Nama “Allah” – Isu Politik???


Kemaskini 10.43 malam, 14 Januari 2010

Selepas menyaksikan klip video wawancara dengan Dato Dr Haron Din, beliau ada menyatakan terdapat beberapa patah perkataan yang “ditinggalkan”. Beliau memaksudkan menyokong keputusan membenarkan penggunaan nama “Allah” oleh agama lain BOLEH MEMBAWA kepada kekufuran, BUKAN MEMBAWA kepada kufur.

Harap maklum.

Artikel asal

Berikut adalah laporan Harakahdaily berkenaan dalam keputusan penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian di Malaysia:

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,”kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

“PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam,” katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘God’ dalam bahasa Inggeris.

(Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang  bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

Secara terang, PAS membiarkan muslim Malaysia yang bangkit tanpa ideologi politik tidak bersetuju dengan keputusan Mahkahmah Tinggi berkenaan penggunaan nama Allah oleh pihak The Herald. Malah, dengan kenyataan akbar ini pun sebenarnya, PAS pada saya berbolak balik. Atau dengan lebih tepat lagi, PASlah yang menjadikan ini isu politik.

Disatu masa, PAS mengatakan: “PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.” Padahal, isu yang timbul ini bukan soal orang Kristian dipaksa menerima agama Islam atau orang Islam dipaksa menerima agama Kristian, tetapi penggunaan nama Allah yang nyata ditujukan khas untuk berdakwah kepada orang Bumiputera Muslim untuk menganuti agama Kristian. Ini bukan isu paksa atau politik, wahai Tuan Guru Haji Hadi dan PAS.

Di awal timbulnya isu ini, Tuan Guru Nik Aziz kata ianya dibenarkan dan terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk bertindak. Dan sekali lagi kemudiannya kenyataan yang lain diambil (dan ditulis dalam Harakah sendiri) bahawa:

“Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Harun berkata, wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.

“Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,” kata beliau di sini.”

Akan tetapi nadanya berubah lagi apabila melihat perkembangan yang berlaku sejurus selepas keputusan Mahkamah Tinggi didengari. Jika UMNO dan Barisan yang putuskan, lain ceritalah. Ini Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Datuk Lau Bee Lan yang nyata bukan orang politik!

Dan lain pula nada Datuk Dr Haron Din dalam kenyataannya kepada Berita Harian. Tajuknya “‘Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur’, yang antara lain menyebut:

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,”

OnDaStreet hairan… Isu ini timbul apabila:

  • The Herald yang menerbitkan artikelnya menggunakan nama Allah untuk menggambarkan nama Tuhan Kristian (tindakan permulaan). Kemudiannya dilarang oleh kerajaan (tindakbalas).
  • Kemudiannya, The Herald memfailkan tindakan mahkamah (tindakan permulaan), kerajaan mempertahankan (tindakbalas)

Bahagian mana yang politiknya? Siapa yang mempolitikkan isu ini sebenarnya?

Kepada mereka yang menyokong keputusan nama Allah dibenarkan dalam terbitan The Herald dan digunakan oleh pihak Kristian, silalah jawab soalan-soalan saya yang sebelum ini sejujurnya:

  1. Is it the publication is just for Christians (as outlined in the hearing), and the content will not be used to preach other non-Christians? [Adakah penerbitan itu hanya untuk penganut Kristian, dan kandungan terjemahan itu tidak digunakan untuk berdakwah kepada bukan Kristian?]
  2. Are the current Malaysian Christians do not understand that God (in English) is “Tuhan” in Bahasa Malaysia? (I’m sorry, but I have to ask this.. because this shows how good is your English and Bahasa Malaysia. ) [Adakah penganut Kristian di Malaysia tidak memahami “God” (dalam Bahasa Inggeris) adalah “Tuhan” dalam Bahasa Malaysia”? (Maaf, tetapi saya terpaksa bertanya.. kerana ini menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia juga. )]
  3. Why the translation of God to be Allah being done now? Even though it is said hundreds years ago, why now? Why wouldn’y it be done years ago? [ Kenapa terjemahan itu dilakukan sekarang? Walaupun dikatakan sudah beratus tahun, kenapa sekarang? Kenapa tidak bertahun dahulu?]
  4. Why just the translation of God to be “Allah” just in Bahasa Malaysia”? Will it be used in other languages? [ Kenapa terjemahan “God” kepada “Allah” cuma dalam Bahasa Malaysia? Adakah ianya akan digunakan didalam bahasa lain?]

Persoalan dijalanan: Tidak tahu pula rakyat marhaen mempolitikkan isu nama Allah ini…

Siapa yang mempolitkkan isu ini sebenarnya?

28 thoughts on “Nama “Allah” – Isu Politik???

  1. mungkin pihak Herald dan gereja perlu bersekolah semula.

    saya mmg menanti untuk menyatakan statement di bawah ini :

    Water = Air
    Liquid = Cecair

    Car = Kereta
    Vehicle = Kenderaan

    God = Tuhan🙂

    ODS: Hmm… aiseh SJ.. kalau macam ini, tidak perlu ke Mahkamah.. ini kelas bahasa pun dah cukup..

    Terima kasih atas komen anda.

  2. Who Is Allah? Who Is God?

    Allah is God. The name Allah is the Arabic word for God. More precisely, it is the One Eternal Creator, Lord of the whole universe. It is the same Arabic name for God that is used in the Arabic Bible.

    It is pronounced almost the same in other Semitic languages: “Eloha” in Hebrew, and “Allaha” in Aramaic. According to Jesus (peace be upon him), God is One, with no partner whatsoever. I quote the following verses from the Bible:

    Jesus said to him, “Away from me, Satan! For it is written: ‘Worship the Lord your God, and him only.'” (Matthew 4:10)

    “Well said, teacher,” the man replied. “You are right in saying that God is one and there is no other but him.” (Mark 12:32)

    “The most important one,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one.'” (Mark 12:29)

    Who Is Jesus?

    Jesus is one of a long string of prophets of Allah sent to all nations throughout history, starting from Adam, who received the first guidance from Allah, to the final one, Prophet Muhammad (peace be upon them all).

    According to the Bible, Jesus was sent particularly to the Israelites, to set them back on the proper track of Moses. The Gospels record these words of Jesus:

    “I am not sent but unto the lost sheep of the house of Israel.” (Matthew 15:24)

    “Think not that I am come to destroy the law or the prophets: I am not come to destroy, but to fulfill. For verily I say unto you: ‘Till heaven and earth pass, one jot or one tittle shall in no wise pass from the law, till all be fulfilled.'” (Matthew 5:17-18)

    The Qur’an, which Muslims consider the direct revelation says what means:

    *{The Messiah (himself) said: O Children of Israel, worship Allah, my Lord and your Lord. Lo! whoso ascribeth partners unto Allah, for him Allah hath forbidden Paradise. His abode is the Fire. For evil-doers there will be no helpers.}* (Al-Ma’idah 5:72)

    Jesus was a full human Prophet of God, as he emphatically declared:

    “As it is, you are determined to kill me, a man who has told you the truth that I heard from God.” (John 8:40)

    “What things?” he asked. “About Jesus of Nazareth,” they replied. “He was a prophet, powerful in word and deed before God and all the people.” (Luke 24:19)

    Again, the Qur’an also affirms Jesus’s prophethood:

    *{And when Jesus son of Mary said: O Children of Israel! Lo! I am the messenger of Allah unto you, confirming that which was (revealed) before me in the Torah}* (As-Saff 61:6)

    In all aspects, the Gospels portray him as a human who was born and circumcised (Luke 2:5-7, 21, 40, 52, 11:27); who suffered hunger and thirst (Matthew 4:2, 11:19, 21:18); who got tired and slept like any human being (Matthew 8:20, 24-25, Luke 8:23, Mark 4:38, John 4:6); who was subject to human feelings of fear, astonishment, and sadness (Matthew 26:37, Mark 14:33-34, John 11:33, 35, 38); and who prayed to his Creator like any human believer does (Mark 1:35, 14:35, Luke 5:16, 6:12).

