Susulan Kemalangan Bas: Pengajaran Untuk Semua


Umum mengetahui apa yang berlaku beberapa hari dahulu telah berlaku kemalangan yang menyebabkan 10 orang maut. Dari hari ke hari, liputan diberi dan antara yang terkini adalah pemandu bas tersebut diiikat jamin sementara menunggu prosiding mahkamah. Berita Harian melaporkan:

Pandu bas melulu

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my


MOHD KAMIL (gambar kecil) menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Khas Trafik Ipoh, semalam.

Pemandu nahas 10 maut ikat jamin RM20,000, lesen dirampas

IPOH: Pemandu bas Sani Express, Mohd Kamil Mohd Rashid, yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang di Kilometer 280.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, Sabtu lalu, dikenakan ikat jamin RM20,000, manakala lesen memandunya dirampas serta-merta.

Ikat jamin yang diperintahkan oleh Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah itu lebih tinggi berbanding RM15,000 yang dimohon Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai.

//

Peguam tertuduh, S Arumugam dan Khairun Niza Husnin, pula memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu dengan alasan anak guamnya tidak pernah melakukan kesalahan trafik dan menanggung ibu bapa, isteri serta tiga anak berusia antara enam bulan dan sembilan tahun.

Mohamed Ruhizat bagaimanapun, menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan.

“Ini adalah berdasarkan kepentingan awam dan lain-lain faktor. Lesen memandu tertuduh dirampas serta-merta sehingga kes selesai,” katanya.

Mohd Kamil, 37, yang berpakaian seragam Sani Express, kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh di Mahkamah Khas Trafik Ipoh dan sebaik pertuduhan dibacakan, dia mengaku faham dan minta dibicarakan.

Tertuduh dari Taman Setia Jaya, Yan, Kedah, yang memandu bas dua tingkat dengan nombor pendaftaran WSX 5010, didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 1.23 pagi, 26 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, pada jam 11.30 pagi, polis mendapat perintah melanjutkan tempoh reman sehingga Khamis ini.

Bagaimanapun, pada jam 1 tengah hari, pihak media dimaklumkan tertuduh akan didakwa pada 2.30 petang.

Mohd Kamil yang tiba di mahkamah pada 2.10 petang, kemudian dibebaskan kira-kira 5 petang apabila dua wakil syarikat berkenaan membayar wang jaminan itu.

Sebelum itu, sebaik pertuduhan selesai dijalankan, Mohd Kamil dipeluk dan dicium isterinya, Rosnah Saad, 37, dan tiga lagi anaknya.

Keluarga Mohd Kamil termasuk bapanya, Mohd Rashid Kassim, 65, tidak sempat mengikuti prosiding kes kerana tiba lewat.

Mohd Rashid berkata, anaknya tenang, walaupun melalui keadaan paling sukar, iaitu tuduhan menyebabkan kehilangan nyawa.

“Siapa tidak sedih dan siapa mahukan keadaan itu berlaku. Bagaimanapun, sebagai ayah, saya tetap beri sokongan padu kepada anak saya.

“Saya berharap, masyarakat jangan meletakkan semua kesalahan itu kepada anak saya kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir,” katanya.

Saya pasti pelbagai reaksi akan diberi berdasarkan perkembangan ini, samada berkenaan ikat jamin, kenyataan peguambela mahupun kenyataan bapa tertuduh.

Bagi saya, kemalangan ini tiada beza dengan kemalangan maut lain yang telah meragut beribu nyawa dalam setahun. Ianya melibatkan banyak faktor, termasuk keadaan jalanraya, cuaca, keadaan pemandu, mekanikal kenderaan dan pematuhan had laju di jalan raya. Cuma yang membezakan kemalangan ini adalah kerana ianya membabitkan penggunaan bas dua tingkat, yang bermakna kapasiti penumpang lebih ramai daripada bas biasa.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi sejak hari pertama nahas itu berlaku. Pelbagai pendapat dan pandangan yang dilontarkan. Ada yang menyalahkan kerajaan, ada yang menyalahkan pengusaha bas, dan  juga ada yang menyalahkan pemandu bas. Yang pasti, semua salah, tiada seorang pun yang mahu mengaku dirinya salah.

Antara yang memberi reaksi adalah GMUKM menerusi laman blog mereka. Komen dan cadangan mereka adalah seperti berikut:

  • GMUKM dengan rasa keprihatinan menyarankan kerajaan mengkaji semula tahap keselamatan bas dua tingkat yang digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Kami mencadangkan agar kerajaan membentuk satu Suruhanjaya Diraja yang diselia oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya malaysia (MIROS) dan dianggota pelbagai pihak yang berpengalaman dalam aspek keselamatan jalan raya dan pengangkutan awam di peringkat antarabangsa.
  • MIROS perlu diberi tanggungjawab untuk menjadi sekretariat kepada suruhanjaya ini untuk mengkaji dengan telus dan mendalam langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini. Malah ianya juga perlu dianggotai oleh agensi bukan kerajaan contohnya pihak pengusaha bas ekspress sendiri dan persatuan pengguna
  • Hal ini kerana setiap kali berlakunya kemalangan membabitkan bas ekspress dua tingkat, penumpang yang duduk di tingkat bawah selalunya menerima kesan yang teruk dan menyebabkan kehilangan nyawa. Isunya adakah bas ekspress dua tingkat ini selamat digunakan di lebuh raya di Malaysia ini? Apakah ada jaminan dari segi tahap keselamatannya secara hitam putih?
  • Dalam masa yang sama, GMUKM tidak menolak faktor pemandu memainkan peranan penting, namun kerajaan perlu mengkaji faktor lain terutamanya tahap keselamatan lebuhraya sama ada menepati piawaian keselamatan antarabangsa atau tidak.
  • Hal ini bermaksud, GMUKM tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak polis berasaskan kepada pengakuan pemandu bahawa dia terlelap ketika memandu. Selain melihat faktor manusia dari sudut pemandu itu, faktor lain dari sudut pembinaan infrastruktur lebuh raya harus dilihat secara menyeluruh. Adakah pembinaan lebuhraya utara selatan ini menepati piawaian keselamatan antarabangsa?
  • GMUKM juga tidak bersetuju dengan cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) supaya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menggantung operasi semua bas milik syarikat Sani Express sementara menunggu siasatan selesai. Hal ini katanya akan memberikan implikasi yang negatif kepada banyak pihak termasuk menjejaskan pendapatan pekerja-pekerja syarikat berkenaan.
  • Melainkan permit bas itu digantung kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Selagi ia mengikut peraturan, permit tidak harus digantung. Perkara penting ini perlu dipandang serius.
  • Bila permit digantung,syarikat tidak ada sumber kewangan untuk membayar gaji pekerja-pekerja di semua bahagian. Ini sudah tentu menjejaskan pendapatan pekerja. Bagaimana mereka hendak menampung perbelanjaan keluarga, persekolahan anak-anak? Apatah lagi, bas yang mengalami kemalangan itu tidak mempunyai rekod buruk sebelum ini.
  • GMUKM juga menyarankan syarikat-syarikat bas ekspress supaya lebih bertanggungjawab di atas kesediaan dan kebajikan pemandu-pemandu. Ini bagi memastikan mereka memandu dalam keadaan yang peka dan penuh tanggungjawab terhadap berpuluh-puluh nyawa penumpang di tangan mereka.
  • Satu sisatan yang terperinci dan menyeluruh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.
  •  Disamping itu juga, saya ingin menarik perhatian pembaca apa yang dinukilkan di Harakah:

