PAS, Harakah & “Double Standard” Pakatan Untuk Zaid Ibrahim


Sejak isu Zaid Ibrahim minum arak ini ditimbulkan, banyak debat-debat dan perbincangan politik yang diutarakan. Sudah tentu, untuk PRK Hulu Selangor ini, serangan banyak ditujukan kepada keperibadian seorang hamba Allah yang bernama Zaid Ibrahim kerana tabiat lampaunya yang kini didakwa sudah bertaubat. Sesungguhnya, taubatnya itu antara Allah dan dirinya, cuma apa yang dikesalkan adalah pengakuannya secara terbuka yang tidak menyesal dengan perbuatan tersebut. Bagi yang arif tentang bab agama, tidak dapat tidak harus tahu apa syarat taubat yang baik dan insyaAllah diterima. Bagi sesetengah, cukuplah beliau sudah mengaku sudah bertaubat dan kita tidak harus membuka aibnya terutama peristiwa yang lampau.

Kemudian, tersiarlah artikel ini di Harakah, bertajuk “Kafir Quraisy juga serang peribadi Khalid bila peluk Islam“:

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

“Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

“Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

“Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau,” katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.

“Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

“Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?” soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

“Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional,” katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

“Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.

“Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC,” katanya.

Terdapat juga hujah-hujah balas sebagai reaksi serangan ke atas peribadi Zaid Ibrahim yang mengatakan kita tidak harus membuka aib orang lain, tidak baik berbuat begitu dan sebagainya. Apatah lagi siap yang ada menggunakan Islam sebagai hujah mempertahankan Zaid Ibrahim.

Baiklah. Benar, sebagai sesama muslim, tidak baik kita membuka aib orang lain. Benar, ianya tidak elok dan tidak harus diamalkan…

Akan tetapi, bagaimana pula dengan kerakusan Pakatan dan PAS terutamanya membuka aib orang lain? Ingat lagi dua PRK yang lalu semasa Tan Sri Isa dan Rohaizad bertanding? Untuk renungan, silalah baca artikel-artikel berikut:

Adilkah?

Dan kita tidak harus lupa reaksi PAS apabila Tan Sri Isa menang di Bagan Pinang. Nada seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan da undi yang diberikan kepada Tan Sri Isa.

Elokkah?

Jika kita menggunakan Islam sebagai pertahanan, jangan gunakan untuk sebahagian perkara sahaja. Dolak dalik agama ini jangan dibuat main. Jangan kerana itu calonmu, Islam digunakan. Jangan kerana itu bukan calonmu, aibnya dibukakan atas nama “keadilan” dan “rakyat perlu tahu”.

Dalam kes Tan Sri Isa, beliau telah pun dikenakan hukuman dan melalui kerjaya politik yang senyap. Kesalahan rasuahnya telah pun dibalas, dan seharusnya, PAS yang dilihat sebagai memperjuangkan Islam perlu adil. Akan tetapi, itukah yang berlaku?

OnDaStreet kecewa dengan PAS, Harakah dan penyokong PAS kerana bersikap “double standard”. Jangan gunakan agama untuk mempertahankan kepentingan sendiri.

Tegakkan yang hak, biarpun itu bukan untuk kamu…

Apa kata anda?

Soalan dijalanan: Siapa akan menang di Hulu Selangor?

Serasanya, naluri OnDaStreet mengatakan yang Zaid Ibrahim akan menang PRK Hulu Selangor. Kenapa? Mungkin berdasarkan maklumat dan pengamatan berita-berita untuk kedua-dua pihak. Apatah lagi Barisan tidak jauh berubah sejak PRK Bagan Pinang.

Entahlah…

 

4 thoughts on “PAS, Harakah & “Double Standard” Pakatan Untuk Zaid Ibrahim

  1. 1. Kes rasuah dan moral adalah dua perkara yang berbeza.

    2. Yang palin penting isunya ialah undang2 umno lebih besar dari undang2 negara. apabila umno telah ambil tindakan, tiada tindakan keatas T.S Isa

    3. Kes rohaizat saya juga tidak bersetuju dengan pendedahan Ketua Pemuda PAS, tapi mengapa rohaizat berbohong yang dia berpoligami?

    ODS: Saudara Penakiri,
    1. Rasuah boleh disebabkan oleh tekanan hidup dan moral pemberi dan penerima. Jika anda ditawarkan rasuah, saya percaya anda tidak terima kerana moral anda baik.. bukan begitu?

    2. SPRM akan mengambil tindakan apabila UMNO melaporkan isu rasuah tersebut. Anda fahamkah bagaimana badan berkanun ini berfungsi dan bekerja? Jika ya, anda tidak akan menulis sebegitu.