    Logically speaking, having no father does not mean he was the son of God. Adam had neither father nor mother, yet both Adam and Jesus are bondsmen of Allah created by His will and power, by His word “Be” — Adam from earthly dust, and Jesus in the womb of Virgin Mary.

    This is precisely and unequivocally defined in the Qur’an as follows:

    *{The similitude of Jesus before Allah is as that of Adam; He created him from dust, then said to him: “Be”. And he was.}* (Aal `Imran 3:59)

    So neither Jesus nor Adam is a son of God. References to Jesus in the Bible as son of God should not be taken in the literal sense, rather in the metaphoric sense of affection and nearness to God.

    Jesus himself affirms that we are all “sons” of God in this sense:

    “Blessed are the peacemakers, for they will be called sons of God.” (Matthew 5:9)

    “In the same way, let your light shine before men, that they may see your good deeds and praise your Father in heaven.” (Matthew 5:16)

    Similar references to human beings as “sons of God” are also used in the Old Testament:

    “You are the children of the Lord your God.” (Deuteronomy 14:1)

    Finally, in his own words, Jesus declared himself as the Son of Man:

    Jesus replied, “Foxes have holes and birds of the air have nests, but the Son of Man has no place to lay his head.” (Matthew 8:20)

    “Just as Moses lifted up the snake in the desert, so the Son of Man must be lifted up.” (John 3:14)

    Can We See God?

    Our human capabilities are limited by the nature of our senses: vision in a certain wavelength range (4 to 7 X10-7 meters), hearing in a certain frequency range (2.500 to 4,000 cycles per second). Even the power of our instruments, however advanced, is limited in two ways:

    scale: by the huge universal dimensions in light years
    nature: to our detectable electromagnetic wave systems. So we cannot see or detect anything different from or beyond (in nature, time, or space) these systems: neither the angels nor any non-earthly being, nor God the Creator and Dominator of all His creation.
    This is affirmed both in the Qur’an and in the Bible:

    *{No vision can grasp Him, but His grasp is over all vision: He is above all comprehension, yet is acquainted with all things.}* (Al-An`am 6:103)

    “Ye have neither heard his voice at any time, nor seen his shape.” (John 5:37)

    Are God, Jesus, and Holy Spirit the Same?

    First: who is the Holy Spirit? A careful reading of the Gospels clarifies that the Holy Spirit is the Angel Gabriel.

    Compare the two narrations of Matthew and Luke:

    Now the birth of Jesus Christ was on this wise: When as his mother Mary was espoused to Joseph, before they came together, she was found with child of the Holy Ghost. (Matthew 1:18)

    And in the sixth month the angel Gabriel was sent from God unto a city of Galilee, named Nazareth, to a virgin espoused to a man whose name was Joseph, of the house of David; and the virgin’s name was Mary. (Luke 1:26-27).

    This accords with the Qur’an:

    *{Then We sent her our angel [literally, spirit], and he appeared before her as a man in all respects. … He [the angel] said: “Nay, I am only a messenger from thy Lord, (to announce) to thee the gift of a holy son.”}* (Maryam 19:17,19)

    So God the Lord, Jesus the human prophet, and the Holy Spirit Gabriel are each separate. The doctrine of the Trinity was never preached by Jesus, nor by his followers for three centuries. The word “trinity” is nowhere in the Bible. The whole concept was derived from the words of John, who never met Jesus.

    The myth of trinity gradually crept into Christianity, influenced by pagan beliefs and Greek mythology, and was adopted by Council of Nicaea in 325 CE.

    “How Can I Start Praying?”

    The answer to this, James, really depends on you and the choices you make in your life. If you fully accept Islam, that is, belief in the One God, and the message revealed to Prophet Muhammad through the miraculous word of God, the Qur’an, this would be your first honorable step to the truth of Islam.

    The following steps are straightforward, and can be taken without any intermediary or clergy. It is something between you and your Creator, yet in the way He ordained. You can find the necessary details in the links provided below; and you could better still refer to a trustworthy Islamic Center for guidance and support.

    Best wishes for you on this most blessed trip to the pure Divine Truth.

    1. arah,
      You seem very hesitant and persistant in allowing them to use Allah as translation. We can go discussing like before and by now I can quite understand what is your approach.

      However, you don’t even care to answer my simple questions. My questions are basically revolving in the capability of Malaysian Christians in understanding and using English and Bahasa Malaysia. This is what they “fight for” in the courts.

      As for your comment here, you copy and paste an article from which I do not know the source, but I can see flaws in your copy and paste comment. I believe, you are now on the other side of the coin, fighting for their cause.. and by quoting Bible, it wouldn’t help you that much.

      The first part, you are describing “Allah” and “Jesus”, which stated Allah is the God and Jesus is the Prophet. However, do you realize that the Christians in Malaysia believe in Trinity, which have the Father, the Son (who is referred to Jesus) and the Holy Spirit? With this, it is already contradicts with your first part of your comment.

      Secondly:
      Jesus himself affirms that we are all “sons” of God in this sense:

      “Blessed are the peacemakers, for they will be called sons of God.” (Matthew 5:9)

      “In the same way, let your light shine before men, that they may see your good deeds and praise your Father in heaven.” (Matthew 5:16)

      Similar references to human beings as “sons of God” are also used in the Old Testament:

      “You are the children of the Lord your God.” (Deuteronomy 14:1)

      Finally, in his own words, Jesus declared himself as the Son of Man:

      Jesus replied, “Foxes have holes and birds of the air have nests, but the Son of Man has no place to lay his head.” (Matthew 8:20)

      From your own copy and paste comment already contradicts with your first part of the comment. “Jesus himself affirms that we are all “sons” of God in this sense: “Blessed are the peacemakers, for they will be called sons of God.” (Matthew 5:9)

      Jesus said we are sons of God? All of us??? You must be kidding me arah. The first part you describe Jesus as His Prophet, and now with the Bible your quoted, we are sons of God???

      About the Holy Spirit.. you quoted as this:

      “First: who is the Holy Spirit? A careful reading of the Gospels clarifies that the Holy Spirit is the Angel Gabriel.”

      Interesting.. because muslims believe Angel Gabriel as angel, not God.. but Christians consider Holy Spirit part of the Trinity.
      After thinking sometime.. are you, arah, a muslim or christian? I have to ask this as your argument, comments shows how inconsistent you are in arguing.

      and arah,
      I do hope you realise that there are some part in Bible that is not contradicting with Al-Quran. However, with part of the Bible has been manipulated and re-written, along with what they believe and faith with… certainly the God that muslims believe and the Christians believe is not the same.

      Seriously speaking, the more you are trying to show how deserving “Allah” to be used by Christians in Malaysia, the more you are showing how further you are going.

      Or right now, you are changing your stand?🙂

      And please, do answer my four questions posted in my latest article as at today, 5th January 2010.

