Isu Kalimah “Allah”: Dari Rasional, Al-Quran Ke Bible???


Isu kalimah Allah ini telah lama bermula. Jika menurutkan apa yang ternukil di blog Tun Dr Mahathir, nyatalah ini bukan isu baru. Yang membezakan antara apa yang berlaku semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini DS Najib, pendedahan rakyat Malaysia akan isu ini.

OnDaStreet mula menulis tentang isu ini tahun lepas, dimulai dengan “In The Name of Allah” dan akhir sekali sebelum ternukilnya artikel ini, “Nama “Allah” – Isu Politik???“. Jika para pembaca sudi meluangkan masa, artikel-artikel yang dinukilkan berkenaan isu ini mengelak daripada menyentuh kebenaran kepercayaan agama lain, dan dalam kes ini – kebenaran agama Kristian. Ini kerana, didalam Al-Quran telah dinyatakan:

Daripada Surah al-Kafirun (109) ayat 1-6, maksudnya: “Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami.

Ini bermakna, apa yang OnDaStreet bicarakan, seboleh-bolehnya mengelakkan daripada mempersoalkan kebenaran agama lain (melainkan dipersoalkan). Ini juga bermakna, jika ada yang tersinggung kerana akidah agama (selain Islam) yang anda anuti itu dibicarakan, OnDaStreet memohon maaf kerana tiada niat begitu.

Dalam luahan pendapat dan pandangan berkenaan isu ini, terdapat seorang hamba Allah yang begitu beria-ia berbincang perkara ini. Bermula di laman JebatMustDie, perbincangan berlarutan di blog ini. Setakat artikel ini dinukilkan, sudah ada 31 komen daripada seorang pemberi komen yang memakai nama “arah”, samada sebagai respon kepada artikel, komen saya mahupun komen daripada pembaca lain.

Sapaannya di blog ini bermula pada 8 Mac 2009, antara lain mempersoalkan beberapa situasi yang kurang enak pada pandangannya. Kebanyakan komennya menyentuh perihal agama Islam (dan juga beberapa isu semasa dan setempat). Memandangkan ilmunya lebih tinggi daripada mereka yang mungkin lemah penguasaan ilmu agama, disertakan nas-nas dan dalil dalam hujah-hujahnya. Siri-siri komen saudara “arah” yang berkaitan dengan kalimah “Allah” dan Islam adalah seperti berikut (selepas komen bertarikh 8 Mac 2009):

22 komen di atas adalah sebelum keputusan penggunaan nama “Allah” dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.  Jika pembaca larat untuk membacanya, kebanyakan komennya akan menyelitkan terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis. Manakala, saya pula tidak begitu berminat kerana saya mengupas dari konteks kesan kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Namun, komennya yang pertama selepas keputusan mahkamah diumumkan, saudara “arah” memilih untuk menyertakan sekali ayat-ayat Bible bagi menyokong hujahnya. Antara sedar atau tidak, saudara “arah” menyelitkan sendiri ayat-ayat bible yang bertentangan. Komen-komen saudara arah selepas keputusan mahkamah yang menyelitkan ayat-ayat Bible adalah seperti berikut:

Motif kenapa saudara “arah” menyelitkan ayat-ayat Bible untuk menyokong hujah kenapa kalimah Allah boleh digunakan oleh The Herald amatlah mengelirukan. Malahan, bercanggah pula didalam komennya sendiri. Mana-mana yang bercanggah itu bukan saya yang ambil dari sumber lain, tetapi saudara “arah” yang menulisnya sendiri. Apa yang cuba dibuktikan, wallahualam…

Namun, apabila membaca satu komen di blog Jebat Must Die, membuatkan saya sedari bahawa kita tidak seharusnya memperbincangkan isu ini dengan cara boleh mempersoalkan kepercayaan anutan lain. “Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami”.

Biarlah isu ini dibincangkan daripada perspektif Islam jika dibincangkan sesama muslim. Cuma, apabila yang bukan muslim berbicara, maka barulah kita berbicara kedua-dua perspektif.

Buat umat Islam yang menyokong akan penggunaan nama “Allah” kerana “aku tahu Allah itu Esa dan bukan susah sangat pun nak faham” atau mana-mana ayat seumpamanya, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Anda memang pandai menjaga diri sendiri. Anda tahu diri anda, anda tahu anda menerima pendidikan agama yang cukup.

Akan tetapi anda lupa bahawa tidak semua orang mempunyai nasib yang sama seperti anda. Tidak semua menghadapi dugaan yang sama. Kita bukan hanya harus menjaga diri sendiri, tetapi saling bantu membantu sesama muslim. Apatah lagi kalau menuturkan kata “tu la, siapa suruh tidak belajar agama“.. amboi, cantik bahasa.. itukah yang diajarkan Islam? Ini bukan masa untuk menuding jari, tetapi saling membantu memperkukuhkan akidah umat Islam.  