    Sehari dua ini banyak berita kemalangan disiarkan akhbar kita. Antaranya, berita kemalangan bas di Melaka yang menyebabkan dua siswi terbunuh dan juga nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan (dekat Pedas) yang mengakibatkan dua pelajar UiTM maut.

    Apabila ada berita kemalangan yang membabitkan korban, selalunya wartawan arus perdana akan membuat ‘follow up’ dengan bertanya keluarga si mati akan kelakukan aneh si mati sebelum dia maut. Seterusnya dia akan membuat laporan berdasarkan temu bual itu.

    Biasanya, wartawan akan memetik anggota keluarga berkata seperti: “Saya baru bercakap-cakap dengan dia beberapa jam sebelum ini melalui telefon. Dia berbual seperti biasa. Tiada tanda-tanda menunjukkan dia akan pergi buat selama-lamanya.”

    Wartawan juga mungkin menulis begini: “Biasanya dia tidak pakai baju itu. Tetapi hari ini dia pakai pula. Seolah-olah dia tahu dia akan pergi buat selama-lamanya.”

    Atau wartawan menulis begini: “Pagi itu dia tidak cium anaknya sebelum pergi kerja. Biasanya sebelum pergi kerja, dia akan cium anaknya dulu. Tak sangka kelakuan anehnya menunjukkan dia akan pergi buat selama-lamanya.”

    Pada pendapat saya wartawan hanya mengeksplotasi keadaan bagi menyedapkan penceritaannya tanpa mengambil kira percakapan mangsa boleh terpesong daripada ajaran agama.

    Ajal dan maut tidak ada siapa yang tahu. Ia juga berlaku pada bila-bila masa. Orang yang hendak mati pun tidak tahu bila dia akan mati. Demikian juga orang yang hidup pun tidak tahu bila seseorang itu, sama ada saudara atau rakannya akan mati.

    Jadi pada pandangan saya, adalah tidak berhemah bagi seorang wartawan memetik seorang anggota keluarga sebagai berkata: “seolah-olah dia tahu dia akan pergi buat selama-lamanya.”

    Anggota keluarga si mati memanglah dalam kesedihan, jadi dia tidak sedar apa yang dicakapkan. Jadi dalam hal ini, saya berpendapat wartawan yang baik tidak akan mengekspoitasi keadaan untuk menyedapkan cerita dengan menyiarkan dakwaan yang menyalahi qada dan qadar Allah SWT.

    Berhubung perkara ini, saya berharap alim ulama kita dapat memberi pandangan. Wartawan pula perlu meningkatkan ilmu agama mereka agar tidak mudah terpesong. – lanh_

    Tidak dinafikan, itulah trend masyarakat kita apabila berlakunya musibah. Malangnya ianya berlaku dalam masyarakat muslim kita. Berkata-kata seolah-olah si mati tahu dia akan pergi dan si hidup menyesali akan ketidak sedaran “perkara-perkara ganjil” itu, tanpa menyedari kata-kata itu seolah-olah menggambarkan si hidup tidak dapat menerima qada dan qadarNya.

    Walauapapun, diharapkan kita dapat meneladani apa yang telah berlaku. Mungkin kerajaan boleh mengusahakan sesuatu dari segi hukuman dan penguatkuasaan langkah pencegahan. Pengusaha bas juga diharapkan dapat mengambil langkah-langkah yang mengurangkan kebarangkalian kesan buruk jika musibah berlaku, baik dari segi keadaan bas sehinggalah keadaan dan latar belakang pemandu bas. Kepada pemandu bas, bak kata rakan saya ketika menaiki kereta bersama-sama, beringat sikit, anda membawa beberapa nyawa orang lain bersama.

    Pesanan dijalanan: Hati-hati di jalan raya. Malang tidak berbau.. Ingat orang tersayang. Oh ya, ingatlah orang yang disayangi orang lain (ini untuk yang membawa penumpang, tidak mengira menunggang motorsikal, memandu kereta, bas, lori, kapal terbang dan sebagainya ).

     

    19 thoughts on “Susulan Kemalangan Bas: Pengajaran Untuk Semua

    1. Jawapan aku untuk dari soklan ko kat blog military of malaysia

      http://irsyaduna.blogspot.com/2009/12/boleh-rasuah-dihapuskan-dengan-menukar.html

      ODS: Terima kasih atas jawapan anda. Namun, belum betul-betul mejawab soalan.. kerana Pakatan pun tidak sebersih mana.

      Anda mengatakan “pusing2 kot mana pun benda ini akan berkait dengan politik juga”, tahukah ada situasi berlaku bukan kerana politik?

      Bukankah, sebenarnya ianya terletak kepada iman dan pendirian seseorang itu samada mahu melakukan perkara yang maa’ruf atau mungkar?

      Kerana itulah saya kata, cukup-cukuplah nak mempolitikkan semua perkara.