      Thank you.

  3. Exercising caution, elok org Melayu Islam rujuk kpd Haron Din, Nasha, Ridhuan Tee, Harun Taib, Menteri Agama, Majlis Fatwa, Zul Noordin dan JMD.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  4. Salam ODS,

    Gua dah pening baca komen arah. My so called confused mind dah makin confuzed !

    Saya heranlah kenapa ramai sangat yang beri contoh2 negara Arab, Amerika, Indonesia… siap ngan sejarah ratusan tahun tentang penggunaan ‘Allah’, merujuk segala kitab2 lama…. ??? WHO CARES !!

    To me the problem is the usage of the word IN MALAYSIA ! silap…. IN 1MALAYSIA ! Apa maksudnya kepada MAJORITI rakyat Islam 1Malaysia !

    Banyak yang saya belajar tentang penggunaan ‘Allah’ di negara lain sejak isu ini meletup, tapi ia tidak mengubah makna ‘Allah’ pada umat Islam di 1Malaysia. i repeat – IN 1MALAYSIA !

    I dont care who use ‘Allah’ anywhere in the world and the meaning to the users… but in 1Malaysia ‘Allah’ adalah satu nama Khas yang diberikan kepada Tuhan orang yang berugama Islam. And you dont play play with other peoples God.

    So ODS, is my mind confused or for that matter confuzed ?

    ODS: Jika diikutkan, memang boleh mengelirukan.. dan inilah agaknya yang dimahukan. Ini baru peringkat awal dan sesama muslim yang sekurang-kurangnya ada asas agama. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak?

    Untuk para pembaca, saya tiada nasihat khusus bagaimana untuk tidak pening mahupun tidak terpesong..

    Setakat ini, apa yang saya mampu lakukan sebagai penulis blog ini dan memberikan respon adalah dengan sekurang-kurangnya berulangkali beristighfar, mengucap dua kalimah syahadah dan yakin akan Allah Yang Maha Esa sambil membaca komen-komen yang diberi.

    Hanya dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, barulah saya dapat melihat pertentangan didalam komen itu sendiri.

    Walauapapun, marilah bersama-sama tingkatkan iman, ilmu dan taqwa dalam menjalani sisa-sisa hidup dan beramal sebagai persiapan kita ke sana…

    Wallahualam…

  5. I think the solution to this issue must first lie with a realisation of the essence of the problem. To me the essense is in the language. It is obvious that the Catholic Church is better served by holding Malay language classes for its flock so that they understand the word for god in Malay is tuhan. Maybe Dewan Bahasa can help.
    Certainly a religion whose fundamental tenet is the Unity of god cannot find it comfortable to share the name of it’s God with one whose diety has a son and also a Hantu Suci as a partner. Mary mak Allah also sound absolutely blasphemous.

    ODS: Mary mak Allah??? Ouch.. sounds awkward indeed…

    Thank you for your comment.🙂

  6. Salam ODS,

    Cara pemikiran saya simple je. Apa yang pro-herald, ini termasuk Melayu yang kononnya liberal, open minded cuba lakukan adalah bermain dengan bahasa. Jika ‘Allah’ diterima maksudnya sebagai x di tempat lain/ waktu lain maka seharusnya maksud x itu juga digunapakai di 1Malaysia.

    Kalau saya cakap begini di KL, ‘ aku suka sangatlah kalau bahagian pantat ni’ .. ulang 2-3 kali memang cacat anggota la saya. Tapi di Terengganu ia merujuk pada baki sesuatu yang dah tinggal sedikit, tak ada sikit pun unsur2 lucah. Jadi kalau dah tau di KL maksudnya lain, kena pandai2 la ikut keadaan, sesuaikan maknanya mengikut fahaman orang tempatan. Barulah tak timbul salah faham.

    Air milo saya dah tinggal sikit, hok pantat ni aku berahi ngat !🙂

    ODS: Huh??? Hahaha…

    Terima kasih atas komen anda.. cuma ianya dalam contoh dan bahasa yang… “unik”???

  7. Salam

    21:22 (Malay) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

    Sebagaimana yang saya nyatakan kita perlu tingkatkan pelajaran Akidah, Tauhid dan Tafsir maupun di Sekolah dan juga di Universiti. Inilah akibatnya sekiranya kita sibuk bab hiburan, sibuk nak lulus periksa SPM atau sekadar nak lulus Universiti tetapi bab akidah masih senipis kulit bawang.

    Elok elok lah kita mula jinakan diri dan anak anak ke Masjid, belajar dari Ustaz dan kurangkan buang masa depan TV. Lapangkan lebih masa untuk belajar Agama dan bukan sekat bantuan SAR.

    Tunjukan pada saya pernahkah Nabi Isa ajar Trinity dalam Bible?

    Sekiranya ada tolong buktikan, kerana ajaran yang di ajar oleh Nabi Isa maupun Nabi Musa di dalam bible hanya Allah yang Satu (Esa) tiada beza dengan apa yang di ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    12:28 Lalu datanglah seorang guru agama mendengarkan percakapan antara Yesus dengan orang-orang dari golongan Saduki itu. Guru agama itu melihat bahwa Yesus sudah menjawab orang-orang itu dengan baik. Maka ia bertanya kepada Yesus, “Perintah manakah yang paling penting dari semua perintah?”

    12:29 Yesus menjawab, “Perintah yang pertama, ialah: ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

    12:30 Cintailah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu.’

    12:31 Perintah kedua ialah: ‘Cintailah sesamamu, seperti engkau mencintai dirimu sendiri.’ Tidak ada lagi perintah lain yang lebih penting dari kedua perintah itu.”

    12:32 Lalu guru agama itu berkata kepada Yesus, “Tepat sekali, Bapak Guru! Memang benar apa yang Bapak katakan: Tuhanlah Allah yang esa, dan tidak ada lagi Allah yang lain.

    (Petikan dari Bible Indonesia)

    Cukuplah satu contoh yang membuktikan Nabi Isa mengajar bani Israel, Tuhan yang Satu. Siapa Tuhan yang Esa tu kalau bukan Allah?

    Beranikah saudara mempertikaikan ajaran Nabi Isa dalam bible tu bukan Allah tetapi Tuhan yang lain? Sekiranya sesiapa mengatakan itu bukan Allah maka terkeluarlah dia dari Islam atau Syirik, Auzubillahimin dhalik, semuga Allah pelihara kita.

    21:22 (Malay) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

    Mari pula kita lihat ajaran Nabi Musa dalam bible.

    Kel 20:1 Lalu Allah berbicara, dan inilah kata-kata-Nya,

    Kel 20:2 “Akulah TUHAN Allahmu yang membawa kamu keluar dari Mesir tempat kamu diperbudak.

    Kel 20:5 Jangan menyembah patung semacam itu, karena Akulah TUHAN Allahmu, dan Aku tak mau disamakan dengan apa pun. Orang-orang yang membenci Aku, Kuhukum sampai kepada keturunan yang ketiga dan keempat.

    Kel 20:7 Jangan menyebut nama-Ku dengan sembarangan, sebab Aku, TUHAN Allahmu, menghukum siapa saja yang menyalahgunakan nama-Ku.

    Kel 20:19 Kata mereka kepada Musa, “Engkau saja berbicara kepada kami, kami akan mendengarkan; tetapi janganlah Allah berbicara kepada kami, nanti kami mati.”

    Kel 20:20 Jawab Musa, “Jangan takut. Allah datang hanya untuk mencobai kamu supaya kamu tetap mentaati-Nya, dan tidak berdosa.