    3. Jika ya pun Rohaizat berbohong, apa hak PAS nak buka aibnya? Itu pokok persoalannya. Itu cerita peribadinya. Lainlah jika isterinya yang membuka cerita tersebut.. tetapi adakah dia yang mulakan pendedahan kepada umum? Saya rasa tidak.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

    1. 1.Memang pelik jawapan saudara, SPRM tidak semestinya akan siasat sesuatu perkara atas laporan sahaja, tetapi turut menyiasat jika ada laporan akhbar seperti mana Tg Nik Aziz disiasat kes ditawarkan rasuah untuk lulus balak masa mula ambil pemerintahan Kelantan pada 1990.

      Saudara patot perjuangkan keadilan dan kesaksamaan dalam undang2, bukan dwi piawaian.

      2. Adakah Ts Isa kesempitan hidup atau inginkan kuasa? Saudara, sedarlah, jika rasuah berluasa, seperti mana kata MB Pahang DS Adnan mengulas isu TS Isa, kalau orang luar ada 2 bilion, maka dia bolen tentukan kesemua pimpinan UMNO. Pimpinan UMNO kini adalah juga pimpinan kerajaan, jika ini berlaku maka negara ini akan dikawal oleh kuasa luar.

      3. Sememangnya Isteri kedua Rohaizatlah yang memulakan dahulu dengan mengadu kepada PAS, bukankah Rohaizat tidak berlaku adil kepada isteri keduanya (berlaku zalim?) pemimpin yang zalim boleh didedahkan keburukannya bagi mengelak terpilih pemimpin yang zalim.

      ODS: Saudara Penakiri,
      1. Jika ada yang buat laporan, hatta orang SPRM sendiri, saya fikir SPRM akan pergi.. cuma saya tidak tahulah apa yang terjadi.. tetapi saya percaya SPRM akan bertindak berdasarkan laporan rasmi.

      2. Saudara, itu kesalahannya yang lampau. Sudah diambil tindakan dan telah lama lepas. Jika begitu soalan saudara, bolehlah juga kalau saya tanya begini: – Zaid Ibrahim tiada minuman lain ke nak minum selain arak? Adakah semasa itu dia berada di padang pasir dengan arak sahaja yang ada? Sebelum saudara memberi soalan, fikir dulu. Boleh?

      3. Jika ya isterinya mengadu kepada PAS, betulkah apa yang PAS buat? Sebarkan kepada umum? Ada sahaja saluran lain. Yang keluar masuk mahkamah pasal zalim suami isteri itu boleh sahaja. Isu Bung Mohktar pun ke mahkamah. Kenapa tidak juga kes Rohaizad?

      Jangan skeptikal saudara. Itu teguran ikhlas saya. Saudara banyak memberi hujah untuk menyedapkan diri sendiri, bukan atas hak. Kerana itu banyak komen-komen saudara saya rasa ada sahaja yang tidak kena.

      Terima kasih atas komen anda.🙂

  2. Siapa akan menang ?

    Keinginan hati nak kepada sesiapa yang lebih berupaya membela nasib penduduk setempat.

    Hati juga teringin kepada orang yang mempunyai nama Melayu.

    Tapi kalau mengundi seseorang itu akan memberikan mesej bahawa Melayu ini ‘tidak apa’ untuk dipinggirkan, walaupun oleh pemimpin parti politik Melayu sendiri

    dan

    mengundi orang yang namanya saja Melayu, perangainya lebih tidak melayu dari bukan melayu

    dan tiada pilihan lain lagi

    maka

    kemenangannya akan berpihak kepada XXX !!!!!

    Tapi kalau XXX itu terlalu lucah, maka saya rasa saya akan lebih bersetuju dgn naluri ODS.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. Itulah Ular Mamak liPAS yang menjilat DAPigs….. bila kena batang hidung sendiri… perlu merujuk kepada islam. Bila menguntungkan diri sendiri semuanya halal… “take beer”. Itulah dasar parti haram…. lagi diharamkan.

    Maksud Hadis:

    “Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

    Maksud Hadis:

    “Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka”. (Riwayat Al-Tabrani)

    Maksud Hadis:

    “Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh.” (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa’I)

    Wahai orang-orang Melayu (PKR dan PAS) kembalilah ke pangkal jalan.

    ODS: Saya keliru dengan anda.. satu bahagian memanggil nama, satu bahagian pula memberi hadis… saya rasa biarpun maksudnya baik, caranya agak kurang kena.. saya harap kita jangan ikut cara yang begitu ya?🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s