Kalimah Allah: Dua Sidang, Berbeza Pandangan


Beberapa hari yang lalu, telah dilaporkan di Harakahdaily.net bahawa YB Khalid Samad mencadangkan orang ramai mendalami maksud “Allah”. Forum dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) tersebut turut membariskan:

  • seorang budayawan Eddin Khoo;
  • Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Mohd Farid Mohd Shaharan;
  • Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Azwira A. Aziz;
  • Filosof ISTAC Dr. Khalif Muammar;
  • Pakar Dakwah Perbandingan Agama Shah Kirit Kakulal Govinji; serta
  • wartawan bebas Hasmi Hashim selaku panelis.

YB Khalid Samad antara lain menyebut:

“Isu ini hanya mudah, kita sembah Tuhan yang sama, Tuhan hanya satu, mana Tuhan ada banyak…(dan)  orang Islam wajar menjelaskan bagaimana Allah yang Esa patut disembah.

Sememangnya, umat Islam mempercayai Allah itu Esa, tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah Yang Esa. Bezanya, “Allah” menurut terjemahan yang cuba digunakan oleh agama lain adalah berbeza. APakah YB Khalid Samad sedar akan perbezaan tersebut? Apakah YB Khalid Samad patut tahu akan perbezaan akidah dan tauhid agama Islam dengan agama lain?

Didalam laporan itu juga disebut:

Beliau turut menyalahkan kepemimpinan Umno kerana dilihat seolah-olah menggunakan media arus perdana untuk memanipulasi isu tersebut, demi meraih sokongan politik di kalangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mendakwa tindakan Umno tersebut tidak sejajar dengan tuntutan dakwah sebagaimana dalam ayat 64 dan 65 dari Surah al-Imran.

Ekoran pandangan tersebut, seorang hadirin mendakwa bahawa Khalid tidak memahami realiti kedudukan kaum Melayu di Malaysia.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, “Saya tak faham Islam ala Melayu.”

Islam ala Melayu? Pada pandangan saya, apabila menjadi Ahli Parlimen Shah Alam yang rata-rata mempunyai majoriti penduduknya Islam, beliau seharusnya dapat melihat struktur masyarakat di Malaysia ataupun paling tidak di Shah Alam sendiri. Lebih-lebih lagi beliau harus melihat keadaan di Masjid Negeri Shah Alam pada Jumaat yang lalu di mana beribu menandatangani petisyen membantah penggunaan nama Allah oleh agama lain. Jika tidakpun beliau tidak menghadiri solat jumaat disana, beliau seharusnya sudah mengetahui apa yang berlaku pada hari tersebut kerana paling tidak pun, Shah Alam dibawah pentadbiran Parlimen beliau.

Dan seharusnya, YB Khalid Samad tidak seharusnya melibatkan politik dalam isu ini kerana isu ini timbul kerana The Heraldlah yang memulakan tindakan. Maka, seharusnya, ini bukan isu politik dan ianya lebih kepada isu persefahaman dan toleransi antara agama.

Di hari yang lain pula, sebuah forum yang lain diadakan oleh 70 badan bukan kerajaan (NGO), seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian yang meluluskan 12 resolusi berkaitan dengan isu kalimah Allah ini. Muzakarah Pakar – Isu Kalimah Allah ‘Katakanlah Allah itu Yang Maha Esa’ itu dipengerusikan Pengerusi Hidayah Center Jamaah Islamiyah Malaysia, Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester turut dihadiri:

  • Penaung Darussyifa’, Datuk Dr Haron Din;
  • Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abd Hamid;
  • Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia, Ann Wan Seng; dan
  • Felo Institut Kemajuan Islam Malaysia, Mohd Asham Ahmad.

Jika forum yang dihadiri oleh YB Khalid Samad memandang kepada asas umat Islam (walaupun menyedari hakikat ada ada umat Islam Malaysia yang boleh dikategorikan goyah imannya), muzakarah ini juga melihat perlunya tindakan bagi memelihara akidah umat Islam Malaysia agar tidak terkeliru.

Secara asasnya, OnDaStreet melihat terdapat beberapa sudut pandang asas umat Islam Malaysia ketika ini:

  • Satu pihak membenarkan kerana berpandangan bahawa umat Islam tidak seharusnya rasa takut atau goyah dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain. Umat Islam di Malaysia perlu yakin dengan Allah, Al-Quran, Sunnah dan iman yang ada;
  • Satu lagi pihak memandang ini hanya isu bahasa dan tidak seharusnya menggugat iman dan akidah umat Islam di Malaysia (yang rata-rata bukan fasih Bahasa Arabnya);
  • Satu pihak pula berhujah atas terjemahan terus “God” adalah “Tuhan”, bukan “Allah”;
  • Manakala, terdapat pihak memandang perlunya tindakan yang mempertahankan akidah umat Islam Malaysia hari ini daripada terpesong. Bukan kerana ingin membolot kalimah “Allah”, tetapi memandang perlunya menjaga akidah umat Islam disamping meneruskan dakwah Islam yang ada kini untuk memperbaiki kualiti akidah dan sahsiah umat Islam di Malaysia.

