Zaid Ibrahim, Arak dan Taubatnya


Kemaskini 10.20 pagi

Telah mula timbul seharusnya Zaid Ibrahim yang diundi kerana setidak-tidaknya Zaid Ibrahim nyata beragama Islam.

Itulah permainan politik.. namun, jangan dilupa kepada mereka yang memainkan sentimen agama, ada 4 calon yang bertanding. Dan dalam 4 orang itu ada seorang lagi yang beragama Islam menjadi calon. Namanya Johan Mohd Diah.

OnDaStreet yakin En Johan tidak mempunyai rekod minum arak seperti Zaid Ibrahim. Undilah Johan!😀

OK (bagi mereka yang mempersoalkan isu agama)?

Akan tetapi, jika timbul pula cerita kurang elok mengenai En Johan, agak-agaknya siapalah yang mulakan ya?

 

Artikel asal:

Sebagaimana biasa, apabila PRK kunjung tiba, berbagai cerita yang terungkit dan diungkit. Ada yang menarik, ada yang tidak. Ada yang berkaitan peribadi, ada yang pada mencungkil isu kepartian dan ada mengungkit janji-janji manismu yang belum tertunai.

Disatu sudut, isu ahli MIC yang digantung calon Bebas menjadi perhatian. Apa natijahnya, hanya individu tersebut, yang menyokong individu tersebut dan MIC Hulu Selangor yang lebih arif. Apapun, marah benar Datuk S. Sammy Vellu sehingga mahu memecat ahli tersebut daripada MIC.

Namun, OnDaStreet tidak hairan PRK Hulu Selangor ini lebih berunsur “peribadi” buat “selebriti” Pakatan Rakyat yang dipecat daripada UMNO dan melompat masuk ke Pakatan – Zaid Ibrahim.

Manakan tidak, antara Kamalanathan dan Zaid Ibrahim, penarik beca dan orang kurang upaya lebih mengenali Zaid Ibrahim. Apalagi UMNO Kelantan yang ternyata juga mengenali Zaid Ibrahim. Hebat sungguh watak ini. OnDaStreet pasti, kerja jentera Pakatan Rakyat menjadi lebih mudah dengan publisiti yang diberikan kepada Zaid Ibrahim.

Benar, setiap satu daripada kita ini ada unsur yang baik dan kurang baik. Tidak dapat tidak, apabila bergelar pemimpin, ianya lebih ternyata dan dinyatakan. Bezanya, biarlah unsur yang baik itu mengatasi yang kurang dan yang kurang itu makin dikurangkan. Apalgi, jika pemimpin itu Islam, tinggalkanlah apa yang dilarang dan ditegah oleh syariat. Jika dianya sudah bertaubat, alhamdulillah.

Menyentuh peribadi Zaid Ibrahim, OnDaStreet telah lama mendengar khabar angin bertiup-tiup bahawanya beliau minum arak. Benar atau tidak, wallahualam. Akan tetapi, dengan berita-berita yang tersiar di sejak kebelakangan ini, adalah difikirkan khabar itu benar. Apatah lagi Zaid Ibrahim sendiri mengatakan ianya “cerita lama“. Secara teknikalnya, jika ianya “cerita lama”, benarlah ia. Makanya, Harimau Menaip, empunya diri telah mengaku (secara halusnya).🙂

Cuma, apa yang menarik perhatian OnDaStreet adalah apabila terbacakan artikel satD dan Tunku Aisha berkenaan cara isu Zaid Ibrahim minum arak diuruskan. Malaysian Insider dilaporkan menulis seperti berikut:

HULU SELANGOR, April 18 — Datuk Zaid Ibrahim today replied to critics attacking his character, saying he had already made peace with God for his past mistakes and did not regret his actions that included drinking alcohol.

The PKR candidate for the four-cornered Hulu Selangor by-election has been on the back-foot to defend himself since nomination day yesterday.

“I have admitted it. That’s the thing with me — I am a straightforward person. If I made a mistake, I will admit to it. I will apologise for it if I need to,” he told reporters after walkabout in Kerling here this evening.

The ex-Umno man yesterday admitted to having consumed alcohol in the past, confirming accusations thrown his way by his former party colleagues.

“I admitted to is so what is the problem? If I did not admit, then maybe it is a different story because then people will say that I lied. So I always prefer to be straightforward,” he said.

The former de-facto law minister said that he was not worried about the Barisan Nasional’s campaign to demonise his character as an un-Islamic person, and invited his former colleagues to continue with their “exposé”.

