Tazkirah Jumaat: 40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak


Tazkirah Jumaat minggu lepas menyentuh tentang adab sopan yang merupakan salah satu nilai murni yang perlu diberi perhatian. Minggu ini, satu lagi skop yang perlu kita sama-sama fikirkan.

Memandangkan masalah sosial kebanyakannya dikaitkan dengan remaja, apakah benar hanya generasi remaja yang bersalah dalam hal ini? Bagaimana dengan ibubapa? Bagaimana dengan guru-guru? Bagaimana dengan orang dan pengaruh disekeliling? Di sini ingin dikongsikan sebuah artikel, untuk renungan dan tindakan bersama…

Sumber : http://almizan.wordpress.com/2008/05/21/senarai-40-kesilapan-ibu-bapa-dalam-mendidik-anak-anak/

PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Nukilan OnDaStreet: Dalam pembentukan masyarakat, ibubapa memainkan peranan yang penting. Anak-anak biasanya mula melihat dan belajar daripada ibu bapa (melainkan yang ditinggalkan dimana-mana selain ibubapa..ini pun ibu bapa juga bertanggungjawab). Jika ibubapa tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik, bagaimana anak-anak mahu menunjukkan contoh yang baik?

Mungkin seharusnya, golongan ibu bapa yang sudah tentu lebih senior daripada anak-anak harus memikirkan kembali apa yang telah dan sedang diamalkan. Tidak kira ibubapa golongan muda atau tua, tidak kira kononnya “aku lebih banyak makan garam”, kerana kita tidak sempurna. Yang dikatakan sempurna adalah kitaran hidup yang telah ditentukan Allah, iaitu kita akan menghadapNya kelak.

Tidak terfikirkah kita.. mungkin.. kita yang bergelar ibubapa ini penyumbang kepada kebejatan dan masalah sosial?

Sama-sama kita renungkan…

Wallahualam..

 

3 thoughts on “Tazkirah Jumaat: 40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak

  1. Salam,

    Satu artikel yang sangat berguna kepada bakal-bakal ibubapa khususnya dan masyarakat amnya.

    Saya ada satu personalan.

    Dalam masyarakat kita hari ini, di mana pasangan suami isteri berkerjaya. Macam manakah kita nak didik anak-anak, sedangkan ibunya banyak menghabiskan masa di pejabat dan balik lewat malam. Oleh itu, anak-anak banyak menghabiskan masanya bersama “maid”, bukan yang sepatutnya, iaitu ibunya.

    Macam mana you rasa masalah ini boleh diatasi dengan sebaik-baiknya?

    Terim Kasih.

    ODS: Berdasarkan soalan saudara, ini cadangan saya…

    Kerja itu tidak seharusnya membataskan kualiti kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Sibuk? Ya.. tetapi seharusnya ada batasnya. Apalah guna duit berbukit, keluarga porak peranda?

    Memandangkan kebanyakan ibu bapa “kurang masa” dengan anak-anak.. luangkanlah masa yang berkualiti walau sejam dua dirumah dan elakkan 40 perkara yang disebut didalam artikel ini.

    Sekadar pandangan..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s