Kalimah Allah: Lagi sikap KDN dipertikai ~ Harakahdaily


Berikut adalah laporan Harakahdaily.net:

KOTA BHARU, 11 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) seharusnya menangani isu kalimah Allah sejak awal lagi serta memberi penjelasan dengan baik kepada golongan bukan Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa, berkata, PAS lebih mengutamakan permesyuaratan termasuk pertukaran hujah bagi melahirkan keharmonian pelbagai masyarakat di negara ini sejak sekian lamanya.

“Sebenarnya perkara ini boleh diatur di luar mahkamah, tetapi KDN amat lemah.

“Antara contohnya, kerajaan tidak pernah memanggil Majlis Fatwa bermesyuarat mengenai isu kalimah Allah ni,” katanya.

“Kalau Majlis Fatwa tidak bermesyuarat, bagaimana KDN tahu kedudukan isu berkenaan dengan kedudukan sebenar dan lebih meluas.

“Jadi saya cadangkan pada kerajaan mulakan dengan mesyuarat Majlis Fatwa, panggil pihak terbabit berbincang dan berikan pandangan dan kekangan sekiranya ada,” ujarnya.

Menurutnya, beliau yakin masih ada peluang penyelesaian untuk diselesai dengan baik.

“Bukan sahaja kes rumah Kickdefella (Syed Zaidi) sahaja, tetapi isu-isu seluruh negara seperti gereja diserang, rumah dilempar cat dan sebagainya dapat diselesaikan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian ‘kapak terbang’ yang berlaku di rumah blogger Kickdifela semalam.

Aduhai.. begitu mudah menyalahkan kerajaan kan? Buat, kena. Tidak buat pun kena.

Maaf jika saya katakan samada Dato Husam Musa sedar atau tidak yang Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa akan kedudukan perkara ini lama dahulu. Rujuk komen SuaraJagat sini. Fatwa tersebut telah diwartakan pada 2008, yakni lebih awal daripada tindakan KDN melarang penggunaan nama kalimah “Allah” oleh pihak The Herald. Malah, di laman web JAKIM juga turut menyelitkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan hujah kenapa penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak dibenarkan. Atas dasar itulah, apabila KDN melarang penggunaan nama Allah, majlis-majlis agama negeri dan kebangsaan tidak membantah tindakan KDN tersebut.

Ternyata, ada juga pihak yang tidak buat kerja rumah, atau semberono mudah menyalahkan pihak lain. Jika mahu mengkritik, tidak mengapa, asalkan berkualiti. Namun, jika silap mengkritik (lebih-lebih lagi kalau tidak buat kerja rumah), silap haribulan boleh membawa padah pada diri sendiri. Jangan marah kalau ada orang kata “Bodoh, itu pun tak tahu.. nama je pemimpin”.

Persoalan dijalanan: Ada yang mengatakan gereja-gereja yang dibakar itu hanya gereja daripada satu mazhab sahaja…. benarkah?

2 thoughts on “Kalimah Allah: Lagi sikap KDN dipertikai ~ Harakahdaily

  1. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan ‘Herald the Catholic Weekly’.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan ‘Herald’ mengunakan perkataan “ALLAH” dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan ‘Herald’ ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

    Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

    ODS: saudara Bah,

    Masih ada perbezaan.. Jikapun Katholik mengEsakan Allah, tetapi bagi umat Islam, terdapat satu lagi kalimah yang membezakan Islam dengan Kristian Katholik, iaitu mengaku tiada tuhan selain Allah dan mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah (iaitu kalimah syahadah).

    Ini tidak termasuk kewajipan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan ibadah haji. (4 lagi rukun Islam, yang membezakan Islam dan Kristian)

    Dan belum juga termasuk rukun iman yang 6 – Beriman kepada Allah Yang Esa, beriman kepada Malaikat-malaikat, beriman kepada kitab-kitab Allah (Zabur, Taurah, Injil dan Al-Quran), beriman kepada Nabi dan Rasul (termasuk Nabi Musa, Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad s.a.w), beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar.

    Bagi saya, PAS mungkin menyokong.. yang bermakna PAS harus mengambil tanggungjawab jika ramai muslim di Malaysia yang bertukar agama disebabkan membenarkan penggunaan kalimah Allah ini.

    Sekian, terima kasih.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s