Keputusan Penggunaan Nama Allah


Lembaran 2010 OnDaStreet dibuka dengan perbincangan berkisar tentang agama dan politik (walhal hanya kerana enjin jet yang dicuri). Para pembaca boleh membacanya di artikel ini (memang lari dari topik artikel). Puncanya? Saya menegur jangan dikaitkan segala benda dengan politik, sambil itu menanyakan apakah pasti Pakatan itu benar-benar bersih di blog  Military of Malaysia (blog itu nyata tidak mengulas atas dasar politik dan pemberi komen di blog tersebut rata-rata tidak mahu melibatkan diri dengan isu politik). Soalan saya itu ditanyakan dengan bertujuan untuk kita ambil masa, berfikir sejenak di dalam dan luar konteks politik, kerana saya berpendapat kecurian enjin tersebut bukan didorong oleh motif politik.

Mulanya saudara Wassini berhujah segalanya berkait dengan politik (seakan politiklah segalanya, sehinggalah kemudiannya kahwin pun mengambil kira unsur politik), lama kelamaan sudah tidak berhujah atas dasar semuanya berkait dengan politik, tetapi sesuatu itu terkadang didorong oleh sebab yang lain selain politik.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya adalah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama “Allah” oleh The Herald. Termanggu seketika apabila mendengar keputusan tersebut di Radio24. Bukan kerana saya tahu mereka berhak. Mereka boleh gunakan kerana sebagaimana yang telah diulas sebelum ini yang mana saya tahu tiada nas dan dalil yang tidak membenarkan mereka menggunakan nama “Allah”, malah di negara Arab, penggunaan nama Allah tidak sekadar terhad pada Islam (sila baca sini, sini, sini dan siri komen paling panjang di sini). Saya termanggu kerana memikirkan mereka yang bakal terkeliru kelak.

Memang, hak Allah Yang Esa itu menentukan samada seseorang  itu menerima hidayahNya atau tidak. Namun, sebagai hambaNya, kita juga disuruh berusaha dan mencari kebenaran. Dan bagi yang berkemampuan (apa lagi yang lebih berkemampuan) kenalah membantu mereka yang kurang.

Sepanjang OnDaStreet menukilkan artikelnya dan memberi pendapat di blog-blog lain, saya telah bertembung dengan pelbagai ragam dan idea. Ada yang boleh dibawa berbincang, ada yang ekstrim, ada yang bijak berbicara, ada yang berhmah, ada yang “cantik” budi bahasa dan ada juga yang terlalu taksub sampaikan yang tidak logik pun cuba dilogikkan. Namun, ini menunjukkan manusia punya pelbagai ragam dan cara.

Ini juga bermakna, pencarian ilmu, dakwah dan penyebaran Islam (atau apa-apa sekalipun) punya pelbagai cara dan pendekatan. malah, setahu saya Islam tidak meletakkan hanya satu cara dalam menjalani urusan duniawi ini. Ianya bergantung kepada banyak faktor. Malah, dalam berdialog pun, ada cara-caranya. Jika ada ruang dan masa, pembaca boleh membaca buku “Adab Dialog Dalam Islam” hasil nukilan Dr Muhammad Sayyid Tantawi. Di dalamnya terdapat banyak bab dan bahagian yang membezakan cara dan adab dalam berdialog, termasuk Dialog tentang Keesaan Allah, Dialog antara Rasul dan kaumnya, Dialog dengan ahli kitab, Dialog dengan golongan munafik, Dialog secara soal jawab dan sebagainya.

Maka seharusnya, jika ada yang memandang hanya politik boleh menegakkan Islam, tiada gunanya kita berbincang kerana berdasarkan pendapat “segalanya berkaitan dengan politik”, sesi perbincangan dan dialog tiada gunanya kerana tidak berkontekskan politik. Begitu juga yang memandang hanya kelas-kelas dan ceramah boleh memperkuatkan akidah Islam, tiada gunanya jika masyarakat Islam tidak bebas mengamalkan apa yang disyariatkan oleh agama.

Kerana itulah, Islam itu lengkap dari semua arah kerana dalam memperjuangkannya, bukan hanya dari satu sudut, tetapi secara menyeluruh.

