Biar “Mati” MP, Jangan Mati “Kerusi”… Pakatan “Nakal”???


Libang libu senario politik tanah air masih tidak berkesudahan. Antara yang membezakan senario politik negara pada 2008, 2009 dan 2010 adalah pertukaran wakil-wakil rakyat yang memerlukan pilihanraya kecil diadakan. Pada 2008 dan 2009 menyaksikan kombo PRK yang bagaikan tidak berkesudahan. Bezanya, kebanyakan PRK yang diadakan disebabkan kematian wakil rakyatnya kecuali wakil rakyat PKR (yang boleh memberi gambaran PKR tiada kerja lain selain PRK dan ganggu gugat usaha membangunkan negara dan negeri). Untuk rekod, berikut adalah PRK yang telah dijalankan sepanjang 2008 dan 2009:

Permatang Pauh: PRK diadakan berikutan DS Dr Wan Azizah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada DS Anwar untuk bertanding. Permatang Pauh dimenangi oleh Parti Keadilan semasa PRU12.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Kuala Terengganu: PRK perlu diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail. Kuala Terengganu merupakan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional ketika PRU12.

Sebelum PRK: Barisan; Selepas PRK: Pakatan.

Batang Ai: PRK perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dublin Unting Ingkot. Batang Ai ialah kawasan DUN yang dimenangi oleh Barisan semasa PRU12.

Sebelum PRK: Barisan; Selepas PRK: Barisan.

Bukit Gantang: PRK perlu diadakan berikutan kematian Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Bukit Selambau: PRK diadakan berikutan kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Penanti: PRK diadakan berikutan perletakkan jawatan Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Penanti dikuasai PKR semasa PRU12.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Permatang Pasir: PRK diadakan susulan ADUN Permatang Pasir kembali ke rahmatullah.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Manek Urai: PRK diadakan berikutan ADUN yang memenangi kerusi Manek Urai meninggal dunia kerana sakit jantung.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Bagan Pinang: PRK diadakan susulan ADUN Permatang Pasir kembali ke rahmatullah.

Sebelum PRK: Barisan; Selepas PRK: Barisan.

Jika dianalisa, hanya PKR mempunyai alasan “unik” untuk mengadakan semula PRK yang tidak melibatkan kematian wakil rakyatnya. Kenapa dan mengapa? Buat masa ini, saya rasa perlulah ditanyakan kepada kepalanya. BigDog berpendapat DS Anwarlah sebenarnya masalah dalam Pakatan, dan berdasarkan PRK dan perkembangan sejak kebelakangan ini, saya bersetuju akan pendapatnya. Terbaru, DS Dr Wan Azizah mencabar YB Zulkifli meletak jawatan supaya PRK boleh diadakan. Bagaimana pula dengan 2 lagi yang meninggalkan Pakatan? Perlu atau tidak?

Setakat hari ini, cuma PKR sahaja yang mempunyai kisah yang unik yang melibatkan pemilihan wakil rakyat. Sementara yang lain wakil rakyatnya meninggal dunia ketika berkhidmat, hanya wakil rakyat PKR sahaja yang meninggalkan kerusi dan parti tanpa meninggal dunia. Mungkin kerana inilah saya bersetuju dengan ungkapan kata mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai  “Pakatan nakal” (menerusi rancangan Soal Jawab di TV3 semalam).

“Nakal” mungkin lembut bahasanya, tetapi tidak dapat tidak PKR mengganggu urusan yang perlu dilakukan seharian. Ketidak tentuan politik merupakan salah satu yang boleh mengganggu usaha menjadikan negara ini lebih baik. Bagi yang belajar ekonomi dan pengurusan, faktor PEST (Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi) memainkan peranan. Jika kita asyik dilayan dan disumbat dengan cerita politik yang tidak berkesudahan, saya pasti rakyat susah hendak menilai mana satu pilihan yang boleh menjaga kebajikan dan sara hidup mereka.

Setakat ini, Barisan kelihatan sedang berusaha (walaupun belum cukup memuaskan). Mujur minyak tidak dinaikkan harga dan cadangan “unik” ditarik balik. Jika tidak, saya merasakan rakyat pasti akan naik angin dengan tindakan yang tidak sehaluan dengan motto 1Malaysia – Rakyat Diutamakan, Pencapaian Diutamakan.

Pakatan? Lebih banyak menumpukan kepada isu liwat DS Anwar, isu royalti minyak Kelantan (ura-ura nak bawa ke mahkamah, tetapi tidak sampai juga…), struktur pentadbiran Pulau Pinang dan juga isu YBK dan janji-janji di Selangor.

Saya cuma mengharapkan rakyat Malaysia dapat memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.. bukan terpaksa memilih terbaik dari kalangan yang buruk. Cukup-cukuplah..

Ya, sebagai ahli politik, YB-YB kita ramai yang berjaya yang memainkan peranan tersebut.. cuma peranan wakil rakyat itu tidak semua yang mampu menjalankannya. Harapnya janganlah pula ada masih terlena dan tidur ya

Soalan dijalanan yang tidak berkaitan dengan artikel diatas: Apa akan jadi antara YB Zulkifli dengan PAS ya? PAS nak terima atau tidak? Beria benar keyakinan seorang hamba Allah ini

4 thoughts on “Biar “Mati” MP, Jangan Mati “Kerusi”… Pakatan “Nakal”???

  1. Pak Sheikh, org paktan kata, baguslah Zul dikeluarkan. Bersih sikit parti depa. Pemecatan ini adalah untuk membersihkan parti.

    Habis tu PAS, nak kutip Zul ni? Keluar kocek kiri, masuk kocek kanan ?

    PAS sekarang sudah berbelit-belit, tungang langgang cakapnya. Kalah ular.

    ODS:Terima kasih atas komen anda.🙂

  2. Benar. PKR nakal sangat. Memang patut kena babab.

    Anwar sudah mula lemah. Semangat beliau telah hilang.

    ODS: Rimau,
    Semangat DS Anwar tidak hilang, tetapi semangat orang bawahannya ada yang mula hilang…

  3. PRK … prk … prk. Kerja tidak. Cakap … cakap … cakap!

    PR tu kebun Anwar. Kalau dia tanam jagung, dua tahun dah menuai empat kali.

    Ni dia tanam batang tugal. Masaalah.

    ODS: Hahaha.. Terima kasih atas komen anda Pakcik Dal.🙂

  4. SalamODS,

    Pas akan menerima siapa saja yang kritik Umno ! TDM yang menjadi musuh no1 Pas tu pun mereka dah hamparkan permaidani merah waktu TDM keluar Umno dulu inikan pula YB Zul.

    Syarat2 ahli cuma satu – Anti Umno.

    Singa pondan ngan dubuk mata sepet dialu2kan.

    ODS: Salam Din.. kiranya asal musuh UMNO, semua diterimalah ye? Oo.. begitu..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s