      Terima kasih.🙂

      1. ODS: Pakatan pun tak sebersih mana….
        WASSINI: Anda bawa kereta 150km/j tiba2 di hadapan kiri anda ada manusia dan di hadapan kiri anda ada kambing. Nak brek memang tak sempat nak tak nak terpaksa langgar juga. Skang ko nak langgar kambing ke ko nak langgar manusia? Islam dah ajar dah cuma orang saja nak duduk dalam kejahilan… Bila bertembung dua masalah maka kita kena pilih masalah yang minumum. Skang ko bagitau aku parti mana yang lebih teruk rasuahnya?

        ODS: Situasi yang berlaku bukan kerana politik.
        WASSINI: Siapa yang memberi nasihat jenderal supaya bersara? Adakah Panglima Angkatan Tentera? Aku tak fikir PAT akan berani nak mengampunkan seseorang kerana yang hilang bukannya senapang M16 tetapi 2 biji enjin yang nilainya sudah mencecah RM100! Kalo PAT suka2 maafkan orang silap2 PAT itu sendiri dinasihatkan berhenti kerana memandai2 melindungi orang yang bersalah. Sudah tentu orang politik yang memberi pengampunan. Selama ini pun UMNO yang banyak melindungi perasuah. Contoh; PFKZ yang rasuahnya bernilai RM12j. Yang kena tangkap siapa? Kambing hitam jugak! Yang kepalanya UMNO tak ditangkap sedangkan PR sudah buat laporan polis dan serahkan bukti tapi ada tindakkan?

        ODS: Bergantung kepada iman dan pendirian.
        WASSINI: Semua orang pernah melakukan kesalahan tiada yang berkecuali…. Tapi kita lihat bagaimana parti itu menanganinya… Itu yang kita mahu lihat. Contoh; Isa Samad, KJ, Ali Rustam dan sebagainya… Walopun TELAH TERBUKTI mereka rasuah mereka tetap dipilih oleh UMNO. Bagi parti PAS lihat ada bekas ADUN yang klaim berlebihan pada penggal lepas tetapi PAS tidak melantiknya lagi pada penggal ini. Banyak parti sembang nak benteras rasuah tetapi siapa yang benar2 melaksanakannya?

        ODS: Cukup2lah mempolitikkan semua perkara.
        WASSINI: Semua benda tidak lari dari politik!!! Beras pun tidak lari dari politik! Kita beli beras orang politik yang tentukan syarikat siapa yang mengedarnya, orang politik yang menentukan rega siling dan sukainya, orang politik yang tentukan kuantiti beras yang patut diimport. Kalo beras pun tak lari dari politik… selipar jepun yang ko pakai kat jamban pun tak lari dari politik! Rasuah ini orang politik yang membentuknya….

        Akhir sekali kena RASULULLAH SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah?
        JAWAPANNYA: SEBAB KERANA POLITIK LA BODOH! PEGANG POLITIK SENANG NAK TENTUKAN HALA-TUJU SEMUA BENDA. KALO NAK BERDAKWAH KAT MEKAH PUN BOLEH.

        1. Pertama sekali, wahai wassini.. cantik budi bahasamu..🙂

          Baiklah.. berdasarkan komen anda.. beginilah jawapan saya…

          “Kambing atau manusia”
          Antara langgar kambing atau manusia sebab tak sempat brek, saya rela tidak melanggar kedua-duanya. Biarlah langgar pembahagi jalan. Dan yang lagi penting saudara, kalau dah tahu had laju yang ditetapkan, kenapa langgar had laju?

          Maksud saya, peraturan hidup tu dah ada. Di sini, saudara memilih untuk “lebih laju dari had”. Makanya, akibatnya tanggunglah sendiri. Kenapa nak salahkan “kambing” atau “manusia” itu, walhal saudara yang melanggar peraturan had laju terlebih dahulu?

          Makanya, dalam memilih yang mana satu, buat masa ini saya tidak dapat memilih kerana kedua pihak (Barisan dan Pakatan) belum dapat menunjukkan kualiti kerja yang bagus kerana asyik berpolitik. Mereka belum mematuhi “had laju” (mandat yang diberikan rakyat) sewajarnya.

          Iman dan pendirian
          Saudara sendiri kata “Semua orang pernah melakukan kesalahan tiada yang berkecuali…. “, makanya, seseorang itu boleh melakukan kesilapan dalam apa jua perkara dan bentuk.

          Oleh itu, apakah hanya “rasuah” hanya menjadi penilaian saudara? Apakah tiada penilaian lain? Apakah Pakatan itu maksum? Dan yang penting, apakah orang yang mencuri enjin itu berdasarkan pengaruh politik?

          Semua benda tak lari dari politik
          Ayat saudara mengingatkan saya kepada filem “Young & Dangerous”, terutama sekuel yang kelima dimana dalam satu babak itu ahli kongsi gelap itu menyatakan “semua benda tak lari dari kongsi gelap”. Dan untuk ini, saya tidak dapat mengulas panjang kerana di minda anda ketika ini, hanya politik semata.

          Dan ya, hijrah ke Madinah boleh dilihat dari sudut politik, tetapi jangan lupa Rasulullah tidak mempolitikkan segala perkara. Apakah Rasulullah mempolitikkan dakwahnya? Saya rasa tidak. Seruan dan dakwah Rasulullah dan para khalifah adalah demi Allah, bukan politik. Makanya, penghijrahan ke Madinah dan juga pembesaran empayar Islam selepas itu bukan didorong oleh politik, tetapi kerana Allah.

          Tidak tahu pula jika saudara wassini boleh kata itu pun politik!🙂

          Dan apa pula komen saudara tentang penggunaan nama Allah oleh The Herald? Politik juga?

          Terima kasih atas komen dan budi bahasa anda.🙂

          ~ OnDaStreet

    2. Kepada e-Patriot SSS,

      Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

      Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

      Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

      Salam Sejahtera,

      “SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
      Admin SSS

      ODS: Terima kasih atas penghargaan anda.🙂

    3. ODS: Kambing atau manusia tapi pilih divider.
      WASSINI: Susah nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa kiasan. Senang cite aku kaitkan terus dengan agama. Makan babi hukumnya HARAM! Jelas itu? Tetapi diHARUSkan makan babi sekiranya kita betul2 kebulur. Allah swt ajar kita bagaimana bila bertembung dengan mudarat kita kena pilih mudarat yang ringan. Antara makan babi yang HARAM dengan nilai nyawa kita yang mungkin akan mati kebulur Allah swt bagi kelonggaran supaya kita pilih yang minimum.