Untuk konteks artikel kali ini, ingin saya imbas kembali antara sebab mengapa saya termanggu seketika. Ianya kerana beberapa isu lepas yang belum terungkai. Antaranya:

Imagine if such other religion use Jesus Christ as their Gods name (e.g. – any of Hindu’s Gods, or any of newly founded The Force religion). Try to imagine, they use “Master Jedi Jesus Christ”. In fact, did Christians allow the religion to be practiced? (Or you can watch the video at youtube entitled: Christians against Star Wars)

The word “Allah”, “Jesus Christ”, and any other God’s name of any other religions in the world is so special and should not be used by other religion.

dan ini:

As mentioned various time, I agreed there’s nothing wrong if other religion want to use Allah, but the issue here is simple, why do the translation made to Bahasa Malaysia from “God” to “Allah”, instead of translating ALL “God” in Bible to “Allah”? This is the real question. Why not change God in other languages to Allah too?

Please provide as to the question, as this is why I write and do not really agree to the translation.

Soalan diatas masih tidak terjawab. Biarpun banyak ayat-ayat Al-Quran dikeluarkan, namun satu soalan mudah ini belum terungkai.

Tidak kurang juga sesuatu yang terlintas tika PAS memberi ulasan:

Pertamanya, walaupun JAKIM mencabar agar dibuktikan Bible menggunakan Allah didalamnya, namun, saya rasakan tiada larangan di dalam Al-Quran dan hadis yang sahih untuk agama lain menggunakan perkataan Allah (kerana jika ianya ada, pasti isu ini dapat ditamatkan dengan begitu mudah dari perspektif Islam). Oleh itu, apa yang Tuan Guru Nik Aziz katakan itu diterima, walaupun tiada ulasan yang lebih khusus bagi membantu merungkai kekusutan ini.

Namun, ini tidak bermakna habis disini, kerana TGNA sendiri mengatakan “terpulang kepada kerajaan pusat”. Saya pasti ada maksud disebalik kata-kata TGNA. Kenapa konteks ayatnya sebegitu? Sebagaimana ulasan BP-KL-KTN, TGNA juga seorang ahli politik, bermakna sebarang kenyataannya boleh dipolitikkan, samada membawa kepada kukuhnya lagi Pakatan, atau melemahkan Pakatan. Interpretasi, terpulang kepada anda. Ini perkara yang kedua.

Perkara ketiga, sebenarnya kenyataan ini secara tidak langsung menyokong Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain berdasarkan ayat dalam Harakah: “Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,” kata beliau di sini“. Hanya wajar? Boleh atau tidak?

Islam di Malaysia merupakan agama rasmi dan sudah tentu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh pelbagai agama dan bangsa ketika perlembagaan digubal dahulu. Walaupun agama rasmi ialah Islam, tetapi tiada larangan untuk agama lain dipraktikkan disini.

Apakah pendirian PAS yang sebenarnya? Dari segi dalil dan nas naqli, memang tiada larangan, tetapi di sini secara lembut, PAS juga kurang membenarkan penafsiran tersebut. Tetapi mungkin kerana PAS tidak berkuasa, mereka mengambil langkah menjaga diri sendiri agaknya. Agaknya tiada kuasa, langsung tidak boleh memberi ulasan, tetapi bab hukum hudud dan qisas (apalagi isu PPSMI),  amat hebat teriaknya.

Bagaimana pula dengan gerakan membanteras ajaran sesat?

Pertama, ajaran sesat tiada lagi di bumi Malaysia. Kenapa? Kerana “Allah” dalam ajaran sesat yang diajarkan bukan lagi Allah yang diakui sebagai Tuhan Yang Esa dalam konteks agama Islam. Oleh itu, dengan terpesongnya akidah, mereka sudah keluar daripada Islam. Cuma, mereka tidak boleh ditahan kerana Allah mereka bukan Allah dalam agama Islam. Dan pastinya, untuk mempertahankan diri dalam lunas undang-undang, mereka boleh berhujah atas kapasiti Allah mengikut pemahaman mereka sendiri. Maka, Jabatan Agama Islam dan Majlis-majlis agama sudah kurang satu kerja – membanteras ajaran sesat di Malaysia.

Kedua, kanak-kanak kecil boleh terjebak kepada ajaran selain daripada Islam. Bagaimana? Bagi orang dewasa yang menggunakan akal fikiran dan setidak-tidaknya punya pengetahuan asas, masih boleh membezakan Allah dalam Islam dan Allah yang bukan dalam Islam. Akan tetapi, bagi kanak-kanak kecil yang rata-ratanya menerima apa yang “disuapkan”, sukar bagi mereka untuk membezakan mana yang benar, mana yang tidak. Tidak semua umat Islam yang muda usianya mendapat hidayah seperti Nabi Ibrahim a.s. ketika kecil untuk mampu mempersoalkan siapakah Tuhan yang sebenarnya. Kebarangkalian kanak-kanak kecil akan bereaksi seperti Nabi Musa a.s. ketika disuakan oleh racun dan madu oleh Fir’aun (dengan ketentuan Allah). Jika ajaran selain itu sudah sebati, cuma dengan izin Allah, kanak-kanak itu boleh kembali ke jalan yang benar.

