My Malaysia: GST – Fahamkah Anda?


Berikut adalah laporan BERNAMA berkaitan dengan “Goods & Service Tax” atau dalam Bahasa Malaysianya – Cukai Atas Barang dan Perkhidmatan:

Husni: Rang Undang-Undang GST Tidak Akan Dibentangkan Bagi Bacaan Kedua Di ParlimenKUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi Parlimen akan datang, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

“Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.

“Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST,” kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) di sini pada Sabtu.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas. Sesi Parlimen akan datang bermula Isnin ini.

Mengenai bila ia akan dibentangkan, Husni berkata: “Ia akan bergantung kepada perbincangan dengan orang ramai mengenai bagaimana rakyat melihat pelaksanaan GST itu. Jadi, kita tidak menetapkan satu tempoh masa mengenai perkara itu.”

GST yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan itu, bermatlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.

Sementara itu, Presiden DPMMKL Datuk Syed Amin Aljeffri berkata dewan itu telah menandatangani memorandum persefahaman dengan ACL Resources Bhd untuk membangunkan satu hotel 12 tingkat di Chinatown, Kuala Lumpur.

“Kami sedang di dalam proses mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa dan akan menyenarai pendek kontraktor sebelum akhir tahun ini. Kami berharap akan memulakan kerja pecah tanah pada awal tahun depan,” katanya.

Hotel berharga RM15 juta itu akan dibangunkan mengikut cara bina, kendali dan pindah oleh ACL Resources, yang akan mengendalikan hotel itu selama 60 tahun.

Oleh kerana tanah berkenaan milik DPMMKL, ia akan menerima pendapatan mampan di dalam bentuk perolehan tahunan tetap dari ACL Resources.

— BERNAMA

 

Bagi OnDaStreet, GST bukan perkara baru kerana telah mempelajarinya mengikut sukatan pengajian ketika di peringkat diploma dan ijazah dahulu. Namun,  pastinya secara umum, ramai yang tidak tahu apakah itu GST, perlaksanaannya dan impaknya terhadap urusan jual beli.

Namun, apa yang dipelajari dahulu adalah berdasarkan sistem di Eropah, yang hasilnya kelihatan kembali kepada rakyat dalam pelbagai bentuk. Pembangunan dan kebajikan antara hasil yang boleh dilihat.

Kekuatan mata wang, nilai mata wang, kadar gaji semasa dan kadar inflasi juga memainkan peranan dalam menentukan perlaksanaan GST dan kesannya. Kesilapan dalam perlaksanaan akan memberi impak negatif, baik dari segi ekonomi mahupun kestabilan politik negara.

Kerajaan Barisan harus sedar, sebarang salah langkah yang membabitkan keadaan poket rakyat terutama dalam keadaan sekarang, membahayakan perjalanan politik Barisan Nasional. Penerangan yang jelas bagaimana saluran dana hasil GST harus dibuat supaya rakyat (apalagi pihak Pakatan Rakyat) tidak keliru dan naik angin dengan mudah. Penjelasan yang boleh diterima rakyat juga harus dilakukan dengan terdapat ramai yang masih ragu-ragu akan ketelusan dana yang ada, apatah lagi imej rasuah masih lagi dimainkan dalam bentuk sentimen politik dan sosial.

Cuma, yang agak menghairankan adalah kenapa baru mengambil kira pendapat rakyat? Daripada corak laporan akbar ini, seolah-olah deraf pembentangan sudah pun ada. Siapakah penasihat disebalik GST ini?

Soalan dijalanan: Fahamkah anda apa itu GST?

 

2 thoughts on “My Malaysia: GST – Fahamkah Anda?

  1. GST, isn’t that when you go shopping to buy an RM100 worth of items (which you exactly know what they are & their prices), but you must bring along RM100 plus to pay for GST ? No longer RM100? So how it will help sengkek people like me? I heard the gomen was saying GST will help consumer in saving the cost but now I have to bring along more than RM100? Sorry, I am not an economist.

    Ini gomen cakap putar-putar, belit-belit kalah ular. Wa tak faham la.

    I dont sleep at hotel room. I dont eat at hotel’s restaurant. Because it says one room per nite is RM200 dan one meal RM50. But the bill is RM200 plus plus and the meal is RM50 plus plus. So now, I dont go shopping? Will the gomen GSTing my tanam kangkung at kampong too?

    ODS: Depends on how they plan to do it…

  2. melalui GST, sedikit sebanyak, jumlah kutipan cukai akan meningkat. Mungkin sekitar RM 3 billion.
    Namun yang demikian, dalam keadaan ekonomi dan pasaran saham yang masih belum memuaskan serta nilai ringgit yang boleh di anggap jauh berbanding nilai dollar..apakah GST akan memberi kelebihan kepada Malaysia, khususnya golongan rakyat berpendapatan rendah?

    ODS: SJ,
    Rasanya kerisauan rakyat lebih kepada berpunca kepada bagaimana hasil kutipan GST diuruskan dan penerangan yang tidak begitu teknikal (bukan semua orang belajar ekonomi). Dengan imej ketirisan dana dan rasuah yang terpalit pada kerajaan (dan juga yang tidak henti-henti disuarakan Pakatan), menambahkan lagi kerisauan rakyat.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s