    (Petikan dari Bible Indonesia)

    Beranikah saudara mempertikaikan ajaran Nabi Musa dalam bible tu, dan menyatakan ia bukan Allah tetapi Tuhan yang lain? Sekiranya sesiapa mengatakan itu bukan Allah maka terkeluarlah dia dari Islam atau Syirik, Auzubillahimin dhalik semuga Allah jauhkan kita dari Syirik dan pelihara Iman kita.

    Saya harap Saudara faham apa yang saya cuba terangkan selama ini. Akidah yang di ajar oleh Nabi Musa dan Nabi Isa dan Nabi Nabi yang lain didalam bible adalah sama dengan Akidah yang di ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala Nabi.

    Apa yang berbeda hanyalah syariat.

    Walaubagaimana pun jangan kita keliru dan terperangkap kerana bible telah di selewengkan oleh pendita pendita Yahudi dan Nasara. Kita tidak boleh ambil borong kerana bukan semua di dalam bible tu ajaran Nabi nabi tetapi banyak juga ajaran yang Syirik dan bertentangan dengan Al Quran.

    Saya akan kongsikan beberapa contoh mudah.

    Tuhan dalam bible berihat

    2:2 Pada hari yang ketujuh Allah telah menyelesaikan pekerjaan-Nya itu, lalu Ia beristirahat.

    Tuhan dalam bible Tidur

    44:23 (44-24) Bangunlah, ya TUHAN! Mengapa Engkau tidur? Bangkitlah! Jangan menolak kami untuk selamanya.

    78:65 Maka TUHAN bangkit seperti orang bangun tidur, seperti orang kuat sehabis minum anggur.

    78:66 Ia memukul mundur lawan-Nya, dan mengalahkan mereka untuk selama-lamanya.

    Ayat ayat berikut dari menyangkal apa yg di tulis di dalam bible. Al Quran menceritakan siapa itu Allah dan sifat sifat Allah.

    2:255 (Malay) “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

    2:256 (Malay) “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

    Siapakah kita yang berani menghalang orang Kristian memanggil Tuhan pencipta Alam ini sebagai Allah? Manakah dalil dari Al Quran dan Hadith melarang Ahli Kitab atau Christian dan Yahudi memanggil Tuhan pencipta Alam ini sebagai Allah?

    Mengapa kita engkar dan kufur terhadap ayat ini?

    5:72 (Malay) “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “”Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putra Maryam””, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “”Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang lalim itu seorang penolong pun.”

    Sekiranya kita tergulung di kalangan orang beriman kita perlu mengajak manusia mengesakan Allah dan bukan melarang manusia dari memanggil Tuhan yang Esa itu sebagai Allah.

    Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
    Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.”
    SURAH AL-ANBIYAK(21):87

    Saya harap tulisan ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan

    Yaallah, ampunkan lah dosa dosa kami dan berilah kami pertunjuk mu.

    AMEEN

    1. saudara arah,
      Apa yang disampaikan oleh Nabi Isa sememangnya mentauhidkan Allah. Akan tetapi versi yang ada sekarang tidak lagi mentauhidkan Allah. Anda sendiri yang memberikan percanggahan didalam Bible di dalam komen saudara yang sebelumnya. Anda juga seharusnya tahu bahawa Bible/Injil yang ada hari ini telah dipesongkan isi kandungannya. Anda sendiri yang berikan versi Bible, anda sendiri yang bertanya dimana percanggahan Bible dan Al-Quran.

      Malah, sila rujuk komen Mark. Dia, sebagai penganut Kristian mempercayai Trinity. Apakah anda lebih memahami Kristian daripada orang Kristian sendiri? Hebat!!!

      Dan arah,
      Anda memang menduga kesabaran saya dengan ingatanmu yang sementara. Anda menampal komen-komen yang bercanggah dan yang menunjukkan percanggahan dengan komen anda sendiri. Diulangi, tiada nas dan dalil yang mengatakan agama lain tidak boleh menggunakan nama Allah, akan tetapi, jika ianya mendatang kemudaratan kepada umat Islam, sesuatu perlu dilakukan.

      Dan satu lagi saudara arah,
      Anda begitu beria-ia menggalakkan mereka boleh menggunakan nama “Allah”, seolah-olah anda lupa terdapat usaha-usaha memesongkan akidah umat Islam.

      Anda juga tiada usaha untuk menjawab 4 soalan yang diberikan.. kerana saya dapat merasakan bahawa saudara tahu ini merupakan salah satu memesongkan akidah umat Islam dan bertukar agama ke agama Kristian.

      Sila jawab 4 soalan itu. Jangan beralih arah dengan ayat-ayat yang menjawab soalan.

      Terima kasih.

  8. Satu lagi saudara arah,
    Jika benar terdapat mereka yang beriman kepada kitab Injil yang asli, mereka akan mengakui kebenaran Islam, ajaran yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w.

    Apakah saudara arah tidak pernah mendengar dan membaca kisah semasa Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul terakhir? Jika ya, sudah tentu saudara tahu apakah yang berlaku dan siapakah Waraqa bin Naufal…

    Apakah penganut Nasrani/ Kristian hari ini mengakui kerasulan Nabi Muhammad? Berdasarkan laman ini.. lain pula bunyinya…

    http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20080920223633AAoyAuV
    http://mengenal-islam.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=8&p=5308

    Ini soalan tambahan saya kepada kamu, wahai saudara arah yang bijak bestari.

    1. Salam Saudara ODS,

      Mungkin saudara faham tulisan saya, sekiranya tak faham, bahagian mana yang tak faham biar saya jelaskan agar saudara faham dan tak keliru lagi.

      Surah al-Hasyr ayat 7:

      ‘Ambillah apa yang dibawa oleh utusan Allah(nabi Muhammad) dan tinggalkanlah apa yang ditegah’.

      Dalam surah al_Ahzab ayat 21 menyatakan:

      ‘ bagi kamu utusan Allah sebagai contoh ikutan yang terbaik’.

      Dalam surah an-Nisak, ayat 80 Allah menyatakan yang bermaksud:

      ‘Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling (tidak mentaati rasul) maka Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai pengawal mereka’.

      Dalam konteks ini, Nabi Muhammad berkata:

      ‘Sesiapa yang menghayati sunnah saya, sesungguhnya beliau menyayangi saya dan sesiapa yang menyayangi saya akan bersama saya di dalam syurga’.

      Saudara mungkin dah ariff ayat ayat di atas, oleh itu berikan satu contoh dimana Rasululllah menghalang dan melarang orang Kristian & Yahudi menamgil Tuhan yg Esa sebagai Allah?

      Adakah Tuhan lain selain dari Allah?

      21:22 (Malay) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

      Tanyakan kepada Mark di mana dalam bible, Nabi Isa atau Nabi Musa mengajar tentang TRINITY?

      Sekiranya ada, buktikan pada saya kerana Sdr ODS lebih percayakan Mark dari apa yang saya tulis.

      Saudara ODS tolong nyatakan bukti sekiranya apa yang saya tulis itu salah dan di mana salahnya, harap saudara dapat betulkan di mana yang saya salah

      Semuga Allah melindungi kita dari sifat sifat keji dan menjauhkan kita dari gulungan Munafik.