Dan sepertimana yang digambarkan, iman umat akhir zaman ini seumpama senipis kulit bawang. Tidak mustahil hati kita boleh diterbalikkan sekelip mata. Nauzubillah..

Buat renungan:

Daripada Surah Luqman (31), ayat 13 – sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

Mungkin bukan anda yang mempersekutukan Allah.. tetapi anda yang menyokong seumpama membenarkan penyekutuan itu, membenarkan mereka yang lebih lemah agamanya dikelirukan hanya kerana kalimah “Allah”…

Berbalik kepada isu ini, 4 soalan saya masih belum terjawab.. entah bilakan terjawab, saya pun tidak tahu.. mungkin tiada yang sudi…

Pembaca juga mungkin berminat dengan artikel di Suara Jagat tentang soal-jawab penggunaan nama Allah dan artikel nukilan satD tentang pergerakan mengkristiankan muslim

Bicara dijalanan: Petisyen-petisyen menentang penggunaan telah mula diedarkan.. dan nyata ianya bukan didorong oleh politik..

Oleh itu, saudara “arah”, artkel Harakah itu menunjukkan sendiri siapa yang mempolitikkan isu agama.. 

 

16 thoughts on “Isu Kalimah “Allah”: Dari Rasional, Al-Quran Ke Bible???

  1. Isu kalimah Allah ini memang sudah lama. Yang penting sekarang apa pihak-pihak berkenaan patut buat.

    Dahulu tidak banyak Muslimin yang sedar masalah ini. Sekarang apabila banyak Muslimin sedar, mahu berdemo secara besar-besaran diMasjid Kg Bahru esok Jumaat, sehingga KDN – berpandukan perbincangan diKabinet, termasuk nasihat Polis, rasanya – tidak sanggup membendong perasaan Muslimin mahu meluahkan perasaan mereka, pihak-pihak berkenaan perlu memikir semula pendirian mereka.

    Pihak Kerajaan nampaknya sudah memikir semula – sabelomnya berkata akan membiarkan perkara itu kapada peroses Mahkamah, sekarang membenarkan demo. Pihak Mahkamah diharap akan mengaturkan pengadilan rayuan dilakukan oleh bukan Kristian. Pihak Kristian diharap memikir semula pendirian mahu menang dengan membawa kes keMahkamah. Buruk padahnya jika tidak berganjak.

    Memang The Herald dihadkan penyebarannya diantara kaum Kristian sahaja. Tapi siapa boleh menentukan kawalan supaya itu akan terus menerus berlaku. Ada cukupkah tenaga menguat kuasakan Arahan Mahkamah tersebut. Tidakkah ada kemungkinan penyelewengan atau kesalahan tidak sengaja akhbar itu sampai ketangan rakyat lain dan menyebabkan seliseh faham yang besar. Apa faedahnya bertegang kehabisan dalam isu ini. Fikirkanlah dan bertindaklah.

    ODS: Terima kasih atas komen saudara.🙂

  2. http://suarajagat.wordpress.com/
    Di bawah ini saya sertakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

    Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

    Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
    Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
    Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

    1) Ulasan/Hujah

    1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

    2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

    3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

    4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

    5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

    6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

    7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

    8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

    9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

    10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

    11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

    12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

    2) Keputusan
    1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

    2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ODS: Terima kasih untuk input ini, SuaraJagat

  3. Malaysian church fire-bombed ahead of Muslim protests
    By M. Jegathesan (AFP) – 2 hours ago
    KUALA LUMPUR — A church in Malaysia has been fire-bombed in an attack that gutted its ground floor, church officials said Friday, escalating a dispute over the use of the word “Allah” by non-Muslims.
    A fire department official said all stations were on alert for more blazes at religious buildings, ahead of planned nationwide protests Friday by Muslim groups angry over the use of the word as a translation for the Christian “God.”
    The three-storey Metro Tabernacle church in suburban Kuala Lumpur was set ablaze in the attack which took place around midnight, said church leader Peter Yeow, 62.
    “Witnesses saw four people smash the glass and throw incendiaries into the church building. They came on two motorcycles,” he told AFP at the scene as fire department forensic officers picked through the wreckage.
    There were no casualties in the attack on the church, which occupies the corner lot of a row of shop houses and which Yeow said draws some 1,500 people weekly.
    “The fire destroyed the administrative part of the church. We do not know if the prayer hall on the third floor suffered any damage,” he said, warning all other churches to “double their guard” against any attacks.
    Anuar Harun, who headed the fire department operation, said that forensic experts were working with the police and a canine unit to probe the blaze.
    “We are investigating the cause of fire. We cannot provide any more details. It is a sensitive issue,” he said when asked if it was a case of arson.
    “We have asked all our fire stations to be on alert for such fires on religious premises,” he said.
    The High Court last week ruled in favour of the Catholic “Herald” newspaper which has used “Allah” as a translation for “God” in its Malay-language section. The government has said the word should be used only by Muslims.
    The ruling was suspended on Wednesday pending an appeal, after the government argued the decision could cause racial conflict in multicultural Malaysia, where Muslim Malays make up 60 percent of the population.
    The security guard at the Metro Tabernacle church, 65-year-old V. Mariappan, said he had just walked away from the main entrance of the building to use the bathroom when the building erupted in flames.
    “When I came back, there was a huge fire inside the church building. There was a few loud explosions like bombs exploding,” he said, adding he saw two motorcycle helmets lying on the road in flames.
    Religion and language are sensitive issues in multiracial Malaysia, which experienced deadly race riots in 1969.

