Isu Royalti Minyak Kelantan: Ke Mahkamah Atau Jalanan???


Berikut adalah laporan Harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.

“Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

“Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu,” katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

“Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun,” kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan kerajaan Najib supaya jangan menafikan kehendak rakyat dengan menolak royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau juga mengingatkan, pertikaian mengenai minyak telah mencetuskan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979.

“Ayatullah Khomeini berumur 91 tahun ketika beliau memimpin kebangkitan menentang Shah lebih 30 tahun lalu,” Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Beliau mengaitkan revolusi itu dengan tindakan Mohammad Reza Pahlavi menyalahgunakan kekayaan minyak Iran.

Bagaimanapun, Razaleigh segera menafikan bahawa beliau mahu memimpin revolusi seperti itu.

Beliau juga menyifatkan kerajaan pusat berlagak seperti ‘Godfather’ apabila enggan membayar bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan.

“Kerajaan Persekutuan berlagak seperti Godfather walaupun kuasa mereka datang dari 13 negeri,” kata Razaleigh sambil menyamakan sikap menindas Putrajaya dengan sikap ketua penjenayah.

Sehingga kini, tidak ada tanda kerajaan pimpinan Najib mahu mematuhi perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.

Ternyata nada ini agak berbeza dengan nada sebelum ini, yang mana mahu membawa isu royalti ke mahkamah. Malah Harakahdaily sendiri melaporkan yang DUN Kelantan setuju ingin membawa isu royalti minyak ke mahkamah. Apatah lagi setelah dicabar Dato Seri Nazri Aziz supaya kerajaan negeri Kelantan membawa isu ini ke mahkamah, kerajaan Kelantan disebut bersedia berentap di mahkamah. Paling tidak pun, jika pun kerajaan Kelantan tidak berani membawa isu ini ke mahkamah, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali tetap mahu ke mahkamah.

Apa sudah jadi?

Kenapa Salahuddin berkata begitu? Apakah PAS sudah mati akal dalam persediaan membawa isu ini ke mahkamah? Kenapa PAS “mencadangkan” isu royalti ini dibawa ke jalanan padahal Pemuda UMNO sendiri setuju isu ini dibawa ke mahkamah? Susah sangatkah peguam-peguam yang menganggotai PAS membawa isu ke mahkamah? Jika susah sekali pun, mintalah pertolongan kumpulan peguam DS Anwar yang tidak terbilang ramainya dan hebatnya.

Janganlah gunakan jalanan sebagai cara untuk mendapatkan perhatian. Mahkamah ada, sokongan supaya membawa isu ke mahkamah pun ada. Jalan sudah dibuka, tetapi jalanan juga yang antara pilihan. Adalah lebih baik peguam-peguam kerajaan negeri Kelantan dan PAS menyediakan apa yang patut untuk membawa isu ini ke mahkamah daripada membiarkan isu ini dibawa ke jalanan dan membuatkan warga Kuala Lumpur kebengangan dek jalan sesak akibat tunjuk perasaan di jalan-jalan Kuala Lumpur tentang isu royalti minyak kerajaan negeri Kelantan.

Sementara itu, saya tersenyum sendirian apabila terbacakan satu artikel di Harakah bertajuk “Saudara berminat jadi Ketua Pemuda atau Ketua Pembangkang? yang ditujukan buat Ketua Pemuda UMNO. Bakar “line” nampak…

Soalan dijalanan: Apakah wajar PAS “membawa” isu royalti minyak ini dijalanan???

 

5 thoughts on “Isu Royalti Minyak Kelantan: Ke Mahkamah Atau Jalanan???

  1. Salam ODS,

    Wajar atau tak kalau seruan jihad dah datang….. demo semacam ! Hmm mungkin kali ni ada baiknya polis luluskan permit bersyarat. Dibolehkan demo tapi hanya di Bukit Bintang atau Petaling Street saja.

    ODS: Salam Din,

    Kenapa Bukit Bintang atau Petaling Street sahaja?

    1. Kenapa Bukit Bintang atau Petaling st ?

      – Kan ramai penyokong Dap line sana. pure tongsan.. tapi punya ic msia. Boleh diorang join sama, taklah orang Melayu Pas je yang asyik berjihad. Berganding bahu lah katakan ..

      – Ingat Penakiri dulu ? Duk pertikai kenapa arahan tutup kedai dikeluarkan ? Kali ni jangan beri arahan, nak tengok diorang tutup kedai tak ?

      – Berdemo tidak ganggu bisness, malah menambahkan pelanggan ! Suka sangatlah diaorang… very the convenient, hotel untuk penginapan banyak, cafe restoran banyak nak berehat kalau panas, kedai jual prepaid bersepah senang nak topup hantar sms ke kampung. Win-win situation…

      – mana aci asyik2 Sogo je dapat customer lebih, area tu lebih ramai peniaga

      – kat Petaling st mesti ada jual kaki katak perisa bahkuteh !

      ODS:.. OoO.. Begitu…🙂

  2. Tiba2 ada mentol bernyala atas kepala…… kalau dibuat demo pun bukan kerana royalti, isu royalti hanya digunakan untuk menarik sokongan berdemo tapi yang sebenarnya ia untuk menunjukkan seolah2 sokongan kepada Anwar !!

    bayangkan….. orang ramai berdemo, adalah 2-3 mamat bawa banner pro anwar dan media asing menggunakan gambar 2-3 mamat ni berlatarbelakangkan ribuan pendemo. Dan timingnya pula ngam2 dengan tarikh dengar semula kes liwat anwar ……. ? Smart eh ?

    ODS: Geliga otak din.. “boleh buat batu cincin”.. hahaha

  3. sekali lagi, tumpang idea nak tulis related artikel….based on betapa perlunya PR satu demo ketika ini…. hehehe….

    ODS: Silakanlah Din…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s