      ODS: Buat mana ini saya tidak dapat memilih kerana blum menunjukkan hasil kerja.
      WASSINI: Mana2 pencinta UMNO (aku tak kata ko tapi aku kata kat orang Jerman nie) aku sudah letih nasihatkan… Bila kita keliru buatlah solat sunat istikharah. Biar Allah swt tunjukkan parti mana yang benar. Tetapi pencinta UMNO menganggap memilih pemimpin adalah masalah sekecil tahi hidung sahaja. Tetapi yang faham agama memilih pemimpin umpaya meletak diri mereka separuh kaki di dalam neraka sebab;

      “Berkatalah orang-orang yang telah tetap hukuman ke atas mereka; “Ya Tuhan Kami, mereka Inilah orang-orang yang Kami sesatkan itu; Kami telah menyesatkan mereka sebagaimana Kami (sendiri) sesat, Kami menyatakan berlepas diri (dari mereka) kepada Engkau, mereka sekali-kali tidak menyembah kami”.
      (Al-Qasas : 63)
      Jangan baca terjemahan sahaja tetapi carilah tafsiran skali. Ayat nie menerangkan akibat tersalah pilih pemimpin.

      ODS: Adakah rasuah sahaja yang menjadi penilaian?
      WASSINI: Aku berdoa lebih dari 6 bulan supaya dipertunjukkan parti mana yang PERLU aku sokong supaya aku tak ditanya oleh Allah swt di akhirat.

      ODS: Adakah orang yang mencuri enjin berdasarkan pengaruh politik?
      WASSINI: Kenapa Singapura yang kafir tu boleh berada dalam top-ten index rasuah walopun mereka tiada iman? Katalah jawapan kamu kata tadi selain iman adalah pendirian. Adakah kerajaan Malaysia tidak memilih orang yang berpendirian teguh bila dirasuah? Tidak! Tidak! Singapore berada kedudukkan terbaik dalam index rasuah kerana pelaksanaan undang2 yang begitu tegas.

      ODS: Rasulullah swt tidak mempolitik semua benda.
      WASSINI: Orang berpolitik kerana hendak jaga agama! Rasulullah swt perlukan jawatan tertinggi di Madinah kerna ia memudahkan Rasulullah saw untuk berdakwah. Contoh; Kalo PAS menang senang tak nak berdakwah? Mungkin PAS boleh ubah siaran TV menjadi siaran yang berdakwah dari pagi hingga kepetang. Memberi balik duit per kepala ke SAR yang selama ini dihentikan oleh UMNO. Menghentikan Jom Heboh yang telah diharamkan oleh mufti. Membenarkan pelajar/perkerja berserban/berpurdah yang selama ini telah diharamkan oleh UMNo di dalam kerajaan. Mudahkan untuk berdakwah kalo ada politik? Sebab tu Rasulullah saw berhijrah.

      ODS: Dan apa pula komen saudara tentang penggunaan nama Allah oleh The Herald?
      WASSINI: Try goggle berkenaan ayat Al-Quran yang menyatakan orang2 kafir bila ditanya siapa tuhanmu maka mereka akan menjawab “Allah!”. Cuba cari ayat Al-Quran tu…. jangan nak makan suap dan makan bersuap jer…..

      1. Terima kasih atas komen anda.

        Saya tidak diminta disuap, dan saya rasa susah nak berbicara dengan saudara.

        Beginilah…

        Saudara meletakkan politik lebih tinggi semata untuk menjaga agama, dan mengatakan segalanya berkaitan dengan politik. Hanya bertitik tolak dari kehilangan enjin, saudara mengatakan semuanya kerana politik.

        Saya tidak tahu pula pencuri-pencuri mencuri didorong oleh motif politik. Saya bertanya saudara tadi, apakah yang mencuri enjin jet itu didorong oleh politik?

        Soalan saya berkenaan penggunaan nama Allah itu, hanyalah kiasan kepada saudara, kerana saya sudah menjangka saudara tidak menjawab ianya berunsurkan politik, tetapi nas-nas dan dalil yang ada (yang bukan politik)

        Dan oh ya, saya sememangnya faham akan kiasan saudara, tetapi saudara tidak faham kenapa saya menjawab sebegitu rupa. Kan saya dah kata tadi, kenapa langgar had laju? Bermakna disini, kita yang jangan melulu membuat tindakan yang akhirnya mendorong kita untuk kurang pilihan. Kerana itulah, buat masa ini (klausa penting yang saudara tak perasan kut), saya tidak memilih kerana keduanya belum cukup meyakinkan saya. Lagipun, pilihanraya umum jauh lagi. Biarlah kedua pihak buat kerja masing-masing dan hasilnya kita hukum PRU13 nanti. Dan kita bukan dalam keadaan darurat.

        Ya, politik salah satu cara menegakkan Islam tetapi terdapat cara lain untuk memperjuangkan Islam. Islam tidak meletakkan satu cara sahaja untuk menjaga agama Allah ini.

        Berkenaan PAS, beginilah saudara. Sebagaimana saya katakan tadi dan dalam artikel-artikel dan komen-komen saya sebelum ini, saya mahu melihat “persembahan” kedua pihak.

        Dan oleh kerana saudara berikan contoh PAS, saya mahu lihat apakah perubahan yang mampu dibawa oleh PAS di negeri-negeri dikuasai Pakatan. Setakat ini, alhamdulillah, boleh tahan. Di Kelantan, memang okey, mungkin kerana majoriti muslim, tetapi tidak di negeri-negeri lain. Dan ya saudara, saya kurang faham kenapa Dr Hasan Ali perlu memberi penjelasan kepada PAS Pusat bilamana dia memperjuangkan larangan penjualan arak di kawasan majoriti muslim di Selangor. Apa salah Dr Hassan Ali? Mungkin saudara boleh jelaskan?

        p/s: Terlintas sesuatu yang nakal difikiran saya apabila saudara mengatakan segalanya berkaitan dengan politik.