Maaf jika saya katakan jika golongan yang menyokong penggunaan nama Allah ini hidup dalam dunia sendiri dan tidak menyedari akan struktur dan kualiti umat Islam di Malaysia pada hari ini. Tidakkah mereka sedar isu-isu sosial di Malaysia melibatkan remaja Islam yang tidak kukuh iman dan pendiriannya? Walaupun terdapat antara mereka yang mungkin ada asas agama yang boleh tahan (mengambil kira ada yang melepak, merempit sebagai contoh itu tidak melakukan perkara mungkar dan maksiat), ramai yang boleh diragui akan asas agama mereka itu. Ini tidak termasuk golongan namanya sahaja muslim tetapi minum arak dan terlibat dalam seks bebas.

Golongan ini juga perlu menyedari akan cabaran yang menanti bagi mereka yang hidup dalam kesempitan. Jika gambaran yang diberikan di akhir zaman nanti barang siapa yang menolak dan enggan percaya dengan Dajjal akan menderita kemarau dan kelaparan, barang siapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang, apakah tidak mustahil dengan konsep dan cara yang sama digunakan terhadap umat Islam yang hidup melarat?

Dalam masa yang sama, OnDaStreet turut menyarankan pembaca untuk ke laman blog ini yang mengupas rasional disebalik tindakan Hakim Bee Lian Lau yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh The Herald Catholic.

Dan oh ya.. janganlah pula ada yang jadikan isu ini gurauan tidak bertempat, ya?

Harapan dijalanan: Bersama-samalah kita hidup saling hormat-menghormati. Tiada siapa melarang akan agama anutanmu.

Terjemahan asas bagi “water” = “air”, “air” = “udara”.. dan “God” = “Tuhan”.. Kalimah “Allah” di Malaysia bukan terjemahan bagi “Tuhan”. Belajar bahasa di mana dahulu? Siapa guru kamu?😀

Bagiku agamaku, bagimu agama kamu.

7 thoughts on “Kalimah Allah: Dua Sidang, Berbeza Pandangan

  1. Sebenarnya, YB Khalid Samad bukannya tak faham Islam ala Melayu.. tetapi beliau tak faham apa itu Islam, apa itu rukun Islam, Rukun Iman, ehsan dan sifat 20.
    Beliau juga tidak faham siasah syariah.

    Yang beliau faham ialah Islam liberal dan pluralisme agama.

    ODS: Terima kasih diatas komen anda.🙂

  2. Salam ODS,

    Disinilah juga contoh bagaimana pemimpin Islam memberikan tafsiran Quran dan hadis yang disesuaikan untuk menyokong pendirian mereka. Umat Islam harus berani bersoal untuk mendapatkan kepastian terhadap apajuga hujah yang bersulamkan ayat2 Quran dan hadis, bukan terus saja terima bulat2. Dengan pemahaman yang lebih jelas, kita akan lebih hormat pada pemimpin tersebut. Dan pemimpin2 Islam janganlah terasa tercabar atau menganggap rakyat menolak Islam hanya kerana rakyat bertanya/berdebat hujah mereka.

    Apapun, dua2 forum boleh dipertikaikan apakah berdiri diatas landasan yang hak. Sebab saya tak nampak walau seorang pun yang bertaraf wali dalam senarai ahli panel.
    (gurauan bertempat tak ni …. takuuut…)

    ODS: dinturtle,
    Agaknya jika “wali soqo” dan “wali sondol” turut sama ok tak?😛

    Untuk saya, satu tu komen dari konteks politik.. satu lagi tidak..🙂

  3. YOU yang cakap… I tak cakap !

    ODS: Hahaha!!! Macam mana nak buat.. itu sahaja “wali” yang memberikan pandangan dalam blog dengan budi bahasa yang menunjukkan betapa tingginya ilmu didada. Sampaikan kata Dr Haron Din pun disangkal tanpa dalil dan alasan yang meyakinkan.🙂

  4. “GOD” cannot be translated directly as “Allah”. Bahasa Indonesia is a confused lot.

    Muslims are not trying to monopolize the term but its a “must” to protect our faith. If the Christians want to import the term, they have to believe in Allah first as in Allah is “esa”.

    This issue is just a propaganda by the Msian church as a missionary purpose to confuse the youngsters. They are not honest to live in harmony with the muslims as long as we don’t convert to their religion. Quranic verse “Org musyrikin tidak akan redha terhadap agama kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka”.

    Wonder why the need for PR leaders to put everything into political perspective.

    ODS: As far as I can see, Pakatan will try whatever they can and stand oppose to Barisan eventhough it is not logically, trully correct. For example, some PAS supporters divert to to argue that UMNO just fight for the name, but not for the hukum.

    To think that eventhough it is for the benefit of Malaysian muslims, but politically opposite, PAS take one step further and rather joining PKR and DAP’s stand ahead of what’s the best for Malaysian muslims.