    1. Wow.. hmm… interesting….

      When I came back, there was a huge fire inside the church building. There was a few loud explosions like bombs exploding,” but just “The fire destroyed the administrative part of the church. We do not know if the prayer hall on the third floor suffered any damage,”.. Explosions but just certain part was destroyed???

      Interesting… sounded like a Hollywood movie report here… How come, if the fire was huge just destroying admin part only? If it is three story, corner lot.. surely it should bring far more damage?

      And any evidence that shows that this is done by muslims? Or this is only a plot to sensationalize the issue? As I just don’t feel right about the news report… very theatrical indeed..

      Readers can read the partly copy and pasted by article here: http://uk.news.yahoo.com/18/20100107/twl-malaysian-church-fire-bombed-ahead-o-4bdc673.html

  4. Salam

    21:22 (Malay) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

    Sebelum saya teruskan, ini saya ucapkan Jazakallah kepada ODS kerana usaha yang gigih ODS membuat “compilation” comment dari saya sejak Mac 09 lagi.

    Dalam perbincangan saya dengan rakan rakan Kristian sedunia, selalu saya gunakan anologi bagaikan mengajar murid murid di dalam kelas.

    Walaupun bersungguh sungguh seorang Guru mengajar anak murid nya Mathematic, siap dengan contoh dan latihan, buku text dan buku latihan, di hujung tahun apabila keluar keputusan peperiksaan ramai yang lulus dan ramai juga yang gagal. Apakah boleh kita salahkan Guru tu lagi?

    Samalah apabila kita cuba terangkan sesuatu sebaik mungkin tentang ajaran Nabi Muhammad penutup segala Rasul, ada yang faham dan ada yang masih tak faham. Walaupun hampir setahun berlalu isu ini di bincangkan bab ” Allah” mungkin ade yang faham dan mungkin ramai masih belum faham.

    Saya tak ingin mempertikaikan adekah fatwa fatwa yg di keluarkan dalam bab Pengunaan Allah oleh mereka yang bukan Islam bercanggah atau tidak dengan Al Quran dan Sunnah.

    Tapi cuba kita kaji, ade tak hadith atau ayat Quran yang menyatakan Allah hanya boleh di gunakan oleh orang Islam atau lebih parah lagi hingga ade yang mengatakan Tuhan orang Islam adalah Allah tetapi tuhan orang bukan Islam bukan Allah tetapi Tuhan lain.

    Sefaham saya dari ilmu yang cetik ni, Rasulullah s.a.w tak pernah melarang orang Kristian dan Yahuni memanggil Tuhan pencipta Alam sebagai Allah tetapi apa yang di lakukan ialah menerangkan sifat dan ciri siapa Allah sebanarnya.

    Masyaallah hebatnya ayat ayat Allah tu, hingga ke saat ini terlalu amat relevantnya Surah Al Ikhlas dan Ayatul Kursi.

    Adakah kita jumpa ayat Allah melarang orang Yahudi dan Nasara mengucap perkataan Allah tetapi ayat tersebut menerangkan ciri ciri dan sifat sifat Allah.

    So tanggung jawab kita apa sekarang , apakah kita berdemostrasi, menghalang, melarang dan menghukum orang bukan Islam memanggil Tuhan pencipta alam itu Allah atau menerangkan
    ciri ciri , sifat sifat Allah dan ayat ayat Al Quran dan Islam kepada mereka yang masih belum Islam sebagaimana yang di lakukan oleh Rasulullah.s.a.w?

    Saya kongsikan tulisan saya di Blog Dayak Baru.Com yang majority mereka telah menjadi Kristian, sekiranya ada kebaikannya ambillah ianya sebagai contoh dan tauladan sekiranya ia buruk jadikan sempadan, kerana Allah telah memberi kesempatan yang sungguh istimewa untuk kita di zaman ini boleh melakukan dakwah keseluruh dunia melalui internet, tanpa perlu tinggalkan tanah air seperti ribuan sahabat Rasulullah s.a.w yang terpaksa tinggal Mekah dan Madinah untuk menyebar ajaran Islam.

    http://dayakbaru.com/weblog08/2010/01/04/in-the-name-of-allah-ta%E2%80%99ala/#comments

    http://dayakbaru.com/weblog08/2010/01/06/we-can-all-say-goodbye-to-1-malaysia-if-abim-pkpim-hold-their-protest/#comments

    Atau di Ranting Marina Mahathir

    http://rantingsbymm.blogspot.com/

    Yaallah, berilah kami petunjuk dan masukanlah kami dalam gulungan orang yang
    beriman dan mendapat kasihsayang mu.