        Apakah saudara berkahwin kerana berkaitan dengan politik dan apakah saudara akan memilih menantu berdasarkan fahaman politik? Al-maklumlah, berpolitik semata untuk menjaga agama. Cuma terfikir.. tidak perlu saudara menjawabnya, kerana berdasarkan hujah-hujah saudara, saudara ikhlas berjuang kerana Allah, bukan kerana politik.

        Terima kasih.🙂

    4. ODS: Kehilangan enjin kerana politik.
      WASSINI: Aku keje kilang… Nak hantar sesuatu produk yang masih diproses kepada proses yang lain dari department yang berlainan, kita ada 1 buku log. Ada tulis nama lot, tarihk, penghantar, tandatangan orang yang meluluskan dan lain2 data lagi. Budak pengantar tu bawak lot dengan buku log tu skali. Bila diterima oleh budak dari lain department lain tu budak tu akan check lot2 tu kedian sain. Budak penghantar akan balik ke department asalnya dan serahkan buku log tu kepada orang atasan. Tu baru dalam kilang lagi. Kalo nak bawak keluar dari kilang lagi cerewet siap kena ada suard dari jabatan keselamatan/guard lagi surat2 kena simpan orang yang bawak keluar, guard house dan pihak atasan walopun barang tu bernilai RM200 sahaja.

      Kalo nak bawak barang yang bernilai RM50 j sebiji takkan leceh lain macam. Enjin tu ilang semasa dihantar untuk diselenggara. Takkan sarjan sengel tu tak bawak buku log dan disain oleh penerima di pusat selenggara. Surat tu perlu dikembalikan ke pada pihak atasan. Enjin tu besar gedabak dan kuantiti tak banyak. Kalo M16 hilang mungkin kita boleh terima sebab M16 ada beribu2 memang tak tercheck.

      Yang aku maksudkan dengan politik… Kalo politik kita tegas perkara ini dapat dielak. Bukan aku kata nak curi kerana didorong oleh politik. Singapore terlalu kurang rasuah kerana mereka terlalu tegas.

      ODS: Soklan penggunaan nama Allah;
      WASSINI: Nah ko nak sangat
      Orang arab yang bukan islam sudah lama memakai istilah Allah di dalam bible. Syeikh Qardhawi,ulama muktabar dunia islam pun takda komen pasal penggunaan Allah oleh orang arab bukan islam. Begitu juga syeh-syeh dan ulama dari kalangan arab. Mereka ( orang arab ) memahami bahawa Allah adalah tuhan iaitu Robb.

      Begitu juga keadaan di kalangan mereka penganut kristian ada yang membantah penggunaan Allah di dalam bible. Saya pernah membaca keratan akhbar berita harian. Penganut kristian ( bukan majoriti ) ada mengatakan, “selepas penggunaan Allah,apa lagi yang pihak gereja mahu ubah? Adakah perlu penganut kristian semua berpuasa di bulan ramadan dan bersembahyang 5 waktu seperti orang islam?”..

      Mereka sendiri sekarang sudah kalut mencari tuhan. Sedangkan pihak tertinggi gereja sendiri sudah tertipu oleh bible,maka kukuhkanlah pegangan agama kita bahawa “Katakanlah: Dialah ALLAH yang maha Esa,ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu,Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan DIA”..Al-Ikhlas 1-4.

      Kekusutan tentang penggunaan nama Allah bolehlah kita rujuk sesama dengan berlapang dada dengan membaca dan memahami firmanNya.

      ” Katakanlah: Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu,dan untukku agamaku.”

      ODS: Saya tidak memilihnya kerana belum menyakinkan saya.
      WASSINI: Sudah lebih 50 tahun UMNO dan PAS/Hisbul Muslimin (nama lama) berpolitik masih samar2 lagi? Aku pilih bukan melalui apa yang aku rasa tetapi apa yang mahukan dari aku sebagai hambaNya;

      “Jika kamu berselisih pendapat maka kembali-kanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya”
      [An-Nisa:59]

      Al-Quran sudah jelas menyuluh…. Masih buta lagi kah? Pakai selipar pun ada halal haram… takkanlah nak pilih pemimpin tak de halal haram?

      ODS: Jalan lain untuk menegakkan Islam.
      WASSINI: Jalan mana yang Rasulullah saw pilih?

      OSD: Hassan Ali.
      WASSINI: Hassan Ali sedang disoal siasat oleh Ust tn Ibrahim Tn Man berkenaan isu ini dari lujnah displin. Hassan Ali dipanggil untuk disiasat untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut.

      OSD: Kahwin dan pilih menantu.
      WASSINI: Mertua dan bini aku ahli seumo hidup PAS seblum aku kenal mereka lagi. Aku tak kenal pun sebab orang tua yang pilih. Aku jahat juga tak sebaik mana. Apa yang aku buat adalah insyallah aku lepas dengan soklan Allah swt yang berkaitan dengan kepimpinan. Kita pasti ditanya oleh Allah swt di sana. Soal hudud, riba, sosial dan sebagainya akan Allah tanya aku. Aku hanya jawab dosa yang aku buat sendiri dan bukannya yang orang lain buat.

      1. Saudara Wassini,
        “Yang aku maksudkan dengan politik… Kalo politik kita tegas perkara ini dapat dielak. Bukan aku kata nak curi kerana didorong oleh politik. Singapore terlalu kurang rasuah kerana mereka terlalu tegas.”

        Lain nadanya dengan “segalanya berkaitan dengan politik”. Dah lain “statement” saudara ni.

        Bab nama Allah ni.. kalau saudara sudi luangkan masa, silalah baca artikel-artikel yang saya nukilkan sebelum ini. Saya tahu di negara Arab, orang Arab dan mereka yang tahu berbahasa Arab dapat bezakan mana yang mana satu. Saya cuma kias kepada saudara, bukan nak sangat.. sebab saya tahu, hakikatnya dibolehkan.. dan sekali lagi bercanggah sendiri dengan kenyataan saudara “segalanya berkait dengan politik”.

