Siapa Mahu Buat Laporan Terhadap DS Anwar? Sila Angkat Tangan!


Susulan daripada kekecohan pendedahan DS Zahrain, DS Anwar dikhabarkan terus keluar ke Amerika Syarikat (dan berjumpa Al Gore). Walhal, SPB Yang DiPertuan Agong baru sahaja menegur sikap ahli-ahli Parlimen. Baru dua hari bersidang sudah cabut lari?

Susulan daripada pendedahan itu juga terdapat desakan untuk PDRM menyiasat dakwaa tersebut. Berikutan itu, ini adalah laporan akhbar Berita Harian:

Tan Sri Musa Hassan

Tan Sri Musa Hassan

Dakwaan Zahrain diteliti jika ada laporan

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Susulan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat, Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan jika ada laporan berhubung pendedahan itu, polis akan menjalankan siasatan

.

“Beliau (Zahrain) mendedahkan perkara itu dalam Parlimen. Polis tidak boleh campur tangan, selagi tiada pihak tampil membuat laporan kepada kita berhubung dakwaan itu. “Polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana ini membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong. Siasatan pula perlu dibuat secara terperinci,” katanya, semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap kenyataan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang kini bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil jika terbukti dakwaan berkenaan berasas.

“Bila perkara itu disebut di Parlimen, pastinya Zahrain mempunyai bukti jelas dan nyata. Ia sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan apabila nama Raja dan ATM diheret sama isu itu,” katanya.
Musa berkata, jika ada laporan, siasatan akan dijalankan secara telus tanpa mengira status atau pangkat mereka yang terbabit dalam komplot itu kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara dan ketenteraman rakyat.

“Polis tidak berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan suasana tegang di negara ini,” katanya.

Sementara itu, bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal meminta orang ramai tidak terkeliru dengan cubaan pihak tertentu menggunakan nama ATM dan pegawai kanan tentera untuk mencapai cita-cita politik mereka.

ATM institusi yang bebas daripada pengaruh dan campur tangan politik. Tidak adil nama ketumbukan ini dipergunakan untuk kepentingan politik, malah semua pegawai kita masih waras dan tidak akan membiarkan mereka diperalatkan.

“Di ATM, pegawai dan anggotanya mendukung prinsip taat setia kepada pemimpin serta kerajaan memerintah. Kita tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat, itu bukan prinsip kita,” katanya.

Dengan kenyataan akhbar tersebut, dua individu secara terang menyatakan tindakan hanya akan diambil jika terdapat laporan polis yang dibuat.Jika tiada, tiadalah siasatan daripada PDRM.

Umum perlu mengetahui sedikit sebanyak akan prosedur bagaimana siasatan hanya boleh dilakukan. Pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak tanpa laporan dibuat (ini tidak termasuk unsur-unsur yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselematan negara).

Terdapat beberapa insiden yang boleh dijadikan contoh. Masih ingat lagi kekecohan yang berlaku semasa PRK Bagan Pinang (yang mana saya gelarkan sebagai “Movie of the Year 2009” kerana aksi tetak menetak, belasah membelasah), di mana walaupun kononnya seorang penyokong PAS ditetak (?) tetapi diam begitu sahaja? Oleh kerana tiada laporan, manakan ada tindakan daripada pihak polis.

Oleh itu, siapa yang mahukan pihak polis mengambil tindakan, silalah buat laporan polis agar polis dapat bertindak. Agak-agak sudikah YB Zulkifli Nordin membuat laporan bagi pihak rakyat? Hehehe…

Dalam pada itu juga, dengan kenyataan daripada bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal, adalah diharapkan rakyat tidak mencampur adukkan kekeliruan politik dan pendirian neutral dalam berkhidmat untuk negara. Ketahuilah mereka (ATM, PDRM, Bomba, dan pebagai lagi badan berkanun, dan juga mahkamah) bertindak dalam kapasiti dan tanggungjawab mereka, bukan atas dasar politik kerana mereka bukan organisasi politik. Mereka akan tetap menjalankan tugas mereka biarpun sesiapa pun memerintah.

Soalan dijalanan: Siapa mahu buat laporan polis berkenaan isu ini? Bagaimana DS Anwar mahu menolak ke tepi pendedahan ini? “Konspirasi” lagi?

5 thoughts on “Siapa Mahu Buat Laporan Terhadap DS Anwar? Sila Angkat Tangan!

  1. 16Sept – Anuar make it out seolah-olah satu “pemberontakan aman” yang kononnya disokong oleh ATM dan DYMM SPB YDAgong?

    Wah beraninya dia.

    Dulu Saiful buat laporan polis, dia lari ke kedutaan Turki – kroni US

    Sekarang, baharu Zaharain londehkan seluar dia di parliment, dia awal-awal lari ke US – penaong dia – sebelum sesiapa sempat buat laporan polis.

    Dulu – lawan jangan tak lawan.
    Sekarang – lari jangan tak lari.

    Umur ko dah 60lebih mat … nak lari kemana?

    ODS: Lari ke mana boleh.. atau beliau tidak menganggap beliau lari, tetapi berlindung daripada ancaman?

  2. suruh je DS Zahrain buat laporan polis sebab dia yang banyak tau cerita

    ODS: Atau sebenarnya semua MP bekas Pakatan tahu sahaja..cuma..???

  3. salam ODS,

    sebenarnya saya masih tertanya tanya, apa kesalahan yang DS Anwar dah buat agaknya, hehe. Pada saya beliau cuma lah penglipur lara yang meraban dan kaki kencing, tentang isu guna nama Agong dan tentera itu saya tidak pasti samada beliau telah melakukan kesalahan, namun kita tunggu sahaja hingga habis siasatan.

    ODS: Sid,
    Salah dari moral sudahlah tentu (kerana menyebabkan huru hara, keluar dewan terus tak masuk dewan hari-hari seterusnya dan apa lagi tindak tanduknya yang lain yang membuatkan kita garu kepala).. salah yang lain tu, rasanya Sid lebih tahu kerana menuntut ijazah undang-undang..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s