Apakah ini yang kita mahu untuk generasi yang seterusnya?

Saya menulis atas pemahaman perlunya tindakan yang menjaga Islam di Malaysia. Sudahlah ramai remaja Islam (malah dewasa juga!!!) yang hanya Islam di nama tetapi tidak dihati.

Ya, ia sekadar nama.. yang penting adalah kita beriman pada Yang Esa. Namun, jika dengan akidah yang tidak sekukuh mana, dengan pemahaman pun antara nampak dan tidak, kebarangkalian salah pembacaan (hanya kerana nama) boleh menyebabkan pemesongan akidah. Nauzubillah…

Saya tidak memandang isu ini atas dasar politik, kerana yang membenarkan penggunaan itu adalah hakim yang bukan beragama Islam. Kerana diikutkan nak juga atas alasan politik, seharusnya suara-suara parti yang memperjuangkan Islam, agama Allah Yang Satu yang kuat mempertahankan. Namun sayup.. antara dengar atau tidak. Barisan yang kononnya tidak begitu Islam ditinggalkan menghadapi isu ini. Eloklah tu…

Apakah Islam hanya terletak ada hukum? Atau sebenarnya Islam mencakupi segalanya (yang mana bukan sekadar politik, tetapi urusan seharian)? Jika ya, kenapa pada politik sahaja teriaknya lebih, tetapi kurang ditempat lain?

Pembaca juga mungkin berminat dengan artikel dan ulasan di blog Rocky Bru dan satD.

Apa kata anda?

Ikhlas daripada OnDaStreet: Nampaknya, umat Islam di Malaysia perlu lebih giat mendalami Islam untuk menjaga diri sendiri. Ini kerana, silap hari bulan, kita sendiri tersalah ikut. Nauzubillah..

Dan saya juga tidak hairan jika ada orang yang jahil agama dan bahasa arab bertanya: “Allah” agama yang mana satu ya? Nauzubillah…

 

14 thoughts on “Keputusan Penggunaan Nama Allah

  1. salam ODS,

    Islam bukan datang dari India atau China atau Arab. Islam datang dari Allah. Sesungguhnya saya amat mengetahui bahawa pihak-pihak ini sengaja mahu menyesat dan mengelirukan akidah orang Islam di Malaysia dengan penggunaan nama Allah. Takde sebab mengapa mereka mahu menggunakan Allah sedangkan mereka bukan orang Arab. Kami tidak akan berdiam diri. Hakim-Hakim tertinggi negara adalah orang Islam. keputusan ini akan ditolak.

    Allahu akbar!

    ODS: Salam Sid. Terima kasih atas komen anda.🙂

  2. Saya berpendapat adalah tidak salah penggunaan kalimah Allah untuk Kristian dan Yahudi.

    Tetapi yang menjadi peliknya ialah, kenapa mereka (Kristian) yang di Malaysia ini begitu beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah ini. Kenapa?

    Pastinya mereka hendak menyebarkan ajaran mereka kepada orang Melayu Islam. Mustahil jika mereka berdakwah kepada orang Cina dan India mengenai Kristian, mereka menggunakan kalimah Allah. Mustahil!!

    Maka, keputusan tersebut wajar ditarik semula dan keperluan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk lain-lain agama belum lagi sesuai di negara yang rata-rata umat Islamnya belum memiliki Iman yang kukuh.

    ODS: Saudara Fazli,

    Sebagaimana yang saya nukilkan, memang tiada dalil dan nas yang melarang. Namun, apabila hanya mentafsir God kepada Allah hanya untuk Bahasa Malaysia untuk bible dan seumpamanya oleh pihak Kristian, itulah yang meragukan.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. Maanusia sejak awal sejarah dunia sentiasa berlawan, berperang, berbunuh. Dahulu tak ada tamaddun, kemudian mula ada pelajaran, nilai-nailai baik dalam masyarakat, tamaddun tinggi, hingga sekarang maanusia sudah sampai kebulan. Tapi masih mahu berlawan, berperang berbunuh.

    Wahai maanusia, cobalah kamu hidup dalam suasan aman dan damai. Kurangkanlah tamak kuasa, pengaruh dan sebagainya. Janganlah coba menguasai mana-mana kumpulan melalui agama, atau cara yang mungkin membawa kapada berlawan, berperang, berbunuh.