      AMEEN

      1. saudara arah,
        Anda sendiri yang telah memberikan bahagian di mana dalam kitab injil/ bible yang ada hari ini bercanggah. Alhamdulillah, setakat ini, setiap kali terpacul ayat Bible yang anda berikan, didalam komen anda sendiri telah menunjukkan percanggahan. Nanti saya kumpulka kembali komen-komen tersebut buat rujukan nanti ya.

        Tentang larangan itu, perlu diambil kira, pada masa itu Rasulullah masih hidup, dan sebarang ayat dan wahyu yang diturunkanNya melalui Rasulullah sendiri. Oleh itu eksploitasi penyelewengan akidah umat Islam amat sukar pada ketika itu. Rasulullah ada sebagai tempat rujukan.

        Kini? Dengan anda pun tunggang terbalik mengambil sumber dari Kitab Injil yang telah terpesong, anda cuba membuktikan Kristian menyembah Allah Yang Esa dan tidak mengaku kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, konon-konon “cross reference” dengan Al-Quran tetapi masih tersilap mengambil ayat Bible yang menunjukkan betapa mereka telah terpesong; adalah tidak mustahil bagi mereka yang ilmu lebih cetek dari saudara boleh terpesong.

        Tanyalah Mark yang agamanya Kristian, Bible pegangannya. Saya tidak mahu mempersoalkan agamanya, tetapi saya mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak agamanya.

        Ini bukan medan saya untuk mengislamkan pembaca saya. Saya cuma mahukan sahabat Islamku yang lemah tidak terpesong agamanya hanya kerana satu perkataan – Allah.

        Akan tetapi, jika ada yang terbuka hati, alhamdulillah.🙂

  9. tok soh pening2 kepala, allah itu tuhan orang islam, orang bukan islam tuhannya bukan allah…

    ODS: Akan tetapi ada seorang yang Islam di sini cuba mengakui kebenaran “Allah” Kristian…
    Dan yang lebih parah, ada menyebut ayat-ayat Bible, tetapi bercanggah pula dengan ayat-ayat sendiri.

  10. saudara arah,
    memandangkan saya tidak mengenali anda,
    SJ tertanya-tanya, apakah anda seorang yang berfahaman Islam Liberal? Pluralis? atau mungkinkah anda seorang non-muslim?

    Anda telah mengeluarkan ayat-ayat Bible ‘al-Kitab’ Indonesia untuk ‘membolehkan’ penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible oleh Herald dan gereja.

    Perlu ditegaskan di sini bahawa Bible yang ada dan menjadi pegangan Kristian hari ini adalah hasil tulisan sejumlah manusia dan bukannya kitab yang asal diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

    Oleh yang demikian apa yang terkandung di dalam Bible itu adalah natijah atau hasil dari pandangan/pendapat manusia dan bukannya firman ALLAH.

    Oh ya..hampir terlupa pula saya..
    Arah,anda berkata
    “Tunjukan pada saya pernahkah Nabi Isa ajar Trinity dalam Bible?”

    Arah,
    Disebabkan ianya(Bible) bukan lagi Taurat dan Injil yang asli, maka adalah dangkal untuk kita mengatakan bahawa itu ajaran Nabi Musa a.s dan
    Nabi Isa a.s.

    Seandainya mereka (kristian) benar-benar berpegang kepada ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Isa a.s, mengapa mereka menidakkan kenabian Muhammad bin Abdullah s.a.w?

    Apakah anda tidak melihat kepada sejumlah ayat-ayat Bible yang menunjukkan kepada doktrin trinity?

    Saya memetik dari Bible Indonesia,
    dalam Wahyu 1,2 dan 4 :

    1:6 dan menjadikan kita suatu bangsa khusus imam-imam, yang melayani Allah, Bapa-Nya. Yesus Kristus itulah yang agung dan berkuasa untuk selama-lamanya. Amin!

    1:7 Lihat, Ia datang diliputi awan! Semua orang akan melihat Dia, termasuk juga mereka yang telah menikam-Nya. Segala bangsa di bumi akan meratap karena Dia. Ya, pasti! Amin!

    1:8 “Akulah yang pertama dan yang terakhir,” kata Tuhan Allah, yang ada, yang sudah ada, dan yang ada seterusnya, Yang Mahakuasa.

    2:7 Barangsiapa dapat mendengar, hendaklah memperhatikan apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaat-jemaat! Mereka yang menang, akan Kuizinkan makan buah dari pohon kehidupan yang tumbuh di Taman Allah.”

    2:18 “Kepada malaikat jemaat di Tiatira, tulislah begini: Inilah pesan dari Anak Allah, yang mata-Nya bernyala-nyala seperti api, dan kaki-Nya berpijar seperti tembaga dibakar.
    2:26 Mereka yang menang, dan yang sampai akhir terus melakukan apa yang Kukehendaki, akan Kuberi kuasa yang sama seperti yang Kuterima dari Bapa-Ku. Mereka akan menerima kekuasaan daripada-Ku untuk memerintah bangsa-bangsa dengan tongkat besi, dan untuk menghancurkan bangsa-bangsa itu seperti periuk tanah.
    2:29 Barangsiapa dapat mendengar, hendaklah memperhatikan apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaat-jemaat!”
    4:2 Langsung saja saya dikuasai Roh Allah. Lalu saya melihat di surga ada sebuah takhta, dan ada seseorang duduk di takhta itu.

    Bukankah ini menunjukkan kepada konsep trinity?
    Cuba kita lihat pula dalam Ibrani 1 :

    1:1 Pada zaman dahulu banyak kali Allah berbicara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan memakai bermacam-macam cara.

    1:2 Tetapi pada zaman akhir ini Ia berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Dan Allah sudah menentukan bahwa Anak-Nya inilah juga yang berhak memiliki segala sesuatu.

    1:3 Dialah yang memancarkan keagungan Allah yang gilang-gemilang; Dialah gambar yang nyata dari diri Allah sendiri. Dialah juga yang memelihara keutuhan alam semesta ini dengan sabda-Nya yang sangat berkuasa. Sesudah Ia memungkinkan manusia untuk dibebaskan dari dosa-dosa mereka, Ia menduduki takhta pemerintahan di surga bersama-sama dengan Allah, Penguasa yang tertinggi.

    Anda juga berkata,
    “Sekiranya kita tergulung di kalangan orang beriman kita perlu mengajak manusia mengesakan Allah dan bukan melarang manusia dari memanggil Tuhan yang Esa itu sebagai Allah.”

    Ya benar, kita perlu mengajak manusia untuk mengesakan ALLAH.

    Namun apakah tanpa mengucapkan 2 kalimah syahadah, boleh dikatakan seseorang itu telah mengesakan ALLAH?

    Adakah seseorang itu boleh di anggap mengesakan ALLAH jika berpegang kepada Bible dan menolak al-Quranul karim?

    Wallahu’alam.

    ODS: Terima kasih atas komen anda, SJ. Input daripada anda amat dihargai.🙂

  11. posting terbaru saya pada malam ini di http://suarajagat.wordpress.com :

    Is Calling the Christian God ‘Allah’ Wrong?

    One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

    Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

    The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

    The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

    “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

    “If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”

    Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

    “Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

    The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

    In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

    Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

    “When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

    “So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

    “If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

    Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

    ODS: Terima kasih atas komen dan pemberitahuan anda.🙂

  12. Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam | Print | E-mail
    Idris Ahmad
    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf ‘juara rakyat’ secara ‘fast track’.

    PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

    Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

    PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

    PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

    Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

    PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang ‘berlesen besar’.

    Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.

    Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.

    Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

    PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

    Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka

    Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.

    Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.

    Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.

    Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.

    Ust. Idris Ahmad
    Ketua Penerangan PAS Pusat

    ODS: Inilah yang dinamakan mempolitikkan isu agama. Kebangkitan kemarahan juga datangnya daripada mereka yang tidak berpolitik.

    Kenapa PAS perlu mengupas dari sudut politik?

  13. ni aku kopipes dari facebook sorg mamat ni..pengalaman dia kat indon pasal penggunaan nama Allah oleh non muslim di indon..

    Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

    Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

    Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

    Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku.. wakakaka..

    Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

    Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..

    risau gak klu jadi camni kat mesia

    ODS: Terima kasih atas kisah ini.

    Mungkin mereka yang menyokong ini tidak kisah.. kerana ilmu dan amal mereka amat kukuh.. sampi terkadang, saya rasa bunyinya angkuh (tanpa menyedari, hati itu boleh diterbalikkan sekelip mata).. nauzubillah…

    1. ya, itulah akibat dan natijahnya jika kita membenarkan mereka menggunakan kalimah ALLAH.
      Indonesia sebuah negara pancasila. Itulah sebabnya mudah berlaku penyelewengan akidah di sana.

      Sedangkan para Christian Scholars sendiri tidak mahu menggunakan kalimah ALLAH kerana menurut mereka hal ini bertentangan dgn agama kristian. Jadi mengapa mesti ada orang Islam yang menyokong/bersetuju dgn tuntutan Herald dan gereja ini?

      apatah lagi bila yang bersetuju ini adalah mereka yang di anggap ulama oleh masyarakat…ulama yang men-selebriti-kan diri.

      Firman ALLAH s.w.t bermaksud :

      “Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
      Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
      Dan kamu tidak mahu menyembah (ALLAH) yang aku sembah.
      Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
      Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
      Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
      (surah al-Kafirun :1-6)

      ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  14. sdr arah;

    Sungguh licik akal sdr.

    Buktikan kepada kita yang buku bible kristian sekarang masih serupa, tidak berubah, tidak dibuang sebahagian dan ditambah sebahagian, masih asal seperti dengan apa yang diajarkan oleh Isa ibn Maryam.

    Dalam lain perkataan, buktikan yang agama kristian Malaysia sekarang ini masih samawi. Jika masih samawi, maka sahlah petua yang diberikan oleh Majli Fatwa PAS itu.

    Agama Isa a.s. ialah agama tauhid, agama berkenaan Allah Yang Maha Esa. Buktikan agama kristian Malaysia sekarang ini adalah agama tauhid juga, iaitu agama berkenaan Allah.

    Kita ada bukti yang agama kristian Malaysia sekarang bukan agama mentauhidkan Allah. Bukan agama berkenaan Allah Maha Esa, tetapi AGAMA MENTIGAKAN ALLAH, AGAMA BERKENAAN ISA A.S.

    Allah dalam Qur-an Maha Esa. Allah bagi kristian tiga-dalam-satu. Buktikan SATU adalah TIGA atau TIGA adalah SATU

    Pegangan kita mudah. Dua kewujudan yang bersalahan antara satu dengan lain MUSTAHIL dipanggil dengan satu nama. Racun dengan madu lain dan bersalah-salahan. MUSTAHIL kedua-duanya sah dipanggil madu sahaja, atau racun sahaja.

    SATU dengan TIGA lain. MUSTAHIL “TIGA” itu diberi nama “SATU” juga.

    Dan apalagi manakala ke ESA an yang di dalam dada mukmin itu ialah SATU, tetapi SATU yang bukan bilangan. ESA yang ada dalam dada mukmin itu bukan ESA yang boleh di bilang, Bukan ESA yang boleh diisyaratkan dengan satu jari atau angka satu. Ia laisa kamithlihi syai-un.

    ODS: Selepas semalam, saya mula menyedari.. disebabkan saudara “arah”, kita mula mempersoalkan kepercayaan orang lain.. yang mana seharusnya kita mempersoalkan dari sudut Islam, kesannya kepada umat Islam.. bukan dengan mempersoalkan agama anutan orang lain…

    1. buat saudara Dal, saya baru sahaja menulis artikel di sini :
      http://suarajagat.wordpress.com/
      tazkirah yang berkaitan dengan apa yang anda sebutkan “laisa kamithlihi syai-un”.

      kpd saudara ODS,
      kerana perlunya melihat kesan ke atas umat Islamlah saya kemukakan soal jawab di blog dan nampaknya ada soalan yang tidak dijawab di sini yang ingin saya ulangi..

      saudara arah,
      dalam konteks hari ini,

      apakah tanpa mengucapkan 2 kalimah syahadah, boleh dikatakan seseorang itu telah mengesakan ALLAH?

      Adakah seseorang itu boleh di anggap mengesakan ALLAH jika berpegang kepada Bible dan menolak al-Quranul karim?

      Wallahu’alam.

      ODS: Terima kasih SuaraJagat. Kebanyakan artikel dan komen saya mengenai isu ini berkaitan dengan kesan ke atas umat Islam di Malaysia. Namun, saudara “arah” yang beralih “arah” dengan memberikan hujah-hujah yang mengelirukan.

  15. This is to Arah; salam.

    My family is christian for generations.
    I believe in one god, the god of Abraham, the god of Jesus, the god of Mohamad.
    I believe the One God is Allah, is Elohim.
    I was never told to believe Jesus is Allah or Elohim. I was never told to believe the Holy Spirit is Allah or Elohim. Just as Allah is Tuhan but Tuhan is not the same as Allah.
    When I listen to the Azan, my soul is at peace.
    Allah is the One God and there is no other. Tuhan has a different meaning.
    When I speak the word Allah, it can move me to tears, but not tuhan.
    Jesus was reported to have said, “Eli, Eli, lamach sabachthani”.
    A friend told me the arabic translation is “Ilahi, Ilahi, lema sabaqtani”.

    Many non-Christians are commenting on theological concepts of the religion without fully understanding. Muslims do not welcome non-muslims from commenting on Islam.
    But I believe commenting on another’s religion is a path towards understanding.
    I think your comments on Christianity are pretty well-researched, for a Muslim, and I appreciate your scholarship.

    Shalom

    1. CS,
      Thank you for commenting.

      However, I have to disagree that “Muslims do not welcome non-muslims from commenting on Islam”. Perhaps you have came across those who are unwilling to discuss with you. Or perhaps, those who have came across with you do not prefer to discuss because they are uncomfortable with it.

      As much as you’ve said that “arah” has done a good job in well researched comments, I doubted that. As muslim, we believe Allah does not being borned or having any child. But according to your religion (as far as I am concern), Jesus is son of God, which is sending different meaning and message.

      That is why, in the “Allah” issue in Malaysia is about the name itself, which deliever different messages and signals. I know, there are some part in the world that use “Allah” by other religion than Islam. However, in Malaysia, the name is a special name, not just a pronoun or noun.

      Thank you.

  16. Shalom ODS,

    I hear where you are coming from.

    But after 400 years, I think it is difficult now for the Christians in Sabah and Sarawak to suddenly change from saying, ‘ya Allah …’ to ‘ya Elohim…’

    Best Wishes

    ODS: CS,
    I suppose it will be just fine to “Ya Tuhan”, instead of “ya Allah” or “ya Elohim”. Even the English Version of Bibles that I know and came across using “O God”.

    That is why, when The Christian Herald made such a move that may cause confusion, KDN made the action. Afterall, if it was said that this issue has been quite some time, I suppose that some has cross the limit.🙂

    Thank you.

