Tazkirah Jumaat: 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


Untuk tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya kongsikan artikel yang disiarkan dalam SDARA News Letter edisi Disember 2009 yang lalu. Ringkas, tetapi bererti jika menghayatinya.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

BACALAH . . . . . .  RENUNGLAH  . . . . .  KEMUDIAN TERUS BERAMAL

 

1.   Apabila  saudara  mendengar  azan,  bangunlah  sembahyang  serta  merta  walau bagaimana  keadaan  sekalipun.

 

2.   Bacalah  Al-Quran, atau  tatapilah  buku-buku,  atau  pergilah  mendengar  perkara  yang  baik  ataupun  amalkanlah  zikrullah  dan  janganlah  sama  sekali  saudara  membuang  masa  walau  sedikitpun,  kerana  perkara-perkara  yang  tidak  berfaedah.

 

3.   Berusahalah  seberapa daya  upaya  untuk  bertutur  dalam  bahasa  Arab yang  betul  kerana  bahasa  Arab  yang  betul  itu  adalah  satu-satunya syiar  Islam.

 

4.   Janganlah  banyak  bertengkar  dalam  apa  perkara  jua  sekalipun  kerana  pertengkaran  yang  kosong  itu  tidak  memberi  apa-apa  kebaikan.

 

5.   Janganlah  banyak  ketawa,  kerana  hati  yang  sentiasa  berhubung  dengan  Allah  itu,  selalunya  tenang  dan  tenteram.

 

6.   Janganlah  bergurau,  kerana  umat  yang  sedang berjuang itu  tidak  mengerti melainkan  bersungguh-sungguh  dalam sebarang  perkara.

 

7.   Janganlah  saudara  bercakap  lebih  nyaring  daripada  yang   dikehendaki oleh  para   pendengar,  kerana  yang  demikian  itu  adalah suatu  rasmi  yang  sia-sia,  malah  menyakiti  hati  orang  lain.

 

8. Jauhilah  daripada  mengumpat  peribadi-peribadi  orang,   mengecam  pertubuhan-pertubuhan  dan  janganlah  bercakap  melainkan  dengan  apa-apa  yang  boleh  memberikan  kebajikan.

 

9.   Berkenal-kenal lah  dengan  setiap  saudara  muslimin  yang  saudara  temui  sekalipun  ia  tidak  meminta  untuk  berkenalan,  kerana  asas  pergerakan  seruan  kita  ialah  berkasih  sayang  dan  berkenal-kenalan.

 

10. Kewajiban-kewajiban  kita  adalah  lebih  banyak  daripada  masa  yang  ada  pada  kita.  Oleh  itu  bantulah  saudaramu seperti  saudara  melakukan  tugas  sendiri, maka  ringankanlah  perlaksanaannya.  

 

Nukilan OnDaStreet: 10 pesanan tersebut boleh dikatakan ringkas, tetapi terkadang, kita terleka, terlalai, ter”tidak kuat” dalam melaksanakannya. Bak kata-kata yang ternukil, bacalah, renungilah dan amalkanlah. Biarlah kita menjadi pokok yang buahnya boleh dinikmati oleh orang lain, lebih baik daripada “pokok” yang tidak memberi manfaat kepada orang sekeliling kita.

Harapnya tazkirah Jumaat kali ini boleh menjadi sebahagian untuk pengisian rohani kita dan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

Wallahualam..

Info tentang Hassan Al-Banna boleh dibaca di laman ini.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s