    Hentikanlah usaha-usaha meluaskan agama anda dengan cara-cara yang tak boleh diterima. Perkataan Tuhan sudah cukup bagi menyampaikan maksud anda, kenapa mahu gunakan perkataan Allah yang majoriti rakyat disini tidak setuju? Bukankah anda orang kuat beragama? Bukankah agama anda mengajar salitur-rahim dan semangat keharmonian?

    1. Penerangan:

      Memang tidak ada bukti bahawa majoriti rakyat disini tidak setuju perkataan Allah digunakan kumpulan Kristian – tidak ada pungutan suara dibuat. Maksudnya, penganut Islam adalah majoriti (60%) dinegara ini. Lojiklah anggapan bahawa kebanyakan mereka tidak setuju.

      ODS: Terima kasih atas komen anda, Zen.🙂

  4. Bagi saya, penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah bertentangan dengan Islam. Malah tiada nas al-Quran yang membenarkan penggunaan ALLAH oleh Yahudi dan Nasrani.
    Mengapa saya kata begini?

    1. Walaupun di dalam al-Quran ada kalimah ALLAH bila merujuk kisah yang berkaitan dengan Yahudi dan Nasrani, tetapi kisah-kisah itu berkisar tentang Yahudi dan Nasrani yang masih lagi berpegang kepada Injil dan Taurat yang asli, bukannya kaum Yahudi dan Nasrani yang berpegang kepada Torat,Bible, Old Testament dan New Testament yang ada pada hari ini.

    2. ALLAH sememangnya diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah sebagai suatu ’supreme power’.
    Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah menghapuskan kepercayaan karut,penyembahan berhala,syirik, tahyul dan kurafat serta menidakkan persamaan ALLAH dengan makhluk.
    Rasulullah s.a.w telah membersihkan kalimah ALLAH dari segala hal syirik.

    3. Firman ALLAH s.w.t dalam al-Quran bermaksud,

    Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
    “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
    “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (surah al-Ikhlas).

    Surah di atas jelas menunjukkan ALLAH s.w.t bersifat Esa dan menolak konsep trinity.

    4. Sarjana Kristian sendiri sebenarnya tidak jelas bahawa Injil dan Taurat adalah 2 kitab yang berbeza. Mereka sendiri mengalami disforia(kekeliruan) dalam hal ini. Sarjana Kristian mengatakan

    i) Torat adalah ‘the first Bible and is written by Moses’.
    ii) Almost the entire Old Testament was written in Hebrew during the thousand years of its composition.
    iii) The New Testament, however, was written in Greek.

    Sekiranya anda membuka Torat, New Testament dan Old Testament, anda tidak akan menjumpai kalimah ALLAH di dalamnya. Malah, jika anda membaca New Testament yang ditulis dalam bahasa Greek, anda tidak akan menemui kalimah ALLAH. Oleh yang demikian permohonan Herald dan gereja ini sebenarnya bertentangan dengan Torat,Old Testament dan New Testament itu sendiri.

    5. Cuba anda fikirkan, bagaimana agaknya jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
    Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

    6. Jika kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunapakai oleh agama lain, maka tindakan tegas terhadap pengamal ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Haji Kahar adalah sukar dilaksanakan kerana seolah-olah membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat interpretasi sendiri tentang ALLAH dan sifat-sifatNYA.

    7. Malaysia adalah sebuah negara Islam, perlembagaan kita menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Malaysia bukannya sebuah negara Pancasila atau free thinker. Kebebasan itu ada hadnya.

    8. Permohonan pihak Herald dan gereja untuk menggunakan kalimah ALLAH bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ke arah pluralisme.

    Ingatlah firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
    kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)

    Demikian sebahagian hujah saya untuk menolak penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible.

    layari : http://suarajagat.wordpress.com

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  5. Anda telah lupa bahawa terdapat golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mengunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa Ibunda Mereka.

    Mereka Juga beragama Kristian dan bukannya Islam. Ini adalah Bumiputera Malaysia yang beragama Kristian dan telah sejak beratus tahun dahulu mengunakan perkataan Allah dalam Kitab mereka.

    Di Indonesia juga perkataan Allah digunakan dalam Kitab Kristian.

    Kerajaan negeri tidak sepatutnya melarang sesiapa megunakan sebarang mana perkataan disebabkan agama mereka. Ini merupakan diskriminasi.