        Antara jalan lain yang boleh untuk menyebarkan Islam adalah melalui perdagangan. Apakah Rasulullah dan para sahabat tidak menunjukkan contoh bagaimana orang Islam berniaga? Apakah berniaga itu politik? Untuk kita di sini, apakah Islam disebarkan di Melaka melalui penaklukan tentera Islam? Apakah pedagang Islam menakluk Melaka semata untuk menyebarkan Islam? Sekali lagi, menunjukkan tidak segalanya berkait dengan politik.

        Saudara masih tidak menjawab, kenapa Dr Hassan Ali harus dipanggil oleh Lajnah disiplin kerana mencadangkan sesuatu yang baik demi Islam di Selangor.

        Tentang memilih pemimpin, ini cara saya. Benar sudah lebih 50 tahun Barisan memerintah, tetapi adakah selama 50 tahun itu Islam sengsara? Apakah tiada pergerakan, dakwah, rancangan keagamaan yang dilakukan? Apakah mereka 100% rasuah? Apakah mereka tidak berusaha menyediakan prasarana dan medium pendidikan untuk semua?

        Itu kalau nak ungkit 50 tahun, dan itu modal “lapuk” Barisan. Dan kalau nak ungkit 50 tahun punya cerita dengan PAS (sebab Pakatan muda lagi), apa perbandingan usaha yang jelas antara dua parti tersebut? Pendidikan? PAS taja berapa ramai? PAS sediakan berapa banyak sekolah? Apa usaha terang dan yata PAS untuk memperbaiki mutu pendapatan rakyat Malaysia?

        Kerana itu saya mahu lihat dahulu perubahan yang mampu dibawa oleh kedua-dua pihak ketika ini kerana Pakatan menguasai 4 negeri dan antara satu itu (iaitu Selangor) ditadbir oleh Pakatan secara bersama. Baca analisa saya di sini. Di artikel tersebut, saya mengakui kualiti yang PAS ada, tetapi untuk terus membuat keputusan, tidak adil kerana menjelang PRU13, ada banyak ruang masa lagi.. dan maaf saya katakan, Pakatan belum stabil.. malah tidak berdaftar secara sah lagi. Apa-apa boleh jadi, wahai sahabatku.

        Tentang bab kahwin.. terpulang, ianya cuma terlintas di fikiran, bukan berniat untuk saudara menjawabnya.. oleh kerana saudara beria-ia menjawabnya, itu cara saudara memilih.. dan bukan semua orang.. saya memilih atas dasar agama dan ciri-ciri lain yang sesuai dengan apa yang dicadangkan Islam.. dan ianya tidak tertakluk kepada hanya PAS atau UMNO. Dan saya tidak tahu pula politik ini sebahagian kriteria pemilihan untuk berkahwin berlandaskan Islam. Mazhab mana yang saudara ikuti yang meletakkan politik sebahagian daripada kriteria pilihan menantu dan mertua ya?

        Apapun, selamat tahun baru. Saudara benar-benar menceriakan permulaan tahun baru saya dengan hujah-hujah saudara sendiri yang menunjukkan tidak semua berkait dengan politik (walhal, awalnya saudara berkata segalanya berkait dengan politik dan memperbodohkan saya).

        Terima kasih.

        ~ OnDaStreet

        1. OSD: Segalanya berkaitan dengan politik.
          WASSINI: Aku tulis ringkas sebab aku fikir ko boleh faham kalo aku nak tulis detail alamat blog aku tak diupdate jer la. Segalanya berkaitan dengan politik yang aku maksudkan adalah perkara ini dapat dielakkan sekiranya ahli politik tegas. Agama umpama akar politik umpama batang sosial, ekomoni dan sebagainya adalah ranting. Akar perlukan pokok dan pokok perlukan akar. Agama perlukan politik dan politik perlukan agama demi menjaga agama. Rasuah boleh dicantas dengan politik serta agama. Tetapi rasuah di Singapore rendah kerana mereka cantas dengan politik (kuasa undang2 yang digubal oleh orang politik) walopun tiada agama. Malaysia yang Islam tidak boleh cantas rasuah walopun ada politik dan agama.

          OSD: Nama Allah swt
          WASSINI: Secara peribadi aku tak suka orang kafir menggunakan nama Allah dalam bible tetapi kalo ulamak muktabar sendiri tak kata apa… Aku nie siapa nak bangkang cakap ulamak?

          OSD: Jalan perdagangan
          WASSINI: Terus terang aku cakap sejarah kita yg di tulis orang barat aku memang2 tak percaya. Dulu aku percaya Islam tersebar melalui pedagang. Tapi lepas aku dengan ceramah aku dah tak percaya dengan sejarah kita yang ditulis oleh barat/kafir. Kalo ikut sejarah mereka menyerang kita kerana mahukan rempah! Logik ke nak rempah sampai tawan negara orang? Nape tak beli jer? Sebenarnya mereka menyerang kita kerana mahu menyekat Islam dari berkembang. Islam berkembang kerana memang pendakwah sendiri datang ke Tanah Melayu untuk berdakwah. Lihat zaman Rasulullah saw dan para sahabat mereka memang hantar pendakwah untuk berdakwah ke seluruh negara yang berhampiran dengan mereka. Tak pernah aku lihat mereka hantar pedagang. Cerita Lebai Malang ditulis oleh orang barat/kafir kerana mahu memburuk2kan Islam.

          OSD: Kenapa tentera Islam tidak takluk Islam untuk menebarkan Islam.
          WASSINI: Sebenarnya mereka sudah ada plan untuk menyerang Tanah Melayu tetapi mereka batalkan kerana mereka mendengar sultan Tanah Melayu sangat adil pada masa itu.

          OSD: Hassan Ali dipanggil lajnah displin.
          WASSINI: Ia berkenaan isu penyokong kerajaan perpaduan.

          OSD: Apa usaha PAS bantu ekonomi?
          WASSINI: Ohhh pilih parti kerana perut la nie? Dan bukan kerana Allah.

          OSD: Pilih menantu/bini berdasarkan politik.
          WASSINI: Buka kitab mustika hadith tentang perkara2 yang membatalkan akidah.

          1. Wassini,
            Banyak yang saya belajar daripada saudara hari ini. Antaranya:

            – Singapura tiada agama? Fakta menarik ni..

            – Dan oleh kerana anda tidak percaya sejarah, susah nak berbicara.. sebab ada yang menulis tu orang Melayu Muslim. Namanya Tun Sri Lanang. Sejarah mana yang anda baca?