“We will wait for their exposés… maybe there will be pictures or something. I have also forgotten (many things), now I am old already. When you are young, what do you know? But this is my life — I have no regrets. If I am wrong, then I am wrong and I will apologise,” he said.

Zaid said he had already “repented” for his sins and had admitted as much that he did.

How I repent is between me and God,” he said.

He said that for now, he just wanted to move on with his political struggles, which is to help the people around him, and BN’s ploys would not crush his spirit or willpower.

“I will not resort to name-calling myself. I know it is not good. I know about them too, my old friends in Umno with their vices… women and their riches but I will not expose them.

“I am of a better pedigree than them,” Zaid said.

He noted that he was willing to accept the “punishment” from the exposés by the BN and said that he did not know if it would affect his chances in the by-election.

“Time will tell. But I believe that the Muslim voters here are not like those in Umno. They will know better I think,” he said.

He said it was up to the BN to continue its attacks on him, and it mattered little if it went on for the entire stretch of the campaign period.

“It is not like I do not remember what I have done. We shall wait. I have already told my family and my friends… it is better just to accept it,” he added.

Pada awalnya, beliau mengatakan beliau bertaubat, tetapi kemudiannya dia tidak menyesal melakukan perbuatan tersebut. Mazhab mana yang diikutinya?

Setahu OnDaStreet, umat Islam telah diajar bagaimana umat Islam bertaubat. Ianya juga termasuk dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan 4, seperti yang berikut:

1.       PENGERTIAN TAUBAT :

  • Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

 

2.       HUKUM TAUBAT :

  • Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa

 

3.       SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :

  • Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar
  • Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah
  • Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah

 

4.       SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA

  • Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya
  • Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat
  • Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan
  • Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan

 

5.       SYARAT-SYARAT TAUBAT :

  • Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  • Berhenti melakukan maksiat denga segera
  • Berazam tidak akan mengulangi lagi
  • Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

 

6.       HIKMAH TAUBAT :

  • Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah
  • Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
  • Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
  • Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah

 

7.       SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MASA TAUBAT :

  • Bertaubat hanya jika sudah tua
  • Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa yang sama pada masa yang lain
  • Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia.

Benar, urusan taubat antara Allah dengan manusia, kita yang lain tidak akan tahu. Akan tetapi jika secara terang apabila seseorang itu menyatakan dia tidak menyesal dengan perbuatan tersebut, apakah mungkin ianya diterima sedangkan secara terang tidak mengikut apa yang telah ditetapkan caranya?

Mungkin benar dianya pemimpin berwibawa, berjasa.. akan tetapi jika pemimpin itu Islam agamanya, bertaubat ikut suka hati dan caranya tersendiri, adakah ianya contoh pemimpin Islam yang elok? Maaf PAS, biarpun Tuan Haji Hadi mengarahkan 100% sokongan terhadap Zaid Ibrahim, perkembangan Zaid Ibrahim dan cara Pakatan Rakyat menguruskan perkara ini sendiri meragukan keyakinan…

Mungkin, silap hari bulan, isu ini akan memburukkan lagi pandangan sesetengah yang berpendapat PAS “menghalalkan” apa juga cara semata untuk menentang UMNO.

Gurauan Jalanan Yang Tidak Sesuai: Ye lah, aku bertaubat, esok buat lagi…hehe..

 

 

10 thoughts on “Zaid Ibrahim, Arak dan Taubatnya

  1. He said he’s a straightforward person. Is it because there’s no other way to deny it?

    ODS: Dunno.. I’m actually “confused” what he is trying to say…

    1. mungkin maksudnya dia x boleh nak mengubah apa yang telah berlaku.. arak di malaysia ni terlalu mudah didapati..

      ODS: Ohh.. begitu.. jadi tidak salahlah kalau saya dan saudara minum arak.. sebabnya arak di Malaysia terlalu mudah didapati.. begitu?

      1. maksudnya..ramai org terjebak dgn arak dan maksiat kerana mudahnya akses kepada benda tersebut..salah tetap salah.. Sebab itu Hj Hadi dalam satu kenyataannya berkaitan isu kartika pernah mengatakan penjualan arak perlu dihadkan terlebih dahulu sebelum perlaksanaan hukum.

        ODS: Oleh kerana berdasarkan pengalaman lepas berbicara dengan anda (yang skeptikal dengan Barisan), apa kata Selangor mulakan dahulu? Mahu tengok juga kemampuan PAS melaksanakan apa yang dikata.🙂

  2. Tak usahlah pertikaikan taubat orang..
    Itu antara dia dan Allah, kalau betul dia ikhlas, Allah saja yg tahu, kalau dia masih minum, Allah juga yang tahu.. Lebih baik pilih pemimpin islam dari kafir.