    1. CS,
      as what u said earlier in your comments,
      “I was never told to believe Jesus is Allah or Elohim. I was never told to believe the Holy Spirit is Allah or Elohim. Just as Allah is Tuhan but Tuhan is not the same as Allah.”

      If that is what you as a christian believe,
      can you explain what this article which i copied from http://www.kingmessiahproject.com/is_allah_not_God.html means?

      The God of the Bible Rejects Allah

      Throughout the Holy Scriptures, the prophets of God stressed that there is no god besides Him. According to them, He is the only God. The applicable Scriptural references follow:

      * Exodus 20:2-3 “I am the LORD thy God, which have brought thee out of the land of Egypt, out of the house of bondage. (3) Thou shalt have no other gods before me.”
      * Deuteronomy 6:4 “Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.”
      * Deuteronomy 32:39 “See now that I, even I, am he, and there is no god with me: I kill, and I make alive; I wound, and I heal: neither is there any that can deliver out of my hand.”
      * Isaiah 44:6 “Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.”

      According to John 17:3 Jesus Christ, God’s only begotten Son, confirms that the Father is the one true God. With respect to His Father, Jesus states: “And this is life eternal, that they might know thee the only true God, and Jesus Christ, whom thou hast sent.”

      In no way is John 17:3 to be used to deny Jesus’ Deity.
      Note: See the Answering the Objections to the Deity of Jesus chapter for an explanation of this verse that actually proves the Deity of the Son. Jesus’ statement in this verse denies the Deity of all others.

      Since this chapter illustrates that Allah is NOT the God of the Bible, there is only one conclusion that can be made:
      According to Exodus 20:2-3, Deuteronomy 6:4, Deuteronomy 32:39, Isaiah 44:6, and John 17:3, the LORD God of the Bible and His only begotten Son reject Allah.
      Allah is not a true G(g)od. Therefore, he is a false god!

  17. I was told that the word “Eli, Eli, lamach sabachthani” is Arabic words. Jesus is not an arab. Where are these words came from?

    Elohim = godS as the word him is plural in jews. Refer to debate Ahmed Deedat VS Sorosh

    Now I got myself confused. So what will happen if christian us the word Allah to refer to their god.

    Please defend my Allah from christians.

    ODS: Thank you for your comment, zari..

    Er, arah.. you mentioned about Ahmad Deedat not long time ago.. does what he debated about not relevant now?🙂

  18. Perkataan Allah – Salah Persepsi

    Malaysian are generally a peaceful, tolerant and respectful people. Malaysia terkenal sebagai ‘a moderate Muslim country’ mau kah nama baik kita tercemar kerana segelintir ustaz dan org yang bersuara lantang berjaya dalam misi mereka???
    Setelah kebnyakan imej negara Islam lain udah tercemar kita mesti pelihara nama baik negara, bangsa dan agama. Seandai nama negara tercinta udah jadi busuk, hina di mata masyarakat dunia, amat susah untuk kembalikan maruah bangsa dan Negara. We must not fall to extremist, from whatever religion they profess.

    Setiap umat Islam mendirika solat 5 kali sehari dan membaca alFatiha sebanyak 17 kali, luapakah mereka, erti ayat ‘Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen’
    ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    (this a very strong point that shows Jakim, Perkasa so on are contradicting themselves)
    Allah swt untuk sekelian alam, setiap makluk dan jin, 7 petala langit dan bumi, segala kehidupan, haiwan, bintang dan segala sesuatu milik Allah swt.Islam dan Allah bukan hanya milik mutlak orang Melayu atau khusus untuk negara Malaysia sahaja.
    Most Muslims in Malaysia are a very tolerant , moderate, peaceful, hospitable people,
    but lately a small extremist fringe has become more vocal, intolerant and extreme in their views.
    This small group of confused Muslims have confused the whole nation in general.
    Mereka ni semua baru celik mata, itu pun gajah depan mata tak nampak, semut di seberang laut lebih terang bagi mereka. Mereka baru terpandang perkataan Allah dikitab2 Indil dll. Mana ustaz, mana ulam, mana jabatan2 Islam sebelum ini? Sepintar PM Najib is mum membisu berkenaan hal ini?
    ingat..Allah bukan hanya untuk org Melayu Islam di Malaysia…sbenarnya lu org semua memalukan Islam, make Malaysia the laughing stock of the world, luaskan minda jgn hidup seperti ‘katak bawah tempurong’
    Rasullulah saw contoh yang terbaik, adakah berdemo dan fail ke mahkamah satu jalan menegakkan akidah Islam? Ini bukan cara menjaga kesucian Islam yang kita cintai.
    Pernahkah Rasullulah swa berperang dan mengeluarkan hadis mambanth org bukan Islam jgn mengunakan nama Allah?
    Adakah dalil berkenaan isu ini atau pun ia timbul dan berasal dari jiwa,hati dan perasaan mereka yang berburuk sangka, tidak ada keyakinan diri, dan cepat melenting ?
    Dalam isu ini, banyak individu2 yang tampil sebagai hero satria demi menegakkan Islam yang bersih dan murni, kalau mereka nak jadi hero banyak hal dan perkara yang mereka boleh berjuang, bukan sahaja nak hentam penganut Malaysian Christian yang sedikit, aman dan amat menghormati umat Islam amnya. Kaum Christian jarang membut hal atau menimbulkan kontroversi.
    Kalau berani pergilah hentam Batu Caves dan tokkong Cina? Menghina mengancam ibadah kaum lain, musnahkan patung-patung sembahan mereka atau larang mereka, jangan pergi gereja.
    Percayalah, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam tidak akan mengelirukan atau mengugat umat Islam,
    tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan tidak akan menyentuh kesucian agama Islam.
    Sekiranya mereka mengunakkan kata Allah, pada saya that is nothing, it’s a non-issue kerana kita maseh ada Alquran dan Hadis, yang sesiapa pun tidak boleh menandingi agama Islam.

    Apapun kepercayaan Allah dari persepsi dan ajaran mereka itu hak dan cara mereka, sememangnya itulah pendapat akidah mereka, dan kita harus berpendirian ‘kau dgn agama kau, aku dgn agama ku’. Sebaiknya kita wajib, kita bolih menyampaikan akidah dan fahaman dari perspektif Islam dan memeperbetulkan mereka. Bukan dengan berdemo dan mengfail di mahkamah.
    Bila emosi, kurang keyakinan, curiga, buruk sangka, permusuhan menguasai pemikiran ini adalah jalan permainan iblis. Ajaran Rasullulah saw adalah membina, mengambarkan akhlak peribadi yang baik, di antaranya, sampaikan salam, jangan tinggikan suara, berhemah, jangan saling membenci dan menghasut dll.
    Dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad saw lagi, sejak zamanRrasullulah saworg Kristen etlah mengunakan kata Allah, dan juga di Malaysia suah beratus tahun mereka mengunakan istilah Allah, kerana mereka pun ahli kitab. Sedangkan di negara Islam yang mempunyai jumlah paling ramai yang beragama Islam, atau di negara Islam Timur Tengah tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini?
    Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri, ini adalah dalam perlembaggan negara. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan suatu perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam amalan agama di seluruh dunia. Pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi. Pada saya umat Christian di Malaysia adalah kaum yang aman dan saling hormat menghormati.
    Apa perasaan kita sekiranya orang bukan Islam larang kita daripada memakai jilbab, bilang sunat itu perkara bodoh? kalau melayu kena amacam?