    In other words, any muslim politicians shouldn’t take this as political issue.. this should be taken beyond political reason.. like what Dato Dr Haron Din is doing.🙂

  5. Terpulanglah kepada sesiapa menyuarakan pendapat. Jika ada nas yang benar, maka benarlah dia. Kalau salah, salahlah dia.

    Islam itu indah. Makanya, segala isu harus diselesaikan dengan bijaksana. Allah itu tuhan seluruh alam.

    ODS: Saudara Fazli, itulah yang diharapkan. Dan kita dapat lihat kerjasama yang wujud demi kemakmuran antara penganut Kristian dan Islam. Bezanya, masih ada pihak yang tidak bertimbang rasa dan memberikan toleransi yang sewajarnya…Apatah lagi mereka yang cuba mengambil kesempatan…

    Terima kasih atas komen anda.

  6. January 15, 2010, Friday

    ‘Allah’ Allowed In East Malaysia

    By Phyllis Wong and Francis Chan (Borneo Post)

    Nazri says: Government Recognizes Two States’ Traditional Usage Of Word

    KUALA LUMPUR: The word ‘Allah’ is allowed to be used by Christians in Sarawak and Sabah because the government accepts that the natives in these two states have traditionally been using it in their prayers and religious services and the Muslims there are accustomed to this practice.

    EXCLUSIVE INTERVIEW:

    Nazri (third left) poses with the special team of journalists from the See Hua Group of newspapers, (from left) the Sunday Post senior editor Francis Chan; Phyllis Wong, general operations manager of The Borneo Post, the Sunday Post and Utusan Borneo; news editor of Utusan Borneo Sabah Lichong Angkui; deputy editor-in-chief of Oriental Daily Ding Lee Leong; and deputy news editor of Oriental Daily Lum Chih Feng.

    This was stated by Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, the Minister in the Prime Minister’s Department, in an exclusive interview with the KTS stable of dailies The Borneo Post, Oriental Daily and Utusan Borneo at his office here yesterday.

    “Christians in Sarawak and Sabah need not worry over this issue because it is a common tradition there. I have been to an Iban church service and I heard the word ‘Allah’ used there,” he said.

    However, ‘Allah’ is not allowed to be used by churches in Semanunjung Malaysia and Christians from the two states have to respect this ruling when they are in Semenanjung, Nazri said.

    Asked why there are two sets of rules on the usage of the word ‘Allah’ in the nation, he pointed out that this is not a unique practice as Malaysia also has two sets of laws on other matters, citing the Syariah Court and the Civil Court as an example.

    He explained that the situation in Semenanjung Malaysia is different as ‘Allah’ is only introduced into Christian worships and publications a few years ago.

    Nazri said: “Muslims here in Semenanjung cannot accept it as ‘Allah’ was never used in Christian preaching until recently and they questioned the motive behind the substitution of ‘Tuhan’ for ‘Allah’.

    “It is clearly stated in our constitution that no other religions can be propagated to Malay Muslims and this article has been enacted in all the states in Malaysia where the Sultan is the Head of State … so this excludes Federal Territory, Penang, Malacca, Sarawak and Sabah.

    “In these states, for the ban on the use of ‘Allah’ to be implemented the Home Affairs Minister can use the Printing Act to enforce it.”

    Nazri added that Christians should recognize that using ‘Allah’ in their worships and publications is sensitive to Muslims and that this is not an issue that can be solved by going to court.

    “The government has a duty to stop acts of disrespect and provocation that inflame religious and racial feelings in the nation even if there was no law that stated these acts were wrong.

    “Take for example, there is no law in the country that states stepping on a severed cow head is wrong but when a group of Malays did that in their protests against the building of a Hindu temple we hauled them up and charged them because that act was disrespectful to the Hindus,” Nazri said.

    He added that on the same score, if the usage of ‘Allah’ by Christians was (it certainly is, he said) sensitive to Muslims the government has to act even if courts deem it legal.

    If that is the case, why does the government resort to going to the court to resolve the issue on the usage of ‘Allah’ by Christians?

    To which, Nazri replied that it was Archbishop Murphy Pakiam who brought it to the court and the government had no choice but to defend in court and that once the process of law on the case has started it could not be stopped.

    He said the government is continuing with the case in court by applying for a stay of execution which the other party has agreed to.

    Judge Lau Mee Lan, in ruling against the ban on the usage of ‘Allah’ by Christians, had said that there was no evidence to show that the use of ‘Allah’ could incite violence.

    To this, Nazri said: such incidents had not happened when the hearing was on and the government could not produce such evidence.

    But on the other hand, he said, the attacks on churches after the ruling proved the government right.

    “Banning the use of ‘Allah’ by Christians was a pre-emptive move to stop outbreaks of religious violence in the nation,” he argued. Asked how the controversy could be solved, Nazri said: there had to be a solution soon and in the meantime he appealed to the people to be calm and rational.

    1. So I suppose that we should stop arguing now because it is clear that majority muslims in Semenanjung do not feel ease. If you feel ease, it’s your call.. but do respect others preference..
      And plus, it has been stated various times that it is The Herald who bring it to the court.. not the government..

      Which part is political? I just don’t understand..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s