    ODS: Dari sudut Islam pun, tiada larangan untuk agama lain menggunakan perkataan Allah. Namun, norma di Malaysia, “Allah” itu adalah kata nama ganti khas untuk Tuhan bagi agama Islam, baik cetakkan apa juga bahasa.

    Saya sebagai umat Islam sedar akan tiada larangan dari konteks akidah. Tiada masalah. Namun, isu ini harus dilihat dari segi struktur sosial dan masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya.

    Isu kali ini membawa terjemahan nama tuhan dalam kitab Bible ke Bahasa Malaysia sahaja, yang mana menjadi persoalan kepada tujuan dan motif penerbitan. Kenapa tidak diterjemahkan juga dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil kepada Allah juga?

    Agama Islam agama rasmi Malaysia, dan ini menjadikan ianya sebahagian daripada pembentukan Malaysia yang dipersetujui. Oleh itu, tidak hairanlah dengan langkah yang telah diambil oleh pihak Herald dilihat sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

    Jika saudara mengatakan ianya sebagai “diskriminasi”, apakah tidak mungkin bagi umat Islam Malaysia melihatkan ini sebagai “pencabulan”?

  6. “.. malah di negara Arab, penggunaan nama Allah tidak sekadar terhad pada Islam ..”

    Mesti diulangkan berkali-kali bahawa dinegeri Arab orang Kristian Arab menggunakan Allah untuk Tuhan mereka kerana Allah itu adalah bahasa Arab. Sudah semula jadi bagi orang Arab Kristian menggunanya, Allah ialah bahasa ibunda mereka, Allah dilafaz bila merujuk atau memaksud Tuhan mereka sejak mereka lahir kedunia dari perut ibunya.

    Perkataan Allah tidak semula jadi diSabah dan Sarawak. Orang-orang Kristian disana menggunkannya apabila pendakwah-pendakwah Kristian dari luar negeri dizaman kolonial atau sebelomnya mula mengKristiankan penduduk tempatan. Kebanyakan orang Islam tidak mengtahui gejala ini sehingga kebelakangan ini.

    Yang pentingnya, apabila disedari sebahagian besar ummat Islam dinegara ini dan dibantah atas alasan perkataan Allah adalah khas untuk orang Islam dan Islam adalah agama resmi negara ini, mengapa pemimpin Kristian mahu berkeras pendirian? Bukankah agama Kristian mengajar penganutnya salitur-rahim, keharmonian dan sebagainya? Apa tujuan mereka hingga mahu keMahkamah? Bukankah pemimpin mereka ada muslihat jika berkeras kepala demikian?

    Jika muslihatnya adalah bagi menyenangkan pengKristianan rakyat Malaysia selain dari yang turun temurun Kristian, ini tidak menyenangkan hati rakyat lain. Janganlah kacau status quo atau keseimbangan jumlah penganut berbagai agama diMalaysia ini secara “deliberate but sinister”. Ini tidak baik dan buruk padahnya.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  7. Buat encik keith,
    pertama, jika anda membandingkan Malaysia dan Indonesia dalam hal ini, maka konteksnya adalah berbeza. Ini kerana Malaysia menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
    Manakala di Indonesia, perlembagaan negaranya menetapkan bahawa Indonesia adalah sebuah negara pancasila.

    kedua,
    bolehkah anda menjawab soalan ini :

    jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
    Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  8. Salam

    Jumpa kembali!!!!

    Saya dah katakan beberapa bulan dulu, setakat mana kefahaman kita terhadap Islam.?

    Pastikan ilmu Tauhid di ajar secukupnya di Sekolah Kebangsaan. Ehh apa nak di harapkan di Sekolah Kebangsaan? Nama pun dah Kebangsaan itu pasal ramai yg x faham Ayatul Kursi dan Surah Al Ikhlas.

    Sekiranya begitu kita hantar anak anak kita ke sekolah Ugama dan pastikan pemerintah memperbanyakan Sekolah Ugama dan bukan mematikannya.

    Saya nak kongsikan bab Allah yg satu ( Unity of God ).

    There are many reasons to believe that many of the other religious scriptures (other than the Qur’an) do contain within their pages truths originating from the one and only true God. To a Muslim, the great prophets (like Abraham, Moses, and Jesus) in Christianity and Judaism, are of course true prophets of Allah mentioned in the Qur’an. In Islam, these religions too are sometimes respectfully referred to as “religions from the sky”. Further to the 25 God’s Messengers (Rasul) mentioned by name, the Qur’an also made reference to the fact that there had been great many prophets (Nabi) whose names are not mentioned. So, Muslim scholars are always open to the possibility that God’s truths could well have found their way into numerous scriptures of religions other than Islam, Christianity and Judaism.

