Will Ezam’s Senatorship Be A Suicidal To Barisan?


Versi Bahasa Malaysia

Sesuatu yang pantas dan ringkas untuk hari ini. Saya pasti yang disesetengah tempat di Malaysia, terutama yang politikal akan terkejut atau “terkejut” apabila Ezam diumum akan dilantik menjadi senator. BERNAMA melaporkan:

Palanivel Dan Ezam Antara Empat Senator Baru Angkat Sumpah Pada Isnin

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

“Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas,” kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendapat saya? Bukankah terlalu awal untuk Ezam ditawarkan menjadi Senator atau dia menerima tawaran tersebut? Kamu baru sahaja keluar daripada Pakatan, berjanji tidak akan menerima apa-apa perlantikan, jawatan atau apajua (tawaran yang berkaitan). Akan tetapi jelas, kurang dari satu tempoh masa yang mana memori rakyat masih lagi segar yang anda baru sahaja keluar Pakatan dan menyertai UMNO dan Barisan, janji anda (dan kredibiliti juga) akan menjadi persoalan.

Adakah anda (Ezam dan mereka yang mencadangkan jawatan Senator kepada Ezam) sudah gila???

Apa kata anda?

English Version

A quick and simple one for today. I’m pretty sure that some part in Malaysia, especially the political ones will be suprised or “suprised” when Ezam being announced to be one of the senators. BERNAMA reports:

Palanivel, Ezam Among Four New Senators To Be Sworn-In On Monday

KUALA LUMPUR, April 28 (Bernama) — MIC deputy president Datuk G. Palanivel and former Parti Keadilan Rakyat (PKR) youth chief Ezam Mohd Noor will be among four new senators who will be sworn in on Monday.

The others are Rahim and Co executive chairman Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman and Pagoh Umno Wanita chief Noriah Mahat, Dewan Negara secretary Datuk Zamani Sulaiman said when contacted by Bernama to confirm the new appointments.

They are scheduled to be sworn in before Dewan Negara president Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel is also the former women, family and community development deputy minister.

Ezam, who is also the former secretary of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, when contacted through the short-messaging service (SMS), confirmed the appointment but declined to comment further.

“Yes, it is true. I will only be making a statement after being sworn-in. I am currently in Jakarta on business,” he said.

My take? Isn’t it is too early for him to be offered Senatorship or he himself accepting the offer? Ezam, you’ve just jumped the ship from Pakatan, promised not to take any appointment, position or whatsoever. But now clearly, less than a period where people’s memory is still fresh you are one of those who just recently exited Pakatan and joined UMNO and Barisan, your promises (and credibility too) will be questioned.

Are you (Ezam and who proposed the Senatorship) out of your mind???

What say you?

Sighs on the street: Power oh power…. (Kuasa oh kuasa…)

 

4 thoughts on “Will Ezam’s Senatorship Be A Suicidal To Barisan?

  1. Politik oh politik …… Nak komen pun malas, Najib kalau dah pasang niat, cakap apapun tak guna….

    Demi masa ……. tidak ada siapa dapat menipu masa. Masa akan membongkar segalanya.

    ODS: Ya.. masa… cuma jangan dah terhantuk baru nak terngadah..🙂

  2. Orang akan anggap Ezam sudah patut dapat dengan apa yang dia ‘perjuangkan’, cuma mungkin terlalu awal untuk diberi jawatan Senator tu. Ini tak akan menjejas BN malah sedikit memberi kekuatan.

    ODS: Terlalu awal, tetapi tidak menjejaskan BN malah sedikit memberi kekuatan? Sila huraikan..🙂

  3. Dimuka bumi ini tiada siapa yang menang atau kalah. Bila berjuang ada pengorbanan yang dihulurkan. Bilamana perjuangan belum selesai disana ada dikalangan mereka akan dilantik menjadi ketua untuk memburu musuh yang datang. Dalam waktu yang sama kita belum tahu atau dapat menentukan siapa yang akan gugur atau berjaya mengibarkan bendera kemenangan.

    Tunggulah bilamana nafas terakhir keluar dari jasad. Hanya tugu yang dapat memberitahu sebagaimana firaun dengan piramidnya, shah jehan dengan memorial ajaibnya, karl mark dengan komunisnya, hitler dengan swastikanya dan begitulah hingga gelaran yang diperolehi oleh manusia terakhir penghuni muka bumi ini.

    Semuanya akan mati. Semua akan sampai kekubur. Semua akan dihisab. Semua akan dipersoal jawab. Semua akan berada didalam timbangan mizan Allah. Semua akan meniti titian siroltholmustakim.

    Lalu disini tahulah siapa yang menang atau siapa yang kalah.
    Siapa yang benar. Siapa yang keliru.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s