    AMEEN

    ODS: Saya buat kompilasi kerana boleh dikatakan agak penat dengan saudara yang kerap kali tidak menjawab soalan yang diutarakan. Saya boleh dikatakan kecewa dengan cara saudara, dan seolah-olah masih tidak dapat memahami dari sudut mana saya berbicara.

    Sudah saya katakan beberapa kali, TIADA LARANGAN baik segi nas dan dalil naqli. Namun, kita harus melihat dari konteks struktur masyarakat muslim di Malaysia ini. Jika saya yang mengetuai bantahan, lain kisahnya.. tetapi bantahan ini datang dari segenap sudut. Malah Dr Asri yang saudara ambil contoh dahulu itupun kata boleh, tetapi bersyarat demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia.

    Atau saudara tak faham apa yang saya tulis??? Sebab, pembaca saya keliru dengan anda.. malah hujah anda di JMD pun orang komen, anda melilau entah ke mana..

    Itukah cara dakwah anda? Maaf.. memang mengelirukan..

  5. Salam

    Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
    (HR.Muslim)

    Kita selalu sebut sebagai orang Islam, Al Quran dan Sunnahlah ikutan dan pedoman kita tetapi dalam realiti adakah itu amalan kita?

    Adakah benar kerana bible di Indonesia tu guna perkataan Allah sebagai Tuhan Pencipta Alam menyebabkan ramai yang masuk Kristian atau pun faktor faktor lain seperti kejahilan dan kemiskinan atau ibubapa tak kisah nak ajar anak anak mereka Akidah Islam kerana ibubapa pun x faham Islam dan x kisah?

    Cuba tenguk buku buku Ugama anak anak kita di sekolah, cukupkah ilmu Akidah yang di ajar? Pastikah anak kita lepas Sekolah atau Universiti mantap Akidah mereka?

    Cuba kita ingat balik camna kita belajar Islam di sekolah dulu?

    Apa yg saya ingat saya belajar Islam bermula dengan mengenali ciri ciri Air, bab kebersihan dan Najis, kemudian belajar Solat dan ilmu Fekah lain. Kenapa nak tau itu semua kerana nak Solat kalo x solat akan batal. Kenapa belajar hukum Fekah kerana takut melakukan benda benda yag haram nanti mati akan masuk neraka.

    Sepatutnya kita kenal belajar bab Akidah atau Tauhid, mengenal siapa itu Allah,ciri ciri dan sifat sifat Allah, cinta dan kasih sayangnya Allah . Apabila kita dah kenal siapa Allah dan tahu kehendaknya barulah kita belajar camna nak sembah dan berkidmat untuk Allah.

    Contoh mudah, apabila kita mula masuk kerja apa yang kita lakukan? Adakah kita terus tanya apa kerja yg kita kena buat dan bagaimana melakukan kerja tersebut?

    Setengah Syarikat akan adakan takimat atau suaikenal kita dulu siapa pemilik Syarikat tersebut, apa businessnya, apa Visi dan Misi mereka dan apa core values syarikat tersebut. Setelah tu baru masuk bab kerja dan apa yg patut kita lakukan.

    Bergitu juga dengan Islam, kena kenal siapa Allah pemilik Alam semesta ( Allah- Tuhan untuk orang Islam sahaja kalo di Msia ???), Rukun Iman dan Rukun Islam.

    Kita juga kena kembali cara Rusullullah tamankan Akidah Islam di kalangan para sahabat macam di Mekah dulu sebelum belajar bab Solat, Puasa dan amalan wajid yg lain sewaktu di Madinah.

    Siapakah yg akan berjuang dan berjihad untuk Islam mereka yang mantap Akidahnya atau mereka yang kuat ibadahnya?

    So pastikan diri kita, isteri/suami kita, anak anak dan masyarakat kita mantap akidahnya dan kenal siapa itu Allah, Tuhan Semesta Allam bukan Tuhan untuk orang Islam aje

    21:22 (Malay) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

    WHO IS ALLAAH?

    It is a known fact that every language has one or more terms that are used in reference to God and sometimes to lesser deities. This is not the case with the Arabic term Allaah. Allaah is the personal name of the one true God. Nothing else can be called Allaah. The term has no plural or gender. This shows its uniqueness when compared with the word god which can be made plural, gods, or feminine, goddess. It is interesting to note that Allaah is the proper name of God in Aramaic, the language of Jesus and a sister language of Arabic.