    Such being the case, it should not be at all surprising to a Muslim that the idea of Unity of God might well be found in many religious scriptures of the world. But is that really the case? Well, let us examine scriptures of some of the world’s major (other than Islam) religions :

    Judaism

    As exclaimed by Moses (pbuh): “Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one.” Deuteronomy 6:4.

    “I am the Lord, and there is no other; apart from Me there is no God.”

    Isaiah 45:5.

    “You shall have no other gods before me. You shall not make for yourself an idol in the form of anything in heaven above or on the earth beneath or in the waters below. You shall not bow down to them or worship them; for I, the Lord your God, am a jealous God.”

    Exodus 20:3-5

    Christianity

    Jesus Christ (pbuh) said the following in the Bible:

    “This is eternal life, that they may know You, the only true God, and Jesus Christ whom You have sent.”

    John 17:3

    “How can you believe, when you receive glory from one another and you do not seek the glory that is from the one and only God?”

    John 5:44

    “The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord’”

    Mark 12:29

    As described by Paul in his Letter to Timothy:

    “Now to the King eternal, immortal, invisible, the only God, be honor and glory forever and ever. Amen.”

    1 Timothy 1:17

    Hinduism

    “Ekam evadvitiyam“

    (He (God) is One only without a second.)

    Chandogya Upanishad 6:2:1

    Meaning in English: “Sages (learned Priests) call one God by many names.“

    Rigveda 1:164:46

    “Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata“

    (O friends, do not worship anybody but Him, the Divine One. Praise Him alone.)

    Rigveda 8:1:1

    “Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste kinchan“

    (There is only one God, not the second; not at all, not at all, not in the least bit.)

    Brahma Sutra of Hinduism

    Sikhism

    “Ek Onkar, Sat Naam, Karta Purakh, Nirbhau Nirvair, Akal Murat, Ajuni, Saibham, Gurprasad”

    (There exists but one God, who is called The True, The Creator, Free from fear and hate, Immortal, Not begotten, Self-Existent, Great and Compassionate.)

    Granth Sahib, Mulmantra Pg.1

    Meaning in English: “There is only the One Supreme Lord God; there is no other at all.”

    Granth Sahib, Pg. 45

    Meaning in English: “God is merciful and infinite. The One and Only is all-pervading.”

    Granth Sahib, Pg. 710

    Clearly, the above verses from religious scriptures of Judaism, Christianity, Hinduism and Sikhism, without a doubt, affirmed the truth of the unity of God in the strongest of terms. It is very important to also note that, like the relevant verses of the Qur’an, many of the above verses are in the form of a statement that a father would use to remind his child not to fall for something dangerous, knowing fully well the child might just still fall for it! The child for example, might later fall for drugs taking, assuring his father: don’t worry dad, I only take it because it helps me, trust me!

    So, with such amazing similarity on the concept of ‘Unity of God’ between all the above mentioned major world’s religions, what then seems to be the difference between them? From a Muslim’s point of view, the difference is in the ‘implementation’ of the concept in one’s daily ‘religious life’ and in fact also ‘normal life’. It could be that a certain scripture may state a certain principle ‘from the sky’, but then falls short in defining the daily life (including religious life) consequents of such principle. Worse still, things become ‘neutralised’ when other parts of the same scripture state principles in direct contradiction to the one ‘from the sky’.

    Muslims also believe the Qur’an to be the only surviving verbatim (word for word) Word of God, no more no less words. As such, there is no vagueness or contradiction in it, especially with regard to important matters of basic belief in God. In Islam, the concept of ‘Unity of God’ is very basic and central to the belief in God, to the point, getting it even ‘very slightly wrong’ would render one’s ‘belief’ or ‘faith’ in God and religion, impotent, and in fact almost completely meaningless. Understandably so, for what use is submission and worship when it is directed to the wrong god? The great importance of the doctrine of the Unity of God in Islam is well reflected in the fact that in addition to being a constant reminder throughout the Qur’an, a whole chapter of the Qur’an is dedicated to it – an extremely brief (mere four short verses!) surah (chapter) number 112, also known as Al-Ikhlas, meaning ‘Sincerity or Purity’:

    Say: He is Allah, the One and only. Allah, the Eternal, Absolute. He begets not, nor is He begotten. And there is none like unto Him.

