggang motor dan “pandai” pula cuba melepasi pemeriksaan dengan melajukan motor dan merempuh anggota polis, serasanya dah tahu sangatlah menunggang motor. Dan saya pasti, hendak dapatkan lesen pasti lagi senang. Dan perlu diingatkan, ianya bukan lesen tahap pelumba professional.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s