    To a Muslim, Allaah is the Almighty, Creator and Sustainer of the universe, Who is similar to nothing and nothing is comparable to Him. The prophet Muhammad (peace be upon him) was asked by his contemporaries about Allaah the Almighty; the answer came directly from God Himself in the form of a short chapter of the Qur’an, which is considered the essence of the unity or the motto of monotheism. This is chapter 112 which reads:

    In the name of Allaah, the Merciful, the Compassionate.
    Say (O Muhammad (peace be upon him)): “He is Allâh, (the) One. Allâh-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks). He begets not, nor was He begotten; And there is none co-equal or comparable unto Him”. (Qur’an: Chapter # 114)

    Some non-Muslims allege that God in Islam is a stern and cruel God. He is not loving and kind. Nothing can be farther from truth than this allegation. It is enough to know that, with the exception of one, each of the 114 chapters of the Qur’an begins with the verse: “In the name of Allaah, the Merciful, the Compassionate.” In one of the sayings of prophet
    Muhammad (peace be upon him) we are told that “Allaah is more loving and kinder than a mother to her dear child.”

    But Allaah is also Just. Hence evildoers and sinners must have their share of punishment and as for the virtuous, His bounties and favors. Actually, God’s attribute of Mercy has full manifestation in His attribute of Justice. People suffering throughout their lives for His sake and people oppressing and exploiting other people all their lives should not receive similar treatment from their Lord. Expecting similar treatment for them will amount to negating the very belief in the accountability of man in the Hereafter and thereby negating all the incentives for a moral and virtuous life in this world. The following Qur’anic verses are very clear and straightforward in this respect:

    “Verily, for the righteous are gardens of delight, in the presence of their Lord. So shall We treat the Muslims (believers, righteous) like the criminals? (disbelivers, eveildoers) What is the matter with you? How do you judge?” (Qur’an 68:34-36)

    Islam rejects characterizing God in any human form or depicting Him as favoring certain individuals or nations on the basis of wealth, power or race. He created the human beings as equals. They may distinguish themselves and get His favor through virtue and piety only.
    The concepts that God rested on the seventh day of creation, that God wrestled with one of His soldiers, that God is an envious plotter against mankind, or that God is incarnate in any human being are considered blasphemy from the Islamic point of view.

    The unique usage of the term Allaah as a personal name of God is a reflection of Islam’s emphasis on the purity of the belief in God which is the essence of the message of all God’s messengers. Because of this, Islam considers associating any deity or personality with God as a deadly sin which God will never forgive, despite the fact He may forgive all other sins.

    Note that what is meant above applies ONLY to those people who die in a state wherein they are associating others with God. The repentance of those who yet live is acceptable to God if He wills.

    The Creator must be of a different nature from the things created because if He is of the same nature as they are, He will be temporal and will therefore need a maker. It follows that nothing is like Him. If the maker is not temporal, then He must be eternal. But if He is eternal,

    He cannot be caused, and if nothing outside Him causes Him to continue to exist, which means that He must be self-sufficient. And if He does not depend on anything for the continuance of His own existence, then this existence can have no end. The Creator is therefore eternal and everlasting: “He is the First and the Last.”

    He is Self-Sufficient or Self-Subsistent or, to use a Qur’anic term, Al-Qayyuum. The Creator does not create only in the sense of bringing things into being, He also preserves them and takes them out of existence and is the ultimate cause of whatever happens to them.
    “Allaah is the Creator of everything. He is the guardian over everything. Unto Him belong the keys of the heavens and the earth.” (Qur’an 39:62-63)

    “And there isn’t a creature that crawls on earth, except that upon Allaah is its provision. He knows its place of dwelling and place of storage. All is in a clear register.” (Qur’an 11:6)

    ALLAAH’S ATTRIBUTES:

    If the Creator is Eternal and Everlasting, then His attributes must also be eternal and everlasting. If this is so, then His attributes are absolute. Can there be more than one Creator with such absolute attributes? Can there be for example, two absolutely powerful Creators? A moment’s thought shows that this is not feasible.

    The Qur’an summarizes this argument in the following verses: “No son (or offspring or children) did Allâh beget, nor is there any ilâh (god) along with Him; (if there had been many gods), behold, each god would have taken away what he had created, and some would have tried to overcome others! Glorified be Allâh above all that they attribute to Him!”
    (Qur’an 23:91)

    “Had there been therein (in the heavens and the earth) gods besides Allâh, then verily both would have been ruined. Glorified be Allâh, the Lord of the Throne, (High is He) above what they attribute to Him!”
    (Qur’an 21:22)

    THE ONENESS OF ALLAAH:

    The Qur’an reminds us of the falsity of all alleged gods. To the worshippers of man-made objects, it asks: “Do you worship what you have carved yourself?” (Qur’an 37:95)

    Say (O Muhammad SAW): “Who is the Lord of the heavens and the earth?” Say: “(It is) Allâh.” Say: “Have you then taken (for worship) Auliyâ’ (protectors, etc.) other than Him, such as have no power either for benefit or for harm to themselves?” Say: “Is the blind equal to the one who sees? Or darkness equal to light? Or do they assign to Allâh partners who created the like of His creation, so that the creation (which they made and His creation) seemed alike to them.” Say: “Allâh is the Creator of all things, He is the One, the Irresistible.” (Qur’an 13:16)