            – Oh, sumber mana yang mengatakan tentera Islam ada perancangan untuk menyerang Tanah Melayu tetapi mereka batalkan kerana mereka mendengar sultan Tanah Melayu sangat adil pada masa itu? Bolehlah dikongsi bersama. Menarik ni…

            Yang bukan fakta baru pula..tapi cuma baca sebahagian tapi tak baca penuh:

            – Dr Hassan Ali dipanggil berkenaan isu kerajaan perpaduan? Kerana isu arak? Atau Dr Hassan Ali ada buat perkara lain?

            – Saudara Wassini baca apa yang saudara nak baca. Dan itu yang susah. Saya katakan tadi, itu kalau nak pakai modal lapuk Barisan. Saya dah kata, saya tidak memihak mana-mana buat masa ini kerana kedua-duanya masih dalam “work-in-progress”. Lagipun PRU13 bukan sekejap lagi nak buang undi. Lambat lagi.

            – Bab kahwin berdasarkan pemahaman politik tu, tidak pula diajar dalam kursus kahwin.. termasuklah di negeri-negeri Pakatan. Kenapa tidak dimasukkan dalam silibus ya? Boleh kongsikan untuk muslim dan muslimah lain berkongsi ilmu dengan anda? Nak juga tahu, sebab saya bukan tahu segala-galanya.🙂

            1. salam bro ODS.

              ini adalah contoh apabila pengikut PAS menyamakan parti tersebut dengan agama. hujah pun bersepah. siap keluar fakta pelik-pelik lagi.

              “…mereka sudah ada plan untuk menyerang Tanah Melayu tetapi mereka batalkan …”

              berhujah biar berfakta. memalukan nama penyokong PAS sahaja.

              ODS: Boleh dianggap tegar sekali.. namun, saya menantikan rujukan-rujukannya. Nak tengok juga mana dia dapat fakta-faktanya. Buku teks sekolah memang tentu tak dipakai. Al-maklumlah, mengganggap semuanya fitnah dan dakyah kerajaan.

              Terima kasih atas komen anda.

    5. nampaknya komentar di sini telah jauh lari dari mauduk artikel…

      WASSINI: Aku tulis ringkas sebab aku fikir ko boleh faham kalo aku nak tulis detail alamat blog aku tak diupdate jer la. Segalanya berkaitan dengan politik yang aku maksudkan adalah perkara ini dapat dielakkan sekiranya ahli politik tegas. Agama umpama akar politik umpama batang sosial, ekomoni dan sebagainya adalah ranting. Akar perlukan pokok dan pokok perlukan akar. Agama perlukan politik dan politik perlukan agama demi menjaga agama. Rasuah boleh dicantas dengan politik serta agama. Tetapi rasuah di Singapore rendah kerana mereka cantas dengan politik (kuasa undang2 yang digubal oleh orang politik) walopun tiada agama. Malaysia yang Islam tidak boleh cantas rasuah walopun ada politik dan agama.

      SJ :
      Dalam isu enjin jet yang hilang ini, adalah agak dangkal jika kita menuding jari kepada pihak kerajaan. Kita sendiri dapat melihat bagaimana pihak berwajib melaksanakan tugas untuk mengesan semula enjin tersebut.
      Kita melihat kehilangan enjin tersebut semestinya kerana kemungkaran dalaman yang berlaku di pihak ketenteraan namun perlu kita lebih melihat bahawa ianya adalah kemungkaran yang dilakukan oleh segelintir individu.
      Usahlah terus menuding jari kepada pihak kerajaan.

      WASSINI: Terus terang aku cakap sejarah kita yg di tulis orang barat aku memang2 tak percaya. Dulu aku percaya Islam tersebar melalui pedagang. Tapi lepas aku dengan ceramah aku dah tak percaya dengan sejarah kita yang ditulis oleh barat/kafir. Kalo ikut sejarah mereka menyerang kita kerana mahukan rempah! Logik ke nak rempah sampai tawan negara orang? Nape tak beli jer? Sebenarnya mereka menyerang kita kerana mahu menyekat Islam dari berkembang. Islam berkembang kerana memang pendakwah sendiri datang ke Tanah Melayu untuk berdakwah. Lihat zaman Rasulullah saw dan para sahabat mereka memang hantar pendakwah untuk berdakwah ke seluruh negara yang berhampiran dengan mereka. Tak pernah aku lihat mereka hantar pedagang. Cerita Lebai Malang ditulis oleh orang barat/kafir kerana mahu memburuk2kan Islam.

      SJ :
      Saya akui, salah satu sebab penjajahan ke atas kepulauan tanah melayu adalah bertujuan untuk menyebarkan agama kristian.
      Harus diakui juga bahawa Islam berkembang juga melalui urusan perdagangan antara pedagang-pedagang arab dan masyarakat tanah melayu.
      Perdagangan dijadikan alat untuk berdakwah. Teori ini diakui benar oleh para sarjana Islam Nusantara seperti Prof.Syed Naquib al-Attas dan Prof.Dr.Hamka.
      Benar, Rasulullah s.a.w menghantar surat kepada para penguasa di Negara2 berdekatan untuk menyeru kepada Islam tetapi hal ini tidaklah boleh menjadi dalil yang menidakkan kedatangan Islam melalui perdagangan.

      WASSINI: Sebenarnya mereka sudah ada plan untuk menyerang Tanah Melayu tetapi mereka batalkan kerana mereka mendengar sultan Tanah Melayu sangat adil pada masa itu.

      SJ :
      Jawapan anda ini somborono. Tidak berdasarkan bukti sejarah.

      WASSINI: Buka kitab mustika hadith tentang perkara2 yang membatalkan akidah.

      SJ :
      Sila nyatakan di sini hadith tersebut.

    6. Wah banyak nyer OKU…. Aku hanya layan ODS yang lain aku maleh nak layan besok 100 orang OKU masuk sini semput aku nak jawab seko demi seko. Jadi tak de guna ko bawak kengkawan ko.

      ODS: Singapore tiada agama.
      WASINI: Maksud aku iman la.

      ODS: Tak percaya sejarah.
      WASSINI: Aku tak percaya sejarah yang orang kafir tuliskan untuk kita.