    To summarise, in Islam, any and all worships must be directed to Allah alone, without any ‘intercessor’ or ‘partner’ alongside Him. As is well known, Muslims love and revere the last and final Prophet Muhammad (s.a.w), but by his own teaching, would never ‘worship’ him as god. Doing so would amount to shirk (assigning partner to Allah) which is the biggest sin against God. Nothing and no one in the whole universe can benefit, aid or protect us without Allah’s will. The message to always remember is: “Worship only the Creator, not His creations.”

    http://www.shahkirit.com/2008/05/27/unity-of-god/#more-19

    1. Assalamualaikum saudaraku arah,
      Ya, dengan keputusan yang telah diumumkan, saya sudah menjangkakan anda akan muncul dalam masa terdekat.

      Dan komen anda, tiada beza dengan yang dahulu. Anda mengatakan seolah-olah masih tidak selesai dengan isu SAR yang telah pun dijawab dalam komen yang lalu.
      Anda ingat lagi komen ini?

      “Now, in regards to SAR issue, I guess JMD has answered to your argument, and to dear readers, you may get the FAQ on this SAR issue from here – http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2391

      dan saudara Arah,
      saya teringat dahulu bagaimana anda berhujah dengan mengatakan kerajaan Malaysia tidak membenarkan Ahmad Deedat menyampaikan ceramahnya di Malaysia, tetapi disangkal oleh satu komentar. Malah, kini telah dijual di Malaysia akan rakaman DVD ceramah-ceramah beliau. Malah terdapat contoh debat-debat Ahmad Deedat dengan pastor-pastor dan paderi Kristian tentang Islam dan Kristian. Tidak kurang juga ada sedikit kait mengait dengan apa yang saudara berikan kali ini berkaitan dengan perkara ketuhanan.

      Saudara pastinya lebih arif bahawa Islam mengakui kisah-kisah yang benar berkaitan apa yang terkandung di dalam Kitab Zabur, Taurat dan Injil (yang asli) yang datang sebelum Al-Quran. Dan seharusnya saudara lebih tahu yang 3 kitab yang terawal itu telah diselewengkan oleh manusia. Islam mengakui kisah Nabi Adam sehinggalah apa yang tercatat didalam Kalam Allah yang terakhir itu.

      Yang membezakan Islam dengan agama-agama “samawi” yang lain adalah isi kandungan dan ajaran rasul-rasul sebelumnya telah diselewengkan manusia. Dan jika adapun yang masih mengikuti ajaran yang asli, mereka akan mengakui kebenaran Islam dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi sebagai umat Muhammad, saudara arah tahukan kedudukan dan pendirian mereka? Apakah Kristian, Judaism mengakui Islam sebagai benar?

      Anda sendiri boleh memperhatikan seorang pemberi komen sebagai menyatakan:

      If translated as such, ‘Allah’ may be used by Christians simply because they too believe in One God, but Three Personified.

      Even Jesus, quoted Moses that “Hear O Israel, The LORD (YHWH) our God (Elohim = One God = Allah), The LORD (YHWH) is One (Yechad = numeric 1).

      Berdasarkan komen ini, saya pasti, bagi seseorang yang mengikuti ceramah dan debat Amad Deedat seperti anda tahu apa yang boleh dibalas dan dibincangkan. Hujah ini tidak jauh beza dengan apa yang cuba saudara sampaikan, tetapi tahukah anda dalam kitab mereka, (dalam isu ini Injil) ada yang bercanggah? Versi lain, lain yang tercatat. Contoh komen diatas, jika Jesus itu anak Tuhan, kenapa Jesus perlu berkata Hear O Israel, The LORD (YHWH) our God (Elohim = One God = Allah), The LORD (YHWH) is One (Yechad = numeric 1), padahal Kristian mempercayai Father, The Son dan Roh Kudus. Jika dikira ada tiga. Mana yang “satu”nya?

      Dan jika Jesus itu anak Tuhan, kenapa tidak “Hear O Israel, The LORD (YHWH) our God (Elohim = One God = Allah), The LORD (YHWH) is One (Yechad = numeric 1), Father of mine? Kerana Kristian mempercayai Nabi Isa itu anak Allah.

      Dan disinilah percanggahan antara Kristian dan Islam. Islam mempercayai Tuhan yang satu, manakala Kristian tidak. Muslim mempercayai Allah tidak diberanakkan mahupun beranak, tetapi bagi Kristian ada Bapa, Anak dan Roh Kudus.. yang mana si anak Tuhan adalah Nabi Isa. Bukankah lain? Dimana “unity of God”?

      Malah dalam komen anda sendiri tertulis percanggahan ini.