    THE BELIEVER’S ATTITUDE:

    In order to be a Muslim, i.e., to surrender oneself to Allaah, it is necessary to believe in the oneness of Allaah, in the sense of Him being the only Creator, Preserver, Nourisher, etc. But this belief – later on called “Tawheed Ar-Rububiyyah” – is not enough. Many of the idolaters knew and believed that only the Supreme God could do all this, but that was not enough to make them Muslims. To tawheed ar-rububiyyah one must add tawheed al’uluhiyyah,
    i.e., one acknowledges the fact that Allaah alone deserves to be worshipped, and thus abstains from worshipping any other deity or thing or being.

    Having achieved this knowledge of the one true God, man should constantly have faith in Him, and should allow nothing to induce him to deny the truth.

    When correct faith enters a person’s heart, it causes certain mental states which result in certain actions. Taken together, these mental states and actions are the proof for the true faith. Foremost among those mental states is the feeling of gratitude towards Allaah which could be said to be the essence of
    ‘ebadah’ (worship).

    The feeling of gratitude is so important that a non-believer is called ‘kafir’ which means ‘one who denies a truth’ and also ‘one who is ungrateful.’

    A believer loves, and is grateful to Allaah for the bounties He bestows upon him, but being aware of the fact that his good deeds, whether mental or physical, are far from being proportional to divine favors, he is always anxious lest Allaah should punish him, here or in the Hereafter. He, therefore, fears Him, surrenders himself to Him and serves Him with great humility. One cannot be in such a mental state without being almost all the time mindful of Allaah. Remembering Allaah is thus the life force of faith, without which it fades and withers away.

    The Qur’an promotes this feeling of gratitude by repeating the attributes of Allaah (God) very frequently. We find most of these attributes mentioned together in the following verses of the Qur’an:

    “He is Allâh, than Whom there is Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He) the All-Knower of the unseen and the seen. He is the Most Beneficent, the Most Merciful. He is Allâh than Whom there is Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He) the King, the Holy, the One Free from all defects, the Giver of security, the Watcher over His creatures, the All-Mighty, the Compeller, the Supreme. Glory be to Allâh! (High is He) above all that they associate as partners with Him. He is Allâh, the Creator, the Inventor of all things, the Bestower of forms. To Him belong the Best Names. All that is in the heavens and the earth glorify Him. And He is the All-Mighty, the All-Wise. (Qur’an 59:22-24)

    “Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter. And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great. [This Verse is called
    Ayat-ul-Kursî.] ” (Qur’an 2:255)

    “O people of the Scripture (Jews and Christians)! Do not exceed the limits in your religion, nor say of Allâh aught but the truth. The Messiah ‘Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary), was (no more than) a Messenger of Allâh and His Word, (“Be!” – and he was) which He bestowed on Maryam (Mary) and a spirit (Rûh) created by Him; so believe in Allâh and His Messengers.

    Say not: “Three (trinity)!” Cease! (it is) better for you. For Allâh is (the only) One Ilâh (God), Glory be to Him (Far Exalted is He) above having a son. To Him belongs all that is in the heavens and all that is in the earth. And Allâh is All Sufficient as a Disposer of affairs.” (Qur’an 4:171)

    Can we called the God in the bible as Allah?

    We will be very unfair to ourselves and others if we make a conclusion without checking what written in the Al Quran and what written in the bible.

    Can we called Apple for Orange ?
    Can we called Nissan for Toyota?

    Let us compare the characteristic or attributes of Almighty God in the Quran vs the characteristic God in the bible.

    Almighty God in the Quran

    2:255 (Y. Ali) Allah. There is no god but He,-the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) before or after or behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).

    YUSUFALI: (he is) the creator of the heavens and the earth: he has made for you pairs from among yourselves, and pairs among cattle: by this means does he multiply you: there is nothing whatever like unto him, and he is the one that hears and sees (all things).Surah 42:11

    Let us study the God in the bible

    God had finished the work by the seventh day, so on the seventh day he rested

    Genesis 2:2

    By the seventh day God had finished the work he had been doing; so on the seventh day he rested from all his work.

    The seventh day is holy because on it God rested from all the work

    Genesis 2:3

    And God blessed the seventh day and made it holy, because on it he rested from all the work of creating that he had done.

    The Lord rested on the seventh day and blessed it and made it holy.

    Exodus 20:11

    For in six days the LORD made the heavens and the earth, the sea, and all that is in them, but he rested on the seventh day. Therefore the LORD blessed the Sabbath day and made it holy.

    The Lord abstained from work and rested.

