Mengupas Model Ekonomi Baru: NBI Sebagai Pemangkin?


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum DS Najib dan kerajaan akan mengumumkan apakah dan bagaimanakah Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan mencorakkan sosio-ekonomi dan landskap ekonomi Malaysia untuk tahun-tahun akan mendatang.

Di dada-dada media utama, MEB ini dikatakan baik dan akan memacu negara dan rakyat ke satu era yang lebih baik. Antara yang laporan yang indah termasuklah MEB akan jamin hak Melayu (dan Bumiputera), MEB roboh tembok perkaumanpeniaga Jepun mahu maklumat MEB, MEB akan pertingkatkan pendapatan dan tidak kurang juga YDP Agong sifatkan MEB berpandangan jauh.

Akan tetapi, bagi sesetengah rakyat Malaysia, MEB masih lagi kabur akan gambarannya. Setakat yang diketahui adalah sepertimana yang dilaporkan di media tanpa penjelasan yang jelas akan bagaimana ianya dirancangkan. Yang pasti, ianya merisaukan pihak yang memandang perlunya Bumiputera yang tertinggal diperjuangkan nasibnya.

Secara peribadi, OnDaStreet merasakan yang membuat Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu tidak relevan adalah kerana terdapat pihak yang telah merasai faedahnya, tetapi menyalahgunakan untuk kepentingan selain membantu yang lain turut sama membangun bersama. Buktinya nyata. Walaupun berbaris Bumiputera bergelar orang berada, ramai yang masih tidak merasa akan nikmat DEB. Bukanlah OnDaStreet mengatakan semua yang kaya itu tidak membantu (contoh Syed Mukhtar Al-Bukhary yang telah banyak dan masih membantu), tetapi ramai yang sudah lupa bagaimana mereka merasa nikmat menjadi orang kaya. Contoh yang lupa diri? Cari sahaja mereka yang berlagak dan bongkak akan kejayaan mereka dan dalam masa yang sama mengkritik DEB. Seolah-olah mereka berusaha tanpa dibantu dan diberi peluang.

Menurut EPU, MEB akan diumum dalam dua peringkat.   Bagaimana yang dua peringkat itu, tiadalah diketahui.

Namun, apabila terbacakan laporan akhbar berikut

Strategi tepat untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara maju: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Insentif yang diumumkan sempena majlis pelancaran NBI dan HSBB di Dataran Merdeka adalah:

  • Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;
  • Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;
  • e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan
  • Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak.Selain itu, katanya, sebagai tambahan kepada insentif berkenaan, RM1 bilion akan digunakan daripada Dana Khidmat Sejagat (UPS) dengan persetujuan penyedia perkhidmatan untuk digunakan bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.Katanya, pembahagian komputer riba itu akan dirunding dengan Kementerian Pelajaran dan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini.

    “Telekom Malaysia (TM) juga bersetuju memperkenalkan pakej jalur lebar berserta rangkaian dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 manakala kawasan Penyedia Perkhidmatan Universal (USP), jumlahnya dikurangkan lagi kepada RM20,” katanya.

    Hadir sama, Muhyiddin; Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim, Pengerusi Telekom Malaysia Bhd (TM), Datuk Dr Halim Shafie; Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

    Sementara itu, ketika sesi sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin kaum di kawasan Kota Samarahan selepas pelancaran NBI dan HSBB, Perdana Menteri berkata kerajaan pusat akan berusaha menyegerakan lagi pembangunan di Sarawak.

    Najib berkata, adalah jelas melalui perkara yang dibangkitkan rakyat Sarawak mahukan pembangunan di negeri itu disegerakan.

    “Kita akan cuba segerakan lagi pembangunan untuk Sarawak,” katanya.
    Antara yang terbabit dalam sesi itu di Kota Samarahan ialah pemimpin kaum Iban, Bidayuh, Cina, Melayu, Melanau dan wakil pelajar.

    Najib berkata adalah jelas penduduk di Sarawak mahu sama-sama untuk bergerak dalam dunia IT.

    “Kita akan segerakan dan mempercepatkan pembangunan IT (teknologi maklumat) di seluruh Sarawak,” katanya

  • Inisiatif Jalur Lebar ini (NBI) pada pandangan OnDaStreet adalah pemangkin kepada salah satu hasrat MEB iaitu berdasarkan inovasi dan pembangunan insan (yang tidak lain berasaskan ilmu pengetahuan). Malah ia membuka ruang untk menjana pendapatan tinggi.

    • Inovasi & Pembangunan Insan

    Dengan peluang yang terbuka melalui ruang lingkup yang tersedia dalam dunia internet, jalur lebar membuka ruang untuk rakyat memperbaiki diri dengan mempelajari sendiri daripada apa yang terhidang dalam internet. Dengan carian yang betul, rakyat berpeluang membuktikan kreativiti, inovasi dan menambah baik apa yang ada pada diri.