      “The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord’”

      Mark 12:29

      Anda tahu Kristian mempercayai “Trinity of their God – The Father, The Son and The Holy Spirit”. Satu.. atau Tiga?

      Dan yang pastinya saudara arah, Yahudi tidak memanggil tuhan mereka sebagai “Allah”. Anda pasti tahukan? Elohim, bukan Allah.

      Beginlah…
      Saya pasti saudara tidak kisah dengan keputusan mahkamah ini. Cuma, saya berharap, saudara arah yang bijaksana dapat menjawab 4 soalan yang saya utarakan. Soalan-soalan tersebut langsung tidak memerlukan nas-nas atau dalil dari Al-Quran. Anda tidak perlu “potong dan tampal” komen orang lain. Jawab soalan tersebut..

      dan jika benar OK sahaja, kenapa pemimpin dalam parti yang memperjuangkan Islam begitu berbeza pendapat? Malah nada Tuan Guru Nik Aziz juga berbeza dari sebelumnya. Nak sebut reaksi umat Islam Malaysia yang ramai, tidak perlulah dibicarakan.. kerana pasti saudara akan kata umat Islam di Malaysia ini jahil bab agama.

      Silalah jawab 4 soalan + 1 soalan bonus itu sekali ya.🙂

  9. Mark,

    penggunaan nama ALLAH tidak pernah ada dalam Torat, New Testament dan Old Testament yang dikatakan oleh masyarakat kristian asalnya ditulis dalam hebrew dan greek.

    Di dalam bahasa di dalam Old Testament berbahasa Hebrew, perkataan Lord/God disebut sebagai YHWH,Elohim,Adonai.
    Yahudi tidak menerima trinity sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kristian.

    Bagi New Testament,God di dalam bahasa greek disebut sebagai theos. Namun masyarakat greek pula mempercayai banyak Tuhan contohnya Zeus,Apollo, Aphrodite,Zephyrus,Hemera,Gaia,Hermes,Athena dan Hera.

    Sekiranya mereka menterjemahkan God di dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH,
    maka jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
    Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Hanuman? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

    Dan jika pihak Herald menulis pula Bible di dalam bahasa bumiputra Sabah dan Sarawak, contohnya bagi kaum Kadazan, perkataan God itu akan ditukar kepada Kinoringan.

    Soalan saya ialah
    jika begini siapa sebenarnya Tuhan bagi agama Kristian?
    YHWH,Elohim,Adonai,Zeus,Apollo,Aphrodite,
    Zephyrus,Hemera,Gaia,Hermes,Athena,Hera,Brahma,Hanuman,
    Shiva,Vishnu,Kinoringan atau ALLAH?

    ODS: Terima kasih atas komen anda.

  10. ODS

    17:110 (Y. Ali) Say: “Call upon Allah, or call upon Rahman: by whatever name ye call upon Him, (it is well): for to Him belong the Most Beautiful Names. Neither speak thy Prayer aloud, nor speak it in a low tone, but seek a middle course between.

    “Psalm 116:5-7 (New International Version)

    5 The LORD is gracious and righteous;
    our God is full of compassion.

    6 The LORD protects the simplehearted;
    when I was in great need, he saved me.

    7 Be at rest once more, O my soul,
    for the LORD has been good to you.

    “While some idiots are mourning over the ‘loss’ of the word ‘Allah’ and therefore basically telling the world that they are people easily confused by nomenclature….” Marina Mahathir

    http://rantingsbymm.blogspot.com/

    I hope you are not one of them !!!!

    Beautiful Names of ALLAH Mentioned in the Bible By Syed Ahsan Habibi, S. M. Mohiuddin Habeebi

    http://books.google.com.my/books?id=DHu6TMav0AoC&dq=99+beautiful+names+of+allah+in+the+bible&printsec=frontcover&source=in&hl=en&ei=EfBCS-qjA5CgkQXni836CA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=11&ved=0CDYQ6AEwCg#v=onepage&q=&f=false

    The hard copy cost only RM 8.90 printed by AS Noordeen

    ODS: The question here is this.. do believe that Christians believe in the same Allah that muslims believe?

    Please answer the questions… you are drifting away from answering the questions posed to you. One by one source you’ve given being answered back. You’ve tried to quote Dr Asri, but you forgot that he also put questions in his articles. You’ve quoted Bible, but in the same comment you’ve showed how the Bible itself contradicted.

    Do you believe the same Allah that Christians believe in? Because as far as I know.. they believe their God to be Trinity.

    And you seem don’t want to answer my four questions, because deep inside, you know their intentions. It is not just a word.. it comes with intentions without saying them.

    Thank you.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s