    Exodus 31:17

    It will be a sign between me and the Israelites forever, for in six days the LORD made the heavens and the earth, and on the seventh day he abstained from work and rested.’

    the Lord our God rest upon us

    Psalm 90:17

    May the favor of the Lord our God rest upon us; establish the work of our hands for us- yes, establish the work of our hands.
    On the seventh day God rested from all his work

    Hebrews 4:4

    And yet his work has been finished since the creation of the world. For somewhere he has spoken about the seventh day in these words: “And on the seventh day God rested from all his work.”

    OOOp God in the bible rest on the seventh day???

    Allah never ever rest.

    Surah 50:38

    SHAKIR: and certainly We Created the heavens and the earth and what is between them in six periods and there touched us not any fatigue

    PICKTHAL: and verily We Created the heavens and the earth, and all that is between them, in six days, and naught of weariness touched Us.

    YUSUFALI: We Created the heavens and the earth and all between them in six days, nor did any sense of weariness touch Us.

    Do Almighty God the Greator has Son or Sons?

    New American Standard Bible (©1995)

    “For God so loved the world, that He gave His only begotten Son (dead son), that whoever believes in Him shall not perish, but have eternal life.

    Al Quran

    112:1 (Y. Ali) Say: He is Allah, the One and Only;
    112:2 (Y. Ali) Allah, the Eternal, Absolute;
    112:3 (Y. Ali) He begetteth not, nor is He begotten;
    112:4 (Y. Ali) And there is none like unto Him.

    So can we conclude that Almighty God the Creator or Allah is not there same with the one in the bible because they have difference characteristics and attributes.

    Do you want to serve and pray to God who rest, sleep, fight and has dead son names Jesus ?

    So please don’t misuse the name of Almighty God the Creator or Allah why

    Exodus 20:1-16.

    And God spoke all these words, saying: “I am the Lord your God, who brought you out of the land of Egypt, out of the house of bondage.

    You shall have no other gods before me.

    You shall not take the name of the Lord your God in vain, for the Lord will not hold him guiltless who takes His name in vain.

    66:6 (Y. Ali) O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.

    66:7 (Y. Ali) (They will say), “O ye Unbelievers! Make no excuses this Day! Ye are being but requited for all that ye did!”

    66:8 (Y. Ali) O ye who believe! Turn to Allah with sincere repentance: In the hope that your Lord will remove from you your ills and admit you to Gardens beneath which Rivers flow,- the Day that Allah will not permit to be humiliated the Prophet and those who believe with him. Their Light will run forward before them and by their right hands, while they say, “Our Lord! Perfect our Light for us, and grant us Forgiveness: for Thou hast power over all things.”

    Sincerely

    From Arah all my belove mankind

    You have options either to delete, to forward or keep it rotten.

    1. Ikut suka hati saudaralah… susah nak bagi faham orang yang tak menjawab komen dan pertanyaan orang lain..

      SEMUA ORANG TIDAK MEMPUNYAI ILMU SETINGGI SAUDARA. Maaf jika saya katakan, saudara pentingkan diri sendiri dan cara saudara berdakwah didalam komen-komen saudara boleh mendatang kekeliruan.

      Keliru kerana:
      – Lain tanya, lain jawab;
      – Tanya, tapi tak jawab;

      Itukah cara berdakwah yang elok?

      Dan satu lagi saudara, jika berbicara dengan muslim, tidak perlulah gunakan Bible yang hari ini diragui isi kandungannya. Jika ada umat Islam yang sesat atau keliru selepas membaca komen anda, itu menjadi tanggungjawab saudara arah. Saya sudah beberapa kali cuba berbicara akan rasional kenapa saya tidak bersetuju.. dan dengan insiden semalam, dengan ramai menentang, dan ada suara-suara umat Islam dituduh membakar gereja (mungkin kerana cetek ilmu), saudara patut boleh faham dari sudut mana saya berbicara…

      Jika tidak boleh pakai pun boleh keliru.. apa lagi jika dah boleh pakai..

      Isi penting:
      Tiada larangan penggunaan nama dalam Al-Quran;
      Bible yang ada pada hari ini ada terpesong dan diragui kandungannya. Al-Quran dan Islam adalah yang paling lengkap.. jika saudara memilih untuk beriman kepada sebahagian yang dinyatakan didalam Bible pada hari ini, itu urusan anda dengan Allah;

      Dan yang paling penting.. saudara sendiri yang tulis:

      Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
      (HR.Muslim)

      Masih mahu berdakwah berdasarkan Bible?

      Sekian, terima kasih.

      1. Salam ODS.

        Saya ingin memberi pendapat melalui sudut yang sedikit berbeza.

        Collective Consciousness (CC).