    Cuma, yang merisaukan adalah rakyat gagal menilai dengan baik apa yang dibaca dan dipelajari daripada internet. Apalagi kalau pelayaran internetnya bukan kepada ilmu untuk menambah baik poket sendiri, tetapi melayan “keseronokan batin sendiri” (atau dalam perkataan lain, layan pornografi)

    • Pendapatan Tinggi

    Pengaruh internet jangan dipandang remeh dan enteng. Ia membuka ruang untuk menjana pendapatan. Ruang-ruang iklan yang terdapat dalam laman web, portal membuka ruang untuk penjanaan pendapatan. Malah Harakah dahulu yang dijual untuk ahli PAS sahaja telah lama boleh dibaca secara online (dan lihat sahaja iklan-iklan yang ada.. pelbagai jenis ubat-ubat dan kopi pun ada).

    Malah ianya membuka ruang untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Jika ianya tidak membuka peluang, masakan akhbar-akhbar juga terdapat dalam versi digital. Kos kertas, percetakan, dan penghantaran dapat dikurangkan.

    Malah, mungkin dengan populariti Facebook, Twitter dan pelbagai laman lagi yang menjana pendapatan yang tinggi boleh menjadi contoh bagaimana pendapatan boleh diperolehi.

    Itu dari segi internet itu sendiri. Kita belum lagi mengambil kira pendapatan hasil daripada kontrak-kontrak menyediakan infrastruktur, komputer riba, komputer, dan pelbagai yang diperlukan untuk menjayakan usaha ini. Pendapatan hasil penyeliaan kemudahan ini juga seharusnya menyediakan peluang tender dan kontrak yang baik untuk poket rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan peluang.

    Dari sudut negatifnya pula, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil kira akan pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu dan menyalahkan kemudahan yang ada. Malah membuka ruang untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Oleh itu, Akta Siber perlu diperkemaskan dan tindakan daripada pihak berwajib (seperti PDRM sendiri) untuk membendung jenayah siber perlu dipertingkatkan keupayaan, ilmu dan kepantasan mereka (di alam siber).

    Apa kata anda?

    Soalan dijalanan: Bagaimanalah agaknya MEB yang sebenar itu ya?

    p/s: untuk bacaan pendapat yang bagus mengenai MEB juga boleh dibaca di sini dan juga bayangan sosial berkaitan MEB di sini dan sini.

     

    5 thoughts on “Mengupas Model Ekonomi Baru: NBI Sebagai Pemangkin?

    1. Bagaimana MEB? Tak tahu! Tak tahu! Depa belum cerita apa-apa lagi pun?

      Dulu adalah dilaksanakan dasar liberalisasi..? MARA, UITM semuanya tu dah kena potong peruntukan. Dengar khabar sekolah asrama pun budak-budak disuruh balik hujung minggu sebab sekolah tak kasi makan. Eh, yang jauh tu nak balik rumah camna? Yang dianggap keistimewaan kepada orang Melayu bawah DEB tu, dah makin dihakis, makin tiada. Sekolah vernakular dapat peruntukan lebih. Peruntukan besar dengar khabarnya diberikan kepada program tah apa nama yang Rosmah buat tu. Yang dok draf MEB ramai bukan Melayu katanya. Najib pun juih bibir kat sistem sekolah satu aliran. Dia giat dok promote bahasa Mandarin, habis Nazri, Zambry pun dok canang bahasa mandarin. Baru-baru ni dok suruh Muhyiddin kaji nak iktiraf sijil sekolah cina selepas kena warning dgn orang cina?

      Apa agaknya rupa MEB itu ye dari sok-sek seperti yang di atas?

      ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

    2. Salam ODS,

      Kena beri mesej jelas pada Najib jika MEB membelakangi Melayu, orang Melayu akan bantah keras, Umno boleh bungkus kasi tapau.

      Ada kawan pula kata, bagus juga kalau MEB pro cina, barulah Melayu akan bersatu ! hahaha…

      ODS: Mungkin.. bersatu..cuma apa tindakan susulan selepas bersatu?🙂

    3. Saya khuatir unsur-unsur DEB lesap bila MEB keluar. Blog saperti Malaysian Insider meramalkan saperti demikian, berdasarkan “inside information” dan sapertinya. Jika benar, saya akan amat berdukacita, namun tidak puas hati dan marah kapada pucuk pimpinan.

      Pucuk pimpinan negara ini adalah Melayu. Mereka diharapkan mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu. DEB adalah suatu alat berbuat demikian. Digubal dimasa yah PM sekarang – Tun A Razak yang disayangi. Jika PM sekarang tidak menikut jejak langkah bapanya dan terus mempertahankan dan tidak membenarkan pelincungan hak dan kepentingan Melayu didalam DEB, maka MEBnya tidak akan direlakan, malah akan dibangkang kaum Melayu.

      Sudah ada MPM dan 76 NGO Melayu mengeluarkan suara berkenaan perkara ini. Jika MEB mengenepikan unsur-unsur DEB, marilah kita beramai-ramai menyokong dan mendokong MPM dan 76 NGO Melayu tersebut.

      ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

    You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s