UMNO tinggalkan Barisan, PAS tinggalkan Pakatan?


Menurut laporan Harakahdaily, Tuan Guru Nik Aziz mencabar UMNO meninggalkan Barisan. Laporan Harakah adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

“Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS,” jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno),” jelasnya.

“Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)…sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat.”

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai ‘Pemimpin Spiritual’ dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

“Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini,” sinisnya.

Berdasarkan artikel Harakah ini, terdapat beberapa kemusykilan yang bermain-main di minda saya.

  • PAS dan Pakatan maksum dari tentangan?

Saya sudah lama perhatikan mentaliti parti-parti Pakatan. Apa jua yang bertentangan dan negatif berkenaan Pakatan, biarpun “tergolek” sebab diri sendiri, UMNO dan Barisan akan dituding sebagai dalangnya. Biarpun dalam kes Elizebath Wong dahulupun, UMNO juga yang kena tempiasnya. Apakah PAS begitu maksum? Apakah semata-mata dasarnya Islam, semua tindakan menghalalkan cara? Apakah semua ahlinya terjamin daripada melakukan kesalahan?

Setahu saya, sebagai hamba Allah yang bergelar manusia Alah… akan ada tikanya kita melakukan kesilapan.

  • Kerjasama UMNO-PAS

Setahu saya,  UMNO tidak lama dahulu ingin membuka meja rundingan untuk berbincang dan memungkinkan kerjasama yang membawa lebih banyak faedah kepada rakyat, tetapi ditolak mereka. Malah kesediaan itu disambut dengan sindiran bahawa PAS sudah serik dengan UMNO yang pentingkan diri sendiri.

Akan tetapi, berdasarkan laporan ini, PAS pula mengajak UMNO bersama demi kebaikan rakyat. Dimana “hilang” serik PAS dengan UMNO?

  • Siapakah yang ditentang PAS sebenarnya?

Sila perhatikan ayat ini:

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Setahu saya, UMNO merupakan antara nadi penting dalam kerjasama kerajaan Barisan selain MCA dan MIC. Selama ini, UMNO sebagai penggerak Barisan dituduh zalim.  UMNO yang zalim (bak kata penyokong PAS dan Pakatan) diajak bersama dalam Pakatan untuk menentang kerajaan (yang pada ketika itu cuma tinggal MCA, MIC dan parti komponen Barisan yang ada). Tidak pula pernah saya dengar MCA atau MIC dituduh zalim oleh penyokong PAS.

Oleh itu, jika UMNO menyertai PAS dan Pakatan, siapa sebenarnya yang ditentang PAS?

Setahu saya, kerjasama yang wujud antara UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain adalah berdasarkan keperluan dan kepentingan bersama. Sebarang masalah dibawa menerusi wakil masing-masing untuk diselesaikan dengan persefahaman yang telah dibina sesama pemimpin. Amat jarang kita lihat masyarakat kita yang majmuk ini mengadu masalah kepada etnik lain, kerana pembawakan diri dan kehidupan yang dilalui dari kecil sehingga dewasa. Ada yang berkongsi, tetapi tidak ramai.

Malah, saya merasakan Pakatan juga begitu. Jika benar wujud persefahaman yang begitu ampuh sesama Pakatan, saya rasa isu arak di Selangor (sebagai contoh) tidak berpanjangan . Setahu saya, Dr Hasan Ali mencadangkan larangan penjualan arak di kawasan majoriti Bumiputera. Dengan majoriti bumiputera beragama Islam, seharusnya DAP dan PAS tahu, arak haram untuk muslim. Dan mengambil atas norma itu, berdasarkan keputusan perniagaan, apakah keuntungan yang dapat dicapai jika menjual sesuatu yang haram dan tidak boleh dijual kepada muslim?

Mungkin golongan professional dan ahli perniagaan boleh membantu menjawabnya dari segi hukum dan pendapat komersil.

Saya berpendapat, untuk kerjasama yang lebih erat boleh diterjemahkan dengan lebih mudah apabila sejak kecil kita bercampur sesama kita, tanpa mengira ras politik atau etnik. Saya masih hairan, jika benar Pakatan memperjuangkan kesepakatan, mengapa amat kurang yang menyambut baik cadangan sekolah satu aliran yang jelas boleh menterjemahkan perpaduan yang lebih jitu dan baik? Kenapa kempen satu sekolah untuk semua mendapat sambutan yang kurang hangat?

Mungkin, apabila ketikanya perpaduan itu lebih erat, mungkin harapan Allahyarham Dato Onn Jaafar yang menubuhkan Parti Negara dahulu akan tercapai. Saya berkata begitu kerana merasakan impiannya ketika itu adalah untuk rakyat bersama tidak mengira perbezaan. Mungkin ketika itu belum sesuai masanya kerana kita terbahagi dari taraf pendidikan, ekonomi dan petempatan. Apatah lagi keadaan negara tidak semenggah mana.

Cakap-cakap dijalanan: Aik? Tak habis-habis lagi? Buat la kerja masing-masing untuk rakyat. Apabila rakyat bising, janganlah pula menuduh pihak lain. Selesaikan sahaja. Anda tu pemerintah yang dipertanggungjawabkan. Susah sangatkah? Dah ada kuasa, laksanakan tanggungjawab.

One thought on “UMNO tinggalkan Barisan, PAS tinggalkan Pakatan?

  1. Salam ODS,

    Teringat dalam tv3 semalam ada seorang pemimpin Pas dari Johor (saya lupa namanya) bila ditanya tentang kerjasama Pas/Dap, beliau jawap kerjasama itu adalah atas satu tujuan yang sama iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim yang diketuai oleh Umno. Dari nada suara dan wajah dapat kita lihat betapa komitednya beliau dan saya yakin ia juga dikongsi bersama pemimpin2 Pas yang lain.

    Bunyi ok dan konsisten dengan segala serangan Pas selama ini. Cuma ada satu kesilapan/kekurangan/tidak kena dengan niat murni mereka. Mereka cuma nak menjatuhkan Umno sahaja. Period. Ditakdirkan Umno tumbang, apa nak jadi lepas tu ….. wallahuallam. Mereka belum bincang ketahap itu lagi.

    Makanya sehingga kini baik Pas, dap, pkr masing2 belum dapat kemukakan rupa bentuk cara pemerintahan mereka sebagai alternatif kepada apa yang dikatakan zalim itu. Bagi saya, dengan cara serangan belah bahagi, memainkan sentimen kaum/ugama, dan kelemahan BN sendiri, tidak mustahil PR akan berjaya tapi tanpa pelan alternatif yang lebih baik, keadaan akan menjadi huruhara… rakyat menjadi mangsa dan itulah yang lebih zalim !

    ODS: Salam dinturtle,

    Pandangan saudara itu ada logiknya. Mungkinkah jika mereka betul-betul menumpukan usaha mentadbir negeri-negeri dibawah penguasaan mereka, terutama Selangor (yang mempunyai variasi yang agak seimbang sesama parti dalam Pakatan), baru rakyat boleh melihat “bayang-bayang” bagaimanakah keadaannya apabila Pakatan memerintah negara.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s