    Baru-baru ini isu ugama telah mula di bangkitkan di persendakan dan di politikkan, dan semakin ramai yang menjadi lantang dan menujukkan belang.
    Masjid, gereja di serang, kepala babi kepala lembu…apa dah jadi???
    Ini tidak berlaku sebelumnya, before we live in harmony and we don’t like to hurt each other.
    Walau kita bukan seagama, kita sesama adalah rakyat Malaysia,’unity in diversity’.
    Allah swt mewujudkan perbezaan untuk kita saling mengenal antara satu dengan yang lain, bukan untuk permusuhan.
    Sebagai umat majority di Malaysia, kita besar dan ramai, menjadi tanggung jawab untuk
    menjaga kaum yang minority, tanamkan keamanan dan rasa nyaman umtuk mereka. Inilah kekuatan dan akhlak kita sebagai orang Mukmin.
    Kita bukan seperti orang Myanmar atau Serbia yang tidak berperikemanusiaan, merusuh dan membunuh kaum yang minority. Permusuhan dan rasa curiga bukan akhlak dan amalan kita.

    Dunia Islam sedang bergolak, Muslim membunuh sesama Muslim, adat lama kuno maseh di bela, permusuhan yang dulu maseh belum terhurai, sedangkan bangsa dan negara bukan Islam terus maju dan meninggalkan kita. Di Suria, ulama, ustaz, mufti dan juga pemimpin negara menabur kebencian, memberi senjata dan tuang minyak ke dalam api supaya terus membunuh orang Islam sendiri. Belum saya dengar seorang pemimpin Islam yang cuba mendamaikan pertumpahan darah di Syria…
    Ingat Pres Morsi tumbang setelah minority di aniaya, di pinggirkan, dan akhir 4 pengikut shiah di bunuh massa dengan kejam. Begitu juga Yusoslavia hancur setelah umat Islam di bunuh dengan zalim. Kaum minority juga mempunyai hak dan perlu jaminan, dan skiranya
    mereka di aniaya, apakah tindak balas dari doa orang teraniaya, walaupun mereka kafir?
    Saya hairan mengapa sekarang timbul sifat takut dan tiada keyakinan diri, dan menganggap issue ini sebagai satu ancaman?
    Sedangkan sebelum tak ada masaallah, ia bukan satu isu yang telah menggugat umat Islam di negara kita. Sebaliknya Islam tetap kukuh, umat semakin menambah, jarang kita dengar orang keluar dari agama Islam, sebaliknya semakin ramai bukan Islam telah memeluk agama Islam, saudara baru tetap menambah, beribu-ribu setiap tahun. Mereka menerima hidayah dan menyebut kalimah shahadah dan mengenal Allah swt yang sebenarnya.
    Kita sering, dalam perbualan, dengar kaum lain berkata ‘tuan allah tolong kita’, mereka tak cakap tokong atau budha tolong, ini tanda kehormatan mereka kepada agama Islam.

    Kita tidak perlu gentar dan mempersoalkan apakah niat dan tujuan sebenar mereka, kita jangan mudah mengikut emosi dan buruk sangka dengan berfikiran bahawa mereka kemungkinan besar inilah taktik dakyah mereka dan hendak mengubah mengugat dan memesongkan akidah umat Islam.Mengapa kita mesti keliru, dan kuatir akan di kelirukan mereka?
    Mengapa kita mesti rasa tergugat dan takut kepada dakwah mereka?
    Di mana letaknya keteguhan keyakinan sebenar keIslaman kita?
    Mengapa kita bersifat marah dan buruk sangka, seandainya nanti akidah umat Islam akan rosak atau terpengaruh dengan akidah mereka?
    Kini umat Islam dihantui rasa takut, curiga dan buruk sangka. Dan masing-masing mendabek dada, cuba mempamerkan, akau lah wira Islam, dan menetang ugama lain, yang belum tentu mengugat agam Islam.
    Dalam akidah pemerintahan negara Islam, ukurannya adalah bagaimana kita membela yang miskin, yang tertindas dan kaum minority, bekan sahaja mengikut haluan yang majority, yang kaya dan yang berkuasa.
    Kalau nak bincang tentang keliru dan rosak akidah, terdapat banyak yang menyeleweng, banyak yang bercanggah, dan ini semua bukan kerana sebab umat Christian mengunakan perkataan Allah. Ramai rakyat Malaysia yang keliru dan rosak akidah, yang melaku jenayah, ragut, membunuh, buang bayi, kecurangan, pegawai yang tak amanh, rasuah, kerja sembrono, artis lelaki dan wanita yang bersentuhan di TV setiap hari, producer yang sering ke nighclub, mereka yang makan dadah, minum arak, berlaku kecurangan, jenayah seks, perpecahan antara umat Islam dan bermacam lagi. Salah siapa???umat Christian ke???
    Ini masallah yang lebih penting dan harus di tangani demi menjaga kesucian agama Islam.
    Kitalah sepatutunya tingkatkan berdakwah kepada anak-anak muda, sebarkan akidah Islam yang benar. Hadapi dengan tenang, yakin, kita dalam kebenaran, beri gambaran sebagai umat Islam yang rational dan sabar. Yakin Allah swt bersama kita, inilah cara Rasullullah saw, bukan berdemo, mengugat, pergi mahkamah dan bertentang dengan umat Christian. Ayoh, mari kita bersaing agama dan akidah secara tenang, sihat, terbuka bukan dengan buruk sangka ancam mengancam dan kekasaran. Islam galakkan sampaikan salam, sebarkan kedamaian, tampilkan wajah keamanan bukan konfrontasi dan kebencian. Yakin bahawa kejayaan milik Islam.
    Kaum non-Muslim di Malaysia bukanlah jenis orang-orang kafir yang harus kita perangi, iaitu kafir harbi, sebaliknya mereka adalah dari golongan, kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum Muslimin)
    Baru2 ini timbul isu Syiah, ramai yang baru kenal belang dan fahaman Syiah, udah melenting, sensing lengan,naik berang, suruh putus hubungan diplomatic dgn Iran…apa ni, ini telah berlaku 1400 tahun dulu, nilah jahil Melayu, tunjuk emosi tak tentu pasal…
    Seandainya puak Islam yang menentang dan melarang kaum Christian menang, ini bukan satu kemenangan yang diredhai kerana, desakan kita telah melukakan ribuan hati penganut Christian, kecewakan akidah fahaman mereka, menambah kebencian mereka terhadap agama Islam dan umat Muslim. Puas sudah NGO dan individu yang berhati bernafsu besar konon perjuangkan maruah Islam.
    Ini bukan kemenangan yang tepat dan bukan dalam kemahuan akhlak Islam yang sebenar. Islam menuntut yang majority memelihara ketentraman dan kesejahteraan kaum minority, bukan sebaliknya. Ini adalah a small issue that was overblown and exegeratted into a big problem.
    Allah swt menyeru kepada mereka yang jiwanya tenang, dan senantiasa dalam ketenangan.
    Biar Allah swt yg mengdili saya, saya tidak menyokong parti atau kumpulan tertentu, yang saya mau adalah umat Islam yang bersikap wajar dan tenang, adil , tidak menunjuk kuat, membela yang minority dan memelihara keharmonian Malaysia yg bersatu harmoni, respectful, tolerant dan aman. In the end ‘we are all Gods creation…” Dalam perbezaan kita juga ada persamaannya.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s