      ODS: Sumber tak jadi serang.
      WASSINI: http://www.goggle.com/ gunakan link itu. Aku terjumpa artikel itu pun secara tak sengaja. Jangan makan suap dan makan bersuap…. sila google sendiri.

      ODS: Hassan Ali.
      WASSINI: http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/12/15/27499/

      ODS: Silibus
      WASSINI: Solat ada rukun solat, perkara2 yang membatalkan solat dan syarat2 sah solat. Begitu juga dengan haji, puasa, qurban dan sebagainya. Kenapa silibus sekolah kita tidak memasukkan bab syahadah yer itaitu perkara2 rukun2 syahadah, perkara2 yg membatalkan syahadah, syarat2 sah syahadah.

      Aku rasa tak payahlah ko bawak kengkawan ko tuk tulung ko kat sini. Aku pun dah malas nak berdebat lagi dengan orang yang pilih parti berdasarkan siapa yg boleh kenyangkan tembolok dia. Kalo ko rasa parti mana yang boleh kenyangkan ko aku rekomen sangat2 ko sokong sajalah UMNO. Aku malas nak berdebat lagi bukan kerana aku takut tapi aku dah rasa buang masa…. Semenjak layan ko aku dah tak bukak web harian yang hari2 aku follow semata2 nak layan ko. Salam 1Mesia…..

      1. Wassini,
        iman= agama? Ini ikut kamus mana pula ni?

        Tun Sri Lanang orang kafirkah? Lagi satu, jika benar sejarah kita salah, yang mana betul? Mana sumber anda? Jangan kedekut ilmu sahabatku.

        Kita berada disini untuk mengeluarkan pendapat sekaligus berbincang. Jika tidak sudi, katakan tidak sudi. Tidak perlu memberi alamat google dan mengata orang makan suap atau perlu bersuap.

        Saudara,
        Yang saya tuliskan silibus itu adalah silibus dalam kursus kahwin. Tak pula saya dengar kursus kahwin masukkan bahawa antara kriteria memilih calon suami atau isteri, selain ciri-ciri agama dimasukkan sekali apakah ideologi politik kamu. Yang saudara memesong ke lain kenapa? Dan jika syahadah yang disebutkan, tiada pun unsur politik dalam syahadah.

        Dan untuk pengetahuan saudara, pembaca bebas memberi komen, samada untuk bersikap neutral atau memihak mana-mana pemberi komen. Namun, apabila berbincang, sila bawa ilmu, rujukan dan budi bahasa sekali. Jika ilmu saudara lebih tinggi dan pemahaman tentang Islam itu lebih baik, pimpinlah saya dan pembaca disini. Itu pun dakwah dan demi Islam juga.

        Terima kasih diatas kesudian saudara meluangkan masa di blog yang tidak seberapa ini.🙂

    7. wassini tak bleh jawab SJ ke…
      sila nyatakan hadith dalam mustika hadith yang anda nyatakan itu.
      kalau boleh beserta asbabul wurudnya sekali

    8. Salam ODS,

      Saya amat berminat dengan sejarah Asia Tenggara, para sarjana sejarah menganggap sejarah Asia Tenggara penuh misteri seolah-olah lohong hitam.tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan-kerajaan sebelum melaka dan majapahit.

      Jadi jika ada sumber-sumber yang bagus, sila sertakan sekali. Ilmu jangan disembunyikan dan jangan cakap saya pemalas pula ya, wassini. sesiapa pun tidak dapat menerima hujah kosong tanpa bukti dan sokongan. jika kita berhujah, kita sendiri yang perlu sertakan sokongan.jangan marah pula bila orang minta sumber.

      zaman sekarang sungguh aneh, bila seseorang itu berhujah dengan kita, kita pula mesti mencari buktti untuk mengesahkan hujah mereka. tuduhan -tuduhan pun begitu juga, orang yang dituduh pula kena tunjukkan bukti.dunia sudah terbalik, dunia sudah berubah.

      ODS: Daripada situlah kita seharusnya bersama belajar dan memperbaiki diri.

      Dalam isu ini, Wassini yang lebih bijak tidak sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan pembaca blog ini. Fakta simpan sendiri, lepas tu kata orang bodoh. Bijakkan? Macam mana Islam nak maju kalau ada mentaliti nak jaga diri sendiri sahaja. Lepas tu kata orang lain bodoh dan makan suap. Macamlah orang tak tahu mencari sumber rujukan di google atau yahoo.

      Aduhai.. kita rugi ilmu kerana Wassini yang bijak bestari tidak mahu berkongsi ilmu…

    9. Salam ODS,

      Menarik perbincangan saudara ngan Wassini…🙂

      Sebut pasal bas (!), adalah satu bas tu nak ke Kolumpo. Nak dipenuhkan bas, maka driver, penjual tiket dan ulat2 tiket pun sibuklah promote Kolumpo dengan segala info tentang tempat2 menarik yang ada. Mereka sendiri tidak pernah pergi Kolumpo, tapi dengan info yang ada pada brochure cuti2 1Malaysia, dapatlah mereka menjual Kolumpo dengan berkesan sekali. Sekejap je bas dah penuh dengan penumpang.

      1 jam, 2 jam, 3 jam… masa berlalu, tapi bas tak jalan2 juga. Enjin dah start, driver dah ditempat duduknya, penumpang dah penuh dan mula resah…. nak tanya takut kena marah. Last2 adala mamat yang berani sikit, pergi ketempat driver dan tanya kenapa bas tak gerak2.. Rupa2nya driver tu tak tahu jalan nak ke Kolumpo ! Apa yang dia tahu cuma apa yang ada di sana tapi nak ikut jalan mana, nak lalu bandar apa, tempat rehat kat mana, stesyen minyak kat mana…satu pun dia tak tahu.

      Mujur juga driver tu tak pakai redah je…

      ODS: Lepas tu apa jadi pada pemandu bas, penjual tiket dan ulat-ulat tiket?

      Saya tidak merasakan Wassini akan datang kembali ke blog ini kerana itu yang dikatanya pada komen terakhirnya. Nampkanya, saya dan pembaca blog ini ditinggalkan oleh Wassini yang lebih tahu dan pandai..

    You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s