    Zaid cuba berhijrah dari zaman jahiliah, bantu lah dia, dia merupakan seorang tokoh yang berprinsip.

    ODS: Saya cuma memberi pandangan berdasarkan apa yang dilaporkan. Jika betul caranya, saya tiada isu. Saya pasti saudara lebih arif dalam hal-hal agama daripada saya.

    Soalan saya, cukupkah taubat itu jika tidak menepati syarat-syarat bertaubat?

    1. Tuan boleh tafsirkan kenyataan yang dikeluarkan dalam media, tapi hanya Allah saja lah tahu.. Wah pandai bertanya ttg syarat.. byk syarat klu kita nak pertikaikan, syarat sebuah negara islam, syarat seorang muslimah.. macam2 lah..

      ODS: Betul, seperti yang saya katakan, itu antara beliau dan Allah. Akan tetapi secara terang beliau menyatakan beliau tidak menyesal. Salahkah saya bertanya?

      Dan saudara pula, kenapa tutup sebelah mata? Kenapa ya, apabila Barisan sahaja, ada sahaja yang tidak kena. Akan tetapi, apa-apa berkaitan Pakatan, oh, biarkan sahaja.. Malah jika saudara ingat, saudara “menghalalkan” perjuangan komunis, mengakatan mereka yang terkorban semasa zaman darurat adalah disebabkan “perang saudara”.

      Adil? Saya rasa anda tidak adil.

      Terima kasih.🙂

  3. Salam ODS,

    Zaid buat macam penganut kristian, lepas buat confession, kira 0-0 balik ah.

    Iya memang dosa, taubat terletak ditangan Allah… tapi apakah pengundi tidak berhak menilai perwatakan seorang calon yang hendak dipilih sebagai pemimpinnya ? Bukankah Islam telah menetapkan kriteria2 seorang pemimpin, dan akhlak yang mulia merupakan salah satu kriteria utama ?

    Jika A seorang pemimpin yang kaki kelab malam, kaki minum, kaki rasuah dan segala kaki yang buruk…. sebab nak bertanding, dia mengaku dan minta maaf, apakah pengundi harus terima dan lupakan terus perbuatan buruknya ?

    ODS: Terima kasih diatas komen anda, din.🙂

  4. hah nasib baik ada lu kasi clarity sikit pasal taubat bro….

    pening gua bace statement mamat ni

    ODS: Kena kasi bro.. kalau tidak, memang akan ada yang dengan “bijaknya” tanya apa syarat taubat (dah jadi pun..)🙂

  5. Terpulanglah, tapi bukankah lebih baik kita mengundi calon Islam tambahan majaroti pengundi adalah orang islam.

    Saya tidak mengatakan yang pakatan buat tidak mengapa, cumanya perbuatannya itu dulu semasa umno..

    Adakah semua perkara ini haram apabila Zaid bersama PR? mengapa tidak mendedahkannya dahulu semasa Zaid menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dan ketika beliau menjadi Menteri dibawah kerajaan Islam Hadhari?

    Bukankah masih ramai peminpin BN yang mempunyai saham dan dan terlibat sebagai lembaga pengarah dalam syarikat judi dan arak? Adakah semua ini halal kerana mereka itu UMNO?

    ODS: Saudara,
    Saya mula berblogging pada November 2008, iaitu selepas PRU12 dan ketika itu pun, banyak yang OnDaStreet tidak setuju dengan ahli politik Barisan.

    Blog ini telah lama menegur mana yang salah, tidak kira Barisan atau Pakatan. Tolong buangkan skeptikal anda tentang blog ini yang membuta menyokong tanpa mengira salah atau betul tanpa rasional. Setiap satu artikel yang ditulis disertakan rasional dan sumber.

    Jika saudara atau sesiapa sahaja dapat membuktikan bahawa saya suka dengan Zaid Ibrahim, sila tunjukkan.

    Ya, saya akui, tidak semua pemimpin Barisan sempurna, begitu juga Pakatan. Yang terang salah, sudah tentu saya kritik. Jika saudara sudi membaca elok-elok apa yang saya tulis, DS Najib pun saya komen dalam bentuk yang BUKAN pujian.

    Setidak-tidaknya, saya tidak seperti saudara yang menghalalkan darah anggota keselamatan dibunuh pengganas komunis dengan mengatakan ianya perang saudara.😀

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s