        CC merupakan koleksi pemahaman dan pemikiran sesuatu kaum/negara tersebut. Sebagai contoh, membunuh adalah salah. Kenapa? Selain daripada disebut dalam Al-Quran, CC juga memainkan peranan yang penting. Membunuh adalah salah kerana koleksi kesedaran kaum/negara tersebut menyatakan bahawa membunuh adalah salah. Sekiranya suatu kaum/negara tersebut mempunyai CC yang menganggap membunuh tidak salah, maka kegiatan membunuh TIDAK AKAN dianggap salah. Sepertimana yang berlaku di puak-puak orang asli yang hidup di dalam hutan, sesetengah daripada mereka tidak menganggap memancung kepala pihak lawan sebagai suatu kesalahan. Sesetengah yang lain pula tidak nampak di mana salahnya memakan daging manusia. CC bagi kaum tersebut tidak nampak apa-apa kesalahan, maka sebagai satu kaum, mereka menganggap perkara itu tiada masalah.

        Disinilah kedatangan Nabi dan Rasul penting untuk kesejahteraan umat manusia. Suatu ketika dahulu, mengebumikan anak perempuan hidup-hidup merupakan suatu yang TIDAK DIANGGAP salah. Di zaman Nabi Lut, kegiatan gay TIDAK DIANGGAP salah. Kenapa? Kerana CC manusia di zaman itu TIDAK MENGANGGAP kegiatan mereka itu salah. Sehinggalah kedatangan Nabi dan Rasul untuk menyedarkan umat mereka.

        Sebagai contoh lain, dalam Al-Quran ada disebut bahawa seorang Muslim layak untuk memiliki hamba (slave) serta cara-cara untuk melayan seorang hamba.

        dan saya quote (http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_and_slavery):

        “The Quran accepts the distinction between slave and free as part of the natural order and uses this distinction as an example of God’s grace, regarding this discrimination between human beings as in accordance with the divinely-established order of things. The Qur’an, however, does not consider slaves to be mere chattel…”

        Tetapi kenapa sekarang tiada lagi wujud sistem hamba? Kerana CC manusia di zaman ini tidak lagi menerima kewujudan hamba dalam kehidupan seharian. Boleh atau tidak seseorang itu memiliki hamba menurut Quran? Boleh. Tiada masalah. However it will not be accepted by the community we have today.

        Boleh atau tidak seseorang itu menggunakan Allah bagi gantinama ‘God’ untuk bukan Islam? Tiada halangan/larangan dari Al-Quran. Sekali lagi, issue tersebut juga hendaklah dilihat dari sudut CC rakyat di negara ini. Berapa ramaikah yang akan/sedang menggunakan perkataan Allah dalam Bible Bahasa Malaysia? Apakah kesedaran 8000 (anggaran kasar bilangan penganut kristian yang menggunakan bible bahasa malaysia) melangkaui berjuta-juta penganut agama Islam di Malaysia?

        ODS: Terima kasih atas komen anda, lordapes.🙂

    2. Tidak pernah dalam Alkitab Tuhan pencipta menyatakan diriNya bernama EL, ELOAH atau ELOHIM, yang ada bernama YAHWEH seperti dalam Kitab Yeshayahu / Yesaya 42: 8
      “Ani Yahweh hu sh’mi uk’vodi le’akher lo-etten ut’hilati lap’silim” yang artinya : Akulah Yahweh, itulah nama-Ku, dan Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada yang lain dan pujian-Ku kepada patung.”

      El,Eloah atau Elohim adalah kata nama am. Yahweh adalah kata nama khas. yahweh disebut 9000 kali di dalam bible. Tidak pernah ada perkataan ALLAH.

      ODS: Terima kasih atas komen anda, SuaraJagat🙂

    1. Salam

      http://g-82.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-menjawab-ulasan-dr.html

      …….”O You who Believe! If a Fasiq (liar)evil person comes to you with any news, verify it, lest you should harm people in ignorance and afterwards you become regretful for what you have done” Holy Koran Al-Hujurat 49:6

      “O you who believe! Let not a group scoff at another group, it may be that the latter are better than the former. Nor let (some) woman scoff and other women, it may be that the latter are better than the former. Nor defame one another, not insult one another by nicknames. How bad is it to insult one’s brother after having FAITH. ie. to call your Muslim brother (a faithful Believer) as : “O Sinner” or ” O Wicked”.. and whosoever does not repent, then such are indeed Zalimun (wrongdoers)” Holy Koran Al-Hujurat 49:11

      ……”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghina) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu danjangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ia lah fasiq sesudah keimanan. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya…

      …..”O You who Believe! Avoid much suspicions; indeed some suspicious are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother! You would hate it (so hate backbiting) And fear Allah. Verily, Allah is the One Who forgives and accepts repentence Most Merciful “Al-Hujurat 49:12

      ……” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (dugaan terhadap sesama Muslim) kerana sebagian sangka-sangka itu ialah dosa, dan janglah kamu mencari-cari ‘aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Suka kah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkainya)?.. Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayaang….

      Wassalam

  6. tetapkan pendirian…… jgn libatkan yg tak perlu terlibat,hujah lah berdasarkan fakta yg terbukti kebenarannya…….kerana tiba suatu masa anda akan dipersoalkan……. if u muslim u will understant this basic concept.

    ODS: Terima kasih